Twins?? ;D

>> Saturday, February 28, 2009





p/s: Cute ryte?? ngee~ ;D

Read more...

Kursus Pra-Perkahwinan: Menuju Gerbang Kebahagiaan

>> Friday, February 27, 2009

Salamz Alaik!!

AJK pelaksana kursus pra-perkahwinan perdana feat VVIP

Sungguh benarlah bahawa masa itu sentiasa mengalir bagaikan air sungai, tidak akan berhenti walaupun hanya seketika. Kan best kalo mase boleh membeku macam ais, leyh wat macam-macam, hehe.. Senang kate aku sekarang berada dalam ke'busy'an pada tahap yang maximum! huhu~ jadi sorry la kalo aku lambat hupdate post ek.. So what is in the menu for my life's journey?? Pada 21-22 Februari 2009, satu tarikh keramat bagi kami, Persatuan Pengajian Islam sebab julung-julung kalinya kitorang menjalankan aktiviti yang dinamakan Kursus Pra-Perkahwinan Perdana!! Wah2, kecik-kecik lagy dah gatai nak kawen noh.. hekhek, bukan kawen la, kitorang pegi kursus ajep, ish kome neyh.. ;p

Program yang berlangsung selama 2 hari neyh memberikan banyak pengalaman suka, duka, gelak ketawa tak henti-henti atas sebab tertentu, hilang ilmu, ngehee.. apa-apa pun syukur alhamdulillah segalanya berbaloi sebab sedikit sebanyak dapat jugak aku dan geng-geng PPI mengetahui selok belok dalam menguruskan rumahtangge, tapi sebenarnya lambat lagy kowt nak kawen, diri sendiri pun tak terurus lagy, hekhek..

Lebih-lebih lagy malam sabtu tu ade forum kekeluargaan: ayat-ayat cinta yang di'panel'kan oleh 2 penceramah yang tak asing lagy, iaitu Ustaz Ridhwan Tee b. Abdullah ngan Ustaz Badli Shah b. Alauddin. Memang berinformasi gler la malam tu, siap ngan nasyid, then bacaan tilawah oleh tak laen dan tak bukan saudari Sharifah Khasif Fadzilah, alah finalis Akademi Al-Quran dulu, ex-student UNITEN tu, ngee~

Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Dan di antara tanda-tanda kebesaran Allah ialah Dia telah menciptakan untuk mu isteri-isteri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya; dan dijadikannya antara kamu rasa kasih sayang." (Ar-Rum : 21)


Cakap tentang bab kawen-kawen neyh, sudah semestinya kebahagiaan itu menjadi matlamat untuk setiap pasangan yang melayarkan bahtera, of courze la kepada pasangan laki pompuan, kalo pasangan sejenis kompom takkan bahagia, iyela dah mende songsang, mane la dapat keberkatan Allah s.w.t.. Tapi untuk zaman sekarang neyh, mencipta sesuatu keharmonian dalam rumahtangga itu menjadi satu perkara yang mustahil, mane taknye setiap hari mesty setiap hari ade la kes kat mahkamah syariah, kes ape lagy kalau tak kes talak, fasakh, pastu macam-macam lagy la 1001 satu masalah penceraian. Siap ade tu 12 hari jep kawen, tak sempat nak wat ape-ape lagy. Jadi adakah itu juga satu kebahagiaan?? Yang untungnye peguam syarie tu gaks, ngee~

Ok kalau nak pikir balek, excely penat+borink+malu+membazir masa taw nak lakukan proses penceraian neyh, btowl tak? Iyela, skali dah cerai mesty la kene kene pegy mahkamah syariah lagy, pastu nak kene upah peguam lagy, pastu kalau ade yang tak puas haty nak tuntut duet berjuta-jutaan, pastu gadoh kat mahkamah, pastu yang pompuannye kalu jenis emo nanges-nanges, pastu ade proses cerai makan mase bertahun-tahun, pastu keluarga tanggung malu, pastu membazir jep duet kawen, pastu yang ade anak mestyla dyeorang sedeyh, pastu nanty menyesal nak rujuk balik, pastu gadoh lagy terus talak 3, pastu lu pikir la sendiri! ngee.. Tengok tu, nak tulis pun penat apatah lagy mereka yang melakukan proses penceraian tu. Kan elok kalo dok senyap-senyap minum kopi kat rumah jep, tengok cter spongebob same-same, rumahtangge bahagia, anak pun ceria ;)

Dalam mencipta sesebuah kebahagiaan itu, sudah pasti ada cabaran & halangan yang perlu ditempuhi. Oleh itu wahai tuan-tuan & puan-puan, bila nak berkahwin tu, pilihlah pasangan yang kita yakin dapat hidup dunia & akhirat. Pastu lepas dah kawen, terimalah pasangan itu seadanya, memang setiap manusia ade kekurangan & cacat cela di mana-mana, tapy itulah tanggungjawab pasangan tersebut untuk memperbaiki cacat cela itu agar keharmonian sesuatu rumahtangge itu kelihatan berseri sentiasa.

Mungkin aku neyh bukanlah orang yang seswai nak cakap bab kawen neyh coz aku pun tak kawen lagy, so tak merasa lagy la melodrama dalam berkeluarga neyh, ngee~ Apa yang aku cakap ni adalah just pengamatan aku, bukan pengalaman aku kayh.. Mungkin ade di antare pembaca blog yang dah kawen bleyh perbtowlkan apa yang aku cakap kan, ataupun kongsi pengalaman kebahagiaan korang melayarkan bahtera perkahwinan, kalo ad la ;) setiap baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu datang dari diriku sendiri...

"Dan orang-orang yang tidak mampu kahwin hendaklah menjaga kesucian (diri) nya, sehingga Allah memampukan mereka dengan kurnia-Nya." (An-Nur : 33)




p/s: Apa gunanya kita berkahwin kalau untuk bercerai.. fikirkanlah ;)

Read more...

Jangan, Jangan & Jangan..

>> Wednesday, February 25, 2009

Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita.

Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.


Jangan
makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.


Jangan
biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.


Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat)

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Jangan
keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan.


Jangan
pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.


Jangan
biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.


Jangan
menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.


Jangan
ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.


Jangan
mengumpat sesama rakan taulan, Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.


Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.


Jangan
bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.


Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.


Jangan
biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.


Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.


Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

“Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan yang menyeru kepada kebaikan dan menyuruh melakukan kema’rufan dan melarang melakukan kemungkaran dan merekalah orang-orang yang beruntung” (Ali-Imran:104)


p/s: Allah mengetahui apa yang kita tidak tahu ;)

Read more...

Pisang & Hati

>> Sunday, February 22, 2009

Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci.

Keesokan harinya
, setiap murid membawa beg plastik berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.


"Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya"


beritahu Cikgu Maryam. Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg.

Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk. Kanak-kanak itu mula merungut & marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.

Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban & bau busuk yang perlu dibawa.

"Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?"

tanya Cikgu Maryam. Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek & terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.

"Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu"

Cikgu Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik darpada membenci. Moralnya, jangan letak pisang dalam beg. Jangan simpan kebencian, dendam kesumat dan apa-apa yang mazmumah dalam hati. Macam pisang yg makin membusuk, begitu juga hati.

p/s: kalo simpan durian dalam beg camne?? ngee~

Read more...

Peribahasa Yang Dikenang

>> Friday, February 20, 2009

1. ke mana tumpah nye kuah kalau tidak ke bawah.

2. siapa yang makan nangka dia yang dapat biji nangka.

3. pucuk di cite ismet ulam raja.


4. sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya tak dpt masuk olimpik juga.

5. sesal dahulu pendapatan sesal kemudian cukai pendapatan.

6. tak lapuk dek hujan, tak lekang macam rambutan.

7. tiada rotan pelempang berguna juga.

8. biar lambat asalkan tak cepat.

9. biar putih tulang jangan kuning gigi.

10. Di mana ada gula di situ adalah gula-gula.

11. jauh dimata dekat di mata-mata.

12. kalah jadi abu, menang jadi arang, seri jadi abu bakar.

13. carik2 bulu ayam lama2 jadi shuttlecock.

14. secupak takkan jadi 18 cupak

15. gajah mati meninggalkan gading, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggal dunia.

16. sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula makanan di dalam mulut.

17. harapkan pagar pagar tak boleh diharap

18. habis madu sepah jgn di buang merata-rata

19. alang-alang mandi biar guna sabun.

20. ayam terlepas tangan berbau ayam.

21. berani kerana benar takut kerana penakut.

22. berapa berat mata memandang berat lagi seguni beras.

23. cubit paha kanan peha kiri tak rasa apa-apa pun.

24. diam2 ubi berisi diam2 orang bisu.

25. hendak seribu daya tak hendak tak apa.

26. hidung tak mancung, gigi macam kereta sorong.

27. hidup segan mati ditanam.

28. ikut hati mati, ikut rasa merasa.

29. ikut resmi padi semakin berisi semakin byk burung mari.

30. kerbau dipegang pada talinya, manusia dipegang pada tangannya.

31. lembu punya susu cap teko dpt nama

32. patah tumbuh hilang report polis

33. sambil menyelam tengok kapal selam

34. sehari selembar benang lama2 benang habis.

35. jika kail panjang sejengkal beli le yg panjang sikit kalau nak mengail dilaut. (beli le pukat tunda lagi baik )



p/s: teringat karamsingh walia, hekhek ;D

Read more...

Hot & Exclusive : Proton MPV

>> Thursday, February 19, 2009

#5-spoke alloy wheels
# Bee-sting antenna at the front just after the windscreen.
# Signal indicator on side mirrors
# Reflector headlamps
# Foglamps on the front bumper
# In the photo of the white MPV you can see the rear hatch swings upwards, instead of the other method which is sideways like a fridge



A complete revamp of the Proton steering wheel design that is curiously reminiscent of the one Honda is currently using. There is steering wheel audio controls and also a phone button which could indicate some variants of the MPV are equipped with a Bluetooth hands-free system.

# Dashboard itself doesnt seem to have any texture to it but its likely that this is a pre-production version, so the production version should have some texture in-line with all the recent Proton model launches.
# Center dash area design from top to bottom - clock, two aircond vents, 2-DIN CD player, various buttons including hazard light, manual air conditioning knobs, recirculation and air cond button.

# Instrument panel features a two-meter design, with RPM on the left and an even-numbered speedometer on the right which tops out at 180km/h. The design of the meters are predominantly red with white text. They look like an evolution of the one in the GEN2 CPS facelift, but with modifications that somehow make them end up looking like the one found in the Isuzu D-Max, except the D-Max design is blue.
# A door-open indicator in the middle of the two meters
# A redline of 7,000rpm for the RPM meter
# Two digital displays below each meter. The left one shows a digital fuel meter and digital temp meter as well as various other multi-info readings. I'm not sure what the right one shows.

Credit to: paultan.org

p/s: amacam stylo tak?? tapi aku tanak beli lagy la, tunggu da ade family nanty baru beli, hekhek.. ape2 pun enjoy kayh! ;)

Read more...

Sifat Wanita Yang Diminati Lelaki

Wanita Solehah Perhiasan Dunia. Inilah salah satu persediaan untuk insan yang bernama wanita untuk menjadi seseorang yang disukai oleh suami. Banyak lelaki yg terpikat pada wanita yang bersikap keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yang keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan anak baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing-masing.

1. Keanak-anakkan

Dalam batas yang wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. Tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yang melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yang menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yang membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah.

2. Penuh Pengertian
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yang berpengertian tidak terus mengeluarkan kata-kata yang kasar atau menuduh bukan2 sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.

3. Menghargai
Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.

4. Menjaga Penampilan
Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yang terbaik kepada dirinya. Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yg menyebabkan elaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yang tidak suka isteri yang masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak 3??

5. Pandai berbicara
Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yang suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dengan baik dan berfikiran terbuka.

6. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri
Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda. Apabila berhadapan dengan suasana yang baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.

7. Menghormati Diri Sendiri
Lelaki suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yg dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.

8. Simpati dan prihatin
Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang memancar keluar dengan indah & mempesona.

"Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra, andainya dirimu tidak sehebat Saidina Ali Karamallahuwahah"

p/s: Indahnya wanita bukanlah pada kecantikan, harta ataupun darjatnya, tetapi pada akhlak serta budi pekerti yang mulia ;)

Read more...

Rasulullah s.a.w: Pendapat Cendekiawan

>> Wednesday, February 18, 2009

Sebahagian dari apa yang dikatakan oleh cendekiawan bukan Islam mengenai junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W dan Islam.

Pendapat 1:
Empat tahun selepas kematian Justanian, beliau (Rasulullah) telah dilahirkan di Mekah, seorang manusia yang akan membawa pengaruh terbesar kepada semua umat manusia - John William Draper:A History of the Intellectual Development of Europe (1875)

Pendapat 2:
Cara beliau (Rasulullah) memberi layanan kepada musuhnya adalah contoh seorang manusia yang agung. Apabila mengalahkan musuhnya di Mekah, beliau adalah seorang yang paling berkuasa. Bandar yang pernah memekakkan telinga kepada seruannya, yang telah menghina dan menyeksanya sehingga terpaksa melarikan diri, kini berada dalam genggamannya. Menurut undang undang perang, beliau kini berkuasa untuk membalas apa yang pernah dilakukan kepada beliau dan pengikutnya. Tetapi apakah layanan yang beliau berikan kepada mereka? Hati beliau penuh dengan kasih sayang dan beliau mengumumkan bahawa, "dari hari ini anda semua adalah bebas." Beliau tidak membezakan sesama manusia begitu juga tiada sifat membenci antara manusia - Prof K.S Ramakrishnan Rao

Pendapat 3: Saya berpendapat bahawa wanita dalam Islam adalah jauh lebih bebas dari Kristian. Wanita dilindungi sepenuhnya dalam Islam berbanding dengan ugama (Kristian) yang menganjurkan monogami. Undang undang mengenai wanita dalam Al-Quran adalah adil dan saksama. Hanya dalam masa 20 tahun yang lepas di England, hak wanita terhadap harta diperkenalkan, sedangkan dalam Islam ianya telah wujud sekian lama. Adalah tidak adil untuk mengatakan bahawa dalam Islam wanita tidak mempunyai sebarang hak - Annie Besant:The Life and Teachings Of Muhammad (1932)


Pendapat 4: Undang Undang Muhammad (undang undang Islam) yang menguasai semua, dari yang berkedudukan paling tinggi sehingga yang rendah, adalah satu bentuk undang undang yang paling bijak, paling berkesan dan yang paling objektif dalam sejarah dunia - Edmund Burke:Impeachment of Warren Hastings

Pendapat 5:
Sekiranya tujuan, kebolehan dan keputusan menjadi kriteria untuk mengatakan seorang itu adalah seorang yang bijaksana, maka tiada seorang pun manusia pun yang boleh menandingi Muhammad (S.A.W). Manusia yang paling agung hanya mampu mencipta senjata, undang undang dan empayar. Mereka hanya mampu mendapatkan kekuasaan sementara yang seringkali tumbang di depan mata mereka. Manusia ini (Rasulullah) bukan sahaja memberi kesan kepada tentera, empayar, manusia dan dinasti, tetapi juga memberi kesan kepada berjuta manusia di dunia ini. Berdasarkan sebuah kitab (Al-Quran) setiap ayat menjadi perundangan, beliau telah menyatukan semua manusia tanpa mengira bahasa mereka atau bangsa mereka - Lamartine:Historie del la Turquie (1854)

Pendapat 6:
Penyebaran agama Islam adalah satu yang amat menakjubkan dalam sejarah peradaban manusia. Bermula dari sebuah negara yang tidak dikenali, Islam berkembang sehingga setengah dunia dalam hanya satu abad. Ianya telah menumbangkan banyak empayar agung, ugama lain yang telah lama bertapak, membina semula jiwa setiap bangsa dan membina sebuah dunia baru - dunia Islam - A.M Lothrop Stoddard:The New World Of Islam (1932)

Pendapat 7:
Eropah bergelap semasa matahari terbenam, Cordova terang benderang dengan lampu jalanan; Eropah kotor, Cordova membina seribu rumah mandi; Eropah penuh dengan serangga pengotor, Cordova menukar pakaian mereka setiap hari; Eropah dipenuhi dengan lumpur, jalan di Cordova indah; istana Eropah mempunyai lubang di bumbungnya, istana di Cordova penuh kemewahan; kaum bangsawan Eropah tidak mampu menulis nama mereka sendiri, budak budak di Cordova pergi ke sekolah; paderi Eropah tidak boleh membaca tulisan mereka sendiri, guru guru di Cordova membina ratusan perpustakaan yang tiada bandingannya - Victor Robinson:Islamic Contribution To Civilization

Firman Allah Taala bermaksud: "Dan apa jua perintah yang dibawa oleh rasul (Rasulullah S.A.W) kepada kamu maka terimalah serta amalkan dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya" (Al-Hasyr: 7)

p/s: MasyaAllah, sampai begitu sekali pandangan mereka terhadapat Rasulullah, manusia paling hebat sepanjang zaman! sampai orang puteh pun tabik spring seyh ;)

Read more...

Aku Hairan..

>> Monday, February 16, 2009

Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa dia akan mati, tetapi masih ketawa.

Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa dunia akan binasa, tetapi masih mencintainya.

Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa semua perkara terjadi menurut takdir, tetapi masih bersedih kerana kehilangan sesuatu.

Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa di akhirat ada perhitungan, tetapi masih sibuk mengumpulkan harta.

Aku hairan
melihat orang yang sudah kenal dengan neraka, tetapi masih melakukan dosa.

Aku hairan
melihat orang yang sudah mengenal Allah dengan yakin, tetapi masih mengingat selainNya.

Aku hairan
melihat orang yang sudah mengenal syaitan sebagai musuhnya, tetapi masih mahu mematuhinya.
Usman Ibn Affan r.a.


p/s: Neyh aku lagi hairan, Bush ngan Obama orang yang same ke?? yang paling gempak gambar tengah-tengah tu.. Ngee~

Read more...

Amalan Yang "Terbalik"

>> Sunday, February 15, 2009

Marilah kita bermuhasabah atau menilai & menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik @ bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga si mati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana baginda telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga si mati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh si mati atau harta peninggalan si mati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?


2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik, kemas & segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.


4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan diberi jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan & malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan & dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira & tidak membazir.


5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

"Wahai orang-orang yang beriman, rukuklah serta sujudlah (mengerjakan sembahyang), dan beribadatlah kepada Tuhan kamu (dengan mentauhidkanNya), serta kerjakanlah amal-amal kebajikan; supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat)" (Al-Hajj : 77)


6. Bulan puasa adalah bulan untuk mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau anak-anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Al-Quran @ bersolat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar RM20.00 satu pelajaran dalam 8 kali sebulan tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM5.00 sebulan 4 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih bimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.


9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan @ ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.


10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.

11. Kita cukup teruja untuk meng'forward'kan sms @ emel dalam bentuk gosip-gosip artis kepada kawan2. Malah kebanyakkan sms emel tersebut tidak benar dan boleh menjatuhkan maruah orang lain. Tapi kenapa susah sangat nak forward peringatan sebegini kepada kawan-kawan kita??


Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup kita menurut landasan & ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita.


Sabda Rasulullah s.a.w: “Dunia ini adalah penjara untuk orang mukmin dan syurga bagi orang kafir”.


p/s: sesungguhnya yang lebih buruk apabila aqidah seseorang umat islam itu juga terbalik..

Read more...

Setiap Hari Adalah Hari Kekasih

>> Saturday, February 14, 2009

Salamz Alaik!!

14 Februari, sebuah tarikh keramat yang telah mempengaruhi otak manusia seluruh dunia pada zaman sekarang neyh, aku rase korang pun tau kan hari ape tu, tak payah la aku nak sebut banyak kali lagy, sebab rasenye korang lagy expert kowt bab-bab macam neyh, ape yang aku tau, 14 Februari neyh tarikh lahir member aku, Kasyfi namenye, Selamat Hari Lahir ke-20 my friend!! ngehee~ ape lagi, aku dah letak name ko kat blog aku, bayar lebih la.. huahuahua..

Okla, back to da main point, macam yang korang tau, dan korang pun da bace banyak artikel ryte yang mengatakan bahawa hari 'Valentine's Day' ini tidak wajar sama sekali disambut oleh kita yang bergelar as an Islam. Eyh tak tau lagy k?? kalo camtu cbe bace artikel about "Hukum Rai Valentine & Jual Bunga" kat blog abang senior UNITEN aku sorg neyh, haa.. aku dah promote lagy satu name, kompom dpat bayaran royalti lbeyh neyh, hakhak.. ;D

Jadi untuk kali neyh aku tak nak la ceritakan about this valentine's day, sejarah ke apemende, sebab rasenye korang leyh dapat info lagy mantap kat blog @ artikel yang laen. So korang, setuju tak jika aku keluarkan statement bahawa "setiap hari adalah hari kekasih". Bukan sekali je taw, 5 kali sehari kita berjumpa denganNya. Dont get me wrong kayh, aku cakap neyh bukannye tentang kekasih gelapku, ataupun kekasih yang tak dianggap, tapi tak lain dan tak bukan cinta sejati yang tak pernah sekalipun lupa akan kita, tapi yang kadang-kadang kita terlupa akanNya, yakni Yang Maha Pengasih Allah subhanahu wataala..

Seperti yang kita tahu, Islam tidak pernah pun mengiktiraf mana-mana hari pun sebagai apa yang dinamakan 'Hari Kekasih', kerana kasih & sayang itu sifatnye universal, tidak dibatasi sekalipun oleh hari, masa dan tempat. Percaya atau tak, tapi korang kena percaya jugaklah, ngee~ bahawa kasih & cinta Allah tidak pernah luntur sekalipun terhadap seluruh makhlukNya. Malah walaupun bila kita tidak teringat akanNya, Dia sentiasa berada di sisi kita tak kira sama ada dalam keadaan suka ataupun duka.

Jadi apalah salahnye untuk kita berjumpa denganNya 5 kali sehari yakni dengan melaksanakan ibadah solat yang wajib dilakukan, time tu la korang leyh mengadu ataupun menunjukkan rasa syukur, kasih dan cinta pada Yang Maha Esa. Tapy kalo sape yang tak pernah solat tatau la, oppss.. Kalo korang nak wat meeting tambahan bleyh jep, solat sunat sudah banyak tersedia, cuma bergantung kat kita jep nak menambahkan amal ibadah kita ataupun tidak ;)

Ape-ape aku tengok media sekarang dah kurang dalam mengutamakan program sempena valentines day neyh, kalo tak dulu, siap buat contest lagy, menang dapat percutian honeymoon, huu~ So after this, change your mind setting, jauhkan pemikiran korang dari menobatkan bahawa 14 Februari merupakan hari kekasih sedunia, dan ubah kepada setiap hari, setiap masa, dan setiap ketika adalah 'hari kekasih' kepada Allah s.w.t. Sesungguhnya sambutan Valentine's Day itu merupakan propaganda musuh-musuh Islam untuk menjatuhkan maruah serta martabat agama kita. So after this tak perlulah korang nak ucap apatah lagy menyambut hari tersebut. Selagi Islam berpijak di bumi, selagi itu jihad kita tidak akan terhenti. Allahuakbar!


"Sesungguhnya bagi setiap kaum itu perayaan masing-masing, dan ini (IdilFitri dan Idiladha) adalah perayaan kita"
(Riwayat Al-Bukhari & Muslim)



p/s: Sungguh benar cinta itu indah, tapi ia akan lebih menyinar jika kita salurkan ke jalan yang benar ;)

Read more...

About A Guy

>> Friday, February 13, 2009

1. Lelaki tidak detail dlm percakapan
Contoh kes: Kakaknye baru saja putus cinta. Biler kite tanyer what's his comment dier just cakap: "Mm..dah nak putus nak wat camne..."

2. Lelaki tahan berjaga sepanjang malam demi hobi


3. Lelaki rela menghabiskan banyak wang untuk peralatan elektronik atau aksesori kereta.


4. Lelaki jarang muncul dengan jambang bunga.

Contoh kes: Dalam filem, sering kita lihat hero mincul tiba2 di rumah lovernya dgn sejambak bunga. Kenyataan nye? huh hampeh!!

Alasan: Sejak awal, otak lelaki lebih mengutamakan hal praktik. kebetulan, hal2 bunga nih tak menarik ruang logik otak mereka. Beli sesuatu yang bakal layu dalam beberapa hari benar2 satu pembaziran-itu tanggapan org lelaki laa kan.

5. Lelaki tidak bergosip

Alasan: Sebenarnya lelaki juga bergosip. Tapi cara dan gaya mereka bergosip tidak sejelas kita dan juga tidak pada saat objek yag nak digosip berada dekat situ. Kalau mereka punya masalah dengan seseorg, biasanya mereka menyelesaikannya, atau melupakannya.

6. Lelaki selalu mengaggungkan IBU mereka.
Alasan: Bagi lelaki, ibu mereka merupakan wanita ideal dan inti dari hidup mereka. Lelaki juga belajar mengenal rasa melindungi dari hubungan kedua orang tuanya, bagaimana ayah mereka melindungi ibunya. Makanya, tak perlulah mintak dia persoalkan apa apa ttg ibunya.

7. Lelaki sanggup menyimpan semua edisi Terhad komik, cd, jeans, jam tangan dan apa saja!

Alasan: Berbalik kepada asal mereka sebagai pemburu, lelaki senang menghimpun persediaan keperluan mereka sebanyak mungkin. Mereka selalu berwaspada bakal diadili lelaki lain, sehingga tidak hanya mengekar kuantiti, tapi juga kualiti yang dimilikinya. Bagi mereka, punya sesuatu yang boleh dibanggakan adalah prestasi tersendiri yang dapat memacu ego mereka.

8. Lelaki Senang melihat wanita memakai skirt pendek(mini skirt)-asalkan bukan kekasihnya.


p/s: So guyz, any comment?? pompuan pun kalo nak komen bleyh gaks, lalala~ ;)

Read more...

Misteri Cinta

>> Thursday, February 12, 2009

Cinta memang sentiasa muda, tidak pernah selari dengan usia yang kian bertambah, sentiasa wujud bersama denyutan nadi. Misteri tersendiri, rasa cinta tetap wujud tanpa sempadan, tua ataupun yang muda. Jangan di sangka yang sudah bongkok tiga, yang sudah setengah abad kadang kala masih tidak memiliki apa yang dinamakan cinta. Cinta adalah untuk semua, tetapi bukan semua dapat merasai nikmat cinta.

Jauh di dalam hati, cinta terus segar & mewangi. Walau sudah dibungkus kebahagiaan, tapi ada kalanya masih teringatkan cinta yang hilang. Walaupun semuanya itu sudah bertahun berlalu, tetapi terasa begitu dekat. Masih ingatkan suaranya, masih ternampak senyum tawanya. Rasanya baru semalam berlalu.. tidak terasa. Sudah bertahun-tahun rupanya sejarah cinta meninggalkan kita. Selagi ada kejujuran, ia tetap mekar. Terkadang terasa sunyi dan mahu mendengar kembali semua yang pernah di dengari dari mulutnya, mahu ia mengulanginya.

Namun tidak mungkin, lantaran kita sekarang sudah hidup dalam persekitaran yang tersendiri. Wahai insan yang pernah bertakhta di hati, di manakah sekarang? Apakah masih teringatkan kisah lama. Sering kali memujuk hati supaya menerima hakikat bahawa dia ‘telah tiada’. Tapi hati kita sukar hendak percaya. Itulah cinta namanya.

Misteri sungguh perasaan ini. Ia datang dan terus datang tanpa mempedulikan hakikat siapa kita lagi, dan siapa dia sekarang ini. Kita terus teringat dan terus teringat. Segalanya tersimpan jauh di sudut hati. Itulah cinta. Satu misteri yang tidak pernah berjaya diberikan jawapan oleh manusia sejak dulu hingga kini. Allah menciptakan manusia bersama cinta & kasih sayang. Tapi janganlah lupa pada cinta pada Yang Maha Agung.

Andainya kita diberi kesempatan untuk mengulangi semua kehidupan, ingin kita lakukan yang terbaik. Namun, kehidupan yang telah pergi tidak mungkin berulang. Usia yang telah terguna tidak mungkin kembali. Urat telah timbul, kedut-medut di wajah telah jelas, tenaga semakin berkurangan, mata kian kabur, langkah semakin terhenti-henti, tapi hati masih mekar & segar. Biarpun kita cuba menghilangkan cinta, ia tetap datang dan datang tanpa henti sehingga ke penghujung hayat.

~Penulis asal tidak diketahui~


p/s: Alamak terlebeyh jiwang la plaks, hakhak.. ape2 pun tiada kaitan antara yang hidup dan yang mati kayh, ngee~ ;)

Read more...

Kasihnya Seorang Adik

>> Wednesday, February 11, 2009

Aku seorang kakak yang cuma ada seorang adik lelaki. Usianya tiga tahun lebih muda daripada aku. Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah.

Petang itu, pulang saja dari sekolah, ayah memanggil kami berdua. Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah.

“Siapa ambil duit ayah?” tanya ayah bagai singa lapar.

Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua kami membisu, cuma tunduk memandang lantai.

“Baik,kalau tak mengaku, dua-dua ayah rotan!” sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku.

Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata, “Saya yang ambil!”

Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu, hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. Aku gamam, lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik tak tumpah.

Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut:
“Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?”

Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati. Namun adik cukup tabah. Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk.

Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar.

Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata,”Jangan menangis kak,semuanya dah berlalu!”

Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik.

Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti.

Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di ruang tamu. Aku terdengar ayah berkata,

Ayah: Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!
Ibu: Tapi apalah maknanya bang.. Di mana kita nak cari duit membiayai mereka?

Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu. “Ayah,saya tak mahu ke sekolah lagi!”

Perlahan-lahan
ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah emak, kemudian wajah adik dalam-dalam.

Panggggg…!! sebuah penampar singgah di pipi adik. Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis.

“Kenapa kamu ni? Tahu tak, kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan kamu, ayah akan lakukan!”

“Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan,” aku memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak.

“Kakak perempuan… biarlah kakak yang berhenti.”

Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya. Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat…

“Kak… untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akak.”

Apa lagi yang saya tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah.

Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa: “Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!”

“Pemuda kampung?” bisikku. “Siapa?”

Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur & simen. “Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!”

Sambil tersenyum dia menjawab
, “Akak lihatlah pakaian adik ni. Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?”

Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. Aku cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik.

Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara, “Akak tak peduli apa orang lain kata.”

Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu.Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata, “Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak.”

Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan.

Tamat semester
, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen. Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu.

Aku: Emak,tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik.
Ibu: Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka.

Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan.

Aku: Sakit ke? aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya.
Adik: Tak… Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa. Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja keras.”

Apalagi… aku menangis seperti selalu.

Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada adik.

Adik:
Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain? Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada.”
Aku: Adik tak ke sekolah pun kerana akak.” kata ku memujuk.
Adik: Kenapa sebut kisah lama, kak?” katanya ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya.

Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah tiada. Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara majlis bertanya,

“Siapakah orang yang paling anda sayangi?”

Spontan adik menjawab, “Selain emak, kakak saya… .” katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati.

“Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke sekolah.Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya. Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar.”

“Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila.”

Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria.


p/s: Cerita neyh rasenye ramei da bace, tapi aku nak post gaks sebab best, tangkap syahdu la orang kate, ngee~

Read more...

Dreams Come True!

Have you ever been dreaming of flying?? Being a tarzan or go to da fairyworld?? Actually you can!! Want to know how?? See at the picture below, enjoy! ;)

The Jumper

The Flying Cycle

The Rockbuilder

The Flying Boy

Underwaterworld

Peterpan & Tinkerbell

Tarzan in the jungle

The Flying Dog

p/s: So dreams do come true ryte, with a lil bit of great imagination and also creativity, lalala~ ;)

Read more...
Related Posts with Thumbnails

  © Blogger templates Romantico by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP