Pabila Cinta Berbalas..

>> Monday, June 22, 2009

Apakah perasaan anda pabila cinta anda ditolak? Dan apa perasaan bila cinta anda berbalas? Tambahan yang membalas cintamu adalah Yang Maha Perkasa.. Allah Rabbul jalil.

Disini ku titipkan beberapa tanda anda dilamun cinta dengan yang Maha Pencipta.

* Anda suka untuk bertemu dengan-Nya. Tak sabar untuk bertemu. Tak berjumpa sesaat seolah-olah anda jadi tak menentu. Persiapan dibuat setiapa kali sebelum bertemu-Nya.

* Mendahulukan-Nya lebih dari yang lain. Dia mengatasi yang lain. Segala kehendaknya anda utamakan dan yang dilarangnya anda cepat-cepat menjauhkan diri.

* Gembira bila bersama-Nya. Ingin sentiasa bersama walaupun di mana anda berada. Susun kata indah hendak bertemu. Ayat-ayat cinta kau luahkan pada-Nya sebagai pujian ke atasnya.

* Tidak sedih kehilangan segalanya kerana cintamu terhadap-Nya melebihi segalanya. Biarlah semuanya hilang dan tiada asalkan anda tak kehilangan ISLAM .

* Merasa nikmat melakukan ketaatan terhadap perintahn-Nya. Membela agamanya sudah cukup membuatkan anda merasa nikmat di dunia.

* Tegas terhadap mereka yang menghina Islam. Apatah lagi yang melanggar apa yang disuruh-Nya.

Itulah sedikit tanda-tanda anda dilamun cinta bersama-Nya. Adakah cinta anda berbalas? Atau anda dalam dilema cinta si dia atau yang Maha Pencipta? Moga kita mendapat cinta dari-Nya. Terkadang dalam hidup ini kita perlu korbankan nikmat yang sedikit untuk mendapat yang lebih besar.

"Katakanlah (wahai Muhammad) jika benar kamu mengasihi Allah, maka ikutilah Aku, nescaya Allah mengasihi kamu dan mengampunkan dosa-dosa kamu dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani" (Ali Imran:31)


p/s: hiduplah untuk mendapat cinta Allah, insyaAllah kita akan mendapat seluruh cinta yang kita mahukan di dunia ini ;D

Read more...

Personaliti Mengikut Kenderaan

>> Wednesday, June 17, 2009


Tahukah korang bahawa pemilihan kenderaan melambangkan diri seseorang. dalam diam, orang lain akan meramal diri korang, menilai peribadi korang... berhati-hatilah bila memilih kenderaan untuk dinaiki. cuba korang jawab soalan-soalan kat bawah ni, korang akan dapat menilai diri sendiri. Selamat menjawab! ;D

Soalan:
Anda pilih untuk menggunakan kenderaan apa?

a) kereta
b) lori
c) motor
d) van
e) jeep
f) skuter
g) basikal
h) beca
i) sampan
j) tongkang
k) kapal terbang
l) helikopter
m) kerusi roda
n) kereta sorong
o) lelain...



jika korang pilih....

a- korang mmg suka naik keta

b- korang mmg suka naik lori

c- korang mmg suka naik motor

d- korang mmg suka naik van

e- korang mmg suka naik jeep

begitulah seterusnya dll... hehehe~


p/s: jangan marah ;D

Read more...

Luqman & 3 Pelacur

>> Tuesday, June 16, 2009


KISAH Luqman yang bijaksana ada termaktub dalam surah al-Luqman dalam al-Quran. Pengarang kitab Al-Kasyaf menjelaskan, dia adalah Luqman bin Baa'ura'. Hidup selama 1000 tahun, sehingga berjumpa dengan Nabi Daud a.s belajar ilmu & pengetahuan daripadanya. Ibnu Abbas berkata bahawa Luqman bukan Nabi, juga bukan Raja, namun seorang penggembala, berkulit hitam, yang kemudian diberi kurnia kemerdekaan & ilmu pengetahuan.

Diriwayatkan
oleh Sai'id bin Amir, ia berkata: " Telah bercerita kepada kami, Abu Ja'far, 'Luqman Al-Habasy' adalah seorang budak milik seorang lelaki. Suatu ketika dia dibawa ke pasar untuk di jual kepada seorang lelaki yang hendak membelinya, Luqman berkata...

Luqman:
Apa yang akan kamu lakukan terhadap diriku (setelah kamu beli nanti)?"
Lelaki 1: Kamu akan ku suruh melakukan ini dan itu.
Luqman: Aku mohon kepadamu agar mengurungkan niatmu untuk membeliku!

Sikap ini selalu diperlihatkan oleh Luqman kepada para calon pembelinya hingga datanglah calon pembeli lainnya...

Luqman: Apa yang hendak kamu lakukan terhadap diriku (setelah kamu membeliku nanti)? Lelaki 2: Kamu akan kuberi tugas sebagai penjaga rumahku
Luqman: Jika demikian, aku mahu kamu beli!

Laki-laki tersebut kemudian membayar & mengajak Luqman pulang ke rumahnya. Majikan Luqman mempunyai 3 orang anak gadis yang menjadi pelacur di desa itu. Pada suatu ketika majikannya ingin pergi ke kebunnya. Sebelum berangkat dia berpesan kepada Luqman..

Lelaki 2: Aku telah menyiapkan makanan dan semua keperluan mereka di dalam bilik. Sepeninggalanku, kuncilah pintu ini dan kamu harus berjaga di sini pula. Dan janganlah sekali-kali kamu membuka pintunya sebelum aku kembali ke rumah!

Sejenak kemudian ketiga-tiga puteri majikannya datang dan berkata kepada Luqman,

Puteri-Puteri: Bukalah pintu ini!

Kerana telah menerima pesan dari majikan & diamanahi untuk tidak membuka pintu dan namanya amanah akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah kelak, maka Luqman pun menolak untuk membukanya. Akhirnya ketiga-tiga gadis itu marah & mencederainya. Luqman kemudian membersihkan darah yang membasahi tubuhnya dan kembali berjaga di depan pintu. Ketika majikan pulang dia tetap merahsiakan perilaku ketiga puteri majikan terhadapnya.

Pada hari berikutnya majikannya sekali pergi ke kebunnya. Sebagaimana sebelumnya dia berpesan kepada Luqman...

Lelaki 2:
Aku telah menyiapkan makanan dan semua keperluan. Oleh kerana itu jangan membolehkan mereka membuka pintu ini!

Demikianlah, selepas pemergian ayahnya, ketiga puteri majikannya itu bergegas menemui Luqman dan berkata kepadanya..

Puteri-Puteri: Bukalah pintu ini!

Sementara itu Luqman masih tetap memegang amanah yang dibebankan kepadanya tetap tidak bersedia membukakanya sebagaimana pesan dari majikannya. Akan tetapi, ketiga gadis itu kembali menyerang & melukai Luqman yang tetap duduk di tempatnya. Si majikan telah pulang ke rumah, Luqman sekali lagi tidak mahu menceritakan perihal perilaku ketiga puterinya.

Melihat keteguhan hati Luqman, puteri tertua majikannya kemudian rasa simpatinya datang dan berkata..
Puteri 1: Mengapa budak Habasyi ini lebih mengutamakan ketaatan kepada Allah S.W.T berbanding aku? Demi Allah, aku akan bertaubat!

Dan puteri sulung majikan Luqman itu pun bertaubat kepada Allah S.W.T. Si bungsu berkata,

Puteri 3:
Mengapa budak Habasyi dan kakak sulungku lebih mengutamakan taat kepada Allah S.W.T? Demi Allah, aku juga akan bertaubat.

Demikianlah si bongsu akhirnya mengikuti jejak kakak sulungnya dengan bertaubat. Setelah mengetahui bahawa kakak mahupun adiknya telah bertaubat, puteri kedua majikannya berkata..

Puteri 2:
Mengapa dua orang saudaraku dan budak Habasyi ini lebih mengutamakan taat kepada Allah S.W.T berbanding aku? Demi aku, aku akan bertaubat juga!

Akhirnya dia pun bertaubat....

Setelah ketiga puterinya yang berkerja sebagai wanita penghibur itu bertaubat, maka rakan yang sama bekerja denganya di desa berkata..

Rakan Puteri-Puteri: Mengapa budak Habasyi dan ketiga gadis itu lebih mengutamakan taat kepada Allah S.W.T berbanding kami?

Hal tersebut mendorong mereka untuk bertaubat sebagaimana ketiga-tiga rakannya sehingga jadilah mereka sebagai orang yang beribadat di desa itu.

Demikianlah bahawa hidayah datangnya bukan lewat, dakwah berupa ucapan tapi juga tindakan, atau amalan yang ditunjukkan oleh Luqman al-Hakim dalam memegang teguh amanah yang sudah menjadi tugasnya. Sehingga fitrah seorang manusia untuk selalu beribadah kepadaNya menjadi terpukul tatkala melihat seorang yang mampu menjalankan ibadah itu dengan baik.


p/s: Betapa hebatnya iman seorang hamba Allah sehingga membuka haty kepada pelacur untuk bertaubat kepada Allah, tapi sekarang terbalik, orang laks membuka haty untuk pelacur, ngeh3.. ;D

Read more...

Andainya Perempuan Tahu...

>> Sunday, June 7, 2009

1. Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (perihatin).


2. Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tidak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.

3.
Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.

4. Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.

5. Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita.

6. Lelaki memang dilahirkan dengan perasaan yang kuat terhadap wanita. Sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! Atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool ;p

7. Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama!

8. Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.

9. Bila lelaki cakap..”Emm..tengoklah dulu”..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.

10.
Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.

11. Kebanyakan lelaki yg nampak ‘desperate’, datang dari sekolah all boys! (how true)

12.
Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.

13.
Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata2. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan..dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini…

14. Kadang-kadang lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.

15.
Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan ‘flirting’ dengan ramai wanita..dia tetap hanya ada seorang teman wanita yg istimewa…yang lain hanya kawan..

16.
Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu menyedari…maafkan saja. Kebanyakan lelaki tak sengaja….Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah!

17.
Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih..cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.

18.
Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti…

19. Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita. Kebanyakan lelaki cukup lemah dgn air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yg dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan. Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya.


p/s: Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yg hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan! credit to izema

Read more...

Oh Lidah..

>> Thursday, June 4, 2009

1. Akan bercakap perkara yang tidak berfaedah.

2. Berlebih2an apabila bercakap dan berkata2.
3. Bercakap perkara yang tidak benar /berbohong.
4. Akan berlaku pertengkaran.
5. Akan menyebabkan permusuhan daripada kata2nya.
6. Akan bermanis mulut untuk menunjuk2.
7. Mengeluarkan bahasa kesat(memaki hamun)
8. Gemar menyumpah2.(melaknat orang laen)
9. Bernyanyi lagu yang bukan2.
10. Terlalu banyak bergurau senda dan bergembira.
11. Suka menghina orang lain.
12. Menyebarkan rahsia.
13. Akan berjanji dan memungkiri janji itu.
14. Akan mengumpat walaupun perkara remeh apalagi perkara berat.
15. Mengadudomba sehingga berlaku pergaduhan besar.
16. Menjadi talam 2 muka kepada orang yang berbeza2,menabur fitnah yang berbeza2.
17. Memuji yang melampau2

Daripada Uqbah bin Amir: Rasulullah saw bersabda ”Kamu perlu menahan lidah, melapangkan keluargamu dan menangisi kesalahanmu” (Hadis Riwayat At-Tarmizi)


p/s: gunakan lidah anda sebaiknye eyp, lala~ ;D

Read more...
Related Posts with Thumbnails

  © Blogger templates Romantico by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP