Buat Wanita Bertudung~

>> Tuesday, January 19, 2010

Baju nipis nampak bayang

Peha gebu saja ditayang
Lebih baik tak pakai baju senang
Dah tentu boleh tunjuk terang-terang

Baju ketat seluar sendat
Pakai tudung just ikat-ikat
Dari mula memang bukan adat
Disudut agama pun gaya tak berkat

Tudung jarang baju nipis
Pakai sikit boleh nampak ‘garis’
Mata orang terbeliak, kita membengis
Bila kena kutuk, kenapa menangis

Lengan pendek blaus gantung
Jeans ketat melekat dipunggung
Jadi orang Islam ni sebenarnya beruntung
Agama tak suruh berbungkus macam pocong

Apa rasanya, kepala bertudung, kain terbelah
Kalau takat rambut orang kurang ghairah
Lain kalau peha gebu atau ternampak lurah
Mata yang memandang boleh keluar darah
Kebaya ketat, kain terbelah

Ikat tudung macam tak sudah
Nak ikut suruhan agama memang tak mudah
Tapi Islam sebenarnya indah
Tutup aurat bukan suruh berselubung
Sampai tak nampak muka dan hidung

Yang faham tuntutan amat beruntung
Taklah bersungut mulut pun muncung
Dah kalau mula minat nak bertudung
Cubalah sesuaikan apa yang disarung
Kalau masih rasa jiwa tu ‘mendung’

Maknanya nafsu tu belum dapat dibendung
Bertudung itu bukan satu paksaan
Ianya lebih kepada keinsafan
Selalunya nafsu masih dikuasai syaitan
Itu la pasal fesyen pun yang bukan-bukan

Asal menutup aurat itu tuntutan
Kalau dianggap susah, tu sebab bosan
Yang ye nya hati tak berkenan
Tu yang berjela-jela mencipta alasan
Menutup aurat satu syariat

Kepada agama kita taat
Hidup berkat pahala berlipat-lipat
Didunia selamat, di akhirat hebat~

p/s: opsss, kepade sesiape yg terkena, jangan marah, hekhek.. ;p hanyalah sekadar peringatan untuk semua ;) tapi lagi okla kan bertudung dari tak pakei ap2 untuk menutup aurat en, lalala~ ;D

Read more...

Kuasa Pujukan Wanita

>> Friday, January 1, 2010

Kehebatan perempuan dalam pujuk rayu tidak dapat disangkal lagi. Tidak ada perempuan yang tidak mahir dalam seni ini. Kaum lelaki boleh dipujuk & dirayu untuk melakukan apa sahaja mengikut kehendaknya.

Beberapa contoh keruntuhan empayar yang dibina oleh lelaki disebabkan daya pujukan wanita:
1. Napoleon Bonarparte dan Josephine.
2. Anthony dan Cleopatra
3. Hitler dan Matahari
4. Samson dan Delila
5. Abu Lahab dan Hendon

Beberapa contoh wanita yang menjadi kekuatan kepada kepimpinan seorang lelaki sehingga berjaya mengatasi segala ujian & cabaran tanpa melemahkan semangat juang mereka dalam menegakkan kebenaran dan kekuatan agama:
1. Nabi Muhammad saw dan Siti Khadijah serta isteri-isteri beginda yang lain.
2. Nabi Ayub dan Siti Rahmah.
3. Nabi Ibrahim dan Siti Sarah serta Siti Hajar.
4. dan banyak contoh lagi orang-orang muslim yang lain.

KUASA KEJELITAAN PEREMPUAN
Hal ini diketahui oleh semua orang. Kejelitaan perempuan boleh menumbangkan ramai lelaki hingga banyak yang terarah melakukan perkara-perkara yang tidak wajar. Sebaliknya kuasa jelita yang ada pada kaum muslimah boleh menimbulkan kecintaan yang tinggi terhadap Allah di mana seorang isteri boleh mempengaruhi suami dalam hal-hal yang diredhai Allah.

KUASA LAYANAN PEREMPUAN

Kaum lelaki mudah goyah dan alah dengan layanan yang baik, apa lagi dari perempuan yang sangat dikasihi seperti isteri dan ibu. Layanan baik yang disalurkan kepada orang yang berhak menerimanya, bukan sahaja mendatangkan keredhaan Allah tetapi memungkinkan apa yang diminta akan dipenuhi dengan mudah.

KUASA DOA PEREMPUAN

Doa perempuan lebih makbul dari lelaki kerana sifat penyayangnya lebih kuat dari lelaki. Sebagaimana hadis Rasulullah saw;Doa ibu itu lebih cepat makbul.” Orang bertanya quot;Kenapa ya Rasulllah ?” Jawab baginda : “Ibu lebih penyayang dari bapa dan doa dari orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”

KUASA TAQWA PEREMPUAN

Ketaqwaan adalah kuasa paling sempurna dan terbaik dalam menangani apa jua masalah. Orang yang paling bertaqwa adalah orang yang paling dikasihi Allah. Allah tidak akan membiarkan orang yang dikasihiNya melainkan dipelihara serta sentiasa dirahmatiNya.

Kuasa taqwa lebih mudah diperolehi oleh perempuan berbanding lelaki kerana kehalusan budi yang ada pada perempuan adalah merupakan penjara daripada melakukan hal-hal yang mendatangkan dosa. Berbanding lelaki yang sebahagian hidupnya berada di luar rumah serta terdedah kepada pelbagai godaan, cubaan dan ujian.

Kekuasaan taqwa ini pula oleh kemuliaan yang diberikan oleh Allah swt sehingga setiap lelaki pasti memerlukan perempuan untuk menghirupkan udara ini atau dalam perkataan lain setiap lelaki pasti dilahirkan oleh perempuan kecuali Nabi Adam a.s. Sekuat-kuat lelaki, kuat lagi perempuan kerana lelaki itu sendirinya datang dari perut perempuan yang menghamilkannya dan melahirkannya ke dunia, kemudian melatih, mendidik, memelihara dari kecil hingga dewasa.

Kemuliaan perempuan akan lebih nyata, jika ditambah dengan ketaatan kepada kaum lelaki yang berhak atasnya sebagaimana maksud hadis Rasulullah saw;Perempuan yang taat kepada suaminya, semua burung di udara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan : semuanya beristighfar baginya (isteri) selagi mana ia masih taat kepada suaminya dan diredhainya (serta menjaga solat dan puasanya).”


"Wanita pendorong kejayaan lelaki dan juga pembunuh lelaki, pilihlah wanita yang akan membawa kebahagiaan kepadamu, namun lebih ramai lelaki yang memilih wanita pembunuh dari pendorong"

p/s: Oleh itu kepada lelaki pilihlah wanita yang akan menjadi pendorong dan juga dapat membimbing dalam hidupmu, dan wanita jadilah seorang wanita yang solehah supaya dapat menjadi kekuatan kepada seseorang lelaki dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi ini, insyaALLAH ;)

Read more...
Related Posts with Thumbnails

  © Blogger templates Romantico by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP