Showing posts with label Coretan Pengarang. Show all posts
Showing posts with label Coretan Pengarang. Show all posts

Destinasi Terakhir~

>> Thursday, April 15, 2010

Bismillahirrahmanirrahim~

First of all, let me say this to all my readers, bloggers, fans, followers & all my beloved ones...

I AM SO SORRY GUYS!!

Okayh, da mintak maap, hehehe.. Bukannye ape, sebab aku da lame tak meng'hupdate' blog aku yang sedia berhabuk neyh, sian blog aku.. Mesty dye pun sedeyh kenape la aku da lame tak gune die kan sebagai medium pengantara dakwah & tarbiyyah kepada semua orang, sorry kayh Encik Blog, huhu~

Bercakap mengenai destinasi, mesty korang ada lokasi ataupun tujuan yang nak korang nak pergi untuk merealisasikan impian yang terbuka di hati korang. Tak kisah la sama ada nak melancong, ataupun sambung study kat oversea, or maybe nak pergi melaksanakan hajat kecil & besar kat dalam toilet, hehe.. Dan itulah yang dinamakan destinasi. Tapi tanpa kita sedar, there are more important destination yang patut ada dalam diri setiap mereka yang dinamakan makhluk Allah, iaitu destinasi terakhir yang dinamakan Syurga & Neraka~

Kalau la ade buat survey kepada semua penduduk di merata bumi ini, yang soalannya berbunyi begini:-

Lepas korang mati, korang nak masuk mane?
A) Syurga B) Neraka

Aku pasti kalau ditanya seratus juta orang sekali pun, tak mungkin la dyeorang akan bulatkan jawapan B punye la, kecuali kalau orang tu terlebeyh 'hebat' sampei tak takowt langsung dengan azab api neraka en, huhu~ dan sudah pasti A merupakan pilihan muktamad kepada semua insan tidak kira apa jantina, bangsa ataupun agama yang dianuti.. Sape tak nak masuk Syurga weyh! hoho~

Tapi bila difikirkan kembali, berapa kerat je mereka di sana yang berusaha untuk menuju ke Syurga? Cukupkah amalan kita untuk bergelar penghuni taman-taman syurga? Sedangkan setiap hari kita bergelumang penuh dengan dosa & maksiat dalam kita sedar ataupun tidak. Sesungguhnya tiada istilah free of charge untuk masuk Syurga, tetapi ia perlu dibayar dengan segala amal ibadah kita yang ikhlas hanya untukNya..

So, apa yang penting?? Eyh macam wonderpets la pulak en, hehe.. Banyakkanlah bertaubat & berdoa agar Allah dapat memberi petunjuk & hidayah dalam memudahkan perjalanan ke destinasi terkahir kita kelak~ Peringatan untuk semua dan juga diriku jua ;)

"Tidak akan masuk syurga orang yang didalam hatinya terdapat kesombongan walau hanya sebesar zarah" (Hadis Riwayat Muslim)


p/s: Setiap makhluk Allah pasti ada destinasi mereka, dan pastikan destinasi terakhir kita itu adalah Syurga yang kekal abadi, insyaAllah ;)

Read more...

24 Jam Sehari: How We Manage It?

>> Saturday, August 15, 2009

Salamz Alaik!!

"Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh, serta nasihat menasihati supaya menta'ati kebenaran, dan nasihat menasihati supaya menepati kesabaran" (Al-Asr: 1-3)


Setelah sekian lama aku menyepikan diri untuk tulis blog neyh.. aku taw korang semua mesti tertanya-tanya ke mana, mengapa, kenapa, di mana aku menghilang ryte? Lets say that aku pergi untuk mencari ilham dan dalam proses mencari diri sendiri to be a better person, and did i achieve it? Still in process lagy, but now i'm back in business!! hehehe~ There are many stories yang aku nak kongsikan ngan korang semua, about my lyfe, my opinion, tapy nanty-nanty la eyp, chill-chill dulu.. :)

Masa, hari, minggu, bulan & tahun silih berganty.. da macam-macam mende berlaku ryte, dari kes H satu N satu (Bahasa Melayu kayh, ngeh3..) a.k.a HINI bak kate mak sdare aku, hahaha~ sampai la kes yang paling latest skali iaitu kehilangan seorang pendakwah nasyid yang paling tersohor di Malaysia, iaitu Ustaz Asri Rabbani, semoga roh beliau bersama-sama dengan para solihin, Al-Fatihah.. sungguh pantas masa berlalu.. dan semua ini hanya berlaku dalam 24 jam sehari, takde stop-stop punye kayh..

Dari 24 jam tu, kita boleh menjadi seorang yang biasa, mungkin seorang yang kaya raya!! (menang hot.fm masyuk kowt, hahaha~), ataupun menjadi seorang yang hina.. dan sedarlah bahawa semua itu mungkin berlaku dalam masa 24 jam sehari. Sebenarnya ia bergantung pada kita sendiri how to manage it properly.. Mungkin ade si polan cakap, mamat ni berjaya sebab dye banyak masa, tapi si polan neyh tak cukup masa, padahal pada hakikatnye we are in the same period of time, 24 hours a day man! takde kurang takde tambah kayh..

Dalam surah al-asr pun Allah dah berfirman, kita neyh semua adalah orang yang rugi!! tapi jika kita berada di jalan yang benar dan juga menjadi orang yang sabar, insyaAllah masa 24 jam tu tak akan terbuang camtu saje.. :) So guys and girls, dalam lagi seminggu ni pun insyaAllah kita akan didatangi dengan bulan yang memberi banyak masa untuk kita banyakkan amal amal ibadah, Ramadhan Al-Mubarak menjelma kembali!! Jom kita sama-sama gunakan 24 jam dalam bulan tersebut dengan sebaiknya, pastu apa yang penting?? Puasa penuh!! hehehe~


p/s: so can you manage the time properly now?? ;) yay yay raye nak dekat!! hahaha~

Read more...

Kita Semua Adalah Guru!

>> Saturday, May 16, 2009

Salamz Alaik!!

"Yang terbaik di antara kalian adalah orang yang mempelajari ilmu dan mengajarkannya”


Macam yang korang tau, kerajaan Malaysia dah tetapkan tanggal 16 Mei sebagai Hari Guru Se-Malaysia!! Ke sedunia eyp?? Aku pown tak pasty,ngee~ Tapy yang pasty tiap-tiap taun mesty kite terlupe bile tarikhnye, yang ingat ape? burfday pakwe/makwe je en, hekhek ;p Jadi disebabkan aku ingat sekarang, aku nak ucapkan Selamat Hari Guru kepada semua cekgu-cekgi yang penah mengajar aku dari

  • Taski Al-Hidayah
  • Sekolah Kebangsaan Hira'
  • Sekolah Kebangsaan Seafield
  • Sekolah Agama Darul Ehsan
  • Sekolah Menengah Seafield
  • SMKA Maahad Hamidiah (best moment ever)
  • Sekolah Memandu Metro
  • British Council
  • and lastly tempat aku belajar sekarang, UNITEN Muadzam Shah!!
Pergh banyak tu sekolah, sape-sape leyh challenge kew? lalala~

To my teachers, just wanna say thank you so much coz making me the way i am right now, tanpa cekgu-cekgu yang baik + garang + cute + ensem + funny, siapalah saye sekarang neyh en.. You are all the best teacher that i ever had! ;)

So ape yang bestnye jady cekgu?? Adakah untuk mengumpul hadiah banyak-banyak daripada murid-murid? Kre wat collection tiap-tiap taun en, hekhek.. Semestinye tidak la kan, jadi apakah keseronokannya? Di sini aku ade meng'interview' beberapa orang guru dari serata Malaysia sempena dengan sambutan hari guru yang diadakan pada hari neyh, mari kita lihat pendapat & pandangan setiap cekgu yang aku interview, ngee~

Cekgu Ramasamy, 34 (Sekolah Memandu Lakshmi)
Sebelum saya membuat apa-apa ucapan, saya mau ucap terima kasih sama semua worang kerana ingat sama cekgu-cekgu dekat sekolah memandu, bukan semua worang ingat sama kami semua, sudah habes belajar terus pigi saja tada ucap apa-apa.. At least bagi la hadiah sikit dey, laddu sikit pun jady laaa.. Ape punya anak murid tada kenang budi punya..

Bagy saya, cekgu di sekolah memandu merupakan aset terpenting dalam negara. Iyala, kalo tada lesen, suma tada boleh memandu! JPJ juga yang amek untung nanty. Sape rugi?? Kamu juga.. Kita tengok sekarang, kalo itu cekgu tada ajar memandu butul-butul, suda pasty Micheal Schumacher tada boleh bawak itu F1..

Cekgu Ying Yang, 25 (SJKC around KL)
Telima kasih kelana interview sama saya maa.. Bagi saya, saya lasa sungguh bertuah sebab jady seolang cekgu! Manyak untung woo.. Itu kalo olang cina cakap fengshui manyak baek, bila anak mulid saya cuty, saya pun cuty, dapat pegi oliday sana-sini dengan kawan-kawan.. By da way im single lagy okayh..

Tapi saya admit, ala juga susah jady seolang cekgu, lebih-lebih lagy bila ibu bapa meleka menghalapkan yang terbaik dari anak-anak meleka. Bila anak talak berjaya kami cekgu juga kene malah, bila anak dapat markah tinggi-tinggi cekgu semua dilupakan. Sedangkan kami cekgu sulah bersusah-payah mendidik meleka supaya jady olang yang berguna. Tapi mutul la olang cakap, jady gulu ini memerlukan pengorbanan yang amat tinggi, tidak dapat dibayar dengan uang, tapy dengan segulung ijazah, by da way interview ini ada masuk tv ka? Saya sulah make up cantek-cantek woo.. ngee~

Ustaz Jumaat bin Bujang, 54 (Sekolah Agama Pondok)

Alhamdulillah syukur kepada Ilahi kerana Allah telah mengurniakan umur yang panjang kepada ustaz sehingga ustaz dapat merasai kenikmatan hari guru sehingga ke hari ini. Bagi ustaz, sepanjang 30 tahun mengajar banyak pengalaman pahit manis yang ustaz hadapi ketika menjadi seorang yang bergelar pendidik. Kita bukan sahaja hanya perlu mendidik mereka dari segi duniawi, tetapi juga perlu menyelitkan unsur-unsur ukhrawi kepada mereka agar menjadi seorang insan yang seimbang dan juga berakhlak mulia.

Walaupun negara kita menetapkan 56 tahun sebagai umur untuk bersara, tetapi sebagai seorang pendidik, kita tidak perlu menghadkan umur persaraan kita. Kerana selagi kita mempunyai kudrat dari Ilahi, selagi itulah kita perlu mencurahkan ilmu sebanyak mungkin kepada generasi yang mendatang. Mungkin kita tidak sedar, tetapi pada hakikatnya kita semua adalah guru! Guru di dalam hidup kita sendiri, yang mendidik diri kita untuk menjadi tabah, tidak mudah putus asa dan juga sentiasa menginginkan yang terbaik dalam hidup.

Jadi pada ustaz hari guru ini bukan sahaja untuk meraikan guru-guru di seluruh dunia, tetapi meraikan diri kita sendiri juga kerana berjaya mendidik diri untuk menjadi insan yang berjaya dunia akhirat, insyaAllah..


So itulah sedikit sebanyak pendapat oleh pakar-pakar guru satu Malaysia (padahal tak interview ape-ape pown, hekhek..), apa-apa pun yang paling penting janganlah sesekali kita berhenti untuk mendidik ataupun dididik sehinggalah ke akhir usia kita. InsyaAllah jika kita ikhlas dalam memberi ilmu yang bermanfaat kepada seseorang, dan mereka mengamalkannya, kita akan selamat dunia akhirat kerana amalan itu mejadi bekalan kepada kita kat dalam kubur nanty ;)

Sabda Rasulullah s.a.w “Aku hanya diutus sebagai seorang pendidik”


p/s: Bukan senang untuk menjadi pendidik, tetapi bukan juga susah untuk menyampaikan ilmu kepada seseorang, fikirkanlah ;)

Read more...

Internet: Maklumat, Dakwah, Hiburan @ Maksiat??

>> Thursday, April 9, 2009

Salamz Alaik!!


Suatu fenomena yang aku rasenye mak ayah korang pun tak pernah merasa time zaman muda-mudi dyeorang. Apakah fenomena tersebut?? Adakah Akademi Fantasia, suatu transformasi akan berlaku, eceyh, hekhek.. ek, salah... Tapi itu pun mase time zaman dyeorang remaja belia pun takde lagy astro ryte...

Tapi bukan itu yang nak ditekankan.. So apakah dia? Yep, macam tajuk posting aku kat atas tu, fenomena tersebut tak lain dan tak bukan adalah penggunaan internet di serata dunia! Macam tak percaya ryte.. Betapa pesatnya teknologi masa kini. Bukan sahaja terkenal dari golongan belia, sedangkan budak kecik 5 tahun pun da pandei nak gune internet tau, pergi kat youtube, cari lagu wonderpets, ape yang penting?? Kerjasama!! lalala~ ;)

Sekarang nak dapat connection internet tak macam dulu dah, cucuk wayar kat tempat telefon, then tunggu la dye tit tot tit tot... Sekarang ambik ko, macam-macam ado! wayarless, gune iphone, blackberry, pastu broadband maxis, celcom lagy tu. Selagy korang ade line telefon kat satu kawasan, selagy tu korang leyh access internet tak kira tempat, di mana jua. Pada asalnya, internet neyh dyeorang nak buat just untuk cari-cari maklumat, dan juga paling basic skali adalah emel, sekarang neyh tak maen-maen la surat menyurat gune pos laju, emel jep, nak bayar bil pun sekarang da bleyh pakei internet tau, perghh.. Aku rase pasneyh pejabat pos kompom bankrupt, hekhek..

Another part of this cool technology adalah hadirnya chit chatting yang menghubungkan antara korang bukan saje dengan orang yang tersayang, tapy dengan orang yang kite tak knal pown leyh sembang, pastu cintan cintun last skali kawen.. sape-sape yang termakan cili tu bersyukur la eyp coz how great is it Allah pertemukan jodoh antara sesama insan di internet, ngee~ But seriously, kehadiran internet dalam hidup kita sekarang banyak membantu dalam pelbagai aspek termasuklah untuk mengembangkan dakwah islamiyyah di mata dunia... Subhanallah..

Pautan blog & artikel seperti iluvislam.com, weluvislam.com, halaqah-online, saifulislam.com, dan macam-macam lagy sumber yang kite leyh dapat sekarang menerusi internet yang boleh membuatkan kita sedar & muhasabah diri dalam arus kehidupan sekarang neyh, termasuklah video-video yang kite leyh tengok kat youtube. Korang pun leyh search sendiri ryte...

Tapi korang perlu berhati-hati terhadap punca sumber sesuatu artikel dakwah jugak tu kayh, takut-takut terdapat unsur untuk memesongkan aqidah umat Islam, yang itu pakcik taknak kayh, ngee~ Sebaiknya if korang tak pasty dalam sesuatu perkara tu, rujuklah pada yang pakar seperti ustaz @ para a'lim ulama', sebab dyeorang lebih arif & pakar dalam bab-bab agama & dakwah neyh. Mungkin ada rezeky korang boleh berguru dengan dyeorang, mane tau ryte.. ;)

Dari Sahl bin Saad as-Saaidi r.a. berkata: Rasulullah s.a.w bersabda; "Ya Allah! Jangan kau temukan aku dan mudah-­mudahan kamu (sahabat) tidak bertemu dengan suatu masa di mana para ulama sudah tidak diikut lagi, dan orang yang penyantun sudah tidak disegani lagi. Hati mereka seperti hati orang Ajam (pada fasiqnya), lidah mereka seperti lidah orang Arab (pada fasihnya)" (H.R Ahmad)

Nasyid, nak lagu ape? Aiman - Dusta Berkalang? Sekarang senang ajep, leyh download mp3 kat internet, takyah la nak beli-beli cd dah kan (sian artis yang jual cd eyp), ngee~ Kalo bagi pak-pak ustaz @ writer yang nak promosikan buku ilmiah pun, sekarang mane ade gune katalog sangat dah, semua pun gune internet jep, cepat pantas dan tuntas, hekhek~

Apa pulak akan berlaku jika seseorang itu tersalah @ menyalahgunakan internet?? Rasenye korang pun ade pernah buat karangan kat sekolah kan, so mesty lagy pakar, hekhek.. Hiburan keterlaluan (hedonisme), website lucah (lucahnisme), serta pelbagai cara dan unsur maksiat lain yang berlaku disebabkan internet jahanam neyh!

Pastu ape lagy, mula la buat koleksi download lagu-lagu dangdut, pastu download cerita ape sekarang yang tengah hot? Desperate housewive? ape mende tah nak desperate tak tau la.. then mula start nafsu terangsang, orang yang tengok cerita tu pun desperate, masuklah surat khabar muka depan, tajuknye perogol bersiri! MasyaAllah.. Itu terjadi apabila dunia diutamakan, akhirat dipinggirkan..

Apa-apa pun, kita sepatutnya memberi tanda syukur & terima kasih kepada Allah s.w.t kerana masih memberikan hidayah & ilham kepada kita untuk sentiasa meneruskan penyebaran dakwah menerusi alam maya. Secara jujurnye, internet jugak banyak memberikan manfaat & pedoman kat aku sendiri. Walaupun ia kelihatan seperti suatu perkara yang kecil pada mulanya, tapi jika kita ikhlas & istiqamah dalam melakukan sesuatu kebaikan, insyaAllah akan mendapat pertolongan daripada Yang Maha Esa ;)

Daripada Anas r.a. bekata, Rasulullah saw. bersabda: "Akan datang kepada umat ku suatu zaman di mana orang yang berpegang kepada agamanya laksana menggenggam bara api” (H.R. Tirmizi)


p/s: Internet memberikan keburukan atau kebaikan kepada anda?? Lu pikir la sdiri.. Assalamualaikum! ;)

Read more...

Setiap Hari Adalah Hari Kekasih

>> Saturday, February 14, 2009

Salamz Alaik!!

14 Februari, sebuah tarikh keramat yang telah mempengaruhi otak manusia seluruh dunia pada zaman sekarang neyh, aku rase korang pun tau kan hari ape tu, tak payah la aku nak sebut banyak kali lagy, sebab rasenye korang lagy expert kowt bab-bab macam neyh, ape yang aku tau, 14 Februari neyh tarikh lahir member aku, Kasyfi namenye, Selamat Hari Lahir ke-20 my friend!! ngehee~ ape lagi, aku dah letak name ko kat blog aku, bayar lebih la.. huahuahua..

Okla, back to da main point, macam yang korang tau, dan korang pun da bace banyak artikel ryte yang mengatakan bahawa hari 'Valentine's Day' ini tidak wajar sama sekali disambut oleh kita yang bergelar as an Islam. Eyh tak tau lagy k?? kalo camtu cbe bace artikel about "Hukum Rai Valentine & Jual Bunga" kat blog abang senior UNITEN aku sorg neyh, haa.. aku dah promote lagy satu name, kompom dpat bayaran royalti lbeyh neyh, hakhak.. ;D

Jadi untuk kali neyh aku tak nak la ceritakan about this valentine's day, sejarah ke apemende, sebab rasenye korang leyh dapat info lagy mantap kat blog @ artikel yang laen. So korang, setuju tak jika aku keluarkan statement bahawa "setiap hari adalah hari kekasih". Bukan sekali je taw, 5 kali sehari kita berjumpa denganNya. Dont get me wrong kayh, aku cakap neyh bukannye tentang kekasih gelapku, ataupun kekasih yang tak dianggap, tapi tak lain dan tak bukan cinta sejati yang tak pernah sekalipun lupa akan kita, tapi yang kadang-kadang kita terlupa akanNya, yakni Yang Maha Pengasih Allah subhanahu wataala..

Seperti yang kita tahu, Islam tidak pernah pun mengiktiraf mana-mana hari pun sebagai apa yang dinamakan 'Hari Kekasih', kerana kasih & sayang itu sifatnye universal, tidak dibatasi sekalipun oleh hari, masa dan tempat. Percaya atau tak, tapi korang kena percaya jugaklah, ngee~ bahawa kasih & cinta Allah tidak pernah luntur sekalipun terhadap seluruh makhlukNya. Malah walaupun bila kita tidak teringat akanNya, Dia sentiasa berada di sisi kita tak kira sama ada dalam keadaan suka ataupun duka.

Jadi apalah salahnye untuk kita berjumpa denganNya 5 kali sehari yakni dengan melaksanakan ibadah solat yang wajib dilakukan, time tu la korang leyh mengadu ataupun menunjukkan rasa syukur, kasih dan cinta pada Yang Maha Esa. Tapy kalo sape yang tak pernah solat tatau la, oppss.. Kalo korang nak wat meeting tambahan bleyh jep, solat sunat sudah banyak tersedia, cuma bergantung kat kita jep nak menambahkan amal ibadah kita ataupun tidak ;)

Ape-ape aku tengok media sekarang dah kurang dalam mengutamakan program sempena valentines day neyh, kalo tak dulu, siap buat contest lagy, menang dapat percutian honeymoon, huu~ So after this, change your mind setting, jauhkan pemikiran korang dari menobatkan bahawa 14 Februari merupakan hari kekasih sedunia, dan ubah kepada setiap hari, setiap masa, dan setiap ketika adalah 'hari kekasih' kepada Allah s.w.t. Sesungguhnya sambutan Valentine's Day itu merupakan propaganda musuh-musuh Islam untuk menjatuhkan maruah serta martabat agama kita. So after this tak perlulah korang nak ucap apatah lagy menyambut hari tersebut. Selagi Islam berpijak di bumi, selagi itu jihad kita tidak akan terhenti. Allahuakbar!


"Sesungguhnya bagi setiap kaum itu perayaan masing-masing, dan ini (IdilFitri dan Idiladha) adalah perayaan kita"
(Riwayat Al-Bukhari & Muslim)



p/s: Sungguh benar cinta itu indah, tapi ia akan lebih menyinar jika kita salurkan ke jalan yang benar ;)

Read more...

"Hero Kehidupan"

>> Monday, February 9, 2009

Salamz Alaik!


Menaip keyboard di komputer dah menjadi trend anak-anak muda zaman sekarang neyh, tak kisah la nak buat assignment, or atas urusan kerja, dan juga tulis artikel blog, termasuk la yang tengah menaip sekarang neyh,(bajet anak muda gaks la tu) ngehee.. Tapi btowl la, rasenye kalau hidup kalau tanpa menaip tak sah, tengok la kalo tak menaip keyboard pun, kite mesty menaip butang-butang punat yang terdapat kat enset or remote control. Senang kata hidup kita secara tak langsung dipengaruhi oleh butang punat, sounds wierd kan? Tapi bak kate orang, hakikat kehidupan,huu~

Ok cukup untuk selingan kali ini, excely ape yang aku cakap tady takde kaitan langsung pun dengan tajuk yang nak aku bincangkan. Jadi if korang membacanye sampei habes kire tahniah la dapat move ke 2nd perenggan, hekhek.. So back to da main topic, aku yakin mesty time korang kecik-kecik dulu pernah tengok citer kartun power rangers, ultraman, transformers, atau citer kartun yang paling hot sekarang ben 10 (sebab aku pun tengok, ngehee~). Pastu lepas korang tengok citer tu kan, mesty korang berangan-angan nak jadi macam hero kat dalam kartun tu ryte? Then mule la korang lompat sane sini, bajet cam tengah tembak raksasa, hekhek.. Aaah, i miss the old time... ;)

Tapi ingatlah wahai abang kakak adik sekalian, kembalilah ke alam realiti kerana sesungguhnya dunia kartun tu semestinya bukanlah kehidupan korang yang sebenar. Ok, kalau kita lihat dalam konteks 'dunia' sekarang pulak, kadang-kadang korang mesti jumpe ade mamat or minah kat sekolah, universiti ataupun tempat kerja korang sendiri yang menyerlah dan memang hebat la, kire menjadi pujaan setiap makhluk kat muka bumi neyh, then korang mula terfikir alangkah baik jika korang berada di tempat mamat or minah tu, btowl tak?? Alah mesty ade punye kan, jangan nak menipu diri sendiri..


"Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada rupa paras dan harta benda kamu tetapi Allah hanya memandang kepada niat hati dan amalan kamu." (Hadis riwayat Muslim)

Sebenarnya dalam sedar atau tidak, bermulanya sejak lahir lagi korang sudah menjadi seorang 'hero' dalam cerita kehidupan korang sendiri, you have your own story line, and you also are the director of your life story, so buat ape nak pergi kat cerita hidup orang lain untuk menjadi seorang 'sidekick' ryte? Ok, maksud aku kat sini adalah kita mempunyai life kita sendiri, dan bergantung pada diri kita untuk mencorak warna kehidupan sama untuk menjadikan filem hitam putih sepanjang masa atau jadikan filem hidup kita ini penuh dengan warna-warni keceriaan & ketenangan.

Kalau korang tengok dalam movie, there is a certain time that hero also have their hard time, jadi sama macam kehidupan seharian kita juga, memerlukan kekuatan & ketabahan untuk menempuhi segala halangan hidup yang datang secara bertimbun-timbun. Ingatlah macam mana sulit pun masalah tersebut pasti ada jalan penyelesaiannye. Macam hero yang lain yang ade power macam-macam, kita juga ade power jugak, dat is Al-Quran & As-Sunnah, rujukan untuk seluruh umat sepanjang hayat. Tapi realiti zaman sekarang kedua-dua perkara itu sering dilupakan oleh kita, pastu mule la nanti ade masalah sikit jumpe bomoh la, puja kubur la, puja pantai la, mende apetah ngarut lagi, pelik-pelik...

Sebab itu kita sebagai hero dalam kehidupan yang penuh pancaroba ini, perlu mencari jalan untuk meningkatkan amal ibadah kita supaya naik ke satu level lain iaitu menjadi seorang 'hero sejati'! Hero yang sentiasa penuh dengan ilmu, iman, amal di dalam hati sanubari kita sebagai seorang umat Islam. InsyaAllah.. Menjadi hero bukanlah suatu kerja yang mudah, tetapi pabila kita berjaya mencapainya, insyaAllah matlamat kita untuk menuju ke syurga firdausi semakin hampir dalam diri kita. So, ciptalah suatu kisah hidup kita sendiri yang penuh dengan keamanan & kebahagiaan, hasilkan satu matlamat yang positif, yakin pada diri sendiri, agar kita dapat menjadi seorang hero yang disegani oleh orang ramai, dan diberkati oleh Allah, insyaAllah.. Sape kate kita tak boleh jadi hero?? Ngee~


"Dan janganlah engkau berjalan di muka bumi ini dengan bongkak. Sebab engkau tidak akan mampu menembus bumi, dan tidak pula akan dapat menjulang setinggi gunung." (Surah al-Isra, ayat 37)

p/s: Hero aku sepanjang zaman, Nabi Muhammad S.A.W ;)

Read more...

Berkawan Biar Beribu...

>> Wednesday, January 14, 2009

We let picture do da talking kayh!! ;)

klik untuk imej lebih besar..

Gambar itu sekadar suka-suki je kayh, but kalau nak difikirkan balik, sungguh indah kan bila kita ada ramai kawan. Tapi ingatlah dalam berkawan pun biarlah 'kawan dalam senang & susah' kayh. Ni bile duet biasiswa dah masuk mula la kawan datang ramai, tapi bile dah pokai kawan semua lari balek, tak boleh bikin member la kalo macam tu bai... Keikhlasan dalam berkawan itu juga penting dalam kehidupan, kerana dari situlah kita dapat mengukur sejauh mana tahap kejujuran seseorang itu dalam persahabatan. InsyaAllah kita sama-sama doakan agar dapat bertemu dengan sahabat sejati dunia akhirat, seperti Rasulullah dengan sahabat-sahabatnya ;)

Nabi s.a.w baginda bersabda: "Sesungguhnya perumpamaan berkawan dengan orang yang soleh dan berkawan dengan orang yang jahat adalah seperti seseorang yang membawa minyak wangi dan seseorang yang meniup dapur tukang besi"

p/s: bercinta biar satu, kepada Allah. Dua, kepada rasul-rasulNya. Tiga, kepada ibu bapa. Empat, sesama insan ;)

Read more...

Syukurlah Mereka Yang Masih Perawan

>> Monday, January 12, 2009

Salamz Alaik!!

Keperawanan, harap korang yang membaca neyh still perawan lagi kayh, ngee.. exceli dah lame aku nak membincangkan pasal topik neyh, tapy maklumlah dah start sem neyh, perlu dahulukan mana yang penting dulu. So pada Ahad 2 minggu lepas la tak silap, aku tertarik dengan keratan muka depan akhbar Metro Ahad yang bertajuk 'Bangga Tidak Perawan', sape yang ade bace ingatlah. Ia kenyataan mengenai remaja zaman sekarang yang bangga hilang perawan dyeorang mase muda-muda lagi sebelum khawin. Jadi aku bace punye bace, aku terfikir sejenak apa yang sudah terjadi terhadap keadaan dunia zaman sekarang yang penuh pancaroba neyh.

Ya Allah, sampai begitu sekali budak muda zaman sekarang neyh, terlalu bangga dengan kemaksiatan yang dyeorang lakukan. Pastu siap cemuh lagi sape yang masih mempunyai dara & teruna. Memang betul la antara tanda kiamat iaitu "kejahatan diagung-agungkan dan kebaikan itu mendapat kejian". Tetapi kepada semua yang masih mempunyai keperawanan korang, syukurlah kerana berjaya menundukkan hawa nafsu itu, dan ingatlah bahawa Allah sentiasa menyayangi kita. Patutnya mereka yang tiada perawan tu patut malu dengan perbuatan dyeorang!

Firman Allah bermaksud: "Katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya" (An-Nur: 31)


Bila kita cakap about perawan neyh, ia mesti dikaitkan dengan maruah yang ada dalam setiap diri mereka yang bernama manusia. Jadi kalo seseorang itu bangga apabila hilang perawan, maka secara kesimpulannya mereka juga bangga sebab sudah hilang maruah! Hilang iman dari dalam diri! Astaghfirullahalazim... Sungguh betul jihad yang paling besar sekali adalah jihad untuk melawan hawa nafsu, kerana apabila nafsu tidak terkawal, maka terciptalah binatang-binatang dari kalangan manusia yang bangga dengan kehilangan maruahnya. Sebab itulah Allah menyarankan untuk manusia berkhawin supaya dapat mencegah sebelum berlakunya sesuatu yang haram yakni berzina!

Mungkin disebabkan pengaruh & budaya barat yang berleluasa di seluruh pelusuk Malaysia yang membuatkan mereka tanpa tanpa segan silu mengeluarkan statement "Aku berbangga sudah hilang perawan!". Iye la cube tengok setiap filem & drama orang putih sekarang neyh, kalau takde adengan aksi di ranjang memang tak dapat block office la filem tuh! Sampai bangsa kita Melayu pun dah terikut-ikut nak buat jugak, ade sampai latest filem aku dengar dah berani nak buat aksi kissing lesbian! Takde adengan lain ke nak buat?? Ya Allah, sungguhlah iman di dalam diri umat Islam ini semakin pudar dari hari ke hari. Sehingga perkara yang patut dijadikan 'nahi mungkar' dah menjadi 'amal munkar' di kalangan mereka yang hilang iman di dalam diri.

Jadi kepada mereka yang still perawan, jangan risau ada masanya kita akan hilang perawan kita, iaitu kepada suami atau isteri yang sah untuk diri kita. Bukanlah kepada laki atau perempuan yang kita jumpa tepi jalan jep, tu yang boleh bikin merebak HIV! Kalau tak pun anak luar nikah, nak ke?? Mesti kalau aku tanye seribu orang, confirm jawapannya adalah tak nak! Tetapi apasal la nak buat jugak kan. Ingatlah wahai saudara saudari sekalian bahawa berzina itu nikmatnya hanyalah untuk seketika tetapi sengsara adalah untuk selamanya. Salurkanlah keperawanan anda bagi yang halal untukmu, insyaAllah akan diberkati oleh Allah ;)

"Sikap yang baik, menjaga diri dan hidup berhemat adalah satu bahagian daripada dua puluh empat bahagian daripada kenabian." (Hadis riwayat Tarmizi)

p/s: Bila la aku nak kawen neyh, huu~

Read more...

Pabila Anda Terbalikkan Coca-Cola

>> Friday, January 9, 2009

Salamz Alaik!!

Mungkin ramai di antara korang dah pernah tengok ryte, tetapi fikirkanlah wahai saudara-saudari, abang kakak, dan pakcik makcik sekalian, sebenarnye kite tak sedar dalam senyap sunyi yahudi dah merasuk dalam pemikiran setiap umat islam kat dunia neyh. Tengok tu!! Sudah terang-terangan tulisan minuman c***-***a tu ada maksud tersirat di sebaliknya, tapi kita selalu beli, minum, dan kadang-kadang tu buat koleksi lagi kat rumah. Kononnya nak kumpul semua tin-tin minuman kat dunia ni la. Weyh daripada kumpul tin baik kumpul koleksi Al-Quran ke, insyaAllah lagi banyak manfaat, malaikat pun suke masuk dalam rumah kite tau.

"Sesiapa yang mati sedangkan beliau tidak pernah berperang pada jalan Allah dan tidak pernah berniat untuk berperang, beliau mati dalam jahiliyah" (Usul Asyirin Hasan Al Banna)

InsyaAllah dalam post aku yang pendek ini dapat memberi sedikit sebanyak kesedaran to all of us. Bukan aku tak mahu tulis panjang-panjang, tapi dah start study balik deyh, ape-ape pun insyaAllah akan diupdate sentiasa from time to time. Ingatlah, apa yang kita baca ini juga adalah sebagai satu amaran bahawa dalam sedar atau tidak kita umat Islam sudah dijajah sepenuhnya oleh Yahudi Laknatullah!! Cuma kita sendiri buat sambil lewa sahaja dengan keadaan sekarang ini. Bangkitlah wahai pejuang mujahidin & mujahidah!! Kita hidupkan kembali Islam di seluruh pelusuk dunia dan boikot barangan yahudi!! InsyaAllah..

p/s: Terkenangkan nasib saudara kita yang berada di Palestin...

Read more...

Andainya Terjadi Kepada Aku?

>> Friday, January 2, 2009

Salamz Alaik!!

Hyper, perginya buat selamanya...

Tanggal 1 Januari 2009, di saat semua rakyat Malaysia gembira berhibur, bepesta, dan bershopping ke hulu ke hilir, ke sana ke mari pada hari New Year ni, aku dikejutkan dengan satu kisah yang memilukan. Iaitu salah seekor daripada 5 anak kucing kat rumah aku mati dalam keadaan yang tragis sekali, dye kene gilis dengan tayar kereta... (Sob3) Nama diberi adalah 'hyper', sebab dye hyperaktif sangat, huu~ Walaupun baru sebulan sahaja anak-anak kucing tu muncul dalam hidup kitorang sekeluarga, tapi mereka tu ibarat macam ahli keluarga kitorang gaks. Sekarang ni tinggal empat ekor jep, mak kucing (Cik Teh) tu pun muke cam sdeyh lepas seekor dah takde. Tapi itulah yang kita namakan perancangan yang dibuat oleh Allah, mungkin ada hikmah di sebalik itu. Iyela, kowt2 kucing tu besar-besar nanty jady kucing jahat ke, mane tau kan, jadi sebab itu Allah tarik nyawanya awal-awal agar tidak berlaku sebarang musibah. Semoga roh kucing itu dicucuri rahmat, insyaAllah...

Walaupun yang matinya hanya seekor kucing, tapi ia membuatkan aku sebagai manusia yang lemah ini berasa sebak & sedih terhadapa kehilangannya. Tragedi tersebut memberikan aku ruang untuk berfikir sejenak, kalaulah perkara sebegitu terjadi kepada keluarga aku sendiri, ataupun kepada diri aku sendiri, adakah aku dapat menerimanya?? Sedangkan kematian seekor kucing yang tak berakal pun aku bleyh sebak, apatah lagi jika yang dicabut nyawa itu adalah seorang manusia. Memang betul mati itu adalah pasti bagi semua makhluk Allah di muka bumi ini, tetapi untuk menerima kematian itu adalah payah sekali, lagi-lagi dengan diri yang setiap hari bergelumang dengan dosa & maksiat. Astaghfirullahalazim...

Katakanlah: “Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.” (Al-Jumu’ah:8)


Mungkin ada di antara korang yang sedang membaca ini artikel pernah menghadapi saat-saat tersebut, di mana ketika orang kesayangan pergi ke rahmatullah. Macam mane perasaan?? Sedih ryte?? Begitu jugalah perasaan bagi saudara-saudara seislam kita yang berada di Timur Tengah. Lebih-lebih lagi apabila Israel yang tak berhati perut tu dah start balek aktiviti dyeorang dalam menghancurkan umat Islam. Cuba bayangkan sejenak, lepas ni korang keluar jalan-jalan shopping kat Mid Valey, Alamanda, KLCC, ataupun baru keluar habes solat jumaat kat masjid, tiba-tiba.. Pom!!! Badabom!!! Satu letupan yang tidak disangka berlaku di depan mata korang sendiri, lepas tu orang yang berada di sebelah korang ditembak tanpa belas kasihan. Apakah reaksi korang? Bersembunyi? Berlari? ataupun melawan kembali??

Rasenye korang mesti dah banyak kali bace artikel pasal perjuangan Palestine ni ryte, dah bermacam-macam jenis artikel diterokai, berjuta-juta gambar dah menjadi tatapan untuk korang semua menginsafkan diri, tetapi adakah matlamat mereka itu tercapai?? Insafkah kita?? Jikalau kita diberi peluang untuk berperang bersama-sama orang palestine, sudahkah kita bersedia menerimanya wahai rakyat Malasysia?? Ataupun takut dan still mahu bersuka-ria di dunia yang hanya sementara ini?? Fikirkanlah wahai umat Islam, jikalau perkara tersebut berlaku pada diri korang sendiri... What Will You Do???

Nanty bile-bile time korang free, ameklah mase 5-10 minit untuk melakukan solat hajat dan berdoa agar Palestin dan negara-negara Islam yang lain dilindungi oleh Allah. Ape yang dapat belajar mase khutbah jumaat tadi adalah doa sahaja tidak mencukupi, tetapi perlu tanamkan semangat jihad di dalam doa kita itu. Sebelum aku mengakhiri artikel aku kali ini, di sini aku ingin kongsikan satu klip video untuk tatapan korang semua, jeritan & rintihan seorang anak palestin terhadap peperangan yang berlaku, hayatilah & insafilah diri, kita doakan agar Islam akan bertapak di dunia ini sekali lagi, Allahuakbar!!!

"Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan carilah jalan yang mendekatkan diri kepada-Nya, dan berjihadlah pada jalan-Nya, supaya kamu mendapat keberuntungan" (Al-Maidah:35)





p/s: teringat kat lagu nowseeheart, damai yang hilang...

Read more...

Sudah Terlaksanakah Hijrah Anda?

>> Monday, December 29, 2008

Salamz Alaik!!

Akhirnya sudah aku sudah tiba ke post yang ke-100!!! terharu seyh (sob3), kepada semua yang menyokong aku selama ini aku ucapkan setinggi-tinggi terima kasih kerana sentiasa menjadikan blog aku neyh tempat persinggahan. Maka tertutuplah sudah lembaran 1429, dan tibalah untuk kita semua membuka diari baru bagi tahun 1430 Hijrah. Secara kebetulan juga lagi dua hari kita akan bertemu juga dengan tahun 2009 pada kalendar masihi. Tahun yang akan menjanjikan kisah-kisah baru dalam hidup kita, mungkin ianya sedih, ataupun gembira? Perkara itu hanya Allah sahaja yang mengetahuinya. Kita sebagai hamba perlulah teruskan usaha kita sebagai seorang khalifah di muka bumi ini, itupun tak ramai yang berusaha ke arah itu, sebab syok sangat dengan arus zaman sekarang yang penuh dengan hiburan & maksiat, huu~ Terasa cepat je kan setahun masa berlalu ryte? Sedar tak sedar kita sebenarnya umur kita semakin meningkat, eii dah tua, hekhek.. So di waktu usia korang yang menuju kepada proses penuaan (termasuk aku) ni, sudah terlaksanakah 'hijrah' korang?

Aku taula maksud hijrah adalah 'perpindahan' macam belajar kat sekolah dulu, tapi hijrah yang aku maksudkan di sini bukanlah berpindah rumah ataupun pindah masuk sekolah asrama penuh, ataupun berpindah dapat tawaran masuk universiti, hekhek.. Apa yang ingin aku sampaikan adalah perlaksanaan hijrah dalam diri kita ini. Perpindahan daripada aspek sikap & akhlak. Ataupun yang selalu korang cakap dalam bahasa kasar adalah azam tahun baru korang. So, adakah hijrah korang menjadi suatu realiti ataupun still di alam fantasi??

"Sesungguhnya orang mukmin apabila melakukan dosa bererti ia membuat noda dengan sebuah titik hitam di dalam hatinya. Apabila ia bertaubat, meninggalkan perbuatannya, dan memohon ampun kepada Allah, maka hatinya jernih kembali. Tetapi apabila ia menambah dosanya, maka bertambah pulalah titik hitam itu hingga menutupi seluruh hatinya." (Hadis Riwayat Ahmad)


Mesti ramai punye la yang cakap "hurm.. banyak lagi azam aku tak habes" ataupun "ish, dah masuk tahun baru dah? Azam aku satu pun tak buat lagi" dan banyak lagi kerenah dan gelagat yang sama kita dapat tengok bila masuk tahun baru yang mendatang neyh. Macam ni je la aku nak cakap, jikalau kita sudah berazam & beriktikad dalam melakukan sesuatu, laksanakan segera, janganlah nak tangguh-tangguh. Nanty kejap punye kejap dan masuk tahun yang lagi satu, pastu mula la mengeluh cakap azam tak sempat nak buat, hekhek. Another one thing, kalau nak melakukan 'hijrah' tu, tak payah la nak tunggu sampai masuk tahun baru baru timbul azam, actually bila-bila masa saja kita boleh berazam, dengan syarat kita meletakkan usaha yang gigih ditambah dengan doa yang ikhlas dalam melaksanakan azam tersebut, insyaAllah kita dapat apa yang kita mahukan dalam hijrah kita ;)

Dalam kesempatan ini, aku hendak mengucapkan selamat datang ke dunia 1430 hijrah serta the world of 2009! Semoga dengan kehadiran tahun baru ini dapat memberikan permulaan yang baru kepada kita semua. So, kalau korang semua nak kongsikan tentang azam tahun baru korang, leyh tulis kat komen ya! sebelum aku menamatkan post aku kali neyh, mari kita sama-sama hayati lagu Hijrah Menuju Allah by one of nasyeed group yang mantap, Devotees! Hayatilah setiap liriknya, insyaAllah ;)



Bulat nian tekadmu
Dalam hijrahmu itu
Allah nanti kan bersama
Tempuh jalan yang diredhai

Hijrahmu menuju Allah
Ia sunnah para nabi
Para salihin dan muttaqin
Kembara hati menuju Ilahi

Andai rasa diri lemah
Di perjalanan hijrahmu
Sendirian tanpa mampu
Mohonlah pada Tuhanmu

Hijrah ini memang susah
Hijrah ini memang payah
Hijrah ini menuju Allah
Di hujungnya hasanah

p/s: Apakah azam tahun baru aku?? biarlah rahsia ;D

Read more...

Wanita, Tudung & Islam

>> Sunday, December 21, 2008

Salamz Alaik!!

"Dan janganlah kaum wanita itu menampakkan perhiasan mereka kecuali yang biasa terdedah (muka dan tapak tangan)" (An-Nur: 31)

Sebuah tajuk yang menarik untuk dibincangkan, dan actually dah banyak kali pun kita umat Islam satu dunia membincangkan mengenai isu neyh. Sampai dah naek boring kalau dengar kan. Tapi itula kita yang bergelar manusia, perlu saling ingat mengingati pada setiap detik, masa dan ketika. Apa yang membuatkan aku tertarik untuk sekali lagi mengupas isu neyh adalah sebab masa kelas agama aku bersama-sama dengan Ustaz Anuar (budak Uniten Muadzam knal la, huu~), dia ada menceritakan tentang ex-student dia dulu, setiap kali kelas memang dia seorang la yang tak pakai tudung, sebab kalau kelas agama pompuan semua wajib pakai tudung, kalau tak kene bambu la dengan ustaz, hekhek.. Tapi buat kes budak neyh dia bajet berani la. Bukan maksud aku untuk memburukkan sesiapa, tapi sebagai perkongsian ilmu dan pendapat jugak. So, pada suatu hari budak tu bangun dan bercakap something like this,

"Ustaz, tak semestinya yang tak bertudung neyh jahat, kite tengok yang bertudung pun same jer perangai, malah ade yang lagi teruk kowt perangai daripada kami yang tak bertudung"

Jadi itulah kisah ex-student ustaz yang kitorang dengar, dan dari situ ustaz memberi peluang kepada aku untuk memberikan pandangan dan pendapat atas peristiwa yang terjadi tu, so aku cakap la, tapi tak sampai main point ustaz dah suro stop sebab takut aku bolot mikrofon tu, hekhek... Jadi inilah pendapat apa yang aku dapat kongsikan bersama dengan anda semua.

Bagi aku semua orang adalah baik, tak kiralah mereka yang bertudung ataupun tidak bertudung, kerana kita secara fitrahnya dilahirkan dengan hati yang suci lagi murni. Cuma didikan ibu bapa dan juga pengaruh kita terhadap rakan sebaya yang menjadikan diri kita ini terjebak dengan segala macam perkara yang berunsur kemungkaran. Baiklah kepada wanita yang tidak bertudung, maybe kita boleh katakan bahawa kita ini adalah baik secara zahirnya, tetapi apabila kita mengaitkan kembali dengan hukum islam, sudah secara terang-terangan Allah telah nyatakan bahawa rambut itu adalah aurat bagi setiap wanita! Diulangi sekali lagi, setiap wanita!! Tiada pengecualian okayh walaupun kita sudah anggap diri kita ini baik untuk masyarakat.

Memang la kita lihat sekarang wanita bertudung pun berperangai macam tah pape, tapi bukanlah semua tak ok. Sungguhpun wanita itu bertudung, tetapi perangai baik buruk itu adalah berdasarkan diri mereka sendiri, jika dia hendak jadi baik, baiklah dia. Jika dia hendak jadi jahat, maka jahatlah dia walaupun sudah bertudung. Apa yang aku boleh katakan kepada wanita ialah apabila bertudung, ikhlaslah dalam pemakaian, jangan disebabkan seseorang ataupun sebab datang kelas agama sahaja baru hendak melabuhkan selendang di kepala.

Sabda Rasulullah s.a.w: "Pada akhir umatku nanti akan ada wanita-wanita yang berpakaian namun (hakikatnya) telanjang. Di atas kepala mereka seperti terdapat bonggol unta. Kutuklah mereka kerana sebenarnya mereka itu adalah kaum wanita yang terkutuk."

Apa yang kita hendakkan dalam memakai tudung bukan hanya sekadar cara pemakaian ataupun hanya untuk menutup aurat, tetapi apa yang dicari adalah kesempurnaan dalam diri seseorang itu agar dapat menjadi seorang muslimah yang sejati. Dari situ secara tidak lansung dapatlah kita melihat kesempurnaan akhlak dalam diri si pemakai tudung. Aku tahu memang tidak senang untuk melakukan perubahan, lebih-lebih lagi apabila kita menghadapi masyarakat sekitar, tetapi itulah yang kita namakan dugaan dan cabaran dalam hidup.

So, itulah sedikit sebanyak pandangan yang dapat aku kongsikan bersama korang, mungkin korang pun ade pendapat masing-masing sama ada nak mempertahankan mereka yang bertudung dan tidak bertudung? Apa-apa kita mesti ingat satu perkara wahai semua umat Islam, bahawa tempat pengakhiran kita adalah dua sahaja, sama ada syurga ataupun neraka. Jadi, mana satu pilihan anda?? fikir-fikirkanlah ;)

"Aku telah meninjau syurga dan aku dapati kebanyakan penghuninya ialah kaum miskin, dan aku juga meninjau neraka dan aku dapati kebanyakannya penghuninya ialah kaum wanita ." (al-Bukhari)

p/s: Alangkah indah jika wanita seluruh dunia ini bertudung ;)

Read more...
Related Posts with Thumbnails

  © Blogger templates Romantico by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP