Di Sebalik Ayat Perempuan...

>> Wednesday, December 31, 2008

Kalau perempuan tanya: Lawa ke budak pompuan tu?
Makna tersembunyi: Siapa yang paling lawa? I ke, budak pompuan tu?

Kalau perempuan tanya: You dah makan ke belum?
Makna tersembunyi: Jom pi makan. Lapar ni!

Kalau perempuan kata: Lawa-lawa la baju kat sini, yek.
Makna tersembunyi: Belikanlah untuk I.

Kalau perempuan kata: Rasa macam nak pening la.
Makna tersembunyi: Tolong picit kepala.

Kalau perempuan kata: Letihnya hari ni. Mana nak masak, basuh kain-baju lagi...
Makna tersembunyi: Kita makan kat luar jelah. Lepas tu, tolong basuh kain-baju sekali, yek.


Kalau perempuan kata: Kita lebih sesuai berkawan saja.
Makna tersembunyi: I tak nak kat you. Tak paham-paham ke?

Kalau perempuan kata: I suka berkawan dengan you. You baik, memahami bla bla bla...
Makna tersembunyi: Hish... I rasa macam minat sesangat kat you la... Rasa macam nak jadi awek you je.

Kalau perempuan tanya: You pernah tak teringatkan awek you yang dulu?
Makna tersembunyi: Kalau nak gaduh, kalau berani sangat, sebut la nama dia depan aku.

Kalau perempuan kata: I sanggup berkorban demi kebahagiaan you.
Makna tersembunyi: Amboi! Aku kena berkorban.Habih, hangpa dua ekoq gak yang seronok.

Kalau perempuan kata: I tak kisah kalau memang betul you nak kahwin lagi satu. Asalkan you berterus-terang dengan I, bersikap jujur dan berlaku adil.
Makna tersembunyi: Sapa kata aku tak kisah? Adil ke tak adil, aku tak kira! Langkah mayat aku dulu sebelum nak menikah lagi satu.

Kalau perempuan kata:
Ini motor abang ker?
Makna tersembunyi:
- kereta abang kene tarik ke...?
- MOTOR KAPCAI BURUK ADA HATI NAK BAWAK AKU. KALAU SUPERBIKE KE OK LAH.
- "ko gile nak suruh aku naik moto ni???!"

"Barangsiapa yang dikurnia oleh Allah wanita yang solehah,maka dia telah dibantu dalam sebagian agamanya,maka bertakwalah pula kepada Allah dalam sisanya yang sebahagian."

p/s: Btowl ke maksud korang macam ni wahai gadis-gadis yang sedang membaca?? ngee..

Read more...

Anda Ingin Bercinta?


Zaman remaja adalah zaman untuk mencari dan mengenal diri. Setelah akal semakin mampu untuk berfikir jauh. Sekurang-kurangnya sudah mengenal mana baik dan buruk, halal dan haram, najis dan yang suci, syurga dan neraka. Umur sebegini, orang muda cenderung untuk hidup di dalam perkumpulan. Gemar juga untuk mencari penyelesaian di luar rumah dibandingkan dengan berbincang dengan ibu dan ayah. Dan ketika inilah jiwa sudah menyubur untuk mengenal apa itu cinta (berlainan jenis).

Mengapa bercinta?

Terkadang bercinta dengan sebab ikut-ikutan (kerana melihat kawan sedang 'bahagia'). Terkadang ia bercinta supaya 'pointer' selalu meningkat naik. Dan katanya agar ada teman yang dapat memberi nasihat. Alamat.. jika salah bercinta, bubur tidak akan kembali menjadi nasi..


Sebelum bercinta fikirkan perkara-perkara ini wahai orang muda :

1. Sudahkah anda bersedia untuk bercinta?
Adakah sudah bersedia menghadapi risiko di dalam percintaan? Adat orang mengatakan cinta itu bersatu, dan ada kalanya ia membutakan mata. Manakala yang tidak nampak jalannya habis hancur masa depan hidupnya.

Cinta tidak semestinya bersatu, ada kalanya ia terputus di tengah jalan. Dan ada kalanya ia berjaya sehingga ke jinjang pelamin. Risiko putus cinta selalu membuatkan manusia seolah-olah putus asa. Hilang hala tuju hidupnya. Entah berapa ramai yang sudah menamatkan nyawanya sendiri bila cinta nafsu lebih diharapkan dari cinta kepada Illahi.

2. Apa matlamat Anda bercinta?
* Mungkin untuk merosakkan anak gadis atau hati orang lain?
* Ikut-ikutan atau suka-suka sahaja?
* Untuk mencari pengganti pasangan yang telah pergi? (tetapi sekiranya ia ingin kembali semula suatu hari nanti, anda dengan rela diri meninggalkan pasangan baru anda yang telah diberikan harapan?
* Sekadar cinta monyet yang tiada matlamat di masa hadapan?
* Untuk mendirikan rumah tangga yang membawa kasih sayang dan rahmat dari ALLah?

Orang yang mulanya bercinta - hatinya akan berbunga-bunga. Tidak ia sedar apa yang berlaku di sekelilingnya kerana disibukkan dengan apa yang dicintainya. Segalanya nampak cantik, molek, comel dan sempurna belaka. 'Pijak semut tidak mati'. Segalanya berjalan dengan penuh optimis dan positif. Lalu mungkin 'menipu diri sendiri' sudah menjadi pegangan agar hubungan berlangsung dengan menarik dan dapat dikekalkan.

Apabila perhubungan cinta anda mulai 'berkelap kelip' - mulalah anda akan berfikir semula akan buruk dan baiknya pasangan anda. Mungkin ketika ini anda akan berusaha mencari solusi. Sekiranya berjaya perhubungan anda akan berjalan seperti biasa. Dan sekiranya dalam bahaya, ia akan membawa kepada 'putus cinta'. Perkataan inilah yang menjadi penghancur jiwa, rasa kecewa, terhina, rendah diri, sakit hati, dendam, putus asa. Maka istilah-istilah cinta yang dahulunya berkisarkan fantasi, anda akan sedar ia bukanlah realiti.

Menjadi hipokrit satu perkara, iaitu masalah yang akan dibawa apabila hidup di dalam sebuah rumah di atas pernikahan yang sah. Segala-galanya yang 'cantik', 'molek' akan ditunjukkan juga sebagai satu hakikat yang perlu anda terima. Samada anda terima dengan terpaksa atau redha selamanya.


3. Mengapa Anda Bercinta?
* Kerana ALLah?
* Kerana cantik rupanya? Mancung hidung, kumisnya tebal? Badannya serupa model? - yang pasti semuanya ini tidak kekal lama. Berapa ramai wanita yang menghidapi sakit barah kulit kerana taksubnya kepada yang dinamakan 'KECANTIKAN' ? Berapa ramai pula yang sanggup berhutang, mengorbankan identiti seorang Muslimah dan Muslim kerana tertarik dengan namanya KEMODENAN?
* Kerana duitnya? Harta yang bertimbun?
* Kerana empunya diri itu sendiri?
* Kerana Agamanya? Ia akan di bawa di dunia dan akhirat. Tetapi ramai juga yang terjerumus di lembah hina. Kerana yang dibawa rupanya selama ini adalah nafsu tetapi disolek dengan nama Agama.

Anda akan dapat apa yang anda niatkan. Ingat perjalanan cinta sesama manusia amat jauh, dan mungkin juga dekat, ataupun ia satu perjalanan yang tidak pasti.

4. Apa Modal Untuk Bercinta?
* Adakah dengan modal air liur? Atau jari jemari menulis sms?

Sedarkah anda? apabila bercinta dan anda meletakkan sesuatu di dalam hati seseorang. Ini telah memberikan ia pengharapan baru dalam hidupnya. Dan ia akan berusaha untuk mencapainya. Jika cinta anda sekadar cinta monyet, cinta untuk merosakkan anak orang, ikut-ikutan dan hanya menjadikan orang lain sebagai batu galas - CINTA NAFSU. Eloklah lupakan sahaja. Anda hanya akan menjadikan diri anda sendiri bahan fitnah yang akan orang ingat sampai bila-bila.

Sedarkah anda? Mahligai perkahwinan itu memerlukan pengorbanan bukan sahaja dari segi jari jemari dan air liur. Tetapi lebih dari itu adalah modal ilmu untuk mendirikan sebuah keluarga yang beragama, cintakan ALLah dan rasul-Nya. Modal harta iaitu pekerjaan dari sumber rezeki yang halal untuk anda berikan kepada isteri, dan anak-anak. Modal hati dan perasaan untuk dikongsi, difahami, kesabaran dan sebagainya.

5. Berapa Lama Anda Ingin Bercinta?
* Seminggu?
* Sebulan?
* Tiga, empat tahun?
* Sehingga habis belajar?
* Cinta hingga ke akhirat?

Apabila anda bercinta, setiap pasangan pastinya ingin mengetahui sampai bilakah mereka akan bercinta? Dan apabila perhubungan itu diketahui oleh sang ibu dan ayah, tentunya mereka akan bertanya bila pula tarikh merisik, pertunangan dan perkahwinan pula akan dijalankan? Dan tentunya kaum kerabat pula akan tertanya-tanya, dengan siapa anda berkawan. Mungkin ada yang sudah diusung ke hulu dan hilir - orang kampung pun sudah mulai berbisikan. Walaupun anda sangkakan di bandar orang bersikap tidak ambil peduli. Tetapi malaikat di kiri dan kanan tetap juga menulis catatan..

6. Kos Cinta

* Duit yang anda habiskan semata-mata untuk sidia - telefon (sms, mms, chat etc), bil elektrik, bil internet,
* Masa yang anda korbankan untuk sidia
* Hati dan perasaan


Sikap Matang Dalam Mencari Cinta
Wahai pemuda dan pemudi, menyebut perkataan cinta sesama manusia itu mudah, tetapi untuk melaksanakannya amatlah payah. Bercinta bukan menjadi tiket yang menghalalkan anda menyerahkan jasad kehormatan anda. Bukan juga bermakna anda sudah menjadi juara dan normal sebagaimana insan lain yang bercinta (sudah fahamkah erti cinta yang sebenarnya?). Anda rosak kerana cinta? - ia adalah kesalahan anda sendiri di dalam menterjemahkan cinta yang suci dan abadi. Semaklah semula adatnya bagaimana RasuluLlah menyalurkan perasaan cinta.

Jika berbaloi dengan bercinta - anda dapat merasai hidup bahagia serta mendapat keredhaan ALlah kerana matlamat anda jelas, anda sedia redha dengan kemungkinan yang berlaku serta tidak menyalahkan taqdir, perjalanan cinta tidak melanggar batas syarak. Maka silalah untuk bercinta.

Fikirkan.. Dalam masa bercinta, bagaimana hubungan kita dengan ALlah dan manusia serta makhluk yang lain? Semakin baik ataupun semakin jauh dan terus menjurang. Adakah ia menjadikan kita hamba ALlah yang bertaqwa ataupun hamba ALlah yang derhaka?

Dari Abu Hamzah, Anas bin Malik r.a, khadam kepada Rasulullah SAW, bersabda Nabi SAW : "Tiada beriman seseorang kamu, sehinggalah ia mencintai saudaranya sama seperti ia menyintai dirinya sendiri"

p/s: credit to Ustaz Mohd Zul Roslan & Iluvislam.com

Read more...

Wedding Of The Year!!

>> Tuesday, December 30, 2008

Salamz Alaik!!


Siapakah mereka di atas ini?? Kalau nak cakap Dato' K & Siti Nurhaliza, lelaki tu ade la jugak misainye, tapi bukan.. Apatah lagi kalau hendak dicakapkan Mawi & Ekin, sungguh jauh sekali. So, siapakah mereka sampai dinobatkan sebagai wedding of the year? Siap kalah sume artis-artis kat Malaysia tu, hekhek.. Sebenarnya ia merupakan wedding of the year bagi keluarga kami Mailjah kerana abang sdare aku, Ahmad Tarmizi atau name manjernye abang gg telah melangsungkan pernikahannya bersama gadis yang diberi nama Nurul Hafiza. Majlis ni berlangsung pada Sabtu (27/12/08) di Selama, Perak Darul Ridzwan. Bukan hotel Golden Horse Palace eks, hekhek..

Perkhawinan yang berlangsung dengan meriah sekali walaupun ia dilakukan dengan begitu sederhana, ramai jugak orang-orang kampung kat Selama ni datang, maklumlah makan free, hekhek. Persandingan untuk pihak wanita dilakukan pada hari yang sama jugak dan bagi pihak lelaki akan dilakukan di Gombak pada bulan April nanti. Sebenarnya macam inilah yang kita mahu, suatu acara yang simple dan tidak terlalu grand sehingga membazir berjuta-juta ringgit, asalkan matlamat untuk menyatukan dua insan itu tercapai. Alhamdulillah ;)

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Wanita yang paling banyak mendapat kurnia ialah wanita yang murah mas kahwinnya, yang senang nikahnya dan baik budi pekertinya. Dan wanita yang jahat ialah wanita yang mahal mas kahwinnya, payah nikahnya dan yang buruk budi pekertinya"

Bila dah masuk bab-bab kawen neyh, terasa best pulak nak memperbincangkannya, maklumlah hambo neyh tak kawen lagy, so siapa-siapa nak menjadi calon tu borang aku ade letak kat office aku (macam ade office jep, hakhak!), gurauan petang deyh, rilek-rilek sudeyh ;p Sebenarnya dalam perkhawinan ini, ia berlaku dalam dua keadaan sahaja. Sama ada cinta sebelum khawin ataupun cinta selepas khawin. Ada lagi satu sebenarnya, iaitu khawin ekspress! Yang tu paham-paham je la yep, hekhek.. Kalau kita lihat trend zaman-zaman sekarang ramai di antara kita yang mengambil pakej cinta sebelum khawin, dengan alasan nak kenal hati budi masing-masing, ataupun nak test sama ada dia jodoh yang sesuai atau tak.

Kalau korang nak tahu, orang-orang tua dulu kita ni bijak, walaupun takde la belajar sampai oversea macam kita semua zaman sekarang neyh, tapi banyak perkara yang kita boleh pelajari daripada mereka ini melalui pengalaman. Nak dijadikan cerita waktu tu aku lepak la kat kedai makan dengan member-member aku, lepas tu secara kebetulan kitorang duduk semeja dengan seorang pakcik ni, apa lagi sembang-sembang la kami bukak warung kopi, sampai la ke bab perkhawinan, bunyi dialog kitorang macam ni:

Pakcik: Budak-budak sekarang ni pakcik tak berkenan la, berkepit sana, berkepit sini, nanti khawin tak jadi jugak..

Kami: Ape bleyh buat pakcik, zaman dah berubah, dunia dah maju..

Pakcik: Maju apenye, kalau korang nak tau, zaman pakcik dulu takde dating-dating neyh, kalau dah suke khawin, ataupun atas pilihan mak ayah. Pastu dari situ baru la terasa best nak pegang-pegang tangan semua. Nikmatnya tak terasa... Ni korang sebelum khawin dah raba sana raba sini, nanti masa dah khawin boring la sebab semua dah raba, last-last gadoh pastu cerai, ish3...

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Kahwinilah wanita itu kerana empat perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikan dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, engkau akan selamat"

Macam tu la sedikit sebanyak dialog yang aku ingat mase dengan pakcik tu, tergamam la sekejap kitorang ni. Betul jugak apa yang pakcik tu cakap, bila kita mengambil cinta sebelum khawin, sudah pasti ada kata-kata manja, berpegang-pegang tangan dan sudah pasti tidak boleh dielakkan dengan nafsu serakah yang membuak-buak. Lepas tu masa dah khawin nanty borink sebab dari start awal couple asyik tengok muka yang sama saje. Takde perasaan romantik yang boleh kita lakukan sebab semua dah buat mase sebelum khawin dulu, so bijak tak orang-orang tua zaman dulu?? huu~

Secara kesimpulannya, jika kita hendak mengekalkan sesuatu perkhawinan itu, perlulah ada sikap tolak ansur, dan saling lengkap melengkapi di antara satu sama lain, itu yang Kak Ila cakap la, dia adalah pengasuh Rumah Al-Hidayah kat Muadzam Shah, ngee.. Okla, sebelum nak habes neyh aku kasi la slideshow sepanjang majlis perkhawinan abang gg, enjoy! ;)



p/s: Jodoh pertemuan di tangan Allah ;)

Read more...

Lupa, Leka & Alpa

>> Monday, December 29, 2008

Teman,
Mungkin sekali kita leka..

Sekali pernah terlepas dari genggaman..
Ucapan 'Ooopps' mendahului 'Ya Allah'

Bila perut kenyang..
Ucapan 'Haa kenyangnya' mendahului 'Alhamduliilah'

Bila diri terpegun akan keindahan..
Ucapan 'Subhanallah' ditutup oleh 'Wah cantiknya'

Bila dikunjungi berita malang..
Ucapan 'Kasihannya' terucap kerana
Kita alpa kepada kalimah..
Innalillah Hiwa Innalillah Hirajiuun..

Kadangkala kita lupa kerana terbiasa..
Tapi ingatlah..
Agar bila Izrail datang membawa berita..
Biarlah kalimah LAILAHAILALLAH menjadi juara.

p/s: Manusia memang diciptakan untuk lupa, so banyakkanlah tazkirah dalam diri, insyaAllah ;)

Read more...

Tag Your It : 3

THE RULES:
1. Take your bag, be it hand bag, man bag, sling bag or any other bags that you put your stuff in.

2. Take everything out and put it nicely around the bag.
3. Describe the items found in your bag.

4. Let' the readers judge.

5. See whether their prejudgments about you personality are correct or not.

6. Tag others

Gambar ini aku amek daripada 'porch bag' aku, ingat lelaki takde bag sendiri ke, hekhek.. ;D Di antara senarai-senarai barang aku adalah:
  1. Henpon Sony Ericsson k750i, enset nombor celcom aku
  2. Dompet Bodyglove kesayangan
  3. Kunci kete mercedez benz
  4. Kunci rumah kat Desasiswa Bestari
  5. Pen biru Kilometrico
  6. Duet bayaran RM15 baju KACIP silat cekak
  7. Resit mase baiki aircorn kete mercedez
  8. Resit bayaran Silat Cekak daripada Kak Zai
  9. Kad topup RM10 maxis & celcom
  10. Sikat kesayangan
  11. Pendrive Abang Aliph
  12. Kicin Ekspidisi Ridan Hill
  13. Earphone Sony Ericsson
  14. Brocher Kelas Latihan Memandu Kereta untuk adik aku
Banyak tak?? hakhakhak!!

The last person who tagged you are: Hidayah Idris
1. Your relation with him/her?
Member sesekolah menengah, SMKA Maahad Hamidiah of course...

2. Your impression towards him/her?

Member2 sudeyh ;)

3. The most memorable things he/she had done for you.

Singing together & lend her shoulder

4. If he/she becomes your lover, you will...

Tak mau aku.. hakhak ;p

5. If he/she becomes your enemy, you will...

tak elok gadoh-gadoh..

6. If he/she becomes your lover, he/she has to improve on his/her

kan aku cakap, tak nak.. hekhek..

7. If he/she becomes your enemy, the reason is...

dia langgar kete aku, hakhak..

8. The most desirable thing to do on him/her is?

bawak dye pegi mcdonald hari tu, bayar duet minyak, hekhek.. ;p


9. The overall impression of him/her is..

Okla buat member-member ;)

10. How do you think the people around you will feel about you?

ramai orang cakap muke aku ni dah tue, maksudnye muka tak kene dengan umur, huu~

11. The character of you for yourself is?

Sempoi ikut masa dan tempat, ngee..

12. On contrary, the character you hate of yourself is?

buat kerja tangguh-tangguh..

13. the most ideal person that you want to be is?

sesempurna Rasulullah, insyaAllah ;)

14. For the people who likes you, say something to them.

Alhamdulillah ;)

5 person to tag:
Ainil Nazmin
Fateen
Bebochito
Nadia Rusli
Saypool

p/s: Semua ini adalah tag dari cik Dia Ida ;D

Read more...

Sudah Terlaksanakah Hijrah Anda?

Salamz Alaik!!

Akhirnya sudah aku sudah tiba ke post yang ke-100!!! terharu seyh (sob3), kepada semua yang menyokong aku selama ini aku ucapkan setinggi-tinggi terima kasih kerana sentiasa menjadikan blog aku neyh tempat persinggahan. Maka tertutuplah sudah lembaran 1429, dan tibalah untuk kita semua membuka diari baru bagi tahun 1430 Hijrah. Secara kebetulan juga lagi dua hari kita akan bertemu juga dengan tahun 2009 pada kalendar masihi. Tahun yang akan menjanjikan kisah-kisah baru dalam hidup kita, mungkin ianya sedih, ataupun gembira? Perkara itu hanya Allah sahaja yang mengetahuinya. Kita sebagai hamba perlulah teruskan usaha kita sebagai seorang khalifah di muka bumi ini, itupun tak ramai yang berusaha ke arah itu, sebab syok sangat dengan arus zaman sekarang yang penuh dengan hiburan & maksiat, huu~ Terasa cepat je kan setahun masa berlalu ryte? Sedar tak sedar kita sebenarnya umur kita semakin meningkat, eii dah tua, hekhek.. So di waktu usia korang yang menuju kepada proses penuaan (termasuk aku) ni, sudah terlaksanakah 'hijrah' korang?

Aku taula maksud hijrah adalah 'perpindahan' macam belajar kat sekolah dulu, tapi hijrah yang aku maksudkan di sini bukanlah berpindah rumah ataupun pindah masuk sekolah asrama penuh, ataupun berpindah dapat tawaran masuk universiti, hekhek.. Apa yang ingin aku sampaikan adalah perlaksanaan hijrah dalam diri kita ini. Perpindahan daripada aspek sikap & akhlak. Ataupun yang selalu korang cakap dalam bahasa kasar adalah azam tahun baru korang. So, adakah hijrah korang menjadi suatu realiti ataupun still di alam fantasi??

"Sesungguhnya orang mukmin apabila melakukan dosa bererti ia membuat noda dengan sebuah titik hitam di dalam hatinya. Apabila ia bertaubat, meninggalkan perbuatannya, dan memohon ampun kepada Allah, maka hatinya jernih kembali. Tetapi apabila ia menambah dosanya, maka bertambah pulalah titik hitam itu hingga menutupi seluruh hatinya." (Hadis Riwayat Ahmad)


Mesti ramai punye la yang cakap "hurm.. banyak lagi azam aku tak habes" ataupun "ish, dah masuk tahun baru dah? Azam aku satu pun tak buat lagi" dan banyak lagi kerenah dan gelagat yang sama kita dapat tengok bila masuk tahun baru yang mendatang neyh. Macam ni je la aku nak cakap, jikalau kita sudah berazam & beriktikad dalam melakukan sesuatu, laksanakan segera, janganlah nak tangguh-tangguh. Nanty kejap punye kejap dan masuk tahun yang lagi satu, pastu mula la mengeluh cakap azam tak sempat nak buat, hekhek. Another one thing, kalau nak melakukan 'hijrah' tu, tak payah la nak tunggu sampai masuk tahun baru baru timbul azam, actually bila-bila masa saja kita boleh berazam, dengan syarat kita meletakkan usaha yang gigih ditambah dengan doa yang ikhlas dalam melaksanakan azam tersebut, insyaAllah kita dapat apa yang kita mahukan dalam hijrah kita ;)

Dalam kesempatan ini, aku hendak mengucapkan selamat datang ke dunia 1430 hijrah serta the world of 2009! Semoga dengan kehadiran tahun baru ini dapat memberikan permulaan yang baru kepada kita semua. So, kalau korang semua nak kongsikan tentang azam tahun baru korang, leyh tulis kat komen ya! sebelum aku menamatkan post aku kali neyh, mari kita sama-sama hayati lagu Hijrah Menuju Allah by one of nasyeed group yang mantap, Devotees! Hayatilah setiap liriknya, insyaAllah ;)



Bulat nian tekadmu
Dalam hijrahmu itu
Allah nanti kan bersama
Tempuh jalan yang diredhai

Hijrahmu menuju Allah
Ia sunnah para nabi
Para salihin dan muttaqin
Kembara hati menuju Ilahi

Andai rasa diri lemah
Di perjalanan hijrahmu
Sendirian tanpa mampu
Mohonlah pada Tuhanmu

Hijrah ini memang susah
Hijrah ini memang payah
Hijrah ini menuju Allah
Di hujungnya hasanah

p/s: Apakah azam tahun baru aku?? biarlah rahsia ;D

Read more...

Giler Tapi Gempak!

>> Sunday, December 28, 2008








p/s: Don't ever try this, kalau tak masuk suratkhabar Metro muka depan tu, hekhekhek ;D

Read more...

Mahar Adam Kepada Hawa

Allah SWT. berfirman: “Segala puji adalah kepunyaan-Ku, segala kebesaran adalah pakaian-Ku, segala kemegahan adalah hiasan-Ku dan segala makhluk adalah hamba-Ku dan di bawah kekuasaan-Ku. Menjadi saksilah kamu hai para malaikat dan para penghuni langit dan syurga bahawa Aku menikahkan Hawa dengan Adam, kedua ciptaan-Ku dengan mahar, dan hendaklah keduanya bertahlil dan bertahmid kepada-Ku!”

Pergaulan hidup adalah persahabatan! Dan pergaulan antara lelaki dengan wanita akan berubah menjadi perkahwinan apabila disertai dengan mahar. Dan kini apakah bentuk mahar yang harus diberikan? Itulah yang sedang difikirkan Adam r.a.

Untuk keluar dari keraguan, Adam a.s berseru: “Ilahi, Rabbi! Apakah gerangan yang akan kuberikan kepadanya? Emaskah, intankah, perak atau permata?”.


“Bukan!” kata Tuhan.


“Apakah hamba akan berpuasa atau solat atau bertasbih untuk-Mu sebagai maharnya?” tanya Adam a.s dengan penuh pengharapan.


“Bukan!” tegas suara Ghaib.

Adam diam, mententeramkan jiwanya. Kemudian bermohon dengan tekun: “Kalau begitu tunjukilah hamba-Mu jalan keluar!”.


Allah SWT. berfirman: “Mahar Hawa ialah selawat sepuluh kali atas Nabi-Ku, Nabi yang bakal Kubangkit yang membawa pernyataan dari sifat-sifat-Ku: Muhammad, cincin permata dari para anbiya’ dan penutup serta penghulu segala Rasul. Ucapkanlah sepuluh kali!”


Adam a.s merasa lega. Ia mengucapkan sepuluh kali salawat ke atas Nabi Muhammad SAW. sebagai mahar kepada isterinya. Suatu mahar yang bernilai spiritual, kerana Nabi Muhammad SAW adalah rahmatan lil ‘alamin (rahmat bagi seluruh alam).
Hawa mendengarkannya dan menerimanya sebagai mahar.

“Hai Adam, kini Aku halalkan Hawa bagimu”, perintah Allah, “dan dapatlah ia sebagai isterimu!”

Adam a.s bersyukur lalu memasuki isterinya dengan ucapan salam. Hawa menyambutnya dengan segala keterbukaan dan cinta kasih yang seimbang.


“Hai Adam, diamlah engkau bersama isterimu di dalam syurga dan makanlah (serta nikmatilah) apa saja yang kamu berdua ingini, dan janganlah kamu berdua mendekati pohon ini kerana (apabila mendekatinya) kamu berdua akan menjadi zalim”.(Al-A’raaf: 19).

Dengan pernikahan ini Adam a.s tidak lagi merasa kesepian di dalam syurga. Inilah percintaan dan pernikahan yang pertama dalam sejarah ummat manusia, dan berlangsung di dalam syurga yang penuh kenikmatan. Iaitu sebuah pernikahan agung yang dihadiri oleh para bidadari, jin dan disaksikan oleh para malaikat.

Peristiwa pernikahan Adam dan Hawa terjadi pada hari Jumaat. Entah berapa lama keduanya berdiam di syurga, hanya Allah SWT yang tahu. Lalu keduanya diperintahkan turun ke bumi. Turun ke bumi untuk menyebar luaskan keturunan yang akan mengabdi kepada Allah SWT dengan janji bahawa syurga itu tetap tersedia di hari kemudian bagi hamba-hamba yang beriman dan beramal soleh.


Firman Allah SWT: “Kami berfirman: Turunlah kamu dari syurga itu. Kemudian jika datang petunjuk-Ku kepadamu, maka barangsiapa yang mengikuti petunjuk-Ku, nescaya tidak ada kekhuatiran atas mereka, dan tidak (pula) mereka bersedih hati"


p/s: Banyak-banyakkanlah berselawat ke atas junjungan mulia Rasulullah s.a.w ;)

Read more...

786 - Meccah

>> Saturday, December 27, 2008

Wah2 sudah lama aku tak meng'online'kan diri, iyela nak buat macam mane, internet kat UNITEN slow deyh, uhuu~ Jadi sempena orang baru balik dari menunaikan haji neyh di sini aku hendak kongsikan lagu yang best by our musleem brotherz yang menggelar diri mereka 786, enjoy! ;D



Oh I'm sleepy
But my eyes won't close
Candles burning
While my soul has frozen

Over
From all that I've forgotten

Time is ending
And it's in my dreams
My tree is bending
And it's all it seems
I can do

To keep from boiling over

(Chorus)

Or is the snow falling
At my window calling
Me away to a distant land
With desert sands
And every man is a brother
To another man

I never see the
Stars trying to outshine each other
I never heard of
The Fall being jealous of the Summer
It's human fault
But not part of human nature
It's human fault
But not part of human nature

(Chorus 2) [2x]

Or are the lights shining
In the city guiding
Me away across the Red Sea

Through palm trees
The home of our Messenger
Cradle of Belief


under white moon and arabian sands

while the muslimeen travel to arabian lands
listen while we pray, Allah

everybody say, everybody say:
labbayk, allahuma labbayk labbayk
labbayk, allahuma labbayk labbayk...

la sharika laka labbayk...
innal hamda wa ni'mata
innal hamda wa ni'mata
laka wal mulk , la sharika lakk!


p/s: bila la aku nak pegi Mekah lagi, rindu seyh, huu~

Read more...

Korang Mungkin Tak Sengaja...

>> Friday, December 26, 2008

1)Korang mungkin tak sengaja jika..
-Termakan nasi sepinggan pada hari pertama puasa.
*Tapi mustahil tak sengaja jika..
-Lepas habis tiga pinggan nasi baru teringatkan puasa.

2)Korang mungkin tak sengaja jika..
-Terpegang tangan awek orang ketika berjalan di pasar malam.
*Tapi mustahil tak sengaja jika..
-Terpeluk pinggang awek tu sampai ke hujung pasar malam.

3)Korang mungkin tak sengaja jika..
-Tertidur ketika sedang mengawal keselamatan premis selaku security
*Tapi mustahil tak sengaja jika..
-Siap bawak bantal dan tikar serta membaringkan badan ketika bekerja.

4)Korang mungkin tak sengaja jika..
-Tersilap masuk rumah jiran sebelah kerana pintunya sama dan tak berkunci pula tu.
*Tapi mustahil tak sengaja jika..
-Tersilap masuk dan kemudian tersilap bawa keluar barang-barang yang berharga.

5)Korang mungkin tak sengaja jika..
-Terambil dan terpakai duit rakan serumah yang tertinggal di atas meja.
*Tapi mustahil tak sengaja jika..
-Duit rakan serumah itu korang terambil di dalam dompetnya sewaktu dia tidur.

6)Korang mungkin tak sengaja jika..
-Terlewat beberapa minit ke tempat kerja kerana jalanraya sesak.
*Tapi mustahil tak sengaja jika..
-Terlewat hingga beberapa jam dengan alasan jalan tren komuter jem.

7)Korang mungkin tak sengaja jika..
Terlawat blog aku.
*Tapi mustahil tak sengaja jika..
Tak lawat blog aku sekali lagi, ngee~ ;D


p/s: Sedar atau tidak kehadiran kita mungkin membawa sejuta makna kepada orang lain ;)

Read more...

Peringatan Untuk Semua...

LAILAHAILLALLAH

Penting!!! Seorang bekas biarawati kristian yang masuk Islam memberitahu dalam ceramahnya haram bagi seseorang umat Islam mengucap Selamat Hari Natal.. atau Merry Christ... dan sewaktu dengannya.

Jika anda ucap Gong Xi Fa Chai, maksudnya Selamat Tahu Baru Cina (WALLAHUALAM). Happy Deepavali Selamat Menyambut Pesta Cahaya (WALLAHUALAM), tetapi maksud Selamat Hari Nata.. atau Merry Christ... dan sewaktu dengannya adalah Sejahtera Keatas Tuhan Yesus (NAUZUBILLAH).

Dengan perkataan sahaja kita boleh rosak akidah, yakni murtad. Kita umat Islam beriman LAILAHAILLALLAH yakni Tiada Tuhan disembah melainkan Allah, jadi ucap Sejahtera Keatas Tuhan Yesus untuk apa (NAUZUBILLAH)? Sebarkanlah perkara ini, berdosa kita jika tak sampaikan benda yang hak. NAUZUBILLAH. LAILAHAILLALLAH.


Jom kongsi bersama dan amalkan 11 amalan setiap hari supaya syaitan tidak mengganggu kite... InsyaAllah:-
1. Banyakkan membaca Auzubillahiminasyaitannirajim...
2. Banyakkan Berzikir,Tahmid
3. Membaca 3 qul
4. Membaca ayat kursi waktu tidur
5. Membaca Surah Al-Baqarah
6. Membaca 'laailahaillallahwahdahualasyarikah... ... (sebanyaknya-kalau tak sempat pun 10x setiap lepas solat)
7. Sentiasa dalam keadaan berwuduk
8. Control mata(kawal mata dari melihat perkara maksiat)
9. Bersahabat dengan org beriman
10. Dirikan solat dengan khusyuk
11. Sentiasa buat solat taubat dan bertaubatlah..

"Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa, Sesungguhnya Allah kekal, Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan, Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya" (Al-Ikhlas: 1-4)

p/s: aku pun baru tahu, so mati kita sama-sama sebarkan kayh ;)

Read more...

Wanita, Tudung & Islam

>> Sunday, December 21, 2008

Salamz Alaik!!

"Dan janganlah kaum wanita itu menampakkan perhiasan mereka kecuali yang biasa terdedah (muka dan tapak tangan)" (An-Nur: 31)

Sebuah tajuk yang menarik untuk dibincangkan, dan actually dah banyak kali pun kita umat Islam satu dunia membincangkan mengenai isu neyh. Sampai dah naek boring kalau dengar kan. Tapi itula kita yang bergelar manusia, perlu saling ingat mengingati pada setiap detik, masa dan ketika. Apa yang membuatkan aku tertarik untuk sekali lagi mengupas isu neyh adalah sebab masa kelas agama aku bersama-sama dengan Ustaz Anuar (budak Uniten Muadzam knal la, huu~), dia ada menceritakan tentang ex-student dia dulu, setiap kali kelas memang dia seorang la yang tak pakai tudung, sebab kalau kelas agama pompuan semua wajib pakai tudung, kalau tak kene bambu la dengan ustaz, hekhek.. Tapi buat kes budak neyh dia bajet berani la. Bukan maksud aku untuk memburukkan sesiapa, tapi sebagai perkongsian ilmu dan pendapat jugak. So, pada suatu hari budak tu bangun dan bercakap something like this,

"Ustaz, tak semestinya yang tak bertudung neyh jahat, kite tengok yang bertudung pun same jer perangai, malah ade yang lagi teruk kowt perangai daripada kami yang tak bertudung"

Jadi itulah kisah ex-student ustaz yang kitorang dengar, dan dari situ ustaz memberi peluang kepada aku untuk memberikan pandangan dan pendapat atas peristiwa yang terjadi tu, so aku cakap la, tapi tak sampai main point ustaz dah suro stop sebab takut aku bolot mikrofon tu, hekhek... Jadi inilah pendapat apa yang aku dapat kongsikan bersama dengan anda semua.

Bagi aku semua orang adalah baik, tak kiralah mereka yang bertudung ataupun tidak bertudung, kerana kita secara fitrahnya dilahirkan dengan hati yang suci lagi murni. Cuma didikan ibu bapa dan juga pengaruh kita terhadap rakan sebaya yang menjadikan diri kita ini terjebak dengan segala macam perkara yang berunsur kemungkaran. Baiklah kepada wanita yang tidak bertudung, maybe kita boleh katakan bahawa kita ini adalah baik secara zahirnya, tetapi apabila kita mengaitkan kembali dengan hukum islam, sudah secara terang-terangan Allah telah nyatakan bahawa rambut itu adalah aurat bagi setiap wanita! Diulangi sekali lagi, setiap wanita!! Tiada pengecualian okayh walaupun kita sudah anggap diri kita ini baik untuk masyarakat.

Memang la kita lihat sekarang wanita bertudung pun berperangai macam tah pape, tapi bukanlah semua tak ok. Sungguhpun wanita itu bertudung, tetapi perangai baik buruk itu adalah berdasarkan diri mereka sendiri, jika dia hendak jadi baik, baiklah dia. Jika dia hendak jadi jahat, maka jahatlah dia walaupun sudah bertudung. Apa yang aku boleh katakan kepada wanita ialah apabila bertudung, ikhlaslah dalam pemakaian, jangan disebabkan seseorang ataupun sebab datang kelas agama sahaja baru hendak melabuhkan selendang di kepala.

Sabda Rasulullah s.a.w: "Pada akhir umatku nanti akan ada wanita-wanita yang berpakaian namun (hakikatnya) telanjang. Di atas kepala mereka seperti terdapat bonggol unta. Kutuklah mereka kerana sebenarnya mereka itu adalah kaum wanita yang terkutuk."

Apa yang kita hendakkan dalam memakai tudung bukan hanya sekadar cara pemakaian ataupun hanya untuk menutup aurat, tetapi apa yang dicari adalah kesempurnaan dalam diri seseorang itu agar dapat menjadi seorang muslimah yang sejati. Dari situ secara tidak lansung dapatlah kita melihat kesempurnaan akhlak dalam diri si pemakai tudung. Aku tahu memang tidak senang untuk melakukan perubahan, lebih-lebih lagi apabila kita menghadapi masyarakat sekitar, tetapi itulah yang kita namakan dugaan dan cabaran dalam hidup.

So, itulah sedikit sebanyak pandangan yang dapat aku kongsikan bersama korang, mungkin korang pun ade pendapat masing-masing sama ada nak mempertahankan mereka yang bertudung dan tidak bertudung? Apa-apa kita mesti ingat satu perkara wahai semua umat Islam, bahawa tempat pengakhiran kita adalah dua sahaja, sama ada syurga ataupun neraka. Jadi, mana satu pilihan anda?? fikir-fikirkanlah ;)

"Aku telah meninjau syurga dan aku dapati kebanyakan penghuninya ialah kaum miskin, dan aku juga meninjau neraka dan aku dapati kebanyakannya penghuninya ialah kaum wanita ." (al-Bukhari)

p/s: Alangkah indah jika wanita seluruh dunia ini bertudung ;)

Read more...

Indahnya Mawar











p/s: Begitulah ciptaan Allah ;)

Read more...

8 Anugerah!

>> Friday, December 19, 2008

1. Siapa yang meninggalkan cakap yang berlebihan, dianugerahi kepadanya kebijaksanaan.

2. Siapa yang meninggalkan pandangan yang berlebihan, dianugerahi kepadanya kekhusyukan hati.

3. Siapa yang meninggalkan makan yang berlebihan, dianugerahi kepadanya kelazatan ibadah.

4. Siapa yang meninggalkan ketawa yang berlebihan, dianugerahi kepadanya kehebatan (dalam dirinya).

5. Siapa yang meninggalkan gurauan yang berlebihan, dianugerahi kepadanya keindahan (budi bahasanya).

6. Siapa yang meninggalkan cinta kepada dunia, ia dianugerahi rasa cinta kepada akhirat.

7. Siapa yang meninggalkan kesibukan (menghitung) keaiban orang lain, ia di anugerahi (kesempatan) untuk memperbaiki aib dirinya sendiri.

8. Siapa yang meninggalkan perbuatan menyelidiki tentang bagaimana keadaan Allah swt, maka ia dianugerahi keselamatan dari iktikad orang munafik.

“Hendaklah kamu menjadi manusia-manusia rabbani”.
(ali-Imran: 79)

p/s: Anugerah Allah tiada tandingnya...

Read more...

Hari-Hariku Di Langkawi

>> Wednesday, December 17, 2008

Salamz Alaik!!


Minggu lepas aku dengan family aku ambik kesempatan cuti sekolah neyh untuk pegi cuti-cuti Malaysia ke salah satu tempat tumpuan pelancongan iaitu Langkawi!! Sebuah pulau yang bebas cukai dan juga menjual coklat yang murah! hekhekhek.. Percutian yang memang gempak sekali, kitorang book kat hotel Pelangi Beach Resort selama 3 hari 2 malam bermula pada Khamis (11/12/08) untill Sabtu (13/12/08). Actually dah lama aku ngan family aku tak kuar cuty same-same, maklumlah masing-masing mempunyai agenda yang perlu dilaksanakan, yang kerja kene kerja, yang belajar kena belajar, huu~ So masa ini sajelah yang boleh kami satu family berkumpul dan bercuty sambil menikmati keindahan alam ciptaan Allah s.w.t. Alhamdulillah ;)

Antara tempat yang jady tumpuan kitorang adalah Gunung Mat Cincang, iaitu tempat yang best kalau naek kereta kabel, sampai boleh tengok sempadan Thailand tu kalau kat atas puncak gunung tu! After that kitorang mengambil package Island Hopping yang membawa kami sekeluarga ke Tasik Dayang Bunting, tasik yang masih bersih, boleh naik bot, dan menjadi tumpuan mat-mat salleh nak buat sunbathing, hekhek. Lawatan kitorang tak berkahir kat situ jep, lagi satu tempat yang tak boleh miss ialah Waterworld Langkawi! Tempat semua penguin Malaya berkumpul,huahua. Last skali mak aku ajak pegi shopping-shopping kat pekan Kuah. So, ape lagy, aku pun memborong coklat la, macam-macam jenis coklat yang sodap jady habuan aku, hekhek.. MasyaAllah nafsu-nafsu, huu~

Kalau hendak dilihat dari segi pekhidmatan pelancongan, eveything was great! Aku kasik 5 bintang la, tapi yang paling aku tak berkenan adalah penjualan arak yang berleluasa di kawasan Langkawi tu, actually sekarang semua tempat jual arak macam tempat kedai runcit jep, tapi kat hotel tempat aku duduk tu, dalam peti ais dah siap ada tersedia tin-tin Carlsberg. Kalau aku hati syaitan memang dah teguk dah, tapi alhamdulillah Allah menguatkan iman aku untuk mengelakkan dari perkara-perkara sebegitu. Memang aku tahu mat salleh memang ramai datang melancong kat situ, dan minuman harian diorang arak. Tapi perlu ke kita menggadaikan Islam semata-mata untuk mengikut kemahuan mereka? Bak kata Pak Lah "Malaysia adalah negara Islam contoh!" tapi kat mana contoh yang kita boleh nampak kat situ??

"Wahai orang-orang Yang beriman! Bahawa Sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib Dengan batang-batang anak panah, adalah (Semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya" (Al-Maidah:90)

Another story bila aku dengan family aku makan kat salah satu restoran kat sane, memang kat situ bebas la dari penjualan arak, tetapi aku ada nampak ade mat salleh neyh oder Carlsberg, ingatkan pelayan tu nak cakap la "Sorry, we dont serve that drink". Rupa-rupanya pemikiran mereka memang meleset, sebab apa?? Iyela, apa yang aku nampak dyeorang sanggup pergi kat kedai seberang jalan pastu beli tin Carslberg untuk mat-mat salleh tu, ade tak ke otak terencat macam tu? Sanggup menggadaikan maruah Islam semata-mata untuk melariskan jualan, sungguh tak patut sekali.

Sungguh lemah diri aku ini kerana tidak ada kekuatan untuk menegur mereka, takpe tunggu aku jady PM, tengok la macam mane aku buat, hekhek. Apa-apa pun kami sekeluarga mengabiskan holiday dengan jayanya. Bak kata Nora Danish, "Yang penting kita enjoy!" Sila nikmati gambar-gambar sepanjang kitorang ade kat langkawi, sorry lambat upload, huu~



p/s: Nanty aku lawat lagy ekh Langkawi ;)

Read more...
Related Posts with Thumbnails

  © Blogger templates Romantico by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP