Berakhir dan Bermula

>> Sunday, November 30, 2008

Salamz Alaik!!

Selamat datang kembali Muadzam Shah!! Maka di sini berakhirlah segala episod kehidupan aku pada sem lepas dan bermulalah satu tajuk baru yang akan mengisi setiap ruang kosong dalam hidup aku untuk sem yang mendatang neyh, everything will be a brand new experience and it will not be da same!! I will definitely look forward into it ;)

Jom kita hayati lirik yang begitu bermakna by Ebiet G Ade - Aku Ingin Pulang





Kemanapun aku pergi
Bayang bayangmu mengejar
Bersembunyi dimanapun
S'lalu engkau temukan
Aku merasa letih dan ingin sendiri

Ku tanya pada siapa
Tak ada yang menjawab
Sebab semua peristiwa
Hanya di rongga dada
Pergulatan yang panjang dalam kesunyian

Aku mencari jawaban di laut
Ku sadari langkah menyusuri pantai
Aku merasa mendengar suara
Menutupi jalan
Menghentikan petualangan
Du du du

Kemanapun aku pergi
Selalu ku bawa bawa
Perasaan yang bersalah datang menghantuiku
Masih mungkinkah pintumu ku buka
Dengan kunci yang pernah kupatahkan
Lihatlah aku terkapar dan luka
Dengarkanlah jeritan dari dalam jiwa

Aku ingin pulang uhuu
Aku harus pulang uhuu
Aku ingin pulang uhuu
Aku harus pulang uhuu
Aku harus pulang

Wish me luck for diz new semester coz hampir semua adalah core subject and the subject will be more tough dan insyaAllah i will do my best to maintain my grade and score ;)


p/s: dah setahun rupa-rupanya aku kat UNITEN,huu~

Read more...

aA+bB: Sebuah Karya Sempoi

>> Friday, November 28, 2008

Salamz Alaik!!


Alhamdulillah, akhirnya aku telah menamatkan lagi riwayat sebuah buku novel hasil karya daripada penulis yang agak masyhur, Hlovate! Tapi bukanlah aku bakar buku tu ape, just dah habes bace bukunye je pun, ngehee~ aA+bB, sebuah tajuk yang simple, tapi mempunyai makna yang mendalam jika kita menghayati dengan penuh perasaan jika kita telah membacanya. Berkisarkan mengenai hidup dua orang insan, A = Addin dan B = Benz, yang dari zaman persekolahan lagi sudah menimbulkan masalah, tak kira sesama mereka ataupun pada sekolah. Kire dua-dua orang neyh memang nakal tak sudah la sampai dewasa, huu~ Dat is why the book titled aA+bB, huruf kecil itu bermaksud semasa zaman persekolahan dan huruf besar itu memberi maksud semasa mereka sudah mencapai usia dewasa ;)

Alkisahnya, ditakdirkan kedua-dua mereka ini pernah bermusuhan apabila Benz memalukan Addin di depan orang ramai, dan ini membuatkan Addin menyimpan dendam yang amat mendalam pada si Benz neyh, lagi dalam la daripada gaung yang terdalam kat dunia neyh, perghh.. cuba bayangkan... Selepas itu jatuh lagi satu malapetaka buat si Addin Shah apabila dia terpaksa berkhawin dengan musuh no. 1 dia, siapa lagi kalau bukan Benz Aliff! Lagi bertambah ribut keadaan dibuatnya, tapi rupa-rupanya Addin tidak sedar bahawa Benz menyimpan perasaan sayang terhadap Addin, cuma kedua-duanya sekarang ni bersikap 'cold hearted' tahap maksimum! So, kedua-duanya tidak pernah meluahkan isi hati masing-masing, asyik bergaduh je sepanjang cerita. Jadi adakah Benz dapat memikat hati Addin kembali setelah peristiwa yang Benz lakukan terhadap terhadap Addin?? Adakah ada happy ending untuk kedua-duanya?? Kalau nak tau bace la.. ngehee..

Sebuah karya yang sempoi, santai, serta menggunakan gaya bahasa basah dan rileks. Itu yang aku boleh katakan mengenai penulisan Hlovate. Apa-apa pun it is great to read, sebab ia mengandungi mesej yang pelbagai, dan sesuai dengan pembahasaan remaja zaman sekarang, tak terlalu sastera, tapi ia tetap sebuah karya yang best lagi mantap! Jadi kepada semua peminat-peminat novel, jangan terlepas menghayati aA+bB kerana confirm anda tak rugi masa dan wang ringgit!

"Siapa aku pada dia? A pal? A room-mate? A brother?
Never a husband?"
Benz

p/s: kalau nak pinjam kat aku pun boleh ;)

Read more...

The History Of Solah

Sepertimana yang kita sedia sedia maklum, terutama sekali bagi yang beragama Islam, solat 5 waktu sudah menjadi rutin sehari-harian buat kita. Sudah menjadi kewajipan pun, kalau tak rajin solat pandai-pandai la jawab kat dalam kubur nanti,ngee... Ia juga merupakan tiang kepada agama kita, Islam. Tetapi ramaikah diantara kita yang mengetahui sejarah dan asal-usul solat ini?? Haa.. jangan ingat solat takde sejarah di sebaliknya, everything must have a history, and including solah. Di sini aku ade sedikit sebanyak info sejarah bilakah setiap solat 5 waktu ini dilakukan, semoga titipan sejarah ini dapat kita hayati dan lebih memahami solat kita dengan lebih mantap, insyaAllah ;)


Subuh:
Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s. iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.
Rakaat pertama: Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.

Zohor:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s.. Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.
Rakaat pertama: Tanda bersyukur bagi penebusan.
Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
Rakaat ketiga: Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah SWT.
Rakaat keempat: Tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

Asar:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s. tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada 4 kegelapan iaitu:
Rakaat pertama: Kelam dengan kesalahan.
Rakaat kedua: Kelam dengan air laut.
Rakaat ketiga: Kelam dengan malam.
Rakaat keempat: Kelam dengan perut ikan Nun.

Maghrib:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s. iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi Isa, lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu:
Rakaat pertama: Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
Rakaat kedua: Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga: Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah SWT semata-mata, tiada dua atau tiganya.

Isyak:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s.. Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.
Rakaat pertama: Tanda dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua: Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga: Tanda dukacita terhadap Firaun.
Rakaat keempat: Tanda dukacita terhadap anak Firaun

"Sesungguhnya apabila seseorang hamba itu berdiri untuk solat maka diletakkan semua dosa-dosanya diatas kepala dan kedua bahunya. Setiap kali ia rukuk dan sujud akan berjatuhlah dosa-dosanya itu"
H.R. Thabrani


p/s: Sejarah mengajar kita erti kehidupan..

Read more...

Congratulation Muizz!! You've Done It!! ;D

>> Wednesday, November 26, 2008

Salamz Alaik!!

Alhamdulillah, Dats is what can i say right now.. ;) Dari pagy tadi jantung aku berdebar-debar tunggu result, iye la kuarnye lambat sangat pukul 5 petang. Dan tunggu punye tunggu, akhirnya resultku sudah direaleasekan kat website UNITEN!! Apa-apa pun it is worth waiting.. ;D

So folks, this is my result for this first semester Bachelor Of Accounting (Hons.):

Nombor Pelajar/Student ID:AC081225
No. Kad Pengenalan/I.C No:891026-43-5363
Nama/Name:
Abdul Muizz Bin Abd Ghani
No.SubjectDescription Grade
1.AFRB113Financial Accounting A (Pass)

2.

AISB113

Information Technology and Accounting Application

B (Pass)

3.

ENAB112

English for Accounting I

A- (Pass)

4.

ISSB112

Islamic Studies I (LAN MPW 2143)

A (Pass)

5.

KAGB111

Kayaking

A- (Pass)

6.

MGMB113

Principles of Management

A (Pass)

7.

MSTB113

Malaysian Studies (LAN MPW 2133)

B+ (Pass)




GPA:3.65
CGPA:3.65

So that is my final exam result for this sem, and it is a really good start for my degree program, Dean List babe!! ngehee.. Syukur kepada Allah kerana Dialah yang memberikan nikmat kejayaan kepada hamba-hambaNya. Hanya kepadaMu aku bersujud dan hanya kepadaMu aku memohon pertolongan. Ape-ape pun next sem must study hard!! Tanx all for supporting me all the time, expecially to my parents, luv you guys! ;)

p/s: Jangan lupa tengok 360 malam neyh, penyataan Cakra Alam terhadap insiden yang berlaku kepadanya ;)

Read more...

Ciri-Ciri Seorang 'Netter' Sejati

Dari hasil soalselidik mengenai tanda-tanda seseorang itu merupakan 'netter' sejati ialah:


1. Mas kawin yang anda minta di hari pernikahan adalah seperangkat komputer dan modem. Tunai !

2. Loceng di rumah anda tercatat
"Click Here to continue"

3. Pintu bilik mandi anda tercatat
"This site contains Adult Material, please verify your age"

4. Anda menanyakan apakah ada
email baru untuk anda kepada Posmen yang datang.

5. Mimpi anda selalu berawal dengan
http://www.

6. Anda menggunakan
search engine untuk mencari anak anda yang sudah tiga hari tidak pulang ke rumah.

7.
"Unable to locate your server !" kata anda ketika menerima salah panggilan.

8. Anak-anak anda diberi nama
Salim.gov agar kelak dia jadi Pegawai Daerah; Noraini.org agar kelak jadi wanita aktif; dan Harun.edu agar kelak dia jadi mahasiswa sejati.

9. Suara dengkuran anda mirip dengan bunyi
Handshake modem.

10. Anda susah menggerakan jari anda kerana anda sudah
online selama 36 jam.

11. Anda menonton filem
"The Net" .... 63 kali.

12. Ketika kereta anda menyondol kereta lain di simpang jalan, yang pertama anda cari adalah butang
"UNDO".

13. Isteri anda meletakan
rambut palsu di atas monitor anda untuk mengingatkan anda seperti apa ia kelihatan.

14. Anda memberi
nama anak anda Eudora, Netscape dan Mirc. Dan kalau anda lebih demokratik anda akan memberi nama anak anda Linux.

15. Anda memperkenalkan diri sebagai :
youremail@yourdomain.com

16. Anda meninggalkan kaunter tiket kereta api dengan berkata
"request time out !!!"

17. Ketika hidup anda mengalami kekecewaan, anda akan berasa sangat menyesal mengapa tubuh anda tidak dilengkapi dengan butang
Ctrl-Alt-Del.

18. Anda yang membaca blog ini sampai habis.


p/s: Nasib baik aku tak bace sampai habis, hekhek.. ;D

Read more...

Cinta Itu Sentiasa 'Celik'

>> Monday, November 24, 2008

Salamz Alaik!!

Saban hari persoalan tentang cinta sering menjadi topik perbualan oleh setiap kita yang bergelar manusia. Mungkin bukan setiap hari, tetapi setiap saat, eh bukan-bukan.. ayat yang paling tepat adalah setiap detik, pasti ada di antara kita di dunia ini yang berbual, berdailog, berfikir, dan melafazkan cinta. Bagai tiada penghujungnya jika kita bercakap mengenai cinta kerana ungkapan cinta ini sudah tersemat dalam setiap hati sanubari manusia tidak kira sama ada mereka itu masih mentah di dalam buaian ataupun sudah melangkau usia hampir sedekad. Naluri dan perasaan manusia itu sentiasa menginginkan perasaan cinta itu dalam diri mereka, tidak kira daripada insan tersayang, ataupun keluarga tercinta, malah flora dan fauna juga boleh dijadikan saksi di kala kita memerlukan cinta, kerana cinta itu luas aspeknya sehingga meliputi seluruh alam jika kita dapat tafsirkan makna cinta sebenar. Tipulah jika saya katakan bahawa tiada seorang pun di antara kita tidak mempunyai perasaan yang dinamakan cinta.

Cinta itu amatlah indah, memang indah sekali. Tidak dapat dinafikan keindahannya jika kita membandingkan di antara semua perasaan lain yang ada di dalam diri manusia. Cubalah tanya pada perasaan sayang, pasti cintalah yang dijawabnya. Cuba tanya pada benci apa yang paling indah, "sudah tentu cinta", jawab benci. Kerana dari cinta itulah dapat memadamkan segala kebencian di dalam diri dan mewarnai lagi perasaan sayang di dalam hati. Ia mampu mencairkan besi yang panas membara dan ia juga mampu membekukan air di lautan luas, betapa hendak menggambarkan keindahan cinta itu. Mungkin itu sebabnya ramai juga di antara kita yang lemas di dalam lautan cinta apabila cintanya hanya bertepuk sebelah tangan.

Adakah cinta itu buta?? Seperti yang dikatakan oleh kebanyakan orang apabila sudah tiada cinta di hatinya?? Saya tidak menyalahkan sesiapa pun kerana setiap dari kita punyai perspektif yang berbeza tentang cinta. Sebenarnya cinta itu tidaklah buta seperti apa yang kita sangka. Cinta itu sentiasa celik dan akan 'celik' sehingga ke alam barzakh nanti wahai saudara-saudari sekalian. Kita sendiri sebenarnya yang telah mem'buta'kan cinta itu sampai kita menyalahkan cinta seratus 100% dan dari situ bertukarnya daripada 'cinta itu indah' kepada 'cinta itu buta'. Jadi adakah 'kita' atau 'cinta' yang salah dalam soal ini? Sama-sama kita fikirkan.. dan sekali lagi saya ingin nyatakan cinta itu tidak pernah sesekalipun buta tetapi cinta itu sentiasa celik.

Berhati-hatilah wahai pemuda pemudi remaja, apa yang saya lihat istilah cinta pada zaman sekarang sudah disalah tafsir oleh kita semua. Tidak lagi se'romantik' dahulu kerana pabila cinta dilafazkan, maka nafsu terus menghantui perasaan dan berakhirnya sandiwara asmaradana dengan terhasilnya anak luar nikah dan perkara yang tidak sepatutnya berlaku. Adakah ini semua angkara cinta?? Tidak!! tetapi nafsulah penyebabnya. Jangan disalahkan cinta walau sekalipun. Mempunyai perasaan cinta bukanlah suatu jenayah, tetapi haruslah kita mengawal cinta itu dengan sebaiknya agar tidak tergelincir dari landasan kebenaran.

Kesetiaan dan tolak ansur merupakan aspek yang paling penting jika kita berada di dalam alam percintaan. Tanpa kedua-duanya mungkin cinta itu terus bersemi, tapi tidak seindah seperti yang digambarkan. Setia bukanlah bermaksud kita perlu sentiasa memegang janji sahaja, tetapi setia juga perlulah ada kuasa memaafkan seseorang jika mereka melakukan kesalahan, kerana kita manusia tidaklah sesempurna mana dan pasti ada kesilapan yang dilakukan walaupun sedikit. Tolak ansur amatlah penting bagi mereka yang bercinta kerana dari situlah kita akan mengenali pasangan kita dengan lebih dekat dan rapat. Apabila telah wujudnya kedua-dua aspek di dalam cinta seseorang, maka mereka itu boleh digelar sebagai pasangan bahagia, insyaAllah.

Apa yang dikarang oleh saya ini bukanlah hendak menggalakkan pasangan yang bukan muhrim untuk menghangatkan cinta mereka, kerana kita juga sudah tahu batas-batas syariah bagi mereka. Tetapi adalah untuk memberi kesedaran bahawa cinta itu sebenarnya indah. Cuma bergantung kepada kita bagaimana hendak mengindahkannya, dan seperti yang saya tulis pada awal bicara bahawa skop cinta ini luas, bukanlah hanya tertumpu pada sesama makhluk sahaja. Paling penting adalah bagaimana kita hendak mengindahkan cinta kita kepada yang Maha Esa, yakni Allah Subhanahu Wataala..

"Cinta adalalah kejujuran, ketulusan, dan kesetiaan. Cinta sejati adalah kesucian yang harus dijaga. Cinta semestinya berhulu iman, bermuara takwa dan kebersihan jiwa" Ibnu Hazm El Andalusy

p/s: pabila mood jiwang merasuk ke dalam jiwa, macam ni la jadinya hasil tulisan aku, uhuu~ dah lame tak tulis ayat bunga-bunga neyh, ngee~ ;D

Read more...

Biografi Syaitan : Musuh Utamaku

>> Sunday, November 23, 2008

Syaitan, seperti yang kita ketahui merupakan musuh no. 1 kita umat Islam, kalah la AIDS, Dadah, Sakit Jantung semua, huhu~ Itu aku rase kalau kat sign board tu tukar "SYAITAN:MUSUH NO. 1 NEGARA", ok tak?? hekhek.. Ok, kali ini aku hendak kongsikan bersama anda semua tentang profil-profil syaitan neyh, semoga pendedahan ini dapat membuatkan kita lebih berwaspada terhadap segala hasutan-hasutannya:

Nama sebenar : Iblis laknatullah
Mula terkenal : Selepas derhaka kepada Allah
Ahli keluarga : Puak puak taghut
Agama tetap : Kafir
Hobi utama : Berlaku taghut dan kesesatan
Cita-citanya : Mengsyirikkan seluruh manusia
Tempoh tamat : Sehingga tiba hari kiamat
Pekerjaan : " Ketua pengarah" puak-puak yang dimurkai
Tempoh kerja : Sehingga tiba hari pembalasan
Amalan paling disukai : Berliwat dan lesbian
Alamat tetap : Neraka Jahannam
Tempat lepak : Hati org-org yang lalai
Darjat kebesaran : Fasik, darjat pertama
Empayar jajahan : Di hati yang tidak ada "zikrullah"
Jalan perjuangan : Bengkok dan penuh penyelewengan
Musuh perjuangan : Golongan muslimin
Modal utama : Angan-angan tinggi
Majlis yang disukai : Pasar-pasar & pusat maksiat
Lambang amalan : Nifaq( hipokrit )
Logo : Segala tatoo yang ada di muka bumi
Pakaian kerja : Baju besi khusus
Isteri di dunia : Wanita yang tidak menutup aurat & pelacur
Kekasih utama : org yang lalai dari mengingati Allah
Saat yang menyedihkan : Apabila manusia beristighfaar
Kediaman rasmi : Dalam jamban tahi
Sifat utama : Tidak tetap pendirian,terpulang pada keadaan
Rakan taulan : Puak-puak munafiqiin
Punca rezeki : Benda-benda haram
Bilik operasi : Tempat tempat najis,kotor serta tempat maksiat
Arah pengembaraan : Neraka Jahannam
Rakan Puak : puak syaitan dari kalangan jin & insan
Rakan sekerja : Mereka yang bisu terhadap kebenaran
Upah kerja : Dosa dosa , termasuklah pengikut-pengikutnya
Bentuk interaksi : mengumpat & menghasut
Makanan asasi : Daging mayat (pengumpat )
Orang yang ditakuti : Mukmin yang bertaqwa
Mereka yang dibenci : org-org yang selalu berzikir
Pertahanan diri : Tipu daya syaitan selalunya lemah
Buruan utama : Golongan-golongan wanita
Ungkapan rahsia : "Akulah.." iaitu kalimah takabbur
Janji manisnya : menakut-nakutkan manusia dengan kemiskinan
Yang menyedihkannya : Ramai yang bersujud kepada Allah

"Sesungguhnya syaitan adalah musuh bagi kamu; maka ambillah ia sebagai musuh. Ia menyeru golongannya hanya supaya mereka menjadi di kalangan orang-orang menyala"

p/s: ada juga manusia yang berperangai seperti syaitan..

Read more...

Tag Your It!

Salamz Alaik!!

Perghh.. First time tu kene 'tag',ngehee.. Ape-ape pun tag-tag neyh dah jady macam tradisi pulak untuk semua bloggers, so mari kita teruskan tradisi ini dan
ANDA dalam senarai yang di 'TAG', sila jawab kayh ;)


1) Ainil Nazmin

2) Sepul

3) Aimi Jamaludin

4) Afiq Sayuti

5) Tno3

6) Mokmen

7) Amaryllis

8) My Farish

9) Naurahaqq

10) Faiz PPI Bangi

ANSWER THESE FOLLOWING QUESTIONS;

Who is no.2 having relationship with?
Tanye tuan punya badan.. katenye dah tanak kapel,ngee~

Is no.3 a female or a male?

Jantina tidak diketahui, hakhak! ;p Female of course.. ;)

If no.7 and no.10 be together, would it be a good thing?

Jodoh pertemuan di tangan Allah ;) Tapi tak silap no.10 dah berpunya.. huu~

How about no.5 and 8?

Nanty aku tanye dyeorang kayh,ngee~

Where is number 1 studying?

Dulu kat MRSM Taiping, Perak.. Sekarang ade kat Kanada tuh..

When was the last time you have chat with no.9?

Rase tak pnah chat kat ym pown, just tgur2 kat shoutbox jep.. ;)

Is number 4 a single?

Single kowt.. tak tau la maybe dah jumpe awek lawo kat India tu,ngehee~

Talk something about no. 2?

Seorang yang gila-gila.. Minat Nasyid.. dan sekarang dye study kat UNITEN Bangi, baik orangnye.. huu~

Fuhh.. akhirnya siap tag yang pertama aku.. ;) apakah perasaan apabila first time kene tag?? Rilek2 sudeyh.. Sekadar untuk meluangkan masa anyway ;)

p/s: credit tu HaNnah kerana men'tag' aku ;)

Read more...

Kenangan : Sebuah Diari Kehidupan

>> Saturday, November 22, 2008

Salamz Alaik!!


Bergelarnya kita sebagai seorang insan, pasti ada kenangan dalam kehidupan kita, tidak kisah la yang manis, pahit, suka, duka, dan macam-macam lagi. Mungkin kenangan itu adalah berkenaan dengan kisah cinta korang, ataupun kejayaan korang dalam peperiksaan UPSR, PMR, dan SPM, atau mungkin sekali mase korang ditinggalkan kekasih. Setiap apa yang kita lalui adalah kenangan juga walaupun ia sudah dilupakan, kerana ia pasti akan tersemat di dalam dairi hidup kita sehingga ke akhir hayat. Alhamdulillah, hari ini dapat lagi aku berbakti dengan adik-adik aku yang tersayang dan menambahkan satu lagi muka surat di dalam dairi kehidupan aku.

"Hidup biarlah berbakti walaupun tidak dipuji"

Alkisahnya begini, pagi tadi [Sabtu (22 Nov)] aku follow mak aku ke Asrama Anak-Anak Yatim Darul Takwa sebab syarikat (RNZ) tempat dye keje ade buat program gotong royong kat sane. Lokasinya terletak kat Sungai Besi (berhadapan Pangsapuri Permai), pangsapuri tu pun aku tak tau kat mane, aku tulis pun ikut sign board yang ade kat gambar tu jep, hekhek. Ape yang aku tau tempatnye belakang dengan LRT stesen Sungai Besi. Rumah anak yatim ini telah menjadi anak angkat kepada syarikat RNZ, so that is why gotong royong ini diadakan sempena perpindahan daripada rumah mereka yang lama kepada tempat yang baru neyh ;)

Seperti kebiasaannya apabila kita bercakap tentang gotong royong mesti la ade kemas-kemas barang, and all that right? Memang betul la itu yang kami buat dari pagi sehingga tengaharinya. Memang syok la adik-adik neyh sebab dapat almari baru dan ruang biliknya lebih selesa dari yang lama.Siap dua lori tu datang hantar barang-barang baru untuk dyeorang, huu~ Memang kenangan yang tak dapat dilupakan di samping itu dapat berbakti untuk masyarakat. Tahniah juga kepada RNZ kerana berjaya menganjurkan program yang begitu bermanfaat seperti ini, semoga kita berjumpa lagi wahai adik-adikku, di sini ada sedikit sebanyak gambar kenangan yang sempat dirakamkan ketika berada di sana ;)



Tapi sebenarnya apa yang aku tak boleh lupekan mase kat situ, ada anak kawan mak aku neyh, dye tanye aku, mase tu aku tengah lepak2 jap lepas penat buat keje. Aku kasi name dye Fatimah (bukan nama sebenar), aku ingat lagi ape yang dye tanye:

Fatimah: Uncle, uncle.. Uncle dah kerja yep??

Perghh, dye cakap aku uncle?? Di hati tu takde la marah ape pun, gua rileks, cool and steady jep, siap tersenyum lagi, sebab dah biase pun orang tanye soalan tu. Tapi tak sangke pulak ade orang tanye mase tu, ngehee.. Dye pun tak pasty gaks sama ada nak panggil abang atau uncle mase tu. Ape boleh buat, itu akibatnya jikalau muka kelihatan lebih tua daripada usia,ngee.. Ok aku letak gambar aku neyh, rase-rase kalau korang tak kenal aku lagi umur aku berapa?


So, pernahkah anda mempunyai dairi hidup anda sendiri??

p/s: Kalau betul dapat teke umur aku, aku blanje dye aiskrim, tapy beli sendiri la, nanty aku bayarkan, ngee.. ;)

Read more...

Apabila Menteri Begini, Rakyat Bagaimana?

>> Friday, November 21, 2008

Tuan dan Puan.. Judge it for yourself, ape-ape pun aku tak berpihak pada mana-mana, aku letak ni pun sebab macam best pulak tengok dyeorang ni gadoh, hakhak!! ;p


Video seterusnya pulak adalah pasal perangai menteri-menteri kita kalau nak menjelang pilihan raya, hayatilah segala mesej yang diberi ;)



Apabila melayu bergaduh, ini membuka peluang kepada bangsa lain untuk masuk campur... Tak malu ke?? Aku terfikir, kenape semua parti-parti kat Malaysia neyh tak bergabung je ek?? Ni nak berbalah sesame sendiri, adakah ini menunjukkan masing-masing ada kepentingan untuk diri sendiri jugak dan di sebalik itu mengatakan untuk kepentingan rakyat, siapa tahu kan? Aku hanya memberikan pandangan ;)

p/s: pastu takde sekali pun aku tengok dyeorang membincangkan pasal aqidah, akhlak dan sahsiah rakyat, sedangkan Islam dibentuk melalui perkara-perkara macam ni la kan ;)

Read more...

Money Is Not Everything

Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan (di jalan Allah), maka pahalanya itu untuk kamu sendiri. Dan janganlah kamu membelanjakan sesuatu melainkan kerana mencari keredaan Allah. Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan, nescaya kamu akan diberi pahalanya dengan cukup, sedangkan kamu sedikit pun tidak akan dianiaya.” (Surah al-Baqarah, ayat 272)

Dengan wang anda hanya boleh membeli tilam yang tebal, Belum tentu kenyenyakan tidur

Dengan wang anda hanya boleh membeli buku, Belum tentu kebijaksanaan

Dengan wang anda hanya boleh membeli makanan, Belum tentu kepuasan selera

Dengan wang anda hanya boleh membeli ubat, Belum tentu kesihatan

Dengan wang anda hanya boleh membeli rumah, Belum tentu kekeluargaan

Dengan wang anda hanya boleh membeli tubuh badan, Belum tentu cinta

Dengan wang anda hanya boleh membeli perhiasaan, Belum tentu kecantikan

Dengan wang anda hanya boleh membeli pangkat, Belum tentu kehormatan

Dengan wang anda hanya boleh membeli hiburan, Belum tentu kegembiraan

Dengan wang anda hanya boleh membeli harta, Belum tentu kebahagiaan

Dengan wang anda hanya boleh membeli populariti, Belum tentu kaliber

Dengan wang anda hanya boleh membeli kekuasaan, Belum tentu kebenaran

Dengan wang anda hanya boleh membeli agama, Belum tentu keimanan

"Dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang"

p/s: Banyakkanlah sedekah dan amal jariah sementara wang masih ada, jangan sampai suatu masa kita pula yang menjadi peminta sedekah.

Read more...

Mama Hot vs Mama Solehah

>> Thursday, November 20, 2008

Salamz Alaik!!


Ketika aku membelek-belek suratkhabar Berita Harian semalam (Rabu 19 November), aku ade tertarik dengan satu tajuk akhbar dalam sisipan muka depan HIP yang bertajuk Mama Hot!! Perghh memang hot betul la pelakon kita yang jady model tu!! Tapi mereka perlu sedar bahawa mereka juga merangkap sebagai seorang mama kepada anak-anaknya. Aku bukannya terkilan atau apa, tapi adakah ini idola mama pada zaman sekarang?? Walaupun hot-hot tapy dapat mendidik anak?? Memang aku tak nafikan bahawa mereka buat anak mereka bahagia, but adakah dengan memperagakan hot-hot macam tu dapat membantu untuk mendidik sahsiah anak-anak mereka?? Bukankah lebih elok untuk menjadi seorang mama solehah??

”Jika seorang isteri itu telah menunaikan solat lima waktu dan berpuasa pada bulan ramadhan dan menjaga kemaluannya daripada yang haram serta taat kepada suaminya, maka dipersilakanlah masuk ke syurga dari pintu mana sahaja kamu suka.” (Hadith Riwayat Ahmad dan Thabrani

Seorang mama yang solehah adalah wanita yang diidam-idamkan bukan sahaja oleh anak, tetapi juga oleh suaminya itu sendiri, dan mungkin juga kepada semua lelaki di seluruh dunia. Siapa yang tak nak isteri yang baik serta solehah kan. Apabila seorang wanita itu menjadi mama yang solehah, secara automatik beliau akan mendidik anak-anaknya untuk menjadi seorang insan yang sempurna dari segi akhlak dan sahsiah kerana mereka tahu apa tanggungjawab yang mereka perlu lakukan terhadap diri mereka. Kita hayati lrik lagu yang menyatakan tentang indahnya menjadi seorang isteri yang solehah ;)



Isteri cerdik yang solehah
Penyejuk mata, penawar hati, penajam fikiran
Di rumah dia isteri, di jalanan kawan
Di waktu kita buntu, dia penunjuk jalan

Pandangan kita diperteguhkan
Menjadikan kita tetap pendirian
Ilmu yang diberi dapat disimpan
Kita lupa, dia mengingatkan

Nasihat kita dijadikan pakaian
Silap kita, dia betulkan
Penghibur di waktu kesunyian
Terasa ramai bila bersamanya

Dia umpama tongkat si buta
Bila tiada satu kehilangan
Dia ibarat simpanan ilmu
Semoga kekal untuk diwariskan


Lagi satu perkara yang aku tak berkenan la sekarang adalah salah satu rancangan televisyen kat Astro Ria neyh, dah masuk musim ke-2 dah ni, iaitu Sehati Berdansa. Bukan maksud aku untuk memboikot Astro, dan aku tau di sebalik mereka berjoget-joget tu mereka membuat derma amal jariah dengan membantu badan-badan kebajikan dan rumah anak-anak yatim. Tapi yang aku tak berkenannya adalah sanggup ke kita tengok pasangan suami isteri berjoget-joget tak tentu hala dengan pakaian yang kita sedia maklum tak cukup kain semata-mata nak membuat amal kebajikan?? Cuba bayangkan jika mak dengan ayah kita buat begitu?? Best tak?? Terhibur tak?? So, mungkin itulah yang dimaksudkan dengan definisi mama dengan papa hot zaman sekarang rupanya.

Bagi aku untuk menjadi mama hot boleh, tapi hanyalah untuk suami sendiri sudeyh, buat ape nak tayang-tayang kat orang lain, betul tak?? Mungkin disebabkan ini la kowt zaman sekarang neyh kerap berlakunya penceraian tak kira la artis ataupun orang awam, sedangkan perkara yang paling Allah tidak suka sekali dalam sesuatu perkhawinan adalah penceraian!! Macam cerai-cerai neyh jadi macam satu permainan saje, i like u i khawin, i dont like u i cerai. Pastu yang jadi mangsa anak dyeorang jugak.. Haru~ Kita juga harus ingat apabila sesuatu perkara yang kita lakukan bukan kerana Allah tetapi kerana nafsu, maka kita tidak akan mendapat keberkatan daripada Allah.


”hak suami terhadap isterinya adalah isteri tidak menghalangi permintaan suaminya sekalipun semasa berada di atas punggung unta tidak berpuasa walaupun sehari kecuali dengan izinnya, kecuali puasa wajib. Jika dia tetap berbuat demikian, dia berdosa dan tidak diterima puasanya. Dia tidak boleh memberi, maka pahalanya terhadap suaminya dan dosanya untuk dirinya sendiri. Dia tidak boleh keluar dari rumahnya kecuali dengan izin suaminya. Jika dia berbuat demikian, maka Allah akan melaknatnya dan para malaikat memarahinya kembali dan bertaubat, sekalipun suaminya itu adalah orang yang alim.” (Hadith riwayat Abu Daud Ath-Thayalisi daripada Abdullah Umar)

Sebab itu dalam islam kita hendaklah pastikan siapa pasangan untuk kita sehidup semati agar tak berlaku perkara seperti ini. Apabila kita ditakdirkan berjumpa pasangan yang sesuai, lakukan solat istikharah dahulu, kerana pilihan Allah itu yang sebaiknya. Jadilah seperti Fatimah binti Muhammad, yakni anak kepada junjungan mulia Rasulullah s.a.w. Simbol seorang anak yang patuh pada perintah ayahnya, isteri yang setia kepada suaminya dan juga ibu yang bijaksana dalam mendidik anak-anaknya. Malah, dialah panduan segala wanita dan juga seorang wanita yang mithali yang harus diikuti oleh setiap muslimah, terutama sekali dalam menjadi seorang mama yang solehah.

Jadi kepada wanita anda ingin memilih untuk menjadi mama hot?? Atau mama solehah?? Dan kepada lelaki, anda ingin mencari mana satu?? Fikirkanlah ;)

p/s: Kalau nak due-due boleh?? hekhek.. ;p

Read more...

Bukannya Alasan! - Its Not An Excuse!

>> Wednesday, November 19, 2008

Salamz Alaik!!

Di suatu petang yang hening, aku sedang duduk melayan buku novel hasil karya hlovate, antara pengarang terkemuka yang menghasilkan penulisannya dengan gaya bahasa yang santai dan basah. Memang best la bace bukunye tu, sesuai dengan remaja macam kita sekarang neyh. Buku yang aku baca tu tajuknya aA+bB, adakah anda sudah membacanya?? Belilah semetara stok masih ada, hekhek.. Actually aku tak nak cerita pasal buku tu pun lagy, tu post aku yang akan datang sebab aku tak khatam lagy membacenye. Ok, sambil-sambil aku dok syok melayan buku tu, sambil tu aku ade maen sms dengan seorang member aku neyh, pastu dye tanye soalan yang berbunyi begini:

Bace la kayh aA+bB! sempat agy promote eks, ngee~ ;)

Member: Macam mane nak jadi rajen yea??

Aku: Eyh tanye macam tu plaks, nape tanye?? takkan dah malas tahap dewa kowt? huhu~

Member: Ha ah.. Malas sangat-sangat.. Dah tahap tak tercapai dek akal la.. Ko mesty ade tips sikit-sikit kan..

Aku pun dalam hati cakap, "alahai nak jady rajen pun tak tau k??" dan aku berfikir sejenak macam mane nak jawab, then aku balas:

Aku: Aku pun bukannya pandei sangat, belajar rilek-rilek jep, huu~ Tapy apa-apa pun kalau kita jady malas kita tak akan maju dunia akhirat ;) So kalau nak rajin buangkan sifat malas tu.. Jangan jadikan malas sebagai alasan untuk tak nak belajar.

Pastu dye pun faham la kowt, then kitorang sembang-sembang kosong je banyak, huhu~ Lepas tu aku pun terdetik di hati, kenapa manusia menimbulkan pelbagai alasan apabila mereka tidak berjaya?? Setiap kali gagal dalam melaksanakan tugas jep mulalah ada alasan dye tu, kalau tak malas mesti sebab tak suka dan macam-macam lagi alasan yang ada. Kalau buat forum pasal senarai-senarai alasan, rasenye sampai kiamat pun tak habis alasannya. Apa pun aku respect satu la manusia neyh, sebab kreatif!! Kreatif membuat alasan!! hekhek ;)

Dalam setiap kejayaan itu pasti ada kisah disebaliknya, dan takde satu orang pun yang kata " aku bagy alasan ni ngan ni pastu aku berjaya", pastu mereka berjaya dan live happily ever after.. Takde beb!! Sebab apabila wujudnya alasan dalam diri maka anda sebenarnya menuju kepada dunia kegagalan. Oleh itu apabila kita diberikan satu tugas, bukanlah alasan yang kita kene buat, tetapi berusaha untuk mencari jalan penyelesaian dalam setiap kesulitan yang kita hadapi terhadap sesuatu tugas itu. Apabila segala alasan telah hilang dari dalam diri maka dari situ kita akan mendapat sinar cahaya harapan dan berjumpa dengan Mr. Kejayaan!

"We are what we are!! Excuse is just a part of ourselves that wants us to be failed, so don't make excuses but make success so that you can have your victory in your life" khalifmujahid


p/s: selamat tinggal alasan dan selamat datang kejayaan! ;)

Read more...

Kisah Yang Tiada Penghujungnya..

Tersebutlah satu kisah apabila seorang boss hendak mengadakan kerja outstation, kita hayati perbualan ini...

Boss
berkata kepada Secretary
: Kita akan outstation selama seminggu, jadi aturkan segalanya.

Secretary menelefon Suaminya : Untuk seminggu boss saya dan saya akan outstation, awak pandai2 jaga diri nanti...

Suami
menelefon Buah Hatinya
: Isteri saya akan outstation selama seminggu, jadi mari kita habiskan masa bersama-sama...

Buah Hati menelefon Murid tuisyennya : Saya kene bekerja selama seminggu, jadi awak tak perlu datang untuk tuisyen...

Murid tuisyen tersebut menelefon Atuknya : Atuk, untuk seminggu saya takde kelas sebab cikgu saya sibuk. Mari kita habiskan masa bersama...

Atuk (the 1st boss) menelefon Secretary : Minggu ni saya nak abiskan masa bersama cucu saya.. Batalkan outstation tuh...

Secretary menelefon Suaminya : Minggu ni boss saya ade kerja, kami dah membatalkan outstation tu...

Suami menelefon Buah Hatinya : Kita tak dapat nak habiskan masa bersama untuk minggu ni, isteri saya dah membatalkan outstationnya.

Buah Hati menelefon Murid Tuisyennya : Minggu ni kelas tuisyen mcm biase.

Murid Tuisyen menelefon Atuknya : Atuk, cikgu saya cakap minggu ni saya kene pergi kelas tuisyen. Sori, saya tak bleh temankan atuk.

Atuk
menelefon Secretary
: Jangan risau, minggu ni kita outstation. Jadi uruskan semuanya...

Next, sila sambung sendiri kayh, sebab kita tak tau sampai bile nak habes, huhu~



Mungkin entry di atas agak lawak, tetapi terpulang pada diri anda sendiri untuk memahaminya secara halus. Samada dari sudut negatif atau positifnya. Saya yakin masing-masing ada pemikiran dan kefahaman tersendiri. Walaupun kita bersantai, tapi biarlah santai kita ini ada nilainya ;)

p/s: Hidup ini walaupun indah, tapi dikelilingi penuh dengan dugaan dan cabaran, bergantung pada kita bagaimana hendak menyelitkan keindahan itu di tengah-tengahnya.

Read more...

Jika...

>> Tuesday, November 18, 2008

"Ya Allah ya Tuhanku, percantikkanlah akhlakku sepertimana Kau mencantikkan diriku ini"

Jika kamu cinta, cintalah kepada Allah yang maha pencipta

Jika kamu rindu, rindulah kepada Rasulullah s.a.w idola sepanjang zaman


Jika kamu sayang, sayangilah kepada keluargamu yang sentiasa berada di sampingmu


J
ika kamu suka, sukalah kepada ilmu yang ditimba sehingga ke liang lahad

Jika kamu senyum, senyumlah pada kedamaian dan keamanan yang dirasai


Jika kamu benci, bencilah kepada syaitan yang direjam yang selalu menghasutmu


Jika kamu takut, takutlah kepada balasan Allah terhadap dosa-dosa kamu


Jika kamu geram, geramlah kepada syurga duniawi yang sentiasa membelengguimu


Jika kamu berani, beranilah kepada kebenaran walaupun ia pahit untuk diungkap

"Fikirkan hal-hal yang hebat, dan engkau akan menjadi yang terhebat. Tetapkanlah akal pada hal yang tertinggi, dan engkau akan mencapai yang tertinggi"

p/s: sempurnakanlah dirimu walaupun kita tidaklah sesempurna mana..

Read more...

Oh! Romantiknya Rasulullah..

Kisah-kisah rumahtangga, sebut-sebut pasal POLIGAMI, bincang-bincang suami lebih muda dari isteri dan pelbagai cerita serta tauladan yang dapat diambil marilah kita bersama-sama talaudani kisah ROMANTIK RASULULLAH SAW bersama isterinya.

Rasulullah SAW adalah contoh yang terbaik seorang suami yang mengamalkan sistem Poligami. Baginda romantik kepada semua isterinya. disebutkan satu kisah pada suatu hari isteri-isteri baginda berkumpul dihadapan baginda lalu bertanya

"siapakah diantara mereka (isteri-isteri) baginda yang paling disayangi".

Rasulullah SAW hanya tersenyum lalu berkata, "Saya akan beritahu kamu kemudian."

Selepas daripada pertemuan itu, Rasulullah telah memberikan setiap seorang daripada isteri-isteri baginda sebentuk cincin. Baginda berpesan supaya tidak memberitahu kepada isteri-isteri yang lain. Lalu suatu hari hari mereka berkumpul lagi dan bertanyakan soalan yang sama.

Rasulullah SAW lalu menjawab "Orang yang paling aku sayangi ialah yang kuberikan cincin kepadanya".

Isteri-isteri baginda tersenyum puas kerana menyangka hanya diri mereka sahaja yang mendapat cincin dan merasakan bahawa diri mereka tidak terasing.

Tidak ketinggalan amalan-amalan lain yang boleh dilakukan untuk mendapat suasana romantik ini Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud:

"Apabila pasangan suami isteri berpegangan tangan, dosa-dosa akan keluar melalui celah-celah jari mereka".


Rasulullah SAW selalu berpegangan tangan dengan Aisyah ketika di dalam rumah. Baginda acap kali memotong kuku isterinya, mandi junub bersama, dan mengajak salah seorang dari isteri baginda pergi musafir (mengikut undian) untuk menambahkan lagi kasih sayang di antara mereka.

Inilah serba sedikit kisah romantik Rasulullah SAW agar dapat kita tauladani dan praktikkan dalam kehidupan berumahtangga. Pada suami-suami yang budiman selepas ini peganglah tangan isteri anda setiap waktu, setiap masa dan setiap saat begitu juga pada isteri-isteri solehah peganglah tangan suami anda bagi menghapuskan segala dosa-dosa. Pada yang belum berumahtangga tu cepat-cepatlah mendirikan rumahtangga kerana dengan perkahwinan itu boleh menjamin anda kesyurga.

"Ya Allah cantikkanlah akhlak ku seperti mana cantiknya akhlak Rasulullah SAW, tenangkanlah hati ku bagai tenangnya air di tasik, dan serikanlah wajahku bagai bercahayanya bulan purnama di hari berserinya wajah orang-orang beriman..."


p/s: Rasulullah juga mencintai umat-umatnya yang lain.. Tapi kita selalu tak mengingatinya?? fikirkanlah..

Read more...

Aku Lapar!!

>> Monday, November 17, 2008

Salamz Alaik!!

Aku lapar seyh, korang tak rase lapar ke??

Mamat A: Weyh Muizz kalo ko lapar pegi la makan!! Ni pasal lapar pun nak tulis kat blog! Ape daa..


Ok2, sorry.. Aku bukan cakap pasal lapar kat perut tuh, kalau yang tu pun aku takde makne nak tulis kat blog. Tapi ape yang aku maksudkan ialah aku lapar nak makan makanan rohani!! That is why aku tanye kat korang lapar ke tak?? Kite tengok dunia akhir zaman neyh, memang kurang makanan yang sesuai untuk kebaikan rohani. Walaupun memang ada, tapi cukupkah ia untuk kita menampung segala dosa yang kita lakukan sepanjang hari??

Contoh kita tengok televisyen, mule2 alhamdulillah okla bangun pagy ade ceramah motivasi, ceramah agame, yang tu bolehla kite jadikan breakfast rohani kita, dah sampai ke petang tu mule la cerita telenovela, hindustan dan lagu-lagu yang mengkhayalkan. Aku tanye, ramai ke yang nak bangun pagi pukul 6-7 semata-mata nak tengok tv, lebih-lebih lagi ceramah agama? Selalunye yang aku tengok rata-rata bangun lepas solat subuh jep terus lentok balik, pastu telajak bangun sampai tengahari. Betul tak?? Itu okla, gak solat subuh, ni ade yang terus tak solat subuh pastu senang-senang je qada' solat. Jadi terlepas la breakfast rohani kita untuk hari itu... Pastu dah la takde lunch ngan dinner rohani kat tv, ish3... Okla, bagi sesiapa yang tak tidur lepas subuh tu alhamdulillah dan teruskan kayh! ;)

"Wahai orang beriman! (untuk bersyukur kepada Allah) ingat serta sebut nama Allah dengan ingatan serta sebutan yang sebanyak-banyaknya. Bertasbih kamu kepada-Nya pada waktu pagi dan petang." (al-Ahzab, ayat 41-42)

Actually makanan rohani takde la ade kat televisyen semata-mata, itu hanyalah salah satu saje. There is many ways and kinds of 'soul food' yang kita boleh kumpul, dan yang paling senang sekali adalah apa yang kita tuturkan di bibir kita sendiri, iaitu berzikir!! Berzikir bukannya susah sangat pun, sambil berjalan boleh berzikir, sambil duduk boleh berzikir, sebelum tidur pun boleh berzikir, kecuali dalam toilet tu jangan la berzikir jugak, huu~ Jadi siapa cakap zikir ni hanya boleh dibuat lepas solat jep? Grow up la brother!! Cukup je ke santapan rohani kalau hanya sekadar berzikir selepas solat? Kalau confirm masuk syurga takpe, sedarlah bahawa kita ni umat akhir zaman dan kita dikelilingi oleh maksiat setiap masa. Jadi amalkan zikir ini setiap masa setiap tempat, insyaAllah selamat dunia akhirat ;) Ini ada salah satu zikir yang boleh kita ikuti yakni zikir subhanallah :



Subhanallah wabihamdihi, Subhanallah wabihamdihi
A'dada khalqihi waridha nafsihi, A'dada khalqihi waridha nafsihi
Wazinata a'shihi, Wazinata a'shihi
Wamidada kalimatihi, Wamidada kalimatihi
Subhanallah, Subhanallah..

Aku sedar bahawa aku juga bukanlah sempurna mana, kerana aku juga sedang mengumpul seberapa banyak makanan rohani yang mungkin untuk aku dapat menghirup bau-bauan syurga di akhirat kelak insyaAllah, cubalah berusaha untuk mencari sebanyak mungkin santapan rohani di dunia yang makin hari makin diselubungi dengan pelbagai maksiat. Semoga posting aku yang tak seberapa ini dapat menyedarkan kita bahawa betapa kurangnya makanan rohani kita. Tapi jangan lupa makan untuk jasmani jugak, seimbangkan kedua-duanya, insyaAllah kita akan berjaya dunia akhirat ;)

Sabda Baginda SAW yang bermaksud: "Apabila kamu melewati taman syurga, hendak kamu ikut sama menikmatinya. Sahabat bertanya: Apakah itu taman syurga, wahai Rasulullah? Ujar Baginda SAW: Ialah perhimpunan zikir." (Hadis riwayat Tirmizi dan Ahmad)

So, korang lapar ke tak??


p/s: Cakap pasal makanan neyh buatkan aku lapar pulak, huhu~

Read more...

Hotel? Kondominium? Rumah Banglo?

>> Sunday, November 16, 2008

Cube teka barang-barang ni semua terletak dalam mana. Adakah ini hotel? kondominium? atau rumah banglo? selamat meneka.. ngehehe.. ;)








Jawapannya... Kereta RV!! amacam tak pecaya?? huhu~


p/s: lagi hebat kowt dari rumah aku, siap ade garaj kereta yang tak bleyh blah tu..

Read more...

Oh Hawa...


Untuk membentuk bibir yang menawan, ucapkan kata-kata kebaikan.

Untuk mendapatkan mata yang indah, carilah kebaikan pada setiap orang yang anda jumpai.

Untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing, berbagilah makanan dengan mereka yang kelaparan.


Untuk mendapatkan rambut yang indah, mintalah seorang anak kecil untuk menyisirnya dengan jemarinya setiap hari.


Untuk mendapatkan sikap tubuh yang indah, berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan, dan anda tidak akan pernah berjalan sendirian. Manusia, jauh melebihi segala ciptaan lain perlu senantiasa berubah, diperbaharui, dibentuk kembali, dan diampuni


"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai."
(Hadis Riwayat Ahmad)

Jadi, jangan pernah kecilkan seseorang dari hati anda apabila anda sudah melakukan semuanya itu, ingatlah senantiasa, jika suatu ketika anda memerlukan pertolongan, akan senantiasa ada tangan terulur.


Dan dengan bertambahnya usia anda, anda akan semakin mensyukuri telah diberi dua tangan, satu untuk menolong diri anda sendiri, dan satu lagi untuk menolong orang lain

Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yang dikenakannya, bukan pada bentuk tubuhnya, atau cara dia menyisir rambutnya.


Kecantikan wanita terdapat pada matanya, cara dia memandang dunia. Kerana di matanyalah terletak gerbang menuju ke setiap hati manusia, di mana cinta dapat berkembang.


Kecantikan wanita, bukan pada kehalusan wajahnya, tetapi kecantikan yang murni, terpancar pada jiwanya, yang dengan penuh kasih memberikan perhatian dan cinta yang dia berikan dan kecantikan itu akan tumbuh sepanjang waktu.

p/s: Indah sungguh hawa ni.. ;)

Read more...
Related Posts with Thumbnails

  © Blogger templates Romantico by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP