Allah: 24 Jam 7 Hari

>> Friday, January 16, 2009

Pernahkah anda bayangkan bila pada saat kita berdoa, kita mendengar ini:
"Terima kasih, Anda telah menghubungi Baitullah"
Tekan 1 untuk 'meminta'.
Tekan 2 untuk 'mengucap syukur'.
Tekan 3 untuk 'mengeluh'.
Tekan 4 untuk 'permintaan lainnya'."

Atau....
Bagaimana jika Malaikat memohon maaf seperti ini:
"Saat ini semua malaikat sedang membantu pelanggan lain. Tetaplah sabar menunggu. Panggilan anda akan dijawab berdasarkan urutannya"

Atau...
Pernahkah anda bayangkan bila pada saat berdoa, anda mendapat respons seperti ini:
"Jika Anda ingin berbicara dengan Malaikat"
Tekan 1. Dengan Malaikat Mikail,
Tekan 2. Dengan malaikat lainnya,
Tekan 3. Jika Anda ingin mendengar sari tilawah saat Anda menunggu,
Tekan 4. Untuk jawapan pertanyaan tentang hakikat syurga & neraka,sila tunggu sampai anda tiba di sini!!

Atau...
Mungkin juga Anda mendengar ini :
"Sistem kami menunjukkan bahawa Anda telah satu kali menelefon hari ini. Silakan cuba lagi esok"

Atau...

"Pejabat ini ditutup pada hujung minggu. Sila hubungi semula pada hari Isnin selepas pukul 9 pagi."

Alhamdulillah... Allah SWT mengasihi kita, Anda dapat menelefon-Nya setiap saat!!! Anda hanya perlu untuk memanggilNya bila-bila saja dan Dia mendengar anda. Kerana bila memanggil Allah,tidak akan pernah mendapat talian sibuk. Allah menerima setiap panggilan dan mengetahui siapa pemanggilnya secara peribadi.

Ketika Anda memanggil-Nya, sila gunakan nombor utama ini: 24434
2 : solat Subuh
4 : solat Zuhur
4 : solat Asar
3 : solat Maghrib
4 : solat Isya

Atau untuk lebih sempurna dan lebih banyak afdhalnya, gunakan nombor ini : 28443483
2 : solat Subuh
8 : solat Dhuha
4 : solat Zuhur
4 : solat Asar
3 : solat Maghrib
4 : solat Isya
8 : Solat Tahajjud atau lainnya
3 : Solat Witir

Maklumat terperinci terdapat di Buku Telefon berjudul "Al Qur'anul Karim & Hadis Rasul"

Talian terus , tanpa Operator, tanpa Perantara, tanpa bil.. Nombor 24434 dan 28443483 ini memiliki jumlah talian hunting yang tak terhingga dan dibuka 24 jam sehari 7 hari seminggu 365 hari setahun!!! Sebarkan maklumat ini kepada orang-orang di sekeliling kita. Mana tahu mungkin mereka sedang memerlukannya.

Firman Allah bermaksud: "Dan mereka tidak mengagungkan Allah dengan pengagungan yang semestinya, padahal bumi seluruhnya dalam genggaman-Nya pada hari kiamat dan langit digulung dengan tangan kanan-Nya. Maha Suci Allah dan Maha Tinggi Dia dari apa yang mereka persekutukan." (Az-Zumar: 62)


p/s: Tiada Tuhan selain Allah, Nabi Muhammad pesuruh Allah..

Read more...

Human Mathematics ;)

>> Thursday, January 15, 2009

ROMANCE MATHEMATICS

Smart man + smart woman = romance
Smart man + dumb woman = affair
Dumb man + smart woman = marriage
Dumb man + dumb woman = pregnancy
______________________________
OFFICE ARITHMETIC

Smart boss + smart employee = profit
Smart boss + dumb employee = production
Dumb boss + smart employee = promotion
Dumb boss + dumb employee = overtime
_____________________________
SHOPPING MATH

A man will pay $20 for a $10 item he needs.
A woman will pay $10 for a $20 item that she doesn't need.
_____________________________
GENERAL EQUATIONS & STATISTICS

A woman worries about the future until she gets a husband.
A man never worries about the future until he gets a wife.
A successful man is one who makes more money than his wife can spend.
A successful woman is one who can find such a man.

Read more...

Hati Insan Bernama Wanita

Sensitif: Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian.


Cerewet:
Bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala, tetapi mereka ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala.

Halus: Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab sesalahan, biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM.

Ikhlas:
Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui.

Korban:
WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. WANITA amat tabah.


Prihatin: Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.

Manja: Walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari, naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama LELAKI , namun juga sesama kaum.

Ego: WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai.

Cinta:
CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus.

Seks:
SEKS bukanlah segala-galanya buat WANITA kerana WANITA diciptakan dengan 9 nafsu dan satu akal. NAFSU yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan satu nafsu. Fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukan menghanyutkannya.

"Termasuk tiga sumber kebahagiaan bagi laki-laki ialah wanita solehah,kediaman yang baik serta kenderaan yang baik pula" (H.R.Ahmad)

p/s: Hati orang lelaki?? Hanya diri dan Allah sahaja yang tahu ;)

Read more...

Berkawan Biar Beribu...

>> Wednesday, January 14, 2009

We let picture do da talking kayh!! ;)

klik untuk imej lebih besar..

Gambar itu sekadar suka-suki je kayh, but kalau nak difikirkan balik, sungguh indah kan bila kita ada ramai kawan. Tapi ingatlah dalam berkawan pun biarlah 'kawan dalam senang & susah' kayh. Ni bile duet biasiswa dah masuk mula la kawan datang ramai, tapi bile dah pokai kawan semua lari balek, tak boleh bikin member la kalo macam tu bai... Keikhlasan dalam berkawan itu juga penting dalam kehidupan, kerana dari situlah kita dapat mengukur sejauh mana tahap kejujuran seseorang itu dalam persahabatan. InsyaAllah kita sama-sama doakan agar dapat bertemu dengan sahabat sejati dunia akhirat, seperti Rasulullah dengan sahabat-sahabatnya ;)

Nabi s.a.w baginda bersabda: "Sesungguhnya perumpamaan berkawan dengan orang yang soleh dan berkawan dengan orang yang jahat adalah seperti seseorang yang membawa minyak wangi dan seseorang yang meniup dapur tukang besi"

p/s: bercinta biar satu, kepada Allah. Dua, kepada rasul-rasulNya. Tiga, kepada ibu bapa. Empat, sesama insan ;)

Read more...

Syukurlah Mereka Yang Masih Perawan

>> Monday, January 12, 2009

Salamz Alaik!!

Keperawanan, harap korang yang membaca neyh still perawan lagi kayh, ngee.. exceli dah lame aku nak membincangkan pasal topik neyh, tapy maklumlah dah start sem neyh, perlu dahulukan mana yang penting dulu. So pada Ahad 2 minggu lepas la tak silap, aku tertarik dengan keratan muka depan akhbar Metro Ahad yang bertajuk 'Bangga Tidak Perawan', sape yang ade bace ingatlah. Ia kenyataan mengenai remaja zaman sekarang yang bangga hilang perawan dyeorang mase muda-muda lagi sebelum khawin. Jadi aku bace punye bace, aku terfikir sejenak apa yang sudah terjadi terhadap keadaan dunia zaman sekarang yang penuh pancaroba neyh.

Ya Allah, sampai begitu sekali budak muda zaman sekarang neyh, terlalu bangga dengan kemaksiatan yang dyeorang lakukan. Pastu siap cemuh lagi sape yang masih mempunyai dara & teruna. Memang betul la antara tanda kiamat iaitu "kejahatan diagung-agungkan dan kebaikan itu mendapat kejian". Tetapi kepada semua yang masih mempunyai keperawanan korang, syukurlah kerana berjaya menundukkan hawa nafsu itu, dan ingatlah bahawa Allah sentiasa menyayangi kita. Patutnya mereka yang tiada perawan tu patut malu dengan perbuatan dyeorang!

Firman Allah bermaksud: "Katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya" (An-Nur: 31)


Bila kita cakap about perawan neyh, ia mesti dikaitkan dengan maruah yang ada dalam setiap diri mereka yang bernama manusia. Jadi kalo seseorang itu bangga apabila hilang perawan, maka secara kesimpulannya mereka juga bangga sebab sudah hilang maruah! Hilang iman dari dalam diri! Astaghfirullahalazim... Sungguh betul jihad yang paling besar sekali adalah jihad untuk melawan hawa nafsu, kerana apabila nafsu tidak terkawal, maka terciptalah binatang-binatang dari kalangan manusia yang bangga dengan kehilangan maruahnya. Sebab itulah Allah menyarankan untuk manusia berkhawin supaya dapat mencegah sebelum berlakunya sesuatu yang haram yakni berzina!

Mungkin disebabkan pengaruh & budaya barat yang berleluasa di seluruh pelusuk Malaysia yang membuatkan mereka tanpa tanpa segan silu mengeluarkan statement "Aku berbangga sudah hilang perawan!". Iye la cube tengok setiap filem & drama orang putih sekarang neyh, kalau takde adengan aksi di ranjang memang tak dapat block office la filem tuh! Sampai bangsa kita Melayu pun dah terikut-ikut nak buat jugak, ade sampai latest filem aku dengar dah berani nak buat aksi kissing lesbian! Takde adengan lain ke nak buat?? Ya Allah, sungguhlah iman di dalam diri umat Islam ini semakin pudar dari hari ke hari. Sehingga perkara yang patut dijadikan 'nahi mungkar' dah menjadi 'amal munkar' di kalangan mereka yang hilang iman di dalam diri.

Jadi kepada mereka yang still perawan, jangan risau ada masanya kita akan hilang perawan kita, iaitu kepada suami atau isteri yang sah untuk diri kita. Bukanlah kepada laki atau perempuan yang kita jumpa tepi jalan jep, tu yang boleh bikin merebak HIV! Kalau tak pun anak luar nikah, nak ke?? Mesti kalau aku tanye seribu orang, confirm jawapannya adalah tak nak! Tetapi apasal la nak buat jugak kan. Ingatlah wahai saudara saudari sekalian bahawa berzina itu nikmatnya hanyalah untuk seketika tetapi sengsara adalah untuk selamanya. Salurkanlah keperawanan anda bagi yang halal untukmu, insyaAllah akan diberkati oleh Allah ;)

"Sikap yang baik, menjaga diri dan hidup berhemat adalah satu bahagian daripada dua puluh empat bahagian daripada kenabian." (Hadis riwayat Tarmizi)

p/s: Bila la aku nak kawen neyh, huu~

Read more...

Wudhu' Zahir & Batin

>> Sunday, January 11, 2009

Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk. Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya,

Isam: Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?

Hatim:
Apabila masuk waktu solat, aku berwudhu' zahir dan batin.

Isam:
Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?

Hatim:
Wudhu' zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air.

Sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-
* Bertaubat
* Menyesali dosa yang telah dilakukan
* Tidak tergila-gilakan dunia
* Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya')
* Tinggalkan sifat berbangga
* Tinggalkan sifat khianat dan menipu
* Meninggalkan sifat dengki.

Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat"

Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan:
1.aku sedang berhadapan dengan Allah,
2.Syurga di sebelah kananku,
3.Neraka di sebelah kiriku,
4.Malaikat Maut berada di belakangku, dan
5.aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Siratal mustaqim' dan
menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku,
kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik."

"Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham maknanya kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun."

Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.


p/s: sempurna wudhu' maka sempurnalah solat anda, insyaAllah ;)

Read more...

Cinta Tarbiyyah & Dakwah

>> Saturday, January 10, 2009

Puas sudah,

Ku cari kebahagiaan,
Di sisi teman-teman,
Ku dapat hanya kelalaian..

Ku teruskan mencari,
Di hati seorang kekasih,
Ku dapat hanya kekecewaan..

Dan ku terus mencari,
Dalam meniti hari,
Penuh kekosongan..

Oh, di mana lagi harus ku mencari,
Membawa sekeping hati,
Yang sarat kerinduan,
Rindu yang tiada haluan,
Aku keliru sendiri,
Apa yang kucari,
Apa yang kuperlukan,
Aku masih tak bisa mengerti,

Yang pasti,
Kekosongan hati ini minta diisi....

Sejenak ku tersedar,
Aku mencari cinta agung,
Buat jiwa ku yang merindukan,
Hakikat kebenaran,
Cahaya yang membelah kegelapan,
Melimpah cemerlang mengisi kekosongan....

Ku sedar,
Destinasi pencarianku di sini,
Ku mencari-Mu Tuhan,
Mengharap keredhaan,
Menagih kebahagiaan,
Dari sinar cahaya iman...

"Iman mengubah hati insan, menjadikan pemikiran seseorang tunduk pada kebenaran. Jalan tarbiyyah & dakwah inilah yang banyak memberi bekalan iman"

p/s: Sesunggunya iman di dalam diri itu mencerminkan peribadi dan cinta seseorang itu sama ada pada Pencipta ataupun sesama makhluk ;)

Read more...

Cool Live Drawings!













p/s: kreatif seyh!

Read more...

Pabila Anda Terbalikkan Coca-Cola

>> Friday, January 9, 2009

Salamz Alaik!!

Mungkin ramai di antara korang dah pernah tengok ryte, tetapi fikirkanlah wahai saudara-saudari, abang kakak, dan pakcik makcik sekalian, sebenarnye kite tak sedar dalam senyap sunyi yahudi dah merasuk dalam pemikiran setiap umat islam kat dunia neyh. Tengok tu!! Sudah terang-terangan tulisan minuman c***-***a tu ada maksud tersirat di sebaliknya, tapi kita selalu beli, minum, dan kadang-kadang tu buat koleksi lagi kat rumah. Kononnya nak kumpul semua tin-tin minuman kat dunia ni la. Weyh daripada kumpul tin baik kumpul koleksi Al-Quran ke, insyaAllah lagi banyak manfaat, malaikat pun suke masuk dalam rumah kite tau.

"Sesiapa yang mati sedangkan beliau tidak pernah berperang pada jalan Allah dan tidak pernah berniat untuk berperang, beliau mati dalam jahiliyah" (Usul Asyirin Hasan Al Banna)

InsyaAllah dalam post aku yang pendek ini dapat memberi sedikit sebanyak kesedaran to all of us. Bukan aku tak mahu tulis panjang-panjang, tapi dah start study balik deyh, ape-ape pun insyaAllah akan diupdate sentiasa from time to time. Ingatlah, apa yang kita baca ini juga adalah sebagai satu amaran bahawa dalam sedar atau tidak kita umat Islam sudah dijajah sepenuhnya oleh Yahudi Laknatullah!! Cuma kita sendiri buat sambil lewa sahaja dengan keadaan sekarang ini. Bangkitlah wahai pejuang mujahidin & mujahidah!! Kita hidupkan kembali Islam di seluruh pelusuk dunia dan boikot barangan yahudi!! InsyaAllah..

p/s: Terkenangkan nasib saudara kita yang berada di Palestin...

Read more...

Bila Lelaki Menjadi Dayus

>> Monday, January 5, 2009

Ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila berlakunya perkara-perkara yang tersebut:-

1). Membiarkan kecantikan aurat , bentuk tubuh isterinya dinikmati (dilihat) oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat atau berada diluar rumah.

2). Membiarkan isterinya balik lewat dari bekerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa , serta apa yang dibuatnya dipejabat dan siapa yang menghantarnya pulang.

3). Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuan dewasanya terlihat semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan yang menyebabkan aurat mereka kelihatan.

4). Membiarkan anak perempuannya keluar bersama lelaki yang bukan mahramnya.

5). Membiarkan anak perempuan berdua-duaan bersama pasangannya.

6). Menyuruh , mengarahkan dan berbangga isteri dan anak perempuan memakai pakaian seksi ketika keluar dari rumah.

7). Membiarkan anak perempuan mempamerkan aurat dihadapan jutaan manusia (contoh bila masuk tv).

8). Membiarkan isteri dan anak perempuan disentuh lelaki yang bukan mahram (contoh : pelakon yang berpelukan).

Terlalu banyak lagi perkara yang dapat menjadikan seorang lelaki itu menjadi dayus. Jadi sama-samalah kita mendalami ilmu agama ketika hayat dikandung badan..

“Golongan lelaki adalah pemimpin bagi golongan wanita, oleh kerana Allah telah melebihikan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka. Sebab itu maka wanita solehah ialah taat kepada Allah bagi memelihara diri.” (Al-Nisa’: 34)


khalifmujahid: Aku adalah lelaki, yang tak pantang menyerah, membimbing wanita..

Read more...

Kisah Di Sebalik Sambutan Tahun Baru

>> Sunday, January 4, 2009

5 orang adik beradik Palestin sedang tidur ketika itu ketika mana tentera udara Israel sedang melakukan serangan ke atas masjid berhampiran dan dan salah satu dinding runtuh ke atas bumbung rumah mereka terus menghempap kelima2 beradik yang sedang tidur di dalam bilik itu ketika itu,Mereka semua mati serta merta di situ. Yang paling tua antara mereka berumur 17 tahun dan yang paling muda berusia 4 tahun.

"Mereka membesar hari demi hari,malam demi malam,dan hanya tempoh sesaat sahaja,mereka diambil daripada saya"

ujar ayah kepada 5 mangsa itu-Tahrir, 17; Ikram, 15; Samar, 12; Dina eight; dan Jawaher,4,- yang turut cedera bersama 3 lagi anaknya lain yang terselamat.

Upacara pengebumian mereka pada hari itu di hadiri oleh ratusan orang dan ahli keluarga. Berikutan ruang kubur yang tidak mencukupi,mereka terpaksa berkongsi liang lahad. Di mana kakak sulung mereka di tempatkan dalam satu liang lahad, manakala 4 yang lain terpaksa berkongsi satu liang lahad.

"Ini semua adalah kehendak dan ketentuan Allah, saya percaya kepada Allah." tambahnya lagi ketika berucap semasa pengebumian anak-anaknya.


Askar Israel ketika menjawab kejadian itu berkata"Kami ingin menyerang masjid yang berhampiran situ kerana tempat itu dipercayai menjadi tempat perkumpulan pejuang Hamas. Dan ketika itu, kami dapati ada seorang lelaki bersenjata di dalam masjid itu.

Pak cik kepada 5 kanak-kanak malang itu menjawab respon askar Israel itu dengan mengatakan mereka adalah mangsa yang tidak bersalah,

"kami bukanlah orangnya yang melakukan serangan roket kepada Israel.Kami hanya manusia biasa,bukan binatang!"

Sebelum kejadian, mereka sekeluarga dikatakan telah berpindah keluar daripada rumah mereka setelah serangan Israel semakin menjadi, tetapi malam itu mereka semua pulang semula untuk adik-beradik malang itu bertemu "takdir" mereka disitu.

Kakak kepada 5 beradik yang terkorban itu yang terselamat walaupun telah tertimbus ketika rumah mereka runtuh akibat serangan udara Israel itu berkata" saya katakan kepada adik2 saya yang telah terkorban, kamu semua adalah Syuhada', inilah pengakhirannya."

"Dan berperanglah di jalan Allah terhadap orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu mencabuli; sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang mencabul."
(Al-Baqarah:190)


p/s: Semoga mereka berada bersama-sama dengan roh orang yang beriman, Al-Fatihah...

Read more...

Apa Kejadahnya Artis Boleh Lepas PLKN??

>> Saturday, January 3, 2009

"Untungnya menjadi artis....PLKN pun boleh dikecualikan. Jika anak saya atau anak anda ponteng PLKN...siaplah masuk lokap!!"

Pagi tadi (27.12.2008) selepas joging bersama isteri dan anak perempuan saya di Taman Rimba, seperti biasa saya akan ke Pasar Tani berdekatan Stadium Darulaman, Alor Star. Ketika itu saya melihat banyak deretan bas memenuhi tempat lapang di luar stadium. Jalan yang biasanya tidak banyak kenderaan tiba-tiba menjadi sesak. Apabila mendekati deretan bas di situ, barulah saya tahu rupanya bas yang disediakan itu adalah untuk mengangkut peserta PLKN ke kem latihan masing-masing.

Ketika sedang minum sambil menjamah nasi kerabu di salah sebuah gerai berhampiran Pasar Tani saya mendengar celoteh seorang ibu yang turut menghantar anaknya untuk menghadiri PLKN:

Ibu: Anak saya pun ada tanggung jawab juga. Anak sulung lagi, kena sara 5 adik, suami saya dah meninggal. Tapi anak saya yang sulung tu pi juga PLKN. Tak pi takut kena tangkap polis. Tapi saya dengar ada artis kita dikecualikan dari PLKN!

Rakan: Artis mana, kak dengar dari sapa?

tanya seorang wanita yang minum di sebelah kakak itu.

Ibu:
Namanya Diana ....Diana Danielle. Tu la, artis yang dulu berkawan dengan anak Yusof Haslam tu! Dia pun patutnya hari ni pi PLKN juga, tapi dikecualikan, artis la katakan...

Rakan:
Sapa bagitau kakak dia dikecualikan dari PLKN?"

Ibu: Kakak baca dalam surat khabar, Surat khabar kata dia sedang menjalani penggambaran filem, sebab itu dapat pengecualian. Yang anak kak tu pun kerja juga, dia tempat kami bergantung hidup, tapi pi juga dia. Yang kak tak puas hati ni, apa istimewanya artis kita ni hingga dikecualikan pula? Apa depa kentut tak busuk ka?

Bukti surat tawaran. Klik untuk dibesarkan..

Saya hampir tersedak teh tarik yang sedang diminum mendengar marah+lawak wanita itu. Tapi dalam hati saya, saya bersetuju (jika berita yang didengari itu benar), apa istimewanya sangat Diana itu hingga dikecualikan dari menghadiri PLKN? Adakah kerana artis terkenal yang kebetulan sedang menjalani penggambaran filem, dia boleh dikecualikan? Apa bezanya Diana dengan anak kakak itu dan mungkin juga ramai lagi remaja di luar sana yang walaupun ada tanggung jawab lain tetapi terpaksa juga menjalani PLKN? Adakah mungkin kerana Diana itu artis yang kebetulan ada 'kabel' yang kuat dia boleh dikecualikan?

Setahu saya semua remaja yang terpilih perlu menghadiri PLKN, kecuali atas faktor-faktor berikut mereka boleh dipertimbangkan untuk dikecualikan:

i) Seseorang yang akan menduduki suatu peperiksaan penting dalam tahun yang mana dia dikehendaki menjalani PLKN;
ii) Seseorang yang sedang meneruskan pengajiannya dalam tempoh yang dia dikehendaki menjalani PLKN; dan
iii) Apa-apa keadaan lain yang boleh menimbulkan kesusahan yang luar biasa kepada orang tersebut jika dia menjalani PLKN.

Soalnya apakah artis yang dikecualikan itu termasuk dalam syarat pengecualian ketiga iaitu kehadirannya ke PLKN boleh menimbulkan "kesusahan luar biasa" kepadanya. Tetapi "kesusahan luar biasa" yang bagaimana yang dimaksudkan, adakah dia takut kulit kemerah-merahannya itu menjadi gelap dibakar cahaya matahari atau "kesusahan luar biasa" kepada syarikat perfilemannya yang mungkin kerugian tanpa kehadirannnya?

Tiba-tiba hati saya teringat kepada seorang pemuda miskin dari Perlis yang terpaksa meringkuk dalam lokap polis kerana gagal mendaftarkan diri sebagai pelatih PLKN beberapa tahun dahulu yang ceritanya ada tersiar dalam akhbar kita. Ketika itu baru saya sedar bahawa dalam hidup ini memang ada perbedaan darjat, seperti cerita P.Ramlee, "Antara Dua Darjat". Walaupun kakak tadi ada menyatakan kita sama-sama manusia yang kentut sama busuk baunya, tetapi belum tentu nasib kita sama. Ini kerana anak kakak tersebut dan pemuda dari Perlis yang pernah merengkok dalam lokap itu adalah anak orang biasa, manakala Diana adalah seorang artis terkenal!

p/s: Credit to mimiemiloes ;)

Read more...

Andainya Terjadi Kepada Aku?

>> Friday, January 2, 2009

Salamz Alaik!!

Hyper, perginya buat selamanya...

Tanggal 1 Januari 2009, di saat semua rakyat Malaysia gembira berhibur, bepesta, dan bershopping ke hulu ke hilir, ke sana ke mari pada hari New Year ni, aku dikejutkan dengan satu kisah yang memilukan. Iaitu salah seekor daripada 5 anak kucing kat rumah aku mati dalam keadaan yang tragis sekali, dye kene gilis dengan tayar kereta... (Sob3) Nama diberi adalah 'hyper', sebab dye hyperaktif sangat, huu~ Walaupun baru sebulan sahaja anak-anak kucing tu muncul dalam hidup kitorang sekeluarga, tapi mereka tu ibarat macam ahli keluarga kitorang gaks. Sekarang ni tinggal empat ekor jep, mak kucing (Cik Teh) tu pun muke cam sdeyh lepas seekor dah takde. Tapi itulah yang kita namakan perancangan yang dibuat oleh Allah, mungkin ada hikmah di sebalik itu. Iyela, kowt2 kucing tu besar-besar nanty jady kucing jahat ke, mane tau kan, jadi sebab itu Allah tarik nyawanya awal-awal agar tidak berlaku sebarang musibah. Semoga roh kucing itu dicucuri rahmat, insyaAllah...

Walaupun yang matinya hanya seekor kucing, tapi ia membuatkan aku sebagai manusia yang lemah ini berasa sebak & sedih terhadapa kehilangannya. Tragedi tersebut memberikan aku ruang untuk berfikir sejenak, kalaulah perkara sebegitu terjadi kepada keluarga aku sendiri, ataupun kepada diri aku sendiri, adakah aku dapat menerimanya?? Sedangkan kematian seekor kucing yang tak berakal pun aku bleyh sebak, apatah lagi jika yang dicabut nyawa itu adalah seorang manusia. Memang betul mati itu adalah pasti bagi semua makhluk Allah di muka bumi ini, tetapi untuk menerima kematian itu adalah payah sekali, lagi-lagi dengan diri yang setiap hari bergelumang dengan dosa & maksiat. Astaghfirullahalazim...

Katakanlah: “Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.” (Al-Jumu’ah:8)


Mungkin ada di antara korang yang sedang membaca ini artikel pernah menghadapi saat-saat tersebut, di mana ketika orang kesayangan pergi ke rahmatullah. Macam mane perasaan?? Sedih ryte?? Begitu jugalah perasaan bagi saudara-saudara seislam kita yang berada di Timur Tengah. Lebih-lebih lagi apabila Israel yang tak berhati perut tu dah start balek aktiviti dyeorang dalam menghancurkan umat Islam. Cuba bayangkan sejenak, lepas ni korang keluar jalan-jalan shopping kat Mid Valey, Alamanda, KLCC, ataupun baru keluar habes solat jumaat kat masjid, tiba-tiba.. Pom!!! Badabom!!! Satu letupan yang tidak disangka berlaku di depan mata korang sendiri, lepas tu orang yang berada di sebelah korang ditembak tanpa belas kasihan. Apakah reaksi korang? Bersembunyi? Berlari? ataupun melawan kembali??

Rasenye korang mesti dah banyak kali bace artikel pasal perjuangan Palestine ni ryte, dah bermacam-macam jenis artikel diterokai, berjuta-juta gambar dah menjadi tatapan untuk korang semua menginsafkan diri, tetapi adakah matlamat mereka itu tercapai?? Insafkah kita?? Jikalau kita diberi peluang untuk berperang bersama-sama orang palestine, sudahkah kita bersedia menerimanya wahai rakyat Malasysia?? Ataupun takut dan still mahu bersuka-ria di dunia yang hanya sementara ini?? Fikirkanlah wahai umat Islam, jikalau perkara tersebut berlaku pada diri korang sendiri... What Will You Do???

Nanty bile-bile time korang free, ameklah mase 5-10 minit untuk melakukan solat hajat dan berdoa agar Palestin dan negara-negara Islam yang lain dilindungi oleh Allah. Ape yang dapat belajar mase khutbah jumaat tadi adalah doa sahaja tidak mencukupi, tetapi perlu tanamkan semangat jihad di dalam doa kita itu. Sebelum aku mengakhiri artikel aku kali ini, di sini aku ingin kongsikan satu klip video untuk tatapan korang semua, jeritan & rintihan seorang anak palestin terhadap peperangan yang berlaku, hayatilah & insafilah diri, kita doakan agar Islam akan bertapak di dunia ini sekali lagi, Allahuakbar!!!

"Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan carilah jalan yang mendekatkan diri kepada-Nya, dan berjihadlah pada jalan-Nya, supaya kamu mendapat keberuntungan" (Al-Maidah:35)





p/s: teringat kat lagu nowseeheart, damai yang hilang...

Read more...

Kenalilah Mereka Yang Berbohong

>> Thursday, January 1, 2009

Bagaimana nak mengenali samada anda sedang dibohong? Tidak kira lelaki atau wanita, kalau dah kaki pembohong tu kawan baik pun digulainya hidup-hidup.Di bawah adalah tip-tip cara mengenali seseorang itu sedang berbohong..

Menyentuh hidung
Apabila seseorang itu berbohong, tisu-tisu erektil pada hidungnya akan dipenuhi darah menyebabkan ianya membesar. Fenomena ini juga dikenali sebagai kesan pinocchio. Jadi, apabila si dia bercakap dengan anda dan kerap menyentuh hidung yang tidak gatal, sebenarnya ada sesuatu yang diselindungkannya.

Menutup mulut
Ada sesetengah orang meletakkan tangan di atas mulut mereka apabila berbohong. Ini merupakan satu tindak balas automatik yang lahir dari segi psikologi kerana dari kecil lagi sudah dididik untuk tidak berbohong. Apabila mulut mengeluarkan kata-kata dusta, tangan cuba menghalangnya.

Gagap
Apabila seseorang yang bercakap lancar dan licin tiba-tiba gagap merupakan tanda-tanda sedang mengalami tekanan emosi. Sekiranya tiada apa-apa petunjuk bahawa tekanan ini disebabkan perkara lain seperti sedih, pilu, marah dan sebagainya, kemungkinan besar orang tersebut berbohong. Jadi, jika anda bertanya pada teman lelaki/suami anda dan sidia gagap untuk menjawabnya, maka anda tahu membuat kesimpulan atas tindakannya itu.


Pergerakan mata
Orang yang berbohong akan cuba meyakinkan pendengarnya dengan memandang tepat pada mata mangsa. Oleh itu,sekiranya kelipan mata berkurangan dari kadar biasa, ini mungkin tanda berbohong. Sebaliknya, ada juga keadaan dimana sekiranya mata seseorang itu tiba-tiba berkedip dengan banyaknya, ini merupakan tanda-tanda tekanan perasaan yang berkemungkinan disebabkan berbohong juga. Kerlipan mata yang normal sahaja menunjukkan dirinya tidak berbohong.

Melengah-lengahkan jawapan

Orang yang berbohong perlu berfikir sebentar untuk mereka cipta pembohongannya. Berfikir terlalu lama, berdehem, batuk dan sebagainya merupakan tanda-tanda bahawa orang tersebut mungkin berdusta.

Resah
Orang yang berdusta kerap gelisah dan mengubah-ubah posturnya. Apabila seseorang yang dalam keadaan tenang tiba-tiba sahaja menjadi resah dan tidak senang duduk apabila berhadapan dengan sesuatu soalan, ini berkemungkinan merupakan bahawa seseorang itu sedang berbohong.

Kesimpulannya, sekiranya kita ingin mengesan sama ada seseorang itu berbohong, kita perlu sentiasa memerhatikan air muka dan gerak badannya dengan teliti. Body language sudah boleh menunjukkan sama ada dirinya berbohong atau tidak. Sebarang perubahan dari keadaan normal mungkin merupakan tanda orang tersebut berbohong.

Ibn Syihab berkata: “Aku tidak pernah mendengar Rasulullah SAW membolehkan orang berdusta, melainkan dalam tiga hal yakni dalam perang, dalam mendamaikan dua orang yang berselisih dan juga berita suami kepada isterinya dan berita isteri kepada suaminya.” (Shahih Muslim)

p/s: Mak kite cakap, tipu dosa tau.. Masuk neraka... huu~

Read more...

New Years Gift!!

Salamz Alaik!!!

My first entry for this year... Wah2!! Bilangan pengunjung yang hadir kat blog aku neyh sudah mencecah 10000 orang!! Alhamdulillah rupanya blog aku neyh ade peminat tersendiri rupa-rupanya ;) Pertama-pertama sekali aku sebagai moderator bagi blog ini berasa terharu dan ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua yang menyokong dan hadir kat blog aku yang tak seberapa neyh, tanx a lot guyz!! Jadi untuk first time in history untuk tahun yang baru ini, aku nak kasi gift sket sebagai tanda penghargaan kat korang semua, firstly adalah kad ucapan tahun baru to all!! Jady kepada semua yang klik masuk blog aku neyh jangan segan-segan nak amek kayh, wajib amek! ;)


Secondly ni lagi gempak!! iaitu awardz to all yang sentiasa menyokong blog aku neyh!! Expecially kepada sesiapa yang dah daftar menjadi sahabat setia aku. Jadi kepada sesiapa yang bertuah tu, sila claim award anda kayh!! sesiapa yang rasa dia deserve dapat award tu pun silekan amek, yang tak tau malu pun bleyh gak amek, ngee... ;)


p/s: harap dapat berjumpa dengan sahabat baru lagi pada tahun ini, insyaAllah ;D

Read more...
Related Posts with Thumbnails

  © Blogger templates Romantico by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP