Showing posts with label Motivasi Diri. Show all posts
Showing posts with label Motivasi Diri. Show all posts

Nasihat Sepanjang Zaman

>> Tuesday, February 10, 2009

Korang mungkin tidak mempercayainya, tapi merupakan nasihat yang baik untuk dibaca! InsyaAllah mungkin dapat mempelajari sesuatu jika korang membacanya, so jom baca!! ;)

PERTAMA
Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.

KEDUA
Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua.

KETIGA
Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu

KEEMPAT
Apabila kamu berkata, " Aku Cinta Padamu", maka tunaikanlah.

KELIMA
Pabila mengatakan, "Maaf", tenunglah matanya.

KEENAM

Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.

KETUJUH

Usah tertawakan impian orang lain. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.

KELAPAN
Percayailah cinta pandang pertama.

KESEMBILAN
Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.

KESEPULUH
Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.

KESEBELAS
Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.

KEDUABELAS
Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.

KETIGABELAS
Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,"Kenapa anda ingin tahu?"

KEEMPATBELAS

Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.

KELIMABELAS
Ucaplah "Semoga anda diberkati" apabila mendengar seseorang bersin.

KEENAMBELAS

Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.

KETUJUHBELAS
Berpeganglah kepada tiga R:

* Rasa hormat pada diri sendiri;
* Rasa hormat kepada orang lain;
* Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda

KELAPANBELAS
Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar.

KESEMBILANBELAS

Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.

KEDUAPULUH
Tersenyumlah ketika menjawab telefon. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.

KEDUAPULUH SATU

Ada ketikanya anda perlu bersendirian.


p/s: Nasihat yang simple, tapy mempunyai banyak khasiat ;)

Read more...

Keserasian Dalam Berpasangan

>> Tuesday, January 20, 2009


Impian & harapan untuk sesiapa sahaja yang mempunyai pasangan sudah semestinya keserasian. Sebab daripada keserasian itu yang akan mencipta suatu hubungan kasih sayang yang kekal sehingga ke akhir hayat. Keserasian bukanlah sekadar bermaksud kedua-dua mereka itu mempunyai minat atau perkara yang sama, tetapi perlulah bertolak ansur serta perlu ada 'give and take' dalam melakukan sesuatu keputusan. Ni kalau dua-duanya ego, perang dunia ke-8 la jawabnye,ngee...

Di sini ada sedikit sebanyak kajian tentang keserasian sesuatu pasangan tersebut berdasarkan turutan kelahiran adik-beradik, tak kisah la kita boleh tengok dari sudut pasangan adik beradik kita sendiri ataupun pasangan kekasih hati. Apa-apa pun bergantung pada korang untuk percaya atau tidak sebab ini sekadar suatu kajian, tetapi kita perlu yakin bahawa Allah sahaja yang boleh tentukan keserasian sesuatu pasangan tersebut ;)

Sulung dengan sulung
Berpeluang besar untuk sering bertegang urat. Masing-masing sentiasa suka berkeras ataupun dalam menentukan siapa pemberi dan penerima perintah.. Jika hubungan cinta terjalin, ia memerlukan jiwa besar dan kesabaran dalam menjalani hubungan seperti ini.

Sulung - Tengah

Sudut negatif dari hubungan ini adalah kemungkinan berubahnya sikap si anak tengah untuk menyenangkan si sulung. Anak tengah adalah pasangan yang serasi untuk siapa saja. Meskipun begitu, ia sering kali menganggap si sulung sebagai yang suka menggertak dan menakutkan. Jika anak tengah berpasangan dengan anak sulung, maka sering kali ia harus merelakan keinginan dan impiannya demi pasangannya. Namun, jika si tengah cenderung bersikap seperti anak bongsu, mereka dapat menjadi pasangan yang cukup serasi.

Sulung - Bongsu

Kombinasi paling serasi. Si sulung dapat mengajarkan pasangannya, untuk bertindak lebih teratur dan dewasa, terutama saat menghadapi masalah serius. Sementara, si bongsu dapat seimbangkan sikap serius si sulung dengan mengajaknya bersantai atau sekadar duduk sambil berkhayal mengenai masa depan.

Tengah - Tengah
Pasangan ini dapat pergi ke manapun dan memutuskan apapun yang mereka sukai. Mereka dapat menjadi sangat serasi, apabila yang satu cenderung seperti anak sulung dan pasangannya seperti anak bongsu. Dengan begitu, mereka berdua dapat saling melengkapi. Namun, anak tengah biasanya suka menyimpan rahsia. Hal ini tentu dapat menjadi halangan serius dalam berkomunikasi. Bagaimanapun, masalah akan mudah dan cepat selesai kerana mereka pandai berkompromi dan menjunjung tinggi perdamaian.

Tengah - Bongsu

Hubungan ini akan berjalan lancar, bila si anak tengah cenderung bersikap seperti anak sulung. Jika anak tengah menunjukkan ciri sejati, maka ia akan terbawa-bawa gaya si bongsu yang lebih santai dan suka mengikut kehendak diri sendiri. Ini berlaku, terutama apabila anak tengah ini adalah pihak perempuan.

Bongsu - Bongsu

Berhati-hatilah! Bersama pasangan yang seirama memang menyenangkan. Namun bila tidak melihat kenyataan, kamu akan sulit untuk mengawal situasi.

"Wahai umat manusia! sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai-bagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha mendalam PengetahuanNya" (al-Hujarat: 13)

p/s: Siapalah pasangan aku yep?? Ngee..

Read more...

Kenalilah Mereka Yang Berbohong

>> Thursday, January 1, 2009

Bagaimana nak mengenali samada anda sedang dibohong? Tidak kira lelaki atau wanita, kalau dah kaki pembohong tu kawan baik pun digulainya hidup-hidup.Di bawah adalah tip-tip cara mengenali seseorang itu sedang berbohong..

Menyentuh hidung
Apabila seseorang itu berbohong, tisu-tisu erektil pada hidungnya akan dipenuhi darah menyebabkan ianya membesar. Fenomena ini juga dikenali sebagai kesan pinocchio. Jadi, apabila si dia bercakap dengan anda dan kerap menyentuh hidung yang tidak gatal, sebenarnya ada sesuatu yang diselindungkannya.

Menutup mulut
Ada sesetengah orang meletakkan tangan di atas mulut mereka apabila berbohong. Ini merupakan satu tindak balas automatik yang lahir dari segi psikologi kerana dari kecil lagi sudah dididik untuk tidak berbohong. Apabila mulut mengeluarkan kata-kata dusta, tangan cuba menghalangnya.

Gagap
Apabila seseorang yang bercakap lancar dan licin tiba-tiba gagap merupakan tanda-tanda sedang mengalami tekanan emosi. Sekiranya tiada apa-apa petunjuk bahawa tekanan ini disebabkan perkara lain seperti sedih, pilu, marah dan sebagainya, kemungkinan besar orang tersebut berbohong. Jadi, jika anda bertanya pada teman lelaki/suami anda dan sidia gagap untuk menjawabnya, maka anda tahu membuat kesimpulan atas tindakannya itu.


Pergerakan mata
Orang yang berbohong akan cuba meyakinkan pendengarnya dengan memandang tepat pada mata mangsa. Oleh itu,sekiranya kelipan mata berkurangan dari kadar biasa, ini mungkin tanda berbohong. Sebaliknya, ada juga keadaan dimana sekiranya mata seseorang itu tiba-tiba berkedip dengan banyaknya, ini merupakan tanda-tanda tekanan perasaan yang berkemungkinan disebabkan berbohong juga. Kerlipan mata yang normal sahaja menunjukkan dirinya tidak berbohong.

Melengah-lengahkan jawapan

Orang yang berbohong perlu berfikir sebentar untuk mereka cipta pembohongannya. Berfikir terlalu lama, berdehem, batuk dan sebagainya merupakan tanda-tanda bahawa orang tersebut mungkin berdusta.

Resah
Orang yang berdusta kerap gelisah dan mengubah-ubah posturnya. Apabila seseorang yang dalam keadaan tenang tiba-tiba sahaja menjadi resah dan tidak senang duduk apabila berhadapan dengan sesuatu soalan, ini berkemungkinan merupakan bahawa seseorang itu sedang berbohong.

Kesimpulannya, sekiranya kita ingin mengesan sama ada seseorang itu berbohong, kita perlu sentiasa memerhatikan air muka dan gerak badannya dengan teliti. Body language sudah boleh menunjukkan sama ada dirinya berbohong atau tidak. Sebarang perubahan dari keadaan normal mungkin merupakan tanda orang tersebut berbohong.

Ibn Syihab berkata: “Aku tidak pernah mendengar Rasulullah SAW membolehkan orang berdusta, melainkan dalam tiga hal yakni dalam perang, dalam mendamaikan dua orang yang berselisih dan juga berita suami kepada isterinya dan berita isteri kepada suaminya.” (Shahih Muslim)

p/s: Mak kite cakap, tipu dosa tau.. Masuk neraka... huu~

Read more...

Tawanlah Hati Kawan & Lawan Anda!

>> Tuesday, October 28, 2008

Prinsip 1: Hadirkan sifat ini dan anda akan dialu-alukan dimana-mana sahaja anda pergi. Hatta ke pasar mahupun ke kuliah dan sekolah.Jadi orang yang menarik supaya orang tertarik. Menarik kadang-kadang tidak di lihat oleh rupa tapi ia terserlah oleh sikap anda. Maka jadilah yang benar-benar menarik. Dengan kata lain IKHLAS dalam bersosial.

Prinsip 2: SENYUM. Cara yang paling mudah dan ringkas tapi ramai yang mengabaikannya. Ia mesti di lakukan dengan penuh keikhlasan barulah masyarakat disekeliling akan senang dengan anda. Pasti ada yang tertarik.

Prinsip 3: Jika anda tidak melakukan tindakan ini maka anda akan menghadapi masalah besar dalam berkomunikasi. Apakah ia ya? Mengingati setiap nama kawan dan lawan anda. Serta sesiapa sahaja yang dijumpai.

Prinsip 4: Tindakan sebegini penting dalam mengekalkan keharmonian anda dalam berorganisasi. Jika anda seorang leader maka sikap ini sangat penting untuk anda amalkan. Jadi pendengar yang terbaik. Jangan cepat membalas setiap apa yang anda dengar dengan negative sign.Encourage them untuk menceritakan tentang diri mereka, mungkin masalah mereka. Barulah mereka merasa dihargai.

Prinsip 5: Macamana ingin menjadikan anda diminati ramai.Sesudah itu kata-kata anda seolah-olah sangat berharga buat mereka yang mengikut anda.Bercakap interm of the other person`s interests. Ikut dan lihat apa kemahuan dan minat orang yang akan anda tawan hatinya. Bercakap atas minatnya. Bukan minat anda.

Prinsip 6: Bagimana pula ingin menjadikan diri anda disukai dalam sekejap sahaja pertemuan? Diri anda akan dihargai jka anda melakukannya.Dan kawan mahupun lawan akan menghormati anda. Lawan mungkin boleh berubah menjadi kawan. Jadikan mereka sangat penting buat anda dan mereka rasa diri mereka sangat penting buat anda. Dan lakukan dengan seikhlas hati.

Prinsip 7: Wajar dilakukan tindakan ini. Moga-moga menjadikan kawan anda selesa bersama anda. Apakah ia? Penampilan kemas walaupun diri ini tidak secantik dan sehensem bintang-biintang filem tanah air mahupun hollywood.

p/s: Lawan juga adalah Kawan

Read more...
Related Posts with Thumbnails

  © Blogger templates Romantico by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP