Salamz Alaik!!
Siapakah mereka di atas ini?? Kalau nak cakap Dato' K & Siti Nurhaliza, lelaki tu ade la jugak misainye, tapi bukan.. Apatah lagi kalau hendak dicakapkan Mawi & Ekin, sungguh jauh sekali. So, siapakah mereka sampai dinobatkan sebagai wedding of the year? Siap kalah sume artis-artis kat Malaysia tu, hekhek.. Sebenarnya ia merupakan wedding of the year bagi keluarga kami Mailjah kerana abang sdare aku, Ahmad Tarmizi atau name manjernye abang gg telah melangsungkan pernikahannya bersama gadis yang diberi nama Nurul Hafiza. Majlis ni berlangsung pada Sabtu (27/12/08) di Selama, Perak Darul Ridzwan. Bukan hotel Golden Horse Palace eks, hekhek..
Perkhawinan yang berlangsung dengan meriah sekali walaupun ia dilakukan dengan begitu sederhana, ramai jugak orang-orang kampung kat Selama ni datang, maklumlah makan free, hekhek. Persandingan untuk pihak wanita dilakukan pada hari yang sama jugak dan bagi pihak lelaki akan dilakukan di Gombak pada bulan April nanti. Sebenarnya macam inilah yang kita mahu, suatu acara yang simple dan tidak terlalu grand sehingga membazir berjuta-juta ringgit, asalkan matlamat untuk menyatukan dua insan itu tercapai. Alhamdulillah ;)
Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Wanita yang paling banyak mendapat kurnia ialah wanita yang murah mas kahwinnya, yang senang nikahnya dan baik budi pekertinya. Dan wanita yang jahat ialah wanita yang mahal mas kahwinnya, payah nikahnya dan yang buruk budi pekertinya"
Bila dah masuk
bab-bab kawen neyh, terasa best pulak nak memperbincangkannya, maklumlah hambo neyh tak kawen lagy, so siapa-siapa nak menjadi calon tu borang aku ade letak kat office aku (macam ade office jep, hakhak!), gurauan petang deyh, rilek-rilek sudeyh ;p Sebenarnya dalam perkhawinan ini, ia berlaku dalam
dua keadaan sahaja. Sama ada
cinta sebelum khawin ataupun
cinta selepas khawin. Ada lagi satu sebenarnya, iaitu
khawin ekspress! Yang tu paham-paham je la yep, hekhek.. Kalau kita lihat
trend zaman-zaman sekarang ramai di antara kita yang mengambil
pakej cinta sebelum khawin, dengan alasan nak kenal
hati budi masing-masing, ataupun nak test sama ada dia
jodoh yang sesuai atau tak.
Kalau korang nak tahu,
orang-orang tua dulu kita ni
bijak, walaupun takde la belajar sampai oversea macam kita semua zaman sekarang neyh, tapi banyak perkara yang kita boleh pelajari daripada mereka ini melalui
pengalaman. Nak dijadikan cerita waktu tu aku lepak la kat
kedai makan dengan member-member aku, lepas tu secara kebetulan kitorang duduk semeja dengan seorang
pakcik ni, apa lagi sembang-sembang la kami bukak warung kopi, sampai la ke bab
perkhawinan, bunyi dialog kitorang macam ni:
Pakcik: Budak-budak sekarang ni pakcik tak berkenan la, berkepit sana, berkepit sini, nanti khawin tak jadi jugak..
Kami: Ape bleyh buat pakcik, zaman dah berubah, dunia dah maju..
Pakcik: Maju apenye, kalau korang nak tau, zaman pakcik dulu takde dating-dating neyh, kalau dah suke khawin, ataupun atas pilihan mak ayah. Pastu dari situ baru la terasa best nak pegang-pegang tangan semua. Nikmatnya tak terasa... Ni korang sebelum khawin dah raba sana raba sini, nanti masa dah khawin boring la sebab semua dah raba, last-last gadoh pastu cerai, ish3...
Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Kahwinilah wanita itu kerana empat perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikan dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, engkau akan selamat"
Macam tu la sedikit sebanyak
dialog yang aku ingat mase dengan pakcik tu,
tergamam la sekejap kitorang ni. Betul jugak apa yang pakcik tu cakap, bila kita mengambil
cinta sebelum khawin, sudah pasti ada
kata-kata manja,
berpegang-pegang tangan dan sudah pasti tidak boleh dielakkan dengan
nafsu serakah yang membuak-buak. Lepas tu masa dah khawin nanty
borink sebab dari start awal couple asyik tengok muka yang sama saje. Takde perasaan romantik yang boleh kita lakukan sebab semua dah buat mase sebelum khawin dulu, so bijak tak orang-orang tua zaman dulu?? huu~
Secara kesimpulannya, jika kita hendak mengekalkan sesuatu perkhawinan itu, perlulah ada sikap
tolak ansur, dan saling
lengkap melengkapi di antara satu sama lain, itu yang Kak Ila cakap la, dia adalah pengasuh Rumah Al-Hidayah kat Muadzam Shah, ngee.. Okla, sebelum nak habes neyh aku kasi la slideshow sepanjang
majlis perkhawinan abang gg, enjoy! ;)
p/s: Jodoh pertemuan di tangan Allah ;)
Read more...