Al-Fatihah to Achik Spin

>> Sunday, April 18, 2010


Sekarang kita hanya boleh melihat wajah beliau sahaja, tiada lagi wajah 'live' yang akan dapat kita tonton sama ada di kaca televisyen ataupun di kaki lima, kerana Abdillah Murad Md. Shari atau dikenali Achik Spin, 28, meninggal dunia dalam satu kemalangan ngeri di KM 14 Lebuh Raya Kajang, Seremban Sdn. Bhd. Allahyarham, yang berada di dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) yang terbabas dan terbakar, meninggal dunia di tempat kejadian.


Ini adalah hupdate gambar kemalangan yang berlaku, sama-sama kita doakan agar roh beliau dicucuri rahmat, insyaAllah~


.







P/S: Tiada ku sangka, bola-bola api, yang dahulunya kecil, dan menjadi besar~

Read more...

Pesan Opah

>> Saturday, April 17, 2010

Betul maksud bidalan orang-orang tua..

Sebab pulut santan binasa,
Sebab mulut badan binasa..

Teringat pesan opah,
pesannya pada kami anak-anaknya,
menganga dulu sebelum berkata-kata,
Rasionalnya cuba anda nganga dulu sebelum bercakap,
Anda akan terasa ada gerakan dari kiri dan kanan kepala,
Iaitu berhampiran dengan cuping telinga,
Secara automatiknya otak akan digerakkan untuk berfikir,
Oleh itu,
BERFIKIR DULU SEBELUM BERCAKAP~

Tambah pesan opah lagi,
Mulut kamu harimau kamu,
Maksudnya setiap kata-kat yang keluar dari mulut anda,
akan digunakan kembali oleh musuh-musuh anda,
untuk membinasakan anda kembali~

Pesan opah pula,
Jangan tinggalkan solat 5 waktu dengan sengaja,
Hanya orang-orang yang sujud sahaja,
mendapat bekalan darah yang mencukupi,
untuk masuk ke dalam otaknya~

Oleh itu hati-hati dalam berkata-kata,
gunakan otak serta nikmat akal fikiran dengan sebaiknya,
InsyaAllah akan menjadi insan yang lebih berakhlak mulia~

p/s: Akal membezakan manusia dengan haiwan ;)

Read more...

10 Laptop Tercanggih!


10. The Million Dollars Laptop
Luvaglio pencipta barang barang mewah yang bertapak di UK telah mencipta laptop pertama bernilai jutaan dolar. Keterangan lengkap tentang spesifikasi laptop belum direlease pada saat ini, tetapi diketahui bahawa ia memasukkan 17 “lebar skrin LED yang direka khas anti-glare coating reflektif untuk gambar yang jelas dan terang. 128GB Solid State Disk dan slot loading Blue-Ray drive. Ada sebuah peranti pembersih layar yang berintegrasi dan berlian berwarna yang jarang ditemui yang juga berfungsi sebagai butang power ketika ditempatkan ke dalam laptop, dan juga bertindak sebagai pengenalan keselamatan.



9. Orkin’s Rolltop


Orkin’s Rolltop ialah “Notebook” yang mempunyai dengan skrin LED yang fleksibel yang juga multitouch bagi mereka yang gila dengan iPhone. Apabila dibuka, Notebook ini akan menjadi sebuah 17 ” flatscreen. Tetapi juga dapat dilipat menjadi 13″ jika diperlukan. Yang pasti ianya portable giler yang senang di bawa untuk melepak di kedai mamak :)




8. Datamancer’s Steampunk Laptop


Mungkin seperti kotak musik dari zaman dulu, tapi didalamnya sebenarnya adalah Hewlett-Packard ZT1000 yang dibuat dari kerangka kayu ukir yang dapat mengoperasikan Windows XP dan Ubuntu Linux. Memberikan ciri-ciri yang rumit di bawah clockworks skrin kaca, kunci , kaki kayu, sebuah keyboard antik tembaga dan disesuaikan dengan network card. Laptop ini di ‘on’kan dengan menggunakan kunci antik . Di buat dari bahagian-bahagian jam antik. Sesuai untuk pencinta barangan antik dan klasik. Retro habis ni beb..




7. Thinkpad Reserve Edition


Untuk sesiapa yang suka dengan touchscreen. canggih kan?




6. Ergonomic Dual Screen Split Keyboard Notebook


Apa yang luar biasa dari laptop ini tidak hanya keyboard ‘erpecah dua untuk memberikan ruang lebih pengguna komputer untuk menyesuaikan tangan mereka, tetapi ia memiliki LCD kedua tersembunyi di bawahnya. Sebuah idea yang fantastik. Skrin kedua bekerja dengan skrin pertama – yang memberi pengguna fitur “drag and send” untuk membuka window atau program. Dapat bertindak secara independen sebagai input dari stylus untuk mencatat, melukis, dan hal-hal lain. Hal ini membuat EDSSKN yang luar biasa tidak hanya bermanfaat bagi penulis dan blogger, tapi seniman dan designer juga bro!




5. Girly Laptop


Sebut betul-betul, bukannya 'geli' laptop. Dari design dan warnanya kita tahu laptop khas ini untuk wanita tetapi lelaki yang suka warna pink pun boleh juga kalau nak pakai. Sesuai untuk wanita yang suka kelihatan feminin , mungkin HP akan mula menjual laptop ini pada tahun ini. Sesuai juga untuk si macho hahaha




4. Canova’s Dual Screen Laptop


Dual Touch Screen Laptop dari Canova ini adalah design notebook yang sangat sangat kreatif. Ciri-ciri notebook ini adalah dual display dengan layar sentuh yang sensitif, buku gambar, musik , kertas grafik, pena elektronik dan perangkat keras khusus untuk melancarkan fungsinya. Malangnya, ini hanya dijual di Itali dan Australia jer. Macam ebook jer aku tengok, sesuai untuk IM.




3. Fujitsu’s DJ Laptop


Fujitsu’s DJ Laptop, memiliki layar LCD 20-inch utama dengan mudah dilipat ditutup untuk mengaktifkan fungsi turntable, yang dapat diakses melalui layar sentuh yang sensitif di bahagian luar. Laptop ini memungkinkan Anda memilih semua trek kegemaran anda. Glamer beb kalau DJ guna ini termasuk DJ pada majlis kenduri kahwin.




2. TYPE-N01 Emergency Laptop


NEC telah bekerja sama dengan Takara untuk menciptakan laptop yang mana semua token stiker, label, dan bahkan wallpaper yang membuat perangkat ini serupa dengan yang terlihat di makmal filem Duke Nukem. Di kiri dan kanan skrin 15.4 inci ialah “Tombol Darurat”, yang akan men-shutdown laptop apabila di saat kecemasan. Tapi jangan salah guna untuk melayari website porno kemudian tekan tombol apabila hampir nak terkantoi hahaha.




1. 2015 Compenion Laptop


Felix Schmidberger mereka sebuah laptop untuk tahun 2015 dengan layar sentuh OLED. Komputer itu sendiri memiliki OLED touchscreen. Mirip dengan PDA atau iPhone. Skrinya adalah slider,dapat dipindahkan ke depan untuk membuka touchscreen OLED kedua di bawah, yang mana terdapat keyboardnya seakan 2 monitor. Ini jadi juara karena ke’portable-an’nya (haha bahasa aku..)

Read more...

Destinasi Terakhir~

>> Thursday, April 15, 2010

Bismillahirrahmanirrahim~

First of all, let me say this to all my readers, bloggers, fans, followers & all my beloved ones...

I AM SO SORRY GUYS!!

Okayh, da mintak maap, hehehe.. Bukannye ape, sebab aku da lame tak meng'hupdate' blog aku yang sedia berhabuk neyh, sian blog aku.. Mesty dye pun sedeyh kenape la aku da lame tak gune die kan sebagai medium pengantara dakwah & tarbiyyah kepada semua orang, sorry kayh Encik Blog, huhu~

Bercakap mengenai destinasi, mesty korang ada lokasi ataupun tujuan yang nak korang nak pergi untuk merealisasikan impian yang terbuka di hati korang. Tak kisah la sama ada nak melancong, ataupun sambung study kat oversea, or maybe nak pergi melaksanakan hajat kecil & besar kat dalam toilet, hehe.. Dan itulah yang dinamakan destinasi. Tapi tanpa kita sedar, there are more important destination yang patut ada dalam diri setiap mereka yang dinamakan makhluk Allah, iaitu destinasi terakhir yang dinamakan Syurga & Neraka~

Kalau la ade buat survey kepada semua penduduk di merata bumi ini, yang soalannya berbunyi begini:-

Lepas korang mati, korang nak masuk mane?
A) Syurga B) Neraka

Aku pasti kalau ditanya seratus juta orang sekali pun, tak mungkin la dyeorang akan bulatkan jawapan B punye la, kecuali kalau orang tu terlebeyh 'hebat' sampei tak takowt langsung dengan azab api neraka en, huhu~ dan sudah pasti A merupakan pilihan muktamad kepada semua insan tidak kira apa jantina, bangsa ataupun agama yang dianuti.. Sape tak nak masuk Syurga weyh! hoho~

Tapi bila difikirkan kembali, berapa kerat je mereka di sana yang berusaha untuk menuju ke Syurga? Cukupkah amalan kita untuk bergelar penghuni taman-taman syurga? Sedangkan setiap hari kita bergelumang penuh dengan dosa & maksiat dalam kita sedar ataupun tidak. Sesungguhnya tiada istilah free of charge untuk masuk Syurga, tetapi ia perlu dibayar dengan segala amal ibadah kita yang ikhlas hanya untukNya..

So, apa yang penting?? Eyh macam wonderpets la pulak en, hehe.. Banyakkanlah bertaubat & berdoa agar Allah dapat memberi petunjuk & hidayah dalam memudahkan perjalanan ke destinasi terkahir kita kelak~ Peringatan untuk semua dan juga diriku jua ;)

"Tidak akan masuk syurga orang yang didalam hatinya terdapat kesombongan walau hanya sebesar zarah" (Hadis Riwayat Muslim)


p/s: Setiap makhluk Allah pasti ada destinasi mereka, dan pastikan destinasi terakhir kita itu adalah Syurga yang kekal abadi, insyaAllah ;)

Read more...

Pengorbanan Pejuang-Pejuang Allah


Inilah jalan yang ditempuh oleh Ulama'-Ulama' sebenar dalam menegakkan agama Islam~


Imam Syafie
Tangan dan kakinya dirantai lalu dibawa menghadap pemerintah dan hampir-hampir dipancung kerana dituduh Syiah dan pemecah belah masyarakat

Imam Hanafi
Ditangkap, dipenjara, disebat, diseksa dan dipaksa minum racun oleh pemerintah lalu meninggal dunia kerana tidak bersetuju dengan dasar-dasar pemerintah

Imam Maliki
Disebat dengan cemeti lebih kurang 70 kali sepanjang hayatnya oleh pemerintah kerana sering mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan kehendak pemerintah

Imam Hambali
Dipenjara oleh pemerintah dan dirotan belakangnya hingga hampir terlucut kainnya kerana mengeluarkan fatwa yang bertetangan dengan kehendak pemerintah. Pemerintah menganggap diri mereka lebih betul daripada Ulama'

Sufyan At-Thauri
Seorang wali Allah yang termahsyur. Ditangkap tanpa bicara kerana berani menegur kesalahan khalifah dan dihukum gantung tetapi sewaktu hukuman dijalankan kilat & petir menyambar pemerintah dan menteri-menterinya lalu mereka mati tertimbus tanah.

Said b. Jubair
Seorang wali Allah yang dikasihi harimau. Dibunuh kerana didakwa memecah belahkan masyarakat, menentang kerajaan dan berkomplot untuk menjatuhkan pemerintah

Abu Yazid Al-Bustami
Wali Allah yang terkenal dengan pelbagai karamah. Dituduh sesat kerana ilmu agamnya lebih tinggi daripada pemerintah. Dihukum pancung oleh pemerintah tetapi tiada siapa berjaya memancungnya

Abul Husin An-Nuri
Wali Allah yang mampu menundukkan api. Ditangkap dan hampir dihukum kerana dia menentang tidakan pemerintah yang membenarkan minuman arak berleluasa dalam negara.

Imam Nawawi
Hampir-hampir dipukul dan telah dibuang negara oleh pemerintah kerana menegur tindakan pemerintah menyalahgunakn wang rakyat. Juga seorang wali Allah yang terkenal sepanjang zaman.

Hadis Abu Hurairah r.a katanya:Rasulullah s.a.w. bersabda: "Allah akan memberi jaminan kepada orang-orang yang keluar (berjuang) di jalan-Nya"

p/s: Hebat kan perjuangan dyeorang, so dapatkah kita mencontohi sifat & pengorbanan pejuang-pejuang terdahulu?? Fikir-fikirkanlah~

Read more...

Real Punye Sakit~ Adoii!!



p/s: Hargailah masa sihatmu sebelum kamu sakit~ ;)

Read more...
Related Posts with Thumbnails

  © Blogger templates Romantico by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP