Doa Seorang Sahabat

>> Friday, October 31, 2008

Sebuah kapal karam di tengah laut karena terjangan badai dan ombak hebat. Hanya dua orang lelaki yang bisa menyelamatkan diri dan berenang ke sebuah pulau kecil yang gersang. Dua orang yang selamat itu tak tahu apa yang harus dilakukan. Namun, mereka berdua yakin bahwa tidak ada yang dapat dilakukan kecuali berdoa.

Untuk mengetahui doa siapakah yang paling dikabulkan, mereka sepakat untuk membahagi pulau kecil itu menjadi dua wilayah. Dan mereka tinggal sendiri-sendiri berseberangan di sisi-sisi pulau tersebut.


Doa pertama mereka panjatkan, mereka memohon agar diturunkan makanan. Esok harinya, lelaki ke satu melihat sebuah pohon penuh dengan buah-buahan tumbuh di sisi tempat tinggalnya. Sedangkan di daerah tempat tinggal lelaki yang lainnya tetap kosong.



Seminggu kemudian, lelaki yang ke satu merasa kesepian dan memutuskan untuk berdoa agar diberikan seorang isteri. Keesokan harinya, ada kapal yang karam dan satu-satunya penumpang yang selamat adalah seorang wanita yang berenang dan terdampar di sisi tempat lelaki ke satu itu tinggal. Sedangkan di sisi tempat tinggal lelaki ke dua tetap saja tidak ada apa-apanya.

Segera saja, lelaki ke satu ini berdoa memohon rumah, pakaian, dan makanan. Keesokan harinya,seperti keajaiban saja, semua yang diminta hadir untuknya. Sedangkan lelaki yang kedua tetap saja tidak mendapatkan apa-apa.

Akhirnya, lelaki ke satu ini berdoa meminta kapal agar ia dan istrinya dapat meninggalkan pulau itu. Pagi harinya mereka menemukan sebuah kapal tertambat di sisi pantainya. Segera saja lelaki ke satu dan isterinya naik ke atas kapal dan siap-siap untuk berlayar meninggalkan pulau itu. Ia pun memutuskan untuk meninggalkan lelaki ke dua yang tinggal di sisi lain pulau. Menurutnya, memang lelaki kedua itu tidak pantas menerima berkah tersebut karena doa-doanya tak pernah terkabulkan.


Begitu kapal siap berangkat, lelaki ke satu ini mendengar suara dari langit menggema, "Hai, mengapa engkau meninggalkan rekanmu yang ada di sisi lain pulau ini?" "Berkahku hanyalah milikku sendiri, karena hanya doakulah yang dikabulkan," jawab lelaki ke satu ini. "Doa lelaki temanku itu tak satupun dikabulkan. Maka,ia tak pantas mendapatkan apa-apa." "Kau salah!" suara itu membentak membahana. "Tahukah kau bahwa rekanmu itu hanya memiliki satu doa. Dan, semua doanya terkabulkan. Bila tidak, maka kau takkan mendapatkan apa-apa."


"Katakan padaku," tanya lelaki ke satu itu. "Doa macam apa yang ia panjatkan sehingga aku harus merasa berhutang atas semua ini padanya?" "Ia berdoa agar semua doamu dikabulkan!"

Read more...

Apakah Hobi Terbaru Rakyat Malaysia?

>> Thursday, October 30, 2008

Sudah tentu bukan membaca
Sebab perpustakaan lengang sentiasa
Kalau adapun baca novel cinta
Atau baca Mangga dan Mastika
Bacaan ringan yang merosak minda

Dulu asyik bela ayam serama
Bagus juga sayang makhluk Allah taala
Sanggup mandikan begitu punya jaga
Selain ayam ikan pun depa bela
Ikan lohan dan juga arowana
Sanggup guna duit gaji kerja lebih masa
Sekarang ni pancing udang pula
Bukan di sungai tapi kolam buatan manusia
Buat kolam di rumah kedai yang disewa
Gila sungguh tak dak kerja

Hobi terbaru ialah main SMS pula
Setahun dianggarkan 1000 juta
Dari reality show hingga umpat mengata
Keluar habis cerita Baginda Altantuya
Dari joke hingga palsu punya berita
Dari I love you hingga cerai talak tiga
Selain dari ucap besday dan Hari Raya
Judi pun pakai khidmat SMS juga
Tidak kira di mana-mana
Atas LRT dan juga tempat kerja
Untunglah syarikat telekomunikasi kita
Boleh taja EPL dan Piala Dunia
Dengan CELCOM anda berkuasa
Asalkan jangan taksub besar kepala

Habis apa dia hobi mereka?

Yang si mat rempit lain pula
Race motor tengah malam buta
Hadiah pertama sicantik jelita
Sanggup tunjuk skil korban nyawa
Jangan sekali dok tegur mereka
Nanti pecah habis cermin kereta
Malaysia Boleh itu dia cogankata
Polis pun tak boleh buat apa
Pening dengan mat rempit punya gejala

Lain pula hobi motor golongan berada
Yang tu naik konvoi pergi merata-rata
Dari KL naik motor konvoi ke utara
Bukan apa cuma nak pi makan laksa
Atau buat konvoi sempena merdeka
Kita tanya apa tujuan mereka
Keseronokan yak yak yeh sorak gembira
Lambat lagi lah bangsa kita merdeka

Apa hobi anda?

Kumpul setem, memancing atau tonton telenovela
80% remaja jawab dengar radio dan tonton tv la
Sebab tu meningkat pendapatan Media Prima
Hot FM yang lebih hangat daripada biasa
Dengar celoteh dan merepek Farah Fauzana
Tak dak slot khas motivasi agama
Sebab yang tu orang tak berapa suka
Benda yang perlu berfikir atau guna minda
Sebab tu di pasaran otak antarabangsa
Otak orang Melayu tinggi harga
Dok berkilat dan cantik sebab jarang guna

p/s: cerita ini tiada kaitan antara yang hidup ataupun yang meninggal dunia,ngehee~

Read more...

Exam Mood!

>> Wednesday, October 29, 2008




Salamz Alaik!


Wah2, final exam kembali!! so mari kita buat transformasi power rangers daripada mood suka-suki kepada mood exam!! hiyaakk!! (sambil amik buku) huhu~ jadi aku selepas neyh mungkin akan mengurangkan ber'blog' aku dalam masa 2 minggu neyh, sebab nak mem'busy'kan diri bace buku, hekhek.. ;D

Untuk diz sem [Bachelor of Accounting (Hons.) sem 1], neyh adelah subjek yang di ambil oleh aku:-

  • AFRB113-Financial Accounting
  • AISB113-Information Technology and Accounting Application
  • ENAB112-English for Accounting 1
  • ISSB112-Islamic Studies 1 (LAN MPW 2143)
  • KAGB111-Kayaking
  • MGMB113-Principles of Management
  • MSTB113-Malaysian Studies (LAN MPW 2133)

Pastu jom sama-sama amalkan Surah Ar-Rahman, berkat di baca sebelum, semasa & selepas waktu peperiksaan berlansung, Moga ALLAH permudahkan kita mendapat keputusan yang cemerlang. Jadi adakah aku sudah bersedia untuk menghadapi exam neyh? Bagi aku selagi exam tak habes selagi tu aku still akan bace buku, dan selagi aku masih hidup kat dunia neyh, selagi itu akan aku timba seberapa banyak ilmu yang mungkin. ;) wish me lux kayh guyz!

Buat sekadar renungan kita bersama:

> Kenape terlalu susah utk berkata ttg Allah, tapi terlalu senang utk berbicara tentang sex?

> Kenape kita terlalu bosan utk membaca al-Quran, tapi terlalu senang membaca majalah playboy??

> Mengapa terlalu mudah utk kita memadam mesej berkenaan Islam, kemudian kita menyebarkan mesej yang kurang elok??

> Kenape masjid2 makin kurang jamaahnya, sedangkan bar2 dan kelab2 malam semakin ramai pengunjungnya??

Fikirkanlah ttg nya.. Adakah anda akan sebarkan mesej ini atau memadamkannya? Ingatlah yang Allah sentiasa memerhatikan mu"

"kita berlari apabila dikejar dan mencari apabila berhenti dikejar"


p/s: gud lux also to all UNITEN student yang amek final exam neyh, ma'a taufik wannajah!

Read more...

Tawanlah Hati Kawan & Lawan Anda!

>> Tuesday, October 28, 2008

Prinsip 1: Hadirkan sifat ini dan anda akan dialu-alukan dimana-mana sahaja anda pergi. Hatta ke pasar mahupun ke kuliah dan sekolah.Jadi orang yang menarik supaya orang tertarik. Menarik kadang-kadang tidak di lihat oleh rupa tapi ia terserlah oleh sikap anda. Maka jadilah yang benar-benar menarik. Dengan kata lain IKHLAS dalam bersosial.

Prinsip 2: SENYUM. Cara yang paling mudah dan ringkas tapi ramai yang mengabaikannya. Ia mesti di lakukan dengan penuh keikhlasan barulah masyarakat disekeliling akan senang dengan anda. Pasti ada yang tertarik.

Prinsip 3: Jika anda tidak melakukan tindakan ini maka anda akan menghadapi masalah besar dalam berkomunikasi. Apakah ia ya? Mengingati setiap nama kawan dan lawan anda. Serta sesiapa sahaja yang dijumpai.

Prinsip 4: Tindakan sebegini penting dalam mengekalkan keharmonian anda dalam berorganisasi. Jika anda seorang leader maka sikap ini sangat penting untuk anda amalkan. Jadi pendengar yang terbaik. Jangan cepat membalas setiap apa yang anda dengar dengan negative sign.Encourage them untuk menceritakan tentang diri mereka, mungkin masalah mereka. Barulah mereka merasa dihargai.

Prinsip 5: Macamana ingin menjadikan anda diminati ramai.Sesudah itu kata-kata anda seolah-olah sangat berharga buat mereka yang mengikut anda.Bercakap interm of the other person`s interests. Ikut dan lihat apa kemahuan dan minat orang yang akan anda tawan hatinya. Bercakap atas minatnya. Bukan minat anda.

Prinsip 6: Bagimana pula ingin menjadikan diri anda disukai dalam sekejap sahaja pertemuan? Diri anda akan dihargai jka anda melakukannya.Dan kawan mahupun lawan akan menghormati anda. Lawan mungkin boleh berubah menjadi kawan. Jadikan mereka sangat penting buat anda dan mereka rasa diri mereka sangat penting buat anda. Dan lakukan dengan seikhlas hati.

Prinsip 7: Wajar dilakukan tindakan ini. Moga-moga menjadikan kawan anda selesa bersama anda. Apakah ia? Penampilan kemas walaupun diri ini tidak secantik dan sehensem bintang-biintang filem tanah air mahupun hollywood.

p/s: Lawan juga adalah Kawan

Read more...

Ukhwah Fillah Abadan Abada

>> Monday, October 27, 2008

Salamz Alaik!!


Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan Abdul Muizz, Allah selamatkan kamu... Wah2, makasih-makasih.. hekhek ;D

So itulah selingan jap sebab pada tanggal 26 Oktober 2008 merupakan 'sanah helwa' ataupun tarikh hari lahir aku yang ke-19! Sweet 19 la katekan, ngehee.. First of all aku nak ucapkan la terima kasih yang teramat sangat to all yang telah menghantarkan sms, ucapan, ataupun hadiah hari lahir kat aku, really appriciate it! tanx a lot guys! Tapi yang paling best kepada semua member sekolah aku yang hadir ke rumah terbuka+majlis hari jadi aku yang berlangsung pada 26 Otober lepas. Mereka terdiri daripada:-


Rombongan Pertama

Lelaki: Amar, Aqwal, Halim, Pak Man(Firdaus), Bobo (Faiz) & Afiq Kodiron
Perempuan: Fariha, Anis Saliza, Nazirah, Fadzlinda & Assila



Rombongan Kedua

Tanx guyz!! korang semua memang sporting habes-habesan la mase hari tuh, ngee~ aku mengharapkan agar ikatan ukhwah kita akan berkekalan sehingga ke titisan darah terakhir, insyaAllah ;) Ukhwah Fillah Abadan Abada!



Tetapi yang tidak boleh dilupakan adalah family aku sendiri yang best-best belaka! Ayah, Mak, Kak Dilah, Shakirah, Izzatul, Hafiz ngan Qayyum. Sentiasa support aku dalam apa jua pun keadaan yang mendampingi aku dari kecil sehingga aku berumur 19 tahun neyh, tanpa mereka siapalah aku sekarang kan, Luv all untill the end ;)

Kat bawah neyh merupakan personaliti diri aku sebagai orang bulan oktober, so kalo korang nak mengenali aku dengan lebih dekat tengok personaliti la neyh, ade la jgak nak dekat-dekat sama tuh, ngee :)


OKTOBER
* Suka berbual.
* Suka orang yang sayang padanya.
* Suka ambil jln tengah.
* Sangat menawan & sopan santun.
* Kecantikan luar & dalam.
* Tidak pandai berbohong & berpura-pura.
* Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.
* Sentiasa berkawan.
* Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
* Cepat marah.
* Macam pentingkan diri sendiri.
* Tidak menolong orang kecuali diminta.
* Suka melihat dari perspektifnya sendiri.
* Tidak suka terima pandangan orang lain.
* Emosi yang mudah terusik.
* Suka berangan & pandai bercakap.
* Emosi yang kelam kabut.
* Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
* Suka melancong, bidang sastera & seni.
* Pengasih, penyayang & lemah lembut.
* Romantik dalam percintaan.
* Mudah terusik hati & cemburu.
* Ambil berat tentang orang lain.
* Suka kegiatan luar.
* Orang yang adil.
* Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.
* Mudah patah semangat.

Untuk mereka yang lain nak tau gaks ape personaliti korang ade ak letak kat post lame aku tajuknye Personaliti Diri & Bulan Kelahiran. Jadi sampai di sini sajep coretan aku kali neyh, semoga korang semua happy-happy selalu dan sentiasa di panjangkan umur, amin.. ;)



Sini ada sedikit slide sepanjang program ;)


p/s: Cepat je aku dah 19,tapi amalan aku masih kurang ;(

Read more...

Ujian Kematian

>> Friday, October 24, 2008

Salamz Alaik!!

"Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahala kamu."
(Ali Imran:3:185)


Selama kita hidup neyh, macam-macam ujian, periksa, dugaan, pastu ape lagi? Haa.. cabaran yang kita lalui sehingga kita sudah lali dengan setiap cubaan yang berlaku. Sehinggakan ade hamba Allah tu berkata "haih, malangnya nasib aku neyh, macam-macam mende jadi kat aku". Ish3, jangan cakap macam tu hamba Allah, sesungguhnya setiap cubaan dan dugaan itu datang daripada Allah and Allah knows what is the best for us! Allah menyayangi semua makhluk ciptaannya dan tiada satu pun yang tertinggal. Macam mak kite la, selalu marah-marah kite, kadang-kadang tu rotan kalau buat salah, tu tandenye mak kite sayang kat kite. Kalau tak sayang mau die tinggalkan kite jep lepas-lepas lahir tuh, nauzubillah...

Tapi pernahkah korang terlintas dalam pemikiran korang, ataupun bertanya kepada diri sendiri, "apakah aku sudah bersedia untuk menghadapi ujian kematian?" Yeps that is right! Ujian untuk menghadapi kematian.

"Uish abang muizz neyh, nak mati pun kene ade ujian ke? Die kene jawab objektif ke subjektif? Nak kene bace buku teks mane?"

Haaa.. Kalau la ade hamba Allah tanye macam tu kat aku, sebelum aku jawab elok-elok aku kasik pelempang siket kat die, pastu baru jawab. Hakhak! Ade ke loyar buruk sampei macam tu sekali, huu~ Jadi dalam menghadapi kematian ini, kita akan melalui tiga fasa iaitu sebelum kematian, semasa kematian dan juga selepas kematian.

Sebelum Kematian
Apa yang dimaksudkan dengan term 'sebelum kematian' adalah ketika kita semua ditarik nyawa di saat kita menghadapi detik-detik nazak. Ini akan dan pasti berlaku tidak kisah disebabkan accident, sakit tua atau apa-apa punca yang menyebabkan jasad itu terkeluar daripada rohnya.

Okeyh, nasihat aku kepada pembaca sekalian, korang hendaklah merasa gerun terhadap kematian, kerana sudah pastinya apabila nyawa kita ditarik oleh malaikat Izrail, memang sakit yang amat! dan setiap kesakitan yang akan dirasa itu bergantung pada amalan kita sepanjang kita hidup di bumi Allah ini. Ya Allah, tempatkanlah kami di kalangan orang yang beriman agar di saat kematian nanti kami dapat melaluinya dengan keadaan yang mudah.

“Mereka yang diambil nyawanya oleh para malaikat dalam keadaan mereka bersih suci (dari kufur, syirik dan maksiat) sambil para malaikat itu berkata kepada mereka, Selamat sejahtera kepadamu ; masuklah ke dalam Syurga disebabkan amal baik yang telah kamu kerjakan,”(Al-Nahl:32)


“Kalaulah engkau melihat ketika para malaikat mencabut nyawa orang-orang yang kafir sambil memukul muka dan belakang mereka dan berkata : Rasakan olehmu seksa neraka yang membakar. Yang demikian itu disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri. Sesungguhnya Allah sekali-kali tidak menzalimi hamba-Nya” (Al-Anfal:50-51)

Semasa Kematian
Itu sebenarnya baru sahaja ujian pertama yang kita lalui di saat-saat kematian, dan daripada ujian pertama itulah akan menentukan seterusnya kita berada di mana. Sama ada di kalangan insan-insan yang beramal soleh ataupun sebaliknya. Jadi apa pulak ujian kedua? Haaa.. itu ketika saat kita semua berada di dalam kubur nanti ataupun nama lainnya alam barzakh. Pada waktu itu, jam itu, saat itu, detik itu malaikat Munkar & Nakir akan datang dan bertanyakan 5 soalan wajib kepada setiap makhluk Allah yang mati. Apa soalannya?

Siapakah Tuhanmu?
Siapakah Rasulmu?
Apakah Agamamu?
Siapakah Imammu?
Siapakah Saudaramu?

Pada waktu itu kita tidak dapat berbohong sama sekali kerana mulut kita akan terkunci dan menjadi tugas anggota badan kita yang lainlah seperti mata, hidung, telinga, tangan, dan kaki untuk menjawab setiap perkara yang mereka pendamkan sewaktu mereka tidak boleh berkata-kata di alam dunia. So, bergantunglah, kalau kita melakukan perkara baik, maka mereka akan menjawab baik, dan kita akan terselamat. Tapi jika sebaliknya, maka terimalah siksaan di dalam kubur yang tidak terperi azabnya. MasyaAllah, bolehkah amalan kita yang sedikit ini dapat menampung kehidupan di alam barzakh ini? Jadi sebelum kita menemui ajal, banyak-banyakkanlah melakukan amalan terutamanya 3 amalan ini:-

  • Selalulah memberi sedekah jariah kerana ia menjadi bekalan kita di dalam kubur kelak.
  • Sebarkanlah setiap ilmu bermanfaat yang kita pelajari, kerana selagi ilmu yang kita ajar itu berterusan, maka amalan kita tidak akan terputus walaupun sudah meninggal.
  • Didiklah anak kita supaya menjadi anak yang soleh kerana doa anak yang soleh itu dapat menjadi bekalan kepada kita sewaktu di dalam kubur.


Selepas Kematian
Maka selepas kita berjaya atau tidak mengharungi kedua-dua ujian yang sebelumnya, kita tetap akan melalui ujian yang terakhir sebelum kita dapat menentukan tempat tetap kita sama ada syurga yang abadi ataupun neraka jahannam iaitu hari kebangkitan serta pengadilan di suatu tempat yang dikenali sebagai padang mahsyar. Ketika itu selepas sahaja malaikat israfil meniup angin sangkakala buat kali kedua, semua akan dibangkitkan dari kubur sendiri. Kita semua tidak akan mengenali satu sama lain walaupun kita bersaudara rapat sekalipun, sebab apa? Sebab masing-masing bimbang dengan amalan yang dilakukan, cukup atau tidak? sempurna atau masih kekurangan? Pada waktu itu bermacam-macam jenis rupa akan terbentuk antaranya:

1. Sesetengah mereka ada yang berupa kera kerana di dunia mereka suka membuat fitnah kepada orang lain.

2. Ada yang berupa khinzir kerana suka makan rasuah ketika menjalankan hukuman.

3. Ada yang buta mata kerana keterlaluan pada menghukum manusia.

4. Ada yang pekak dan bisu kerana mereka hairan dengan amalan yang mereka lakukan.

5. Ada yang mengalir daripadanya nanah dan darah yang amat busuk dan sentiasa menikam-nikam lidah sendiri.Ini adalah kumpulan ULAMA yang bercakap dan mengajar tetapi perbuatannya tidak sama dengan apa yang diucapkan.

6. Ada pula yang luka-luka seluruh badan kerana suka menjadi saksi bohong.

7. Ada yang telapak kaki mereka terletak didahi dan terikat kepada ubun-ubun mereka serta menjadi sangat busuk, lebih busuk daripada bangkai. Mereka adalah orang yang sanggup membeli dunia dengan akhirat (mencari kemewahan dunia dengan memperalatkan agama).

8. Ada seperti orang mabuk, rebah ke kiri, rebah ke kanan terhuyung-hayang. Mereka inilah yang sanggup menyimpan harta dari belanjakan ke jalan Allah.

9. Ada yang berkeadaan benar-benar mabuk,orang ini suka bercerita-cerita dalam masjid akan hal dunia.

10. Ada yang berupa khinzir kerana suka makan harta riba.

11. Ada yang tidak bertangan dan tidak berkaki. Mereka ini suka menyakiti orang-orang sekampungnya.

12. Ada yang berupa khinzir kerana mereka mempermudah-mudahkan sembahyang lalai dalam sembahyang)

13. Ada pula yang bangkit dengan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking yang sentiasa mengigit-gigit dan menyengat-nyengat. Mereka ini di dunia payah hendak mengeluarkan zakat.

14. Ada yang berkeadaan dimana darah yang amat busuk sentiasa keluar dari mulut mereka.Orang ini suka berbohong dalam perniagaan.

15. Ada yang sampai terasing daripada manusia serta badannya sangat busuk dari bangkai. Mereka ini suka menyembunyikan maksiat kerana takutkan manusia,tidak takut pada Allah.

16. Ada yang terpotong halkum,keadaannya tercerai dari leher. Orang ini selalu sanggup untuk bersaksi bohong.

17. Ada yang bangun dari kubur tiada berlidah dan mengali darah busuk dari dalam mulutnya. Orang itu malas mengucap kalimah syahdah.

18. Ada pula yang berjalan dengan kepala di bawah dan kaki di atas langit.Darah dan nanah sentiasa mengalir dari kemaluan mereka.Mereka itu suka berbuat zina semasa hidup.

19. Ada yang berkeadaan muka hitam dan perutnya penuh dengan api neraka.Mereka ini suka memakan harta anak yatim secara zalim.

20. Ada pula yang bangun dengan mengidap penyakit kusta dan sopak. Mereka inilah yang derhaka terhadap kedua ibu bapanya.

21. Ada yang gigi mereka seperti tanduk lembu, lidah mereka terjelir hingga ke perut, najis dan kencing sentiasa keluar dari perut mereka. Mereka adalah orang yang suka meminum arak.
semoga kita tergolong dalam golongan yang segera menginsafi diri dan bertaubat di atas dosa dan pengkhianatan yang dilakukan terhadap sesama manusia.

Ya Allah, sampai begitu sekali rupa-rupa kita bila kat padang mahsyar nanti? Ish, itu belum lagi nak dihisab oleh Allah lagi tentang amalan kita.

So, aku ingin bertanya balik kepada korang semua,

"Sudahkah anda bersedia untuk menghadapi ujian kematian?"

p/s: Dalam preparation untuk menghadapi final exam, huhu~

Read more...

Surat Dari Syaitan Untukmu

Hai Manusia.
Aku melihatmu kemarin, saat engkau memulai aktiviti harianmu. Kau bangun tanpa sujud mengerjakan subuhmu. Bahkan kemudian, kau juga tidak mengucapkan "Bismillah" sebelum memulai santapanmu, juga tidak sempat mengerjakan shalat Isha sebelum berangkat ketempat tidurmu.Kau benar2 orang yang bersyukur, Aku menyukainya. Aku tak dapat mengungkapkan betapa senangnya aku melihatmu tidak merubah cara hidupmu.

Hai Bodoh, Kamu milikku.
Ingat, kau dan aku sudah bertahun-tahun bersama, dan aku masih belum bisa benar2 mencintaimu . Malah aku masih membencimu, karena aku benci Allah. Aku hanya menggunakanmu untuk membalas dendamku kepada Allah. Dia sudah mencampakkan aku dari surga, dan aku akan tetap memanfaatkanmu sepanjang masa untuk mebalaskannya.



Kau lihat, Allah menyayangimu
dan dia masih memiliki rencana-rencana untukmu dihari depan. Tapi kau sudah menyerahkan hidupmu padaku, dan aku akan membuat kehidupanmu seperti neraka. Sehingga kita bisa bersama dua kali dan ini akan menyakiti hati ALLAH. Aku benar-benar berterimakasih padamu, karena aku sudah menunjukkan kepada NYA siapa yang menjadi pengatur dalam hidupmu dalam masa2 yang kita jalani. Kita nonton film 'porno' bersama, memaki orang, mencuri, berbohong, munafik, makan sekenyang-kenyangya , bergosip, manghakimi orang, menghujam orang dari belakang, tidak hormat pada orang tua, tidak menghargai Masjid, berperilaku buruk. TENTUNYA kau tak ingin meninggalkan ini begitu saja.

Ayuhlah, Hai Bodoh,
kita terbakar bersama, selamanya. Aku masih memiliki rencana2 hangat untuk kita.Ini hanya merupakan surat penghargaanku untuk mu. Aku ingin mengucapkan 'TERIMAKASIH' kerana sudah mengizinkanku memanfaatkan hampir semua masa hidupmu. Kamu memang sangat mudah dibodohi, aku menertawakanmu. Saat kau tergoda berbuat dosa kamu menghadiahkan tawa Dosa sudah mulai mewarnai hidupmu..



Kamu sudah 20 tahun lebih tua,
dan sekarang aku perlu darah muda. Jadi, pergi dan lanjutkanlah mengajarkan orang-orang muda bagaimana berbuat dosa. Yang perlu kau lakukan adalah merokok, mabuk-mabukan, berbohong, berjudi, bergosip, dan hiduplah se-egois mungkin. Lakukan semua ini didepan anak-anak dan mereka akan menirunya. Begitulah anak-anak .

Baiklah wahai manusia,
aku persilakan kau bergerak sekarang. Aku akan kembali beberapa detik lagi untuk menggoda mu lagi. Jika kau cukup cerdas, kau akan lari sembunyi, dan bertaubat atas dosa-dosamu. Dan hidup untuk Allah dengan sisa umurmu yang tinggal sedikit. Memperingati orang bukan tabiatku, tapi diusiamu sekarang dan tetap melakukan dosa, sepertinya memang agak aneh. Jangan salah sangka, aku masih tetap membencimu. Hanya saja kau harus menjadi orang tolol yang lebih baik dimata ALLAH.

Catatan : Jika kau benar2 menyayangiku , kau tak akan memberi surat ini dengan siapapun.

p/s: sesungguhnya syaitan itu musuh utama kita selama-lamanya...

Read more...

Raya @ Rumah Al-Hidayah

>> Thursday, October 23, 2008

Salamz Alaik!!

We're all in this together ;)

Wah2, ceria sungguh semua orang kat dalam tu kans, lagi2 yang pakei baju melayu biru tu.. hakhak! ;D Haa.. inilah gambar aku dengan geng-geng trainerz aku beraya kat Rumah anak yatim Al-Hidayah kat Muadzam Shah, actually dah lame dah buat, mase 11 Oktober (Sabtu) hari tu, tapi gambar-gambar dan videonye aku baru dapat, so sekarang baru nak post kat dalam entry terbaru aku neyh, ngee~

Kitorang start datang beraya dari 10 Oktober (Jumaat) petang tuh, lepas solat jumaat je kitorang semua bertolak ke rumah adik-adik neyh yang bertempat di belakang hospital Muadzam Shah. Jadi pada petang Jumaat tu kami semua bergotong-royong buat ketupat, masak lemang, masak rendang, main dengan dyeorang dan macam-macam lagi la aktiviti yang best yang kiteorang buat,huahuahua.. Then malam tu kitorang sume pakat-pakat tengok citer takbir suci 3 kat Astro Ria, ke Astro Prima ek? lupe laa.. hekhek.. Iye la nak main bunga api ade seorang hamba Allah tu lupe bawak, tertinggal kat rumah katenye. Ape boleyh buat kan, lagipun mercun kan berbahaya, betul tak adik-adik?? lalala~ Lepas habes layan syahdu tengok cerita tu, kami pun berangkat tidor di sana.

video
iklan di pagi raya ;)

Maka selepas itu muncullah hari-hari yang dinantikan, iaitu sambutan hari raya!!! So, selepas kami semua solat subuh berjamaah, kami semua bersiap-siap pakai baju raya yang palin hensem dan cun melecun gitu.. Kami berkumpul di rumah Kak Ila dan masuk-masuk jep memang happening jgak la siap ade lagu raye lagy semua, ehehehe~ After that kami semua membuat ucapan hari raya sambil bermaaf-maafan bermula daripada Kak Ila iaitu penjaga bagi Rumah Al-Hidayah dan selepas itu kami dan adik-adik bergilir memberi ucapan, time tu sedih bercampur baur dengan ceria ada sekali dalam suasana yang susah kita dapat kat mana-mana pun.

Nabi SAW bersabda, ”Barangsiapa di antara kaum Muslimin yang menanggung makan dan minum (memelihara) anak yatim, maka Allah akan memberikan kecukupan penghidupan baginya dan mengharuskan dia masuk syurga, kecuali dia melakukan dosa yang tidak terampunkan.” (HR Tirmidzi dari Sahl bin Sa’ad).

Kami semua bersalam-salaman sesama adik-adik serta trainerz dan dari situ kami juga dapat merapatkan ukhwah yang tidak akan terbentuk jika kita tidak mengenali mereka, bak kata pepatah "tak kenal maka tak cinta". Sebelum makan kitorang mengadakan sesi memberi duet raya oleh Abang Muizz dan Kak Ismah! Wah2 happy betul dyeorang dapat duet raye, takpe la rezeki dyeorang kans, nanty kite mintak laks duet raye kat Kak Ila, hekhek.. Lepas semua selesai dapat duet raya ape lagi, makan la.. semua stok melantak habes-habesan jep, tiada satu pun sisa-sisa yang tertinggal, hekhek.

video
sesi memberi duet raya!!

Di sini adalah sedikit sebanyak gambar-gambar ketika majlis hari raya kat sane berlangsung, so enjoy! :)







Ini adalah senarai nama-nama trainerz yang menjayakan majlis jamuan hari raya di Rumah Al-Hidayah:-
Lelaki:
Abang Muizz (Me)
Abang Aliph
Abang Rizal
Abang Yusry
Abang Syafiq
Abang Alif

Perempuan:
Kak Lin
Kak Ismah
Kak Masyitah
Kak Hidayah
Kak Raida

So, sebelum mengakhiri entry kali ini sila tatapi rakaman ucapan hari raya daripada kami Trainerz dan juga Rumah Al-Hidayah, sekian wassalam.. ;)


video


p/s: sempat lagy beraya sakan walaupun final exam nak dekat, huahuahua...

Read more...

Resepi-Resepi Cinta

>> Wednesday, October 22, 2008

Cinta yang sejati datangnya dari dalam hati dan cinta memerlukan tolak ansur yang tinggi agar sesama pasangan memahami di antara satu sama lain. Eceyh bermadah cinta pulak aku eks,ngahaha!! so di sini aku nak berkongsi la sikit sebanyak resepi-resepi cinta. Haa ingat makanan jep ade resepi, cinta pun ad kayh!! uhuu~ So aku harap dari resepi cinta ini membolehkan kita dan pasangan kita faham di antara satu sama lain ;)


1. Kekuatan berfikir
Cinta bermula dari fikiran kita. Berfikir tentang pasangan ideal yang ingin kamu kenali akan membantu kamu mengenali dia, ketika kamu akhirnya bertemu dengan orang yang tepat tersebut.


2. Kekuatan untuk menghormati

Kamu tidak mampu mencintai seseorang atau apasaja kalau kamu tidak menghormati mereka. Orang pertama yang patut kamu hormati ialah dirimu sendiri. Untuk mulai menghormati diri sendiri, kita patut bertanya pada diri sendiri “apa yang aku hormati dalam diriku?”. Untuk mendapat perasaan hormat dari orang lain, bahkan dari orang yang kamu tidak suka, kita patut bertanya pada diri sendiri.”apa yang aku hormati dalam diri mereka?”.


3. Kekuatan untuk memberi

Jika kamu mahu menerima cinta, kamu harus mampu memberikannya terlebih dahulu. Makin banyak cinta kamu beri, makin banyak yang akan kamu terima. Mencintai sama ertinya dengan memberi cinta tulus pada dirimu sendiri. Belajarlah untuk melakukan berbagai macam kebaikan. Formula rahsia untuk meciptakan hubungan yang ceria,penuh cinta,dan abadi adalah dengan selalu berfikir “Apa yang dapat aku beri?”dan bukan Apa yang akan aku dapat?”.


4. Kekuatan persahabatan

Untuk mencari cinta sejati,kamu mesti mencari sahabat sejati
terlebih dahulu. Cinta bukan bererti mata kalian saling berpandangan, tapi lebih bererti bersama - sama melihat ke satu tujuan. Untuk mencintai seseorang seutuhnya, kamu harus mencintai keperibadiannya, bukan fizikalnya. Persahabatan adalah tanah dimana benih cinta dapat tumbuh. Jika kamu ingin membawa cinta ke suatu hubungan, kamu harus menciptakan persahabatan terlebih dahulu.

5. Kekuatan dari sentuhan

Sentuhan adalah salah satu ekspresi cinta yang paling kuat,
menghancurkan dinding pemisah dan menyatukan suatu hubungan. Sentuhan membuat kita lebih dapat merasakan getaran cinta yang sebenarnya.Tetapi agama Islam melarang kita bersentuh-sentuhan tatkala bercinta, kekuatan ini difokuskan kepada suami isteri.

6. Kekuatan untuk melepaskan

“Jika kamu mencintai seseorang, bebaskanlah dia. Jika dia kembali kepadamu,maka dia adalah milikmu. Jika tidak, maka dia tidak akan pernah jadi milikmu”. Bahkan dalam hubungan percintaan, seseorang perlukan ruang untuk dirinya sendiri. Jika kita mahu belajar untuk mencintai, pertama kita harus belajar untuk memaafkan dan melupakan masa lalu yang buruk serta kedukaan hati kita. Mencintai bererti melepaskan rasa takut, curiga, dan ego. “Hari ini aku melepaskan semua rasa takutku, masa lalu tidak akan dapat mempengaruhiku- hari ini adalah lembaran baru bagi hidupku”.




7. Kekuatan dalam komunikasi

Ketika kita belajar untuk berkomunikasi secara terbuka dan jujur, hidup lalu berubah. Mencintai seseorang bererti berkomunikasi dengannya. Biarkan orang yang kamu cintai tahu bahawa kamu mencintai dan menghargainya. Jangan pernah takut untuk mengucapkan 3 kata magik : “Aku cinta kamu”. Jangan pernah melewatkan kesempatan untuk
mengucapkan itu kepadanya. Selalu tinggalkan orang yang kamu cintai dengan kata - kata mesra, kerana ia mungkin boleh jadi hari terakhir kamu melihatnya. Contohnya, jika kamu akan mati tapi diberi kesempatan untuk menelefon orang yang kamu cinta, siapa yang akan kamu telefon, apa yang akan kamu katakan dan sekarang kenapa kamu menunggu?

8. Kekuatan dari komitmen

Jika kamu ingin mendapatkan cinta yang berlimpah, kamu harus mampu menciptakan komitmen, dan komitmen tersebut akan tercermin dalam fikiran dan tindakanmu. Komitmen adalah ujian cinta yang sejati. Jika kamu ingin memiliki hubungan yang penuh cinta, kamu harus setia
dengan hubunganmu itu. Ketika kamu terikat komitmen pada seseorang, berhenti mencintainya bukan merupakan pilihan. Komitmenlah yang membezakan antara hubungan yang mudah hancur, dengan hubungan yang kuat.

9. Kekuatan semangat.

Semangat, membakar cinta dan membiarkan cinta tetap hidup. Semangat yang terus berkobar, bukan hanya datang dari daya tarik fizikal, tapi datang dari komitmen yang dalam, kemahuan, dan rasa saling tertarik. Semangat dapat diciptakan kembali dengan cara membayangkan saat indah di masa lalu dengannya. Spontan dan kejutan dapat menciptakan semangat cinta. Pokok dari cinta dan kegembiraan selalu sama yang harus kita lakukan adalah mengisi hari - hari kita dengan penuh semangat


10. Kekuatan dari rasa percaya

Rasa percaya selalu menjadi komponen penting dalam suatu hubungan.Tanpa rasa percaya, seseorang bisa menjadi curiga, cemas, dan takutdan orang lain akan merasa terperangkap dan secara emosional menjaditertekan. Kamu tidak boleh mencintai seseorang secara utuh sehinggalah kamu mempercayainya secara utuh pula. Bersikaplah seakan - akan hubunganmu dengan orang yang kamu cintai tidak akan berakhir. Salah satu cara untuk mengetahui apakah seseorang itu benar - benar untuk kamu, tanyakanlah pada dirimu sendiri “Apakah aku benar - benar mempercayainya sepenuh hati ?” jika jawapannya adalah “tidak”, maka kamu harus berfikir dengan mendalam sebelum kamu membuat komitmen yang lebih jauh dengannya.


p/s: tengah dengar lagu cinta yang sempurna by 6ixth sense feat neo letto,ngehee~

Read more...
Related Posts with Thumbnails

  © Blogger templates Romantico by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP