Jom Cat Dinding ;D

>> Wednesday, December 2, 2009




























p/s: Subhanallah, kan besh kalo dapat cat bilik aku camneyh, kompom tidor tenang sampei tak bangun-bangun, hekhek.. ;D

Read more...

Bilik-Bilik Syurga~

Dan memasukkan mereka ke dalam syurga yang telah diperkenankanNya kepada mereka. (Muhammad: 6)

Penghuni-penghuni syurga diberikan bilik-bilik khas, rumah dan istana yang diperbuat daripada permata-permata yang tembus dipandang mata seperti kaca. Di dalamnya penuh dengan kenikmatan & kelazatan yang tidak pernah dilihat mata serta didengar telinga.

Pernah pada suatu hari para sahabat bertanya kepada Rasulullah,

Para Sahabat: Untuk siapakah Allah menyediakan bilik-bilik seperti itu ya Rasulullah?

Rasulullah: Bagi mereka yang menyebarkan salam, menyumbangkan makanan, terus berpuasa dan berjaga malam mengerjakan sembahyang sedangkan orang lain tidur nyenyak.

Lalu sahabat-sahabat bertanya lagi,

Para Sahabat: Siapakah yang tahan dan sanggup berbuat demikian ya Rasulullah?

Rasulullah s.a.w: "Umatku! Dengarlah ...sesiapa yang bertemu sesama Muslim lalu ia memberi salam, itu bererti telah menyebarkan salam. Barang siapa yang memberi makan anak-anak dan isterinya sampai kenyang, bererti ia telah menyumbangkan makanan. Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan dan ditambah dengan tiga hari pada setiap bulan, itu bererti ia terus menerus berpuasa. Dan sesiapa yang menunaikan sembahyang Isyak terakhir dengan berjemaah, bererti dia telah bersembahyang malam sedang manusia tidur." (Riwayat Abu Naim dari Jabir).

"Tetapi orang-orang yang bertakwa kepada Tuhannya mereka mendapat tempat-tempat yang tinggi, di atasnya dibangun pula tempat-tempat yang tinggi yang di bawahnya mengalir sungai-sungai. Allah telah berjanji dengan sebenar-benarnya. Allah tidak akan memungkiri janjinya"
(Az-Zumar: 20)

p/s: nikmatnya syurga, tak tergambar di fikiran yang lemah ini. moga2 aku dapat mengecap nikmat yang indah ini. dengan izinmu Ya Allah. kejarlah ia wahai hamba Allah~

Read more...

Fikirkan~

>> Saturday, November 28, 2009

Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

Sebelum
anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

Sebelum
kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.

Sebelum
mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.

Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.

Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.

Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.

Dan ketika
kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Maka tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup!


"Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman, hikmat kebijaksanaan, (serta Kami perintahkan kepadanya): Bersyukurlah kepada Allah. Dan sesiapa yang bersyukur maka faedahnya itu terpulanglah kepada dirinya, dan sesiapa yang ingkar dan tidak bersyukur maka sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji" (Luqman: 12)

p/s: sesungguhnya dengan pemikiran menjadikan seseorang itu baik ataupun buruk~

Read more...

Maksiat Yang Disegerakan Balasannya~

>> Wednesday, November 18, 2009

Daripada Ibnu Omar r.a. berkata: Berhadap Rasulullah saw kepada kami (pada suatu hari) kemudian beliau bersabda “Wahai kaum Muhajirin, lima perkara kalau kamu telah dibalakan dengannya (kalau kamu telah mengerjakannya), maka tiada kebaikan lagi bagi kamu. Dan aku berlindung dengan Allah swt semoga kamu tidak menemui masa itu. Perkara-perkara itu ialah :-



1. Tiada terzahir (nampak) penzinaan pada suatu kaum sehingga mereka berani berterus terang melakukannya, kecuali mereka akan ditimpa penyakit Tha’un yang cepat merebak di kalangan mereka, dan mereka akan ditimpa penyakit-penyakit yang belum pernah menimpa umat-umat yang telah lalu.


2. Dan tiada mereka mengurangkan sukatan dan timbangan, kecuali mereka akan dibalakan dengan kemarau dan susah mencari rezeki dan kezaliman daripada kalangan pemimpin mereka.



3. Dan tiada menahan mereka akan zakat harta benda kecuali ditahan untuk mereka air hujan dari langit. Jikalau tidak ada binatang (yang juga hidup di atas permukaan bumi ini) tentunya mereka tidak akan diberi hujan oleh Allah swt.



4. Dan tiada mereka mungkir akan janji Allah dan Rasulnya kecuali Allah akan menguasakan ke atas mereka musuh mereka, maka musuh itu merampas sebahagian dari pada apa yang ada di tangan mereka.



5. Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam Al-Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan, maka (di saat itu) Allah akan menjadikan peperangan di kalangan mereka sendiri.” (Hadith riwayat Ibnu Majah)


Keterangan - Hadith ini menerangkan bahawa:-


1. penyakit taun dan Aids adalah berpunca dari banyak berlakunya penzinaan.



2. kesukaran mencari rezeki dan kezaliman pimpinan adalah berpunca daripada rakyat yang mengurangkan sukatan dan timbangan.



3. kemarau panjang adalah berpunca dari tidak mengeluarkan zakat



4. kemampuan musuh mengambil sebahagian dari apa yang dimiliki oleh kaum Muslimin (seperti hilangnya Tanah Palestin dari tangan kaum Muslimin) adalah berpunca daripada mereka mengkhianati janji-janji mereka kepada Allah swt


5. Perang saudara yang berlaku di kalangan kaum Muslimin adalah berpunca daripada mengenepikan hukum-hukum Allah swt dan tidak mahu menjadikan Al-Quran sebagai undang-undang di dalam kehidupan.





p/s: ade nampak persamaan tak gambar mamat ngan minah tu dengan beruk?? hehehe~

Read more...

Perempuan Itu Rumit??

>> Tuesday, November 17, 2009

1. Jika kamu melayannya dengan baik, dia fikir kamu cuba “mengorat” dia.
Jika tidak, kamu akan dianggapnya sombong.


2.
Jika kamu berpakaian segak, dia fikir kamu cuba untuk menggoda perempuan lain.
Jika tidak, dia kata kamu kekampungan.

3.
Jika kamu berdebat dengannya, dia kata kamu tak pernah dengar cakap dia.
Jika kamu berdiam diri, dia kata kamu dah bosan dengan dia.

4.
Jika kamu lebih pintar daripada dia, dia akan cari “point” untuk jatuhkan kamu.
Jika dia yang lebih pintar, dia bilang “ewh nak melawan pula”.

5.
Jika kamu tidak cinta padanya, dia akan cuba menggoda kamu bermati-matian.
Jika kamu mencintainya, dia akan cuba untuk bermain kayu tiga.

6.
Jika kamu share masalah dengan dia, dia akan dengar tapi dalam hati “tu masalah kamu”.
Jika tidak, dia tuduh kamu merahsiakan sesuatu daripadanya.

7.
Jika kamu cerewet padanya, dia anggap kamu seperti seorang yang tidak memahami.
Jika dia yang cerewet pada kamu, itu kerana dia mengambil berat.

8.
Jika kamu mungkir janji kamu, kamu tidak boleh dipercayai dan di “level” sebagai lelaki penipu.
Jika dia yang ingkari janjinya, dia akan memberi 1001 alasan untuk “cover”.

9.
Jika kamu menyakitinya, kamu dianggap kejam dan dayus.
Jika dia yang menyakitimu, itu kerana kamu terlalu sensitif dan terlalu sukaruntuk dijaga hati.

10. Jika kamu mengirimkan ini pada mereka yg bernama perempuan, mereka pasti bersumpah kerana semua ini tidak benar.ahaaakssss….


"Tidak aku tinggalkan fitnah selepasku yang lebih boleh membawa mudarat kepada lelaki selain wanita"
(Riwayat Al-Bukhari)


p/s: so gurlz, is it true?? hehehe~ ;p

Read more...

The Great Bombard : Meriam Terhebat Turki Uthmaniyyah

>> Monday, November 16, 2009

Sultan Muhammad II Great Bombard

The Great Bombard, senjata tercanggih Umat Islam pada abad ke 15



Tentara Kaum Muslimin adalah salah satu pasukan yang paling disegani sepanjang sejarah peperangan dunia. Bukan hanya dikenal dengan keberaniannya, tetapi juga dikenal dengan strategi perangnya, dan inovasi persenjataan. Misalnya penemuan Bubuk Mesiu (Gun Powder) pada abad ke-12 oleh para ilmuwan Islam. Dan tentu saja yang membuat bangsa Eropah terpukau adalah, kewajiban solat yang masih dijalankan oleh pasukan kaum muslimin disaat jeda antara peperangan.

Selain penemuan teknologi-teknologi militer lainnya, salah satunya yang termasyur adalah Meriam Raksasa dari zaman Turki Ustmani, atau lebih dikenal dengan sebutan The Great Bombard. Ini adalah teknologi artileri paling maju dan paling kuat saat itu.




Bagi para penggemar game RTS (Real Time Strategy) seperti Age of Empire, Rise of Nations, dsb. tentunya sudah tidak asing lagi mendengar salah satu senjata artileri paling ampuh di abad ke 15 hingga abad 18 ini. Meriam Raksasa Legendaris ini digunakan oleh Kerajaan Turki Ustmani untuk merebut kembali Kota Konstantinopel pada tahun 1453 dari tangan Pasukan Salib (Crussaders).



Artileri super berat ini sebenarnya bernama “The Great Turkish Bombard" atau juga dikenal dengan nama "Dardanella Gun", karena dipakai dalam perang melawan Kerajaan Britania Raya di selat Dardanella pada tahun 1807. Bangsa-bangsa di Eropah juga mengenalnya dengan sebutan "Muhammad Gun". Hanya mendengar namanya saja para jendral dan pasukan-pasukan Eropah saat itu hancur berkeping-keping.





Senjata ini memiliki nama yang setara dengan kemampuannya. Dirancang pertama kali pada tahun 1450 oleh seorang insinyur bernama Munir Ali. Dengan panjang 518 cm (kaliber 8,2) dan berat 18,6 ton, senjata ini terdiri dari dua bahagian iaitu bagian laras yang digunakan untuk menembakkan peluru yang terbuat dari bola-bola granit raksasa dengan bobot sebesar 300 Kg hingga 1600 Kg, dan bahagian selongsong yang dapat menampung 7 bola granit raksasa atau 15 bola granit ukuran kecil. Karena itulah dalam sehari meriam ini hanya bisa menembakkan paling maksimum 15 kali. Jangkauan tembak The Great Bombard sangatlah luar biasa pada saat itu, iaitu dapat mencapai jarak satu mil!

The Great Bombard terbuat dari besi kualiti terbaik dan ditempa oleh para tukang besi terbaik saat itu, dan yang membuat meriam ini berbeza daripada meriam-meriam lainnya adalah ukiran seni yang mengandung unsur kebudayaan Islam pada masa itu. Untuk menembakkan satu kali saja konon membutuhkan banyak sekali Bubuk Mesiu @ Gun Powder.



Bubuk Mesiu a.k.a Gun Powder

Peluru-peluru raksasa Great Bombard yang beratnya mencapai 1600 Kilogram!



The Great Bombard juga ditempatkan di benteng pertahanan, baik yang ada di darat maupun di daerah pantai. Selain digunakan sebagai artileri darat, The Great Bombard juga dipasangkan pada kapal-kapal perang turki, seperti jenis kapal galleon dan monitor. Dalam Pertempuran Dardanella, meriam itu mampu menenggelamkan enam kapal Sir John Ducksworth. Jangkauan meriam ini pun mampu melintasi selat sejauh satu mil.




Posisi The Great Bombard pada Kapal Perang


Kapal-kapal angkatan laut Turki Ustmani yang sedang menggempur kapal musuh


Suasana peperangan di atas kapal. Sultan Muhammad II memimpin peperangan.



Pada tahun 1866, Sultan Abdul Aziz memberikan salah satu The Great Bombard yang digunakan pada perang Dardanella untuk Ratu Victoria saat kunjungan kenegaraannya ke England. Dan kini The Great Bombard atau Dardanella Gun tersebut dapat anda nikmati di Fort Nelson, Portsmouth, England. Senjata legenda itu kini telah menjadi sebahagian dari koleksi paling berhaga Royal Armouries Kerajaan England.



The Great Bombard @ Royal Armories

Royal Armories, Fort Nelson


p/s: Persoalannya, mampukah Islam masa kini membina senjata-senjata hebat macam zaman-zaman kegemilangan Islam dahulu??? Subhanallah~

Read more...

Yang Tersembunyi~

>> Sunday, November 15, 2009

Just nak berkongsi dari email dari rakan group perbezaan gambar di antara media cetak di Malaysia. Aku rase korang yang rajen bace surat kabor mesty tau berita neyh pasal ape en..

Just nak korang cuba cari perbezaan antara gambar-gambar ni. Kira macam peraduan teka gambar la dan kalo dah jumpa – lu fikir la sendrik, haha.. ;D
AHMAD / KES BUNUH / ALOR SETAR
BERITA HARIAN

HMetro
HARIAN METRO

TheStar
THE STAR

Utusan
UTUSAN

p/s: Hint adalah payung ; Kalo sape dapat cari, aku blanje minum teh tarik!! duet korang tolong hulurkan, lalala ;D

Read more...

Rokok & Motor

>> Thursday, November 12, 2009

Ada seorang pelajar yang sedang menunggu bas sambil merokok ditegur oleh seorang polis.


Polis: Kenapa kamu merokok?



Pelajar: Saya suka, pak.



Polis: Dari mana wang kamu untuk membeli rokok?



Pelajar: Dari uang jajan saya.



Polis: Sehari kamu habis berapa? Dan harganya berapa?



Pelajar: Paling satu bungkus dan harganya sekitar RM10.50, tok.



Polis: Kenapa wang RM10.50 kamu bakar setiap hari? Coba kamu kumpulkan wang itu selama setahun, mungkin kamu dapat membeli motosikal, tidak perlu menunggu bas yang sesak seperti ini.



Pelajar: Sekarang saya boleh tanya sama tok?



Polis: Tentu.



Pelajar: Apakah tok merokok?



Polis: Tentu tidak.



Pelajar: Tapi saya tidak nampak motor tok?



p/s: pada keesokan harinya masuk berita muke depan pelajar tu mati kene tembak ngan polis, last2 due-due tak dapat beli motor, hahaha~ ;D

Read more...

Kembalikan Tangan Ita...

>> Wednesday, November 11, 2009

Sepasang suami isteri, seperti pasangan lain dikota-kota besar, meninggalkan anak-anak diasuh pembantu rumah semasa keluar bekerja. Anak tunggal pasangan ini, perempuan berusia tiga setengah tahun.

Bersendirian di rumah, dia kerap dibiarkan pembantunya yang sibuk bekerja bermain di luar, tetapi pintu pagar tetap dikunci. Bermainlah dia sama ada berbuai-buai di atas buaian yang dibeli bapanya, ataupun memetik bunga raya, bunga kertas dan lain-lain di laman rumahnya.

Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi tidak kelihatan kerana diperbuat daripada marmar, lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya ... kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apalagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya.


Hari itu bapa & ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam. Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.

Pulang petang itu, terkejut badaklah pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran, berbatik-batik. Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, "Siapa punya kerja ni?"

Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya. Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan, "Tak tahu."

"Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?", herdik si isteri lagi. Si anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata, "Ita buat ayahhh .....cantik kan?" katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu.

Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya di depannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan. Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya.

Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan. Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa. Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan & tangan kiri anaknya.

Selepas si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu, pembantu rumah menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik. Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar. Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis.

Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air. Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah. Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anak bengkak. Pembantu rumah mengadu. "Sapukan minyak gamat tu!" balas tuannya, bapa si anak.

Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya.. Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah.

"Ita demam .....," jawab pembantunya ringkas.

"Bagi minum panadol tu," balas si ibu. Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya Ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu. Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. "Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5..00 siap," kata majikannya itu.

Sampai waktunya si anak yang longlai di bawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius. Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu. "Tiada pilihan..... " katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana gangren yang terjadi sudah terlalu teruk. "Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah" kata doktor.

Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu. Terasa diri tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan. Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan.

Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang di kenakan habis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga melihat kedua-dua tangannya berbalut putih. Direnung muka ayah dan ibunya.. Kemudian ke wajah pembantu rumah. Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis.

Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata.

Anak: "Abah ...Mama ...Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita takmau jahat. Ita sayang abah ...sayang mama...,"

katanya berulang kali membuat kan si ibu gagal menahan rasa. "Ita juga sayang Kak Narti...," katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.

Anak: "Abah ....bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil ...Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi," katanya bertalu-talu.

Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraung dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya.

“Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi amalan-amalan yang kekal lagi sholeh adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan.” (Al-Kahfi:46)


p/s: hurmm.. takowt la ble aku ade anak nanty, dapatkah aku melaksanakan tanggungjawab untuk mendidik mereka dengan btowl?

Read more...

ToGetheR We ShArE ThE MoMentz!

>> Tuesday, November 10, 2009

Bismillahirrahmanirrahim~


Blogger boy is back!!
hahaha ;D so u guys, miss me? (i know u don't, hekhek ;p). Maka bermulalah blog Pencari Cinta Hakiki dengan wajah yang baru, pengisian yang lebih informatif, insyaAllah.. tapi yang pastinye aku still kekalkan ke'sempoi'an aku dalam menulis post-post aku kayh ;)

Actually banyak mende dowh aku nak citer, maklumlah pakcik da lamo tak menulis neyh... Maybe this will be a long post, hahaha~ Mesti ade yang tertanye-tanye apsal la aku da lame tak tulis blog en... Apa yang pastinye berkenaan dengan peninggalan aku dari dunia blogger buat sementara waktu tu, biarlah diriku & Allah sahaja yang tahu, ape yang penting, i'm here for you guys!! ;D

Alhamdulillah cek sekarang berada dalam fasa percutian selama 2 minggu, owh yeah!! Dan gambar kat atas tu is my program dengan saf kepimpinan Persatuan Pengajian Islam (PPI) 09/10 yang yang berlangsung selama 3 hary 2 malam bertempat di 'hotel' Pusat Islam Ibnu Khaldun a.k.a PIIK UNITEN a.k.a Balai Islam, hehe~ Sebuah program yang begitu memberi kesan dalam hidup aku kerana ia mengajar aku untuk lebih mengenali apa itu erti hidup dalam suasana hidup kelompok berjamaah.

Dari program ini baru aku sedar, kadang kala sesuatu masalah itu sering terjady bila berlakunya perkara yang kita pown sebenarnye terlepas pandang. Apakah perkara itu? Ia dinamakan 'salah faham'. Mungkin korang semua menganggap 'salah faham' itu suatu perkara yang remeh dan boleh diselesaikan dengan rileks. Tetapi sedarlah wahai kaum Adam & Hawa, bahawa 'salah faham' inilah suatu senjata yang kuat sehingga boleh menjadikan kawan yang rapat giler 10 tahun putus kawan, menjadikan seorang suami itu sanggup melafazkan talak terhadap isterinya, dan juga mungkin menyebabkan sesuatu organisasi itu berpecah belah. Begitulah hebatnya penangan 'salah faham'~

Daripada az-Zubair telah bersabda Nabi: "Telah merebak kepada kamu semua penyakit umat-umat yang sebelum kamu iaitu;
hasad dan kebencian"


Dalam mendidik diri sendiri dan juga insan yang lain, kite perlulah bersedia untuk menghadapi suatu pengorbanan kerana bukanlah mudah untuk merubah sesuatu perkara yang buruk itu menjadi baik. Tapi kita harus ingat menjadikan sesuatu yang baik itu menjadi buruk tu simple matter je taw, jady korang semua kenelah berhaty-haty kayh. Sesungguhnya untuk menuju ke jalan Allah itu memerlukan haty yang tabah serta jiwa yang kental dalam menghadapi segala dugaan dan cabaran, but we must not forget that Allah is always be with us no matter what ;)


Bercakap tentang pengorbanan ni en, i'm now addicted to one of the drama yang sekarang neyh pun tengah top la kat satu Malaysia neyh, tak lain dan tak bukan, Nur Kasih!! hahaha~ Mengisahkan pengorbanan seorang muslimah yang bernama Nur Amina dalam mengharungi liku-liku kehidupan dalam mencapai kebahagiaan hidup di dunia & akhirat. From what i've seen, drama ini adalah contoh terbaek yang kite boleh lihat tentang bahayanya 'salah faham' & hasad dengki sehingga boleh membuat seseorang itu berubah haty dan fikiran.

Macam yang kita tau, walaupun kehidupan sebenar setiap pelakon itu tidak seperti apa yang dilakonkan oleh mereka, tetapi they done a good job dalam menghidupakn watak lakonan mereka, dan kite sama-sama doakan agar pelakon itu juga agar Allah berikan hidayah yang sebenar seperti mana apa yang dilakonkan mereka, amin~ Ape-ape pown overall, ia adalah sebuah lakonan dunia yang memberi keinsafan pada sesiapa yang menontonnya ;)

Rasenye da cukup panjang kowt untuk post aku kaly neyh, hoho~ so macam biase, untuk menghiburkan korang semue, aku lampirkan gambar-gambar untuk tontonan pengunjung setia khalifmujahid, Together We Share The Momentz!! ;D

Uzlah PPI 09/10 Kali Ke-2


Konsert Amal Malam Nur Cinta D'Haty



p/s: yesterday teaches us to become today and tomorrow ;)

Read more...

Orang... Disangka....

Orang beribadah disangka riak
Orang yang relax disangka malas
Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk

Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina)
Orang makan banyak disangka pelahap
Orang makan sikit disangka kedekut

Orang baik disangka buruk
Orang buruk disangka baik
Orang senyum disangka mengejek

Orang masam disangka merajuk
Orang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang diam disangka sombong

Orang menawan disangka pakai susuk
Orang nampak ceria disangka membela

Mana tahu yang diam itu kerana berzikir kepada Allah

Mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah

Mana tahu yang masam itu kerana mengenangkan dosa

Mana tahu yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya

Mana tahu yang ceria itu kerana cergas cerdasnya

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Jangan sekali-kali seseorang kamu bercita-cita hendakkan mati kerana sesuatu bencana yang menimpanya; jika keadaannya mendesaknya meminta mati, maka hendaklah ia memohon dengan berkata: Ya Tuhanku, hidupkanlah daku selagi hidup itu lebih baik bagiku, dan matikanlah daku apabila mati itu lebih baik bagiku." (Hadis riwayat Anas)

p/s: kan best kalo hidup takde orang nak dengki-dengki, ni direct je tak senang duduk tengok orang bahagie sket, ade la nak wat dajal, huu~ renungkan, fikirkan, banyakkan amalan ;D

Read more...

RENOVATION & REVOLUTION!!

>> Friday, November 6, 2009

PERHATIAN!!!!

BLOG PENCARI CINTA HAKIKI DALAM PROSES RENOVATION!! NANTIKAN WAJAH BARU, PENGISIAN YANG LEBIH MENARIK, DAN LEBIH INTERAKTIF!! INSYAALLAH ;)

STATUS: DA SIAP KOWT, HAHA~

BERMULANYA REVOLUSI TERBARU ;D


p/s: bak mai kopi secawan~~

Read more...

7 Wasiat

Ibrahim bin Adham berkata, "Telah datang kepadaku beberapa orang tetamu, dan saya tahu mereka itu adalah wakil guru tariqat. Saya berkata kepada mereka, berikanlah nasihat yang berguna kepada saya, yang akan membuat saya takut kepada Allah S.W.T.

Lalu mereka berkata, "Kami wasiatkan kepada kamu 7 perkara, iaitu :

1. Orang yang banyak bicaranya janganlah kamu harapkan sangat kesedaran hatinya.

2.
Orang yang banyak makan janganlah kamu harapkan sangat kata-kata himat darinya.

3. Orang yang banyak bergaul dengan manusia janganlah kamu harapkan sangat kemanisan ibadahnya.

4. Orang yang cinta kepada dunia janganlah kamu harapkan sangat khusnul khatimahnya.

5. Orang yang bodoh janganlah kamu harapkan sangat akan hidup hatinya.

6. Orang yang memilih berkawan dengan orang yang zalim janganlah kamu harapkan sangat kelurusan agamanya.

7. Orang yang mencari keredhaan manusia janganlah harapkan sangat akan keredhaan Allah daripadanya."

“Dan Tuhanmu adalah Tuhan Yang Maha Esa. Tidak ada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang.”
(Al Baqarah:163)


p/s: cakap tentang wasiat neyh, name sape la nak aku tulis dalam surat wasiat aku nanty eyp? hehe~

Read more...

Ayat Selepas Kahwin

>> Saturday, August 29, 2009

Sebelum Tido:
6 minggu: Selamat tido Sayaaang, mimpi indah-2 ya, mmmuach.
6 bulan: Tolong matikan lampu tu, silau aah.
6 tahun:
Sana sikit lah... Tido kalau tak mengepit tak bole ker???!
More than 10 years: Tido asing2….laki tido depan tv, bini tido ngan anak2…hahaha~

Pakai Toilet:
6 minggu: Tak apa, U masuk ler dulu, I tak kisaaahhhh
6 bulan: Masih lama lagi ke nih?
6 tahun: Brug! brug! brug! (suara pintu digegar), kalau nak bertapa pilah gunung ledang
sana!!!

Balas SMS:
6 minggu: Iye Sayang, jap lagi I sampai rumah. Sayang, I belikan murtabak favourite U ye Sayang..

6 bulan: Trafik jam aah

6 tahun: K..

16 tahun:........................... (tak balas terus!!!) hehehe...


Telefon:
6 minggu: Baby, ada yang ingin berbual ngan U di telefon nih
6 bulan: Eh... Your call...
6 tahun: WOOIII TELFON BUNYI TUUUHHH.... ANGKAT AAAAAHHH!!!


Masakan:
6 minggu: Wah, tak sangka I, pandai U masak..Rasa pun sedappp...!! !
6 bulan: Kita makan apa malam ini??
6 tahun: HAH!! LAUK INI LAGI?

More Than 10 Years : Today balik lambat, I makan kat luar ngan kengkawan…

Dating process:
6 minggu: I love U, I love U, I love U.
6 bulan: Of course I love U.
6 tahun: Iyalah!! kalau I tak cintakan U, buat apa I nikah dengan U???

More Than 10 Years : Buang tebiat ker you ni? Cakap mengarut….

Hadiah (ulang tahun):
6 minggu: Sayang, I harap U suka cincin yang I beli untuk U ni
6 bulan: I beli lukisan, nampak sesuai dengan suasana ruang tengah
6 tahun: Nih duit, U beli sendirilah apa yg U nak..
More Than 10 Years : Dah tua2 pun nak beli hadiah ker? Mcm budak2 jer..

Memaafkan:

6 minggu: Sudahlah, tak apa, dah pecah pun, nanti kita beli lagi yang lain,eh
6 bulan: Hati-hati, nanti jatuh tuh.
6 tahun: Orang dah bilang berkali-2 pon tak paham!!


Baju baru:

6 minggu: Aduh sayang, U seperti bidadari dengan pakaian itu
6 bulan: Lah... Beli baju baru lagi?
6 tahun: DAH BERAPA RIBU HABIS BELI BAJU TU???


Merancangkan Holiday:

6 minggu: Macam mana kalau kita jalan-jalan ke Amerika atau ke tempat yg U nak honey?
6 bulan: Kita ke Bukit Bintang aje ler... Senang sikit tak perlu naik flight...
6 tahun: JALAN-JALAN? ?? DUDUK RUMAH AJE TAK BOLEH KE? BUANG DUIT JE!


TV:

6 minggu: Baby, kita nak tengok cite apa malam ini?
6 bulan : Sekejap eh, citer bagus ah.
6 tahun: JANGAN TUKAR-2 BOLE TAK
..
More Than 10 Years : X der keje lain ker, asyik tengok tv jer…



"Wahai Nabi, serulah isteri-isteri dan anak-anak perempaunmu serta perempuan-perempuan yang beriman spaya mereka melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya(semasa hendak keluar). Cara yang demikian lebih sesuai untuk dikenal (sebagai perempuan yang baik).. Maka dengan ini mereka tidak diganggu dan ingatlah Allah amat mengampun lagi amat mengasihani"(Al-Ahzab : 59)

p/s: Macam-macam kerenah yang kite dapat tengok, so kepada bakal-bakal pengantin tu, buat perancangan daripada awal eyp, hehehe~ ;D doakanlah agar kita mendapat dan berada di dalam keluarga yang bahagia dan diberkati Allah, insyaAllah~ :)

Read more...
Related Posts with Thumbnails

  © Blogger templates Romantico by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP