9 Siti yang patut dijadikan Tauladan

>> Tuesday, December 7, 2010

1) Siti Khadijah

Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yg melahirkan anak2 Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh org2 kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kpd Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira'.



2) Siti Fatimah


Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kpd suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kdg2 berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah b'kata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.



3) Siti A'ishah


Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dgn Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yg sama.



4) Siti Hajar


Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu mithali).



5) Siti Mariam


Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oh Allah s.w.t utk mengandungkan Nabi Isa.



6) Siti Asiah


Isteri Firaun yg tinggi imannya dan tidak gentar dgn ujian yg dihadapinya drpd Firaun Laknatullah.



7) Siti Aminah


Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.



8) Siti Muti'ah


Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat utk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dgn cantik utk tatapan suaminya sahaja.



9 ) Siti Zubaidah


Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya utk membina terusan utk kegunaan org ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.



“Sesungguhnya seorang muslim apabila bertemu saudaranya yang muslim, lalu ia memegang tangannya (berjabat tangan) maka gugurlah dosa keduanya sebagaimana gugurnya daun-daun dan pohon kering jika ditiup angin kencang. Sungguh diampuni dosa mereka berdua, meski sebanyak buih dilaut”

(H.R. Tabrani)




p/s: Lepas ni sesape yang bernama Siti, jagelah perangai korang elok2 eyh, jangan wat malu kaum~ hehe.. ^__^

Read more...

Iklan-Iklan Bangunan yang Kreatif Giler~
















p/s: Malaysia biler pulak nak buat kat bangunan KLCC or Menara KL? hehe... ^__^

Read more...

Peringatan Secukup Rasa~

>> Saturday, July 24, 2010

Kalau nak baiki dunia,Kena baiki manusia.
Kalau nak baiki manusia,Kena baiki hatinya.
Kalau nak baiki hati,Kena baiki solatnya.



Setiap jentera perlu diservice oleh manusia,
Setiap manusia perlu diservice oleh solat.
Solat adalah menjaga hubungan dgn Allah



Usahlah dipinta mudahkan urusan,tp pintalah besarkan tabah.
Usahlah dipinta kecilkan ujian tp pintalah besarkan iman.



Dosa yang menyebabkn kita menangis,
Lebih baik dari amal yang menyebabkan kita ketawa.



Mampukah memaaf,melupa dan menyayangi Orang yang pernah melukai kita?.itulah khebatan Allah.
Siapalah kita yg hina sanggup mengatakan tiada maaf bagimu.



Hinanya kita kerana terbentuk dari benda jijik yg keluar dari saluran najis.
Dan dibentuk pula disebelah tong najis.



Tidak masuk syurga siapa yang ada sebesar zarah sifat sombong.



Hidup tak selalu indah,disitulah indahnya kehidupan.
Kita bukan tuan,apabila berlaku perkara yang kt tak suka,
Kita akan sabar dan redo.kerana kt peminjam bkn pemilik.
Kita milik Allah apa saja yang terjadi kita redo.



Jangan pertikaikan kenapa kita,
Allah lebih tahu yang terbaik untuk kita.
Allah tak akan beri kita pahit,kalau bukan ubat.
Kekadang kita diuji kenapa tak berkasut,
Tetapi kita lupa ramai org diuji tak berkaki.



Jangan jadi kelawar bukan tak Nampak kerana gelap, tapi tak Nampak kerana terlalu terang.
Dosa itu suatu yang meresahkan hati, timbul penyesalan dan ada keinginan untuk bertaubat.
Tiadalah setiap perkataan yang kita keluarkan melainkan dicatat oleh malaikat, kita akan bertanggung jawab atas apa yang kita perkatakan.



Sesungguhnya siksaan Allah itu amatlah pedih.
Jaganlah kamu mengejek orang lain,mungkin mereka lebih baik dari kamu.
Jauhilah banyak sangkaan kerana sebahagian dari sangkaan itu dosa, adakah kamu suka makan daging saudaranya yang telah mati.



Ada orang kerana mulut masuk syurga.
Ada orang kerana mulut masuk neraka.


Ada orang kerana hati masuk syurga,
Ada orang kerana hati masuk neraka.



Apa yang baik dtg dari Allah ,jika ada kelemahan harap dibantu.
Bersatu mencari keredhoan Ilahi.


p/s: sama-sama kita insafkan diri~ T_T

Read more...

Istana pasir terbaek punye~

>> Wednesday, May 5, 2010

p/s: kredit to sitikus.com ;)

Read more...

Al-Fatihah to Achik Spin

>> Sunday, April 18, 2010


Sekarang kita hanya boleh melihat wajah beliau sahaja, tiada lagi wajah 'live' yang akan dapat kita tonton sama ada di kaca televisyen ataupun di kaki lima, kerana Abdillah Murad Md. Shari atau dikenali Achik Spin, 28, meninggal dunia dalam satu kemalangan ngeri di KM 14 Lebuh Raya Kajang, Seremban Sdn. Bhd. Allahyarham, yang berada di dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) yang terbabas dan terbakar, meninggal dunia di tempat kejadian.


Ini adalah hupdate gambar kemalangan yang berlaku, sama-sama kita doakan agar roh beliau dicucuri rahmat, insyaAllah~


.







P/S: Tiada ku sangka, bola-bola api, yang dahulunya kecil, dan menjadi besar~

Read more...
Related Posts with Thumbnails

  © Blogger templates Romantico by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP