Strange & Cool Aeroplanes!

>> Tuesday, October 21, 2008










p/s: Have you ever seen it before? If do please contact me kayh, ehee.. ;D

Read more...

Copy & Paste

>> Monday, October 20, 2008

Salamz Alaik!!

Okayh, aku rase korang sume mesti dah biase buat kerja-kerja copy & paste ni kan? Tak kesah la untuk apa-apa perkara sekalipun sama ada untuk copy artikel dari internet untuk assignment korang. Ataupun meng'copy' artikel yang menarik untuk di'post'kan kat dalam blog korang? Yep semua pernah melakukannya termasuklah sekali si penulis entry neyh, hekhek.. ;) Jadi aku nak bertanyalah pendapat pembaca sekalian, apakah salah untuk kita copy sesuatu artikel yang bermanfaat dan paste kan mende itu tidak kisah di dalam blog kita atau di mana-mana? Tidak salah kan?



Yeps memang betul artikel yang kita copy paste itu adalah hak cipta seseorang, tetapi jika sesuatu perkara tersebut memberi manfaat dan elok untuk dikongsi bersama tidak salah untuk kita sebarkan kepada sesiapa yang belum mengetahuinya, sebab ilmu Allah itu adalah luas dan keluasan ilmu Allah itu adalah lebih luas daripada seluruh lautan di dunia ini, masyaAllah sampai begitu sekali kan ilmu Allah. So bagi aku sungguh kedekut seseorang itu jika kita mendapat sesuatu ilmu itu teapi tidak berkongsi sesama orang lain, dan antara cara yang aku lakukan adalah copy sesuatu ilmu itu dan paste kan mende tersebut di dalam blog aku.

Sabda Rasulullah s.a.w: “Sesiapa yang mengetahui sesuatu ilmu itu lalu disembunyikan akan dia, nescaya Allah akan mengalungkan kepadanya di hari akhirat dengan kalungan dari neraka”

Baiklah cube kita bayangkan, jika tiada sesiapapun mempunyai kesedaran untuk meng'copy paste'kan ayat Al-Quran yang pada asalnya ditulis pada batu-batuan dan juga dedaunan, pasti sekarang kita tidak mengenali siapa pencipta kita. Tetapi alhamdulillah, Allah telah mencetuskan idea kepada Saidina Uthman bin Affan untuk beliau meng'copy paste'kan ayat-ayat Allah itu ke dalam buku yang dinamakan kitab Rasm Utmani, dan alhamdulillah sampai sekarang kita membacanya. Boring ke kita baca Al-Quran yang sentiasa di copy paste kan tu? Tidak kan? Sebab semua perkara yang ada di dalam dunia ini adalah ilmu Allah. Jadi kita perlulah sentiasa copy paste setiap ilmu Allah itu agar kita tidak lupa siapa diri kita ini. Hanya seorang hambaNya yang hina.

So, bagi pendapat aku sendiri, aktiviti copy paste ini bukanlah suatu jenayah tetapi adalah kemestian jika kita melakukan untuk berkongsi ilmu dengan para pembaca. Memang ia agak boring, sebab perkara sama yang berulang-ulang. Tetapi ambillah dia sebagai sesuatu manfaat untuk kita semua, kerana kita ini bukanlah sesempurna mana pun. Bak kata orang, kalau tak suka isi buku pun, bace isi kandungan kat depan buku tu pun cukuplah, huu~ Okla, sampai sini coretanku yang tak seberapa ini, salamz alaik.. ;)

Sabda Rasulullah: “Sampaikan daripadaku (meskipun satu ayat)”

p/s 1: Terima kasih kepada seorang hamba Allah ni sebab membari aku cetusan idea untuk menulis entry kali ini, tanx kayh! ;)

p/s 2: Entry kali aku tak copy paste kayh! Hasil nukilan aku sendiri, so jangan la komplen ak tak pernah menulis kat blog aku sendiri.. huhu~

Read more...

Komposisi Tubuh Dalam Solat

>> Sunday, October 19, 2008

Komposisi tubuh mengandungi empat komponen utama, iaitu tisu aktif, tisu tulang, komponen air dan lemak.

Model untuk mendapatkan komposisi tubuh terbaik adalah dengan melakukan lima perkara, iaitu solat lima kali sehari, memahami maksud bacaan dalam solat, solat berjemaah, rukuk dengan betul (90 darjah) dan melentikkan jari kaki ketika duduk antara sujud dan tahyat akhir.Orang yang tidak melakukan lima perkara ini mempunyai komposisi tubuh yang kurang baik.


Kajian mendapati secara keseluruhan orang yang solat berjemaah mempunyai kesihatan lebih baik berbanding yang bersolat secara bersendirian. Kita mendapati apabila berjemaah, orang yang melakukan solat bersentuh bahu ke bahu. Tubuh manusia seperti bateri. Ketika bersolat, cas tubuh manusia mengalir seperti dalam litar dan akhirnya meneutralkan cas tubuh. Sebelum solat, ada orang yang penat dan ada yang tidak penat. Ketika solat, orang yang tidak penat dan mempunyai cas positif akan mengalirkan cas positif kepada orang yang letih dan mempunyai cas negatif. Inilah yang menyebabkan orang yang bersolat jemaah mempunyai badan bertenaga dan lebih tenang.

Solat tarawih dan berpuasa juga memberi kebaikan dan ini terbukti berdasarkan kajian yang dilakukan. Sebelum Ramadan bermula, komposisi badan diukur dan selepas 21 hari berpuasa, komposisi tubuh yang diukur semula mendapati keadaan tubuh sihat seperti kolesterol rendah akibat kadar pembakaran lemak yang meningkat serta paras glukos rendah.

Selain itu, katanya posisi tubuh (posture) dalam solat dapat mengubat sakit pinggang. Malah jika berjumpa doktor, pesakit disuruh melakukan senaman seperti berdiri dan membongkokkan tubuh yang menyamai gerakan solat. Keputusan positif itu adalah berdasarkan ukuran saintifik dengan meletakkan beberapa sensor (pengesan) di tulang belakang pesakit untuk melihat isyarat otot. Kajian mendapati pesakit yang mengikuti terapi solat selama sebulan, iaitu dengan membuat rukuk 90 darjah, sakit pinggangnya berkurangan. Ini membuktikan terapi solat boleh digunakan untuk merawat sakit pinggang.



Jangan terkejut kerana solat boleh merawat Erektil Disfungsi (ED) atau lebih dikenali sebagai mati pucuk, masalah kesihatan yang lelaki amat takut. Untuk lelaki normal, keupayaan seksual adalah tiga kali penegangan ketika tidur dan volum ketika ketegangan mesti lebih 200 peratus. Kajian dilakukan dengan mengukur zakar (pesakit diajar melakukan ukuran). Pada bulan pertama, tiada ketegangan langsung, tetapi selepas melakukan terapi selama dua bulan iaitu dengan melakukan solat tambahan, sudah ada ketegangan dan volum mencapai tahap normal. Terapi adalah dengan cara melakukan solat sunat sebanyak tiga kali seminggu dengan setiap terapi sebanyak 12 rakaat atau kira-kira 30 minit

Selain itu, antara hasil kajian yang menarik perhatian pakar sakit jantung ialah mengenai kadar denyutan jantung kerana selama ini, kajian saintifik lain menyatakan bahawa kadar denyutan jantung paling rendah adalah ketika berbaring. Kajian mendapati ketika solat, keadaan sujud mencatatkan kadar denyutan paling rendah dan lebih baik berbanding ketika baring. Ini menunjukkan posisi tubuh ketika solat adalah bagus. Sehubungan itu, katanya kajian akan dilakukan dengan lebih meluas untuk melihat sama ada posisi tubuh ketika solat boleh merawat sakit jantung. Katanya, pakar jantung gembira dengan hasil kajian itu kerana boleh memperkenalkan terapi solat kepada pesakit jantung untuk melakukan senaman. Ketika ini, setiap pesakit jantung perlu melakukan senaman selama 30 minit setiap hari.

p/s: petikan daripada suratkhabar Berita Harian mengenai terapi solat oleh Dr. Fatimah

Read more...

Straight To The Point!

>> Saturday, October 18, 2008

Entry kali neyh aku amek daripada saudara hamka kat blog beliau http://keretamayat.blogspot.com. Dalam post ini memberi kesedaran kepada kita yang bercakap 'straight to the point' kadang-kadang memberi kemudharatan kepada semua orang. Ia juga mengajar kita untuk sedar betapa indahnya ayat-ayat Allah di dalam Al-Quran....


Malam ni aku tak dapat tidur, dan boring kot tidur sorang diri, sebab isteri aku sudah 30 malam tidur bersama baby kecik…

Aku pun terus perasan sibuk, bukak email dan alangkah terkejutnya seorang aku bila baca korang punya email..

******
Copy/paste

Salam cik Hamka…

kalau nak tulis artikel tu, tolong tulis straight to point, tak payah le cerita intro panjang panjang dan meleret leret, kita banyak lagi blog yang nak di baca, emel yang nak di baca, nak delete/spam/move dan lain lain lagi.

Semoga tak kecil hati atas teguran ikhlas saya nih.

******
Aku terus naik syeikh dan menjawab:

Wa’alaikumusalam cik adik, macam macam hal!, kau ni jika malas nak baca blog aku sebab meleret leret, pergi sajer baca papan kenyataan atau tulisan di batu nisan, tak payah susah susah kat sini, ni nota ugama untuk aku sendiri, aku tak pakse korang datang, lantak akuler nak tulis intro panjang panjang dan meleret leret…

Jika tak suka, boleh blah!

Dan untuk pengetahuan cik adik, dalam sesetengah hal, bagus ‘straight to the point’, tapi malangnya, bukan semua benda boleh buat macam tu..
‘Straight to the point’ hanya bagus untuk orang yang perasan sibuk atau orang yang dah nak mati, sebab biasa orang yang dah nak mati, tak payah ajar mengucap kalimah penuh, “LA ILLA HA-IL-LALLAH”

Kalau tak silap aku, Hadith riwayat Muaz bin Jabal yang mendengar Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud:

“Sesiapa sahaja yang mengucapkan kalimah sebelum meninggal dunia akan memasuki syurga.”

Tapi dalam kes dah nazak, boleh ‘Straight to the point’ dengan ajar pesakit tadi just sebut nama “ALLAH”, itupun dah cukup sebab takut tak dan nak mengucap terus jadi mayat..

Atau yang lebih naya, tak boleh gerak mulut, lagilah ‘Straight to the point’, terus sajer ajar si pesakit sebut “hu” yang bermaksud “DIA”! pun boleh..,

Tapi tulah, bila dah tulis nota ugama untuk diri sendiri, cara yang mudah aku nak paham adalah tulis dengan sedikit meleret tapi tak lah leret sangat aku rasa, lagipun, sesetengah orang yang suka kepada menikmati perjalanan dalam menuju tempat tujuan, maka sangat perlu pada bunga-bungaan dan intro yang meleret-leret..Alahai, macam nak berlaga lubang kencing jugak, sunnah Nabi dalam persetubuhan kena belai-belai dulu.., kau suka ke malam pertama masing masing pokai tuala, buka dan terus berlaga lubang kencing? Tak best langsung sebab macam kena rogol dan arghh malas aku nak ulas, sebab ramai antara korang yang sedang puasa enam…, karang ada yang bukak puasa, apa-apalah!

Walau bagaimanapun, moral of the story is:

Sesungguhnya, setiap wanita itu ada ‘Straight to the point’ yang di kejar lelaki, dapat ‘itu’, selesailah cerita, ‘Straight to the point’ itu adalah bermaksud ‘kemaluan wanita’, yang mana jika di zahirkan kepada masyarakat, teramatlah hoduh akan ia, berbulu, penyek, hapak, dan berkedut, (Rujuk buku sains sekolah Menengah)

Namun Allah telah menghias akan selain dari kemaluan wanita itu akan kecantikkan, yang mana setelah ‘Straight to the point’ atau nama sebenarnya ‘kemaluan wanita’ itu di tutup, dan apabila kita para lelaki melihat pada perhisan yang di cipta Allah pada wanita, seperti melihat mata wanita yang cantik, rambut wanita yang harum, mulut wanita yang merekah, hidung wanita yang berkilat, dahi wanita yang luas. bahu wanita yang licin, suara wanita yang merdu, pungung wanita yang gebu, leher wanita yang jinjang, buah dada wanita yang ranum dan lain lain, .. semuanya menjadi cantik dan memberahikan kita para lelaki padahal maksud kita terhadap semua kecantikkan tadi adalah sebuah lubang yang jika di zahirkan kepada masyarakat, teramatlah hoduh, berbulu, penyek, hapak, dan berkedut,..

Jadi, alangkah boringnya hidup di dunia jika Allah buat makhluk wanita tu tiada perhiasan dan hanya ada “straight to the point”

Faham?!


So itulah sedikit sebanyak yang kita dapat amati daripada penulis blog keretamayat, ap2 pun layarilah blog beliau sebab memang best pun.. ;) credit to mr. hamka..

p/s: straight to the point aku cakap, exam final nak dekat dah!!! wish me luck kayh! uhuhu~ ;D

Read more...

I Am Not Afraid To Stand Alone

Another great and beautiful song! Sang by our musleem brothers Native Deen. Enjoy! ;)



I am not afraid to stand alone
I am not afraid to stand alone
If Allah is by my side
I am not afraid to stand alone
Everything is gonna be alright
I am not afraid to stand alone
Going keep my head up high

I am not afraid to stand alone
If Allah is by my side
Everything is going be alright
Going to keep my head up high

Single mother raising her children
And Now she's a Muslim
Started praying and wearing a headscarf
It Was a healing for her heart

Struggling with no one to lean on
But with prayer she would be strong
Had a job but then she was laid off
Got a better education and it paid off

She was called for a job that she dreamed of
Close by, great pay -she was in love --
They brought her in -- told her shes the 1 pick
You got the job, but you gotta lose the outfit"

It's a tough position that you put me in
Cause look at my condition, and my two children
But I'll continue looking for a job again
Cause my faith and my religion I will never bend

I am not afraid to stand alone
I am not afraid to stand alone
If Allah is by my side
I am not afraid to stand alone
Everything is gonna be alright
I am not afraid to stand alone
Going keep my head up high

I am not afraid to stand alone
If Allah is by my side
Everything is going be alright
Going to keep my head up high

Peer pressure, they were insisting
And I was resisting
Some days.... I felt I would give in
Just wanted to fit in

I know.....when I'm praying and fasting'
They be teasing and laughing
So I called to my Lord for the power
For the strength every day, every hour...

one day there's a new Muslim teacher
Single mom and the people respect her
Just seeing.... her strength I get stronger
They can break my will no longer

You don't see me sweatin' when they're jokes cracking
Never see me cussing' with my pants saggin'
I aint never running Yo Im still standing,
sorry I aint jumping on your band wagon, cause...

I am not afraid to stand alone
I am not afraid to stand alone
If Allah is by my side
I am not afraid to stand alone
Everything is gonna be alright
I am not afraid to stand alone
Going keep my head up high

I am not afraid to stand alone
If Allah is by my side
Everything is going be alright
Going to keep my head up high

Now, I'm a tough one, who can bear their blows
The rest play dumb, they don't dare say no
Scared of being shunned, but its clear they know
I aint never gonna run, I aint scared no more....

Man, these sisters be resolute

Never stressed when the rest say they wasn't cute
And the get the respect of the other youth
Come best with the dress yo and thats the truth

These sisters are strong gonna hand it down
So me Im a brotha gotta stand my ground
No fear, Im tough Im the man in town
Peer pressure no more, its my planet now

Others may fall, but Im hold my own
With Allahs help I'll be strong as stone
And I'll be the one to let Al Islam be shown
Cause I am not afraid yo to stand alone

I am not afraid to stand alone
I am not afraid to stand alone
If Allah is by my side
I am not afraid to stand alone
Everything is gonna be alright
I am not afraid to stand alone
Going keep my head up high

I am not afraid to stand alone
If Allah is by my side
Everything is going be alright
Going to keep my head up high

Read more...

Tahniah Yahudi!! Anda Sudah Berjaya!

>> Friday, October 17, 2008

Kaum Yahudi telah berjanji akan memerangi umat Islam walau bagaimana cara pun, alkisah pada zaman kebangkitan Islam, Yahudi seringkali berperang dengan Islam menggunakan senjata, tetapi sentiasa mengalami kekalahan, jadi Yahudi berfikir sejenak, jika mereka tidak boleh menggunakan kekerasan, apakat diubah memerangi umat Islam dengan cara dalaman, oleh itu Yahudi melakukan beberapa protokol dan anatara salah satu protokol mereka ialah Protokol ke 10Yahudi dan mengandungi 8 perkara:-


Song
- Lagu-lagu yang menghiburkan.

Jika ada anak-anak yang tak tau mengucap tetapi boleh menghafal lagu Hindustan yang panjang berjela. Ada anak-anak yang tak hafal Fatihah tapi boleh mengingati lagu Siti Nurhaliza yang panjangnya berdepa depa. Berjaya sudah Yahudi! Hingga kita terfikir bagaimana jadinya radio kalau tanpa lagu?


Sex
- Kehidupan gaya bebas
Lagi satu kegilaan remaja dan yang tua. Sex dimana-mana sahaja mahupun di kaca tv, dalam filem, atau dalam iklan. Babak sex amat lumrah dan menjadi satu kemestian. Kekadang adegan sex tak diperlukan, tetapi diselitkan jua sehingga ada orang menonton filem hanya kerana ada adegan sex. Filem '18SX' amat laris berbanding filem 'U'. VCD lucah mudah didapati dan harganya amat murah. Adakah filem yang tiada adegan sex? Lagi sekali berjaya sungguh Yahudi laknatullah.


Smoke
- Rokok
Menjadi kegilaan para remaja sehingga dikatakan tidak modern jika tidak merokok. Malah sekarang merokok menjadi budaya bagi mana-mana perempuan yang kononnya mau di gelar "up to date". Dulu yang merokok ini golongan pelacur saja ataupun penari kabaret
( aku tengok dari filem P Ramlee ). Syabas yahudi! Berjaya lagi kamu.

Sport
- Sukan Penyaji Mata
Pelbagai jenis sukan di tonjolkan dan lelaki dengan perempuan sama-sama berlumba mencari nama dalam sukan. Hinggakan sekarang bola sepak pun perempuan main juga. Bila bersukan, tutup aurat mestilah jauh sekali, sembahyang pun banyak yang miss!! Bukan yang bermain sahaja tak sembahyang, yang menonton pun tak sembahyang juga. Kalau menonton dirumah akan lambat sembahyang sebab takut tak nampak macam mana masuk GOL!
Yahudi gol lagi!! Sampai ada ulama' kata kerana sukan sembahyang boleh tangguh... MashaAllah..


Fun - Hiburan Peleka Diri
Dimana-mana kita dapat hiburan yang melalaikan. Kalau kita lihat dalam 100 majalah, mungkin 99 adalah majalah hiburan termasuklah majalah mangga yang menayangkan buah 'mangga' artis perempuan. Kalau ada konsert, sanggup orang Islam bertandang hingga menghabiskan banyak wang dan bila ke konsert, pelbagai maksiat akan diselit masuk.
Yahudi terhibur lagi!!

Female
- Perempuan
Tawaran Yahudi yang amat mengasyikkan! Terutama dalam iklan yang kadang-kadang tidak ada kena mengena dengan perempuan. Kalau kita ke kedai bateri kereta, dihadapan bateri terpampang gadis sunti separuh bogel beraksi. Apa kena mengena bateri kereta dengan perempuan? Kalau iklan Modenass, perempuan menjadi kewajipan, ataupun kalau pegi race mane-mane, confirm perempuan jadi model dengan baju tak cukup kain.
Yahudi bersorak lagi!!

Fashion
- Fesyen
Terutama perempuan yang bermacam-macam kerenahnya. Sehinggakan kalau pakai tudung pun mereka dah tak menutup aurat. Macam mana dikatakan bertutup aurat jika bertudung tetapi berbaju ketat yang kekadang menampakkan pusat? Yang mewarnakan rambut lagi teruklah. Buat apa bertudung kalau rambut diwarnakan? Bila warnakan rambut, mestilah tidak bertudung. Sebab kalau bertudung, bagaimana nak menayangkan warna rambut yang terkini itu. Kalau dah rambut di warnakan, sembahyang pun tak sah! Malah mandi hadas pun tak sah sebab kebanyakan pewarna adalah kalis air. Itu tak kira yang cukur bulu kening lagi!
Yahudi ketawa lagi! Umat islam sudah jadi macam Yahudi!

Food - Makanan Penyedap Selera
Lagi satu kegilaan Umat Islam terutama makanan dari Barat termasukalah MC D, Kentucky, Pizza hut, dan seribu satu macam lagi. Buah kurma yang menjadi makanan Rasulullah di pandang hina. Masuk rumah pun setahun sekali bila bulan Ramadan. Tapi makanan Barat menjadi kebanggaan. Bila makanan datang dari Barat, adakah kita yakin tentang halalnya? Contoh Kentucky, rempahnya datang dari Amerika, siapa nak pergi check halal ke tidak? Bila makan benda haram, macam mane iman nak menjadi mantap?


Maka lahirlah Umat Islam yang bukan perangai saja macam yahudi! tetapi berfikiran pun macam yahudi! Nauzubillah..



p/s: itu baru satu protokol, belum protokol2 yang lain.. Astaghfirullahalazim..

Read more...

Betapa Degilnya Nafsu!

>> Wednesday, October 15, 2008

Dalam sebuah kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke XIII Hijrah.

Menerangkan bahawa sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal, maka Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud :
"Wahai akal mengadaplah engkau."


Maka akal pun mengadap kehadapan Allah S.W.T., kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud :
"Wahai akal berbaliklah engkau!"
,

lalu akal pun berbalik.

Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud :
"Wahai akal! Siapakah aku?"
.


Lalu akal pun berkata,
"Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah."


Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud :
"Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau."


Setelah itu Allah S.W.T menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud :
"Wahai nafsu, mengadaplah kamu!".

 Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud :
"Siapakah engkau dan siapakah Aku?".


Lalu nafsu berkata,
"Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau."


Setelah itu Allah S.W.T menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan
kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?".

Lalu nafsu berkata,
"Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau."


Lalu Allah S.W.T menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud :
"Siapakah engkau dan siapakah Aku?".

Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata,
"Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku."

Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahawa dengan sebab itulah maka Allah S.W.T mewajibkan puasa.Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahawa nafsu itu adalah sangat jahat oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu mengawal kita, sebab kalau dia yang mengawal kita maka kita akan menjadi musnah.

p/s: jihad yang paling besar ialah jihad melawan hawa nafsu..

Read more...

Personaliti Diri & Bulan Kelahiran

>> Monday, October 13, 2008

Ingin mengetahui rahsia personaliti korang sume melalui bulan kelahiran korang? Ini ade kajian Doktor Fadhilah Khamsah mengenai perkara tersebut... Kalau nak tau perangai pasangan-pasangan korang pun boleyh, agar boleh memahami antara satu sama lain dengan lebih mendalam, insyaAllah.. ;)

JANUARI
* Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
* Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
* Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
* Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
* Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
* Pandai mengambil hati orang lain.
* Pendiam kecuali telah dirangsang.
* Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
* Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
* Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
* Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
* Cukup sayang pada kanak-kanak.
* Suka duduk di rumah.
* Setia pada segala-galanya.
* Perlu belajar kemahiran bersosial.
* Sifat cemburu yang sangat tinggi

FEBRUARI
* Berfikiran abstrak.
* Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
 * Bijak dan pintar
* Berpewatakan yang mudah berubah.
* Mudah menawan orang lain.
* Agak pendiam.
* Pemalu dan rendah diri.
* Jujur dan setia pada segalanya.
* Keras hati untuk mencapai matlamat.
* Tidak suka dikongkong.
* Mudah memberontak apabila dikongkong.
* Suka kegiatan yang lasak.
* Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
* Mudah mempamerkan marahnya.
* Tidak suka benda yang remeh-temeh.
* Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
* Sangat berani dan suka memberontak.
 * Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka hiburan dan sukan.
* Suka benda yang bersifat seni.
* Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
* Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
* Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
* Belajar untuk mempamerkan emosi.

MAC
* Berpesonaliti menarik dan menawan.
* Mudah didampingi.
* Sangat pemalu dan pemendam rasa.
* Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
* Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
* Suka pada kedamaian.
* Sangat peka pada orang lain.
* Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
* Tidak cepat marah dan sangat amanah.
* Tahu membalas dan mengenang budi.
* Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
* Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
* Suka berangan-angan.
* Suka melancong.
* Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
* Kelam kabut dalam memilih pasangan.
* Suka dengan hiasan rumahtangga.
* Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
* Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
* Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan.

APRIL
* Sangat aktif dan dinamik.
 * Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
* Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
* Punya daya mental yang sangat kuat.
* Suka diberi perhatian.
* Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
* Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
* Sangat berani dan tiada perasaan takut.
* Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
* Emosi cepat terusik.
* Cuba kawal perasaan.
* Kecenderungan bersifat pendendam.
* Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
* Kuat daya ingatan.
* Gerak hati yang sangat kuat.
* Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
* Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
* Sangat cemburu dan terlalu cemburu.

MEI
* Keras hati & degil.
* Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
* Pemikiran yang tajam.
* Mudah marah apabila tidak dikawal.
* Pandai menarik hati & perhatian orang lain .
 *Perasaan yang amat mendalam.
* Cantik dari segi mental & fizikal.
* Tidak perlu dimotivasikan.
* Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
* Mudah dipujuk.
* Bersikap sistematik (otak kiri).
* Suka berangan.
* Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
* Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
* Daya khayalan yang tinggi.
* Pandai berdebat.
* Fizikal yang baik.
* Kelemahan sistem pernafasan.
 * Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
 * Tidak berapa suka duduk di rumah.
* Tidak boleh duduk diam.
* Tidak punya ramai anak.
* Rajin dan bersemangat tinggi.
* Agak boros.

JUN
* Berfikiran jauh & berwawasan.
* Mudah ditawan kerana sikap baik.
* Berperangai lemah lembut.
* Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
* Idea yang terlalu banyak di kepala.
* Bersikap sensitif.
* Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
* Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
* Bersikap suka menangguh-nangguh.
 * Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
* Cepat marah & cepat sejuk.
* Suka bercakap & berdebat.
* Suka buat lawak & bergurau.
* Otaknya cerdas berangan-angan.
* Mudah berkawan & pandai berkawan.
* orang yang sangat tertib.
* Pandai mempamerkan sikap.
* Mudah kecil hati.
* Mudah kena selsema.
* Suka berkemas.
* Cepat rasa bosan.
* Sikap terlalu memilih & cerewet.
* Kurang mempamerkan perasaan.
* Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
* Suka pada barang yang berjenama.
* Mudah menjadi eksekutif.
* Kedegilan yang tidak terkawal.
* Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.

 JULAI
* Sangat suka didamping.
* Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
* Agak pendiam kecuali dirangsang.
* Ada harga dan maruah diri.
* Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
* Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
* Sangat menjaga hati orang lain.
* Sangat peramah.
* Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
* Berjiwa sentimental.
* Jarang berdendam.
 * Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
* Tidak suka benda remeh-temeh.
* Membimbing cara fizikal dan mental.
 * Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
* Layanan yang serupa terhadap semua orang.
* Tinggi daya simpati.
* Pemerhatian yang tajam.
 * Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
* Mudah dan rajin belajar.
* Suka muhasabah diri.
* Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
* Suka mendiamkan diri.
* Suka duduk di rumah.
* Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
* Tidak agresif kecuali terpaksa.
* Lemah dari segi kesihatan perut.
* Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
 * Minta disayangi.
* Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
* Terlalu mengambil berat.
* Rajin dalam membuat kerja

OGOS
* Suka berlawak.
* Mudah tertawan padanya. *
 Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
* Berani dan tidak tahu takut.
 * Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
* Pandai memujuk orang lain.
* Terlalu pemurah & bersikap ego.
* Nilai harga diri yang sangat tinggi.
* Dahagakan pujian.
 * Semangat juang yang luar biasa.
* Cepat marah & mudah mengamuk.
* Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
* Sangat cemburu.
* Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
 * Cepat berfikir.
* Fikiran yang berdikari.
* Suka memimpin & dipimpin.
* Sifat suka berangan.
* Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
* Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
* Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
 * Belajar untuk bertenang.
* Sikap kelam kabut.
* Romantik, pengasih dan penyayang.
* Suka mencari kawan.

 SEPTEMBER
* Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
* Sangat cermat, teliti & teratur.
 * Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
* Pendiam tapi pandai bercakap.
 * Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
 * Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
* Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
* Sangat sensitif yang tidak diketahui.
* orang yang banyak berfikir.
* Daya pentaakulan yang baik.
* Otak bijak & mudah belajar.
* Suka mencari maklumat.
* Kawal diri dari terlalu mengkritik.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
* Suka sukan, hiburan & melancong.
* Kurang menunjukkan perasaannya.
* Terluka hatinya sangat lama disimpan.
* Terlalu memilih pasangan.
* Sukakan benda yang luas.
* Bersistematik.

OKTOBER [ME ;)]
* Suka berbual.
* Suka orang yang sayang padanya.
* Suka ambil jln tengah.
* Sangat menawan & sopan santun.
* Kecantikan luar & dalam.
* Tidak pandai berbohong & berpura-pura.
* Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.
* Sentiasa berkawan.
 * Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
* Cepat marah.
 * Macam pentingkan diri sendiri.
* Tidak menolong orang kecuali diminta.
* Suka melihat dari perspektifnya sendiri.
* Tidak suka terima pandangan orang lain.
* Emosi yang mudah terusik.
 * Suka berangan & pandai bercakap.
* Emosi yang kelam kabut.
* Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
* Suka melancong, bidang sastera & seni.
* Pengasih, penyayang & lemah lembut.
* Romantik dalam percintaan.
* Mudah terusik hati & cemburu.
* Ambil berat tentang orang lain.
 * Suka kegiatan luar.
* orang yang adil.
* Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.
* Mudah patah semangat.

NOVEMBER
* Banyak idea dalam perkara.
* Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
* Berfikiran kehadapan.
* Berfikiran unik dan bijak.
* Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
* Pemikiran yang tajam.
* Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
* Sesuai jadi seorang doktor.
 * Cermat dan teliti.
 * Personaliti yang dinamik.
* Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
 * Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
* Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
* Terlalu degil dan keras hati.
* Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
 * Tak suka marah kecuali digugat.
* Mudah ambil berat terhadap orang lain.
* Pandai muhasabah diri.
* Cara berfikir yang lain dari orang lain.
* Otak yang sangat tajam.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Tidak hargai pujian.
* Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.
* Cuba sampai berjaya.
* Badan yang sasa.
* Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
* Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
* Suka duduk di rumah.
* Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
* Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
* Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
* Bercita-cita tinggi.
* Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah.

DISEMBER
* Sangat setia dan pemurah.
 * Bersifat patriotik.
* Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
* Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
* Bercita-cita tinggi.
* Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
* Seronok bila didampingi.
* Suka bercampur dengan orang.
* Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
* Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
* Tidak pandai berpura-pura.
* Cepat marah.
* Perangai yang mudah berubah-ubah.
* Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
* Benci pada kongkongan.
* Suka berlawak.
* Pandai buat lawak dan berfikiran logik.

p/s: amacam same tak?? bak kate nabil,lu pikir la sdiri! ngehee~

Read more...

S.E.P.I

>> Sunday, October 12, 2008

Salamz Alaik!!

(Di kala sepi menyelubungi diri, Di kala bibir membisikkan kata-kata kesunyian, Di kala malam menjadi teman)


Selalunya mesti korang ada terlihat, tebaca ataupun korang sendiri mengalami suatu fenomena yang sentiasa menjadi igauan setiap manusia di dunia ini iaitu 'kesepian' ataupun bahase orang putehnya 'lonely'. Seringkali kita dengar ungkapan "Hidupku tidak bermakna tanpa kamu!" ataupun "Oh sayang, jangan tinggalkan abang, abang akan hilang segalanya kalau sayang pergi!" dan 1001 macam lagi la ayat-ayat romantika de amour yang korang pernah saksikan bila seseorang itu ditinggalkan kekasih yang diorang sayang gile-gile laa..

Lonely, i am so lonely, i have nobody, nobody have i.. hakhak! tengok aku dah start nyanyi susah nak stop,hekhek.. ok2 kita sambung balik.. dan di waktu itulah saat kesepian akan melanda pastu mulalah start orang 'frust menonggeng', pastu ade yang takde iman di dalam dada tu nak bunuh diri, maklumlah, tak dapat bersama dengan orang yang kita sayang... Ish3, sampai macam tu skali kan manusia sanggup lakukan disebabkan satu perkataan yang bernama cinta...


Tetapi ingatlah wahai umat rasulullah s.a.w, bahawa sebenarnya kita tidak pernah sepi sesekalipun dalam hidup kita. So if ade orang itu cakap dia keseorangan, sebenarnya dia silap! Sebab apa? Weyh tak tau ke yang Allah sudah berjanji bahawa Dia tidak akan sesekalipun melupakan makhluknya malah kita sebenarnya yang sentiasa melupakanNya. Yes, Allah Subhanahu Wataala sepatutnya adalah cinta sejati kita dunia dan akhirat, yang kita puji dari semasa ke semasa, malah setiap perlakuan kita perlulah berniatkan kerana Allah, kerana Dialah yang maha mengasihani lagi maha pemurah.

Hurmm... cuba korang muhasabah diri, layakkah kita mendapat cinta daripada Allah jika perlakuan kita seperti melepaskan batuk di tangga? Sentiasa mengabaikan perintahNya dan melebihkan segala larangaNya? Astaghfirullah, betapa kerdilnya diri kita ini jika hendak dibandingkan bersama para rasul, tabi' tabi'in dan juga para a'biid ulama'. Sedangkan mereka juga adalah manusia biasa seperti kita, tetapi bagaiman mereka boleh melakukannya? Hurm.. mari kita sama-sama fikirkan..

"Ya Allah ya tuhanku, ampunilah segala dosa hambaMu ini, kurniakanlah kepada kami hidayahMu agar kami dapat mensyukuri segala nikmat yang Kau berikan dan juga mendapat cinta sejati daripadaMu"

Sebenarnya wahai para pembaca sekalian, cinta itu adalah satu nikmat yang diberikan oleh Allah kepada makhluk-makhlukNya untuk untuk mereka sayang menyayangi antara satu sama lain. Tetapi ramai yang menyalahgunakan erti cinta untuk melakukan perkara yang haram sehingga dimurkai oleh Allah. Jika kita melakukan sesuatu perkara itu kerana Allah, nescaya Allah akan memberi balasan yang setimpal kepada kita. Sama juga macam cinta, jika kita bercinta kerana Allah, insyaAllah akan dipermudakanNya. Ini ape, bercinta untuk memuaskan nafsu serakah saje, balik-balik nanti mulalah kes anak haram, pastu buang bayi la.. sedangkan anak-anak yang suci itu tidaklah bersalah sama sekali...

"cinta itu adalah sesuatu pemberian bukanlah permintaan"


Okla, nak bagi satu la tips untuk mereka yang tengah dalam proses mencari jodoh... ambil kata-kata ini, "kita janganlah berusaha untuk mencari pasangan yang terbaik, tetapi kita berusaha untuk menjadi yang terbaik". InsyaAllah muncullah pasangan yang baik untuk kita. Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, itulah janji Allah kepada makhluk-makhlukNya.

Oleh itu to all readers, janganlah biarkan kesepian itu melanda diri anda kerana duduk di dalam kesepian itu amatlah tidak best. huhu~ Lagi satu Allah is always be by our side setiap kali kita keseorangan and He is our true love! Banyak-banyakkanlah berzikir memuji namaNya. InsyaAllah kita akan sentiasa diberkati dan diberkati oleh Allah. Sekian sahaja coretanku di pagi hari, salamz alaik... ;)

p/s: actually tak dapat tidur, so tulis blog ni untuk menghilangkan kebosanan.. huhu~

Read more...

Taman Syurga dan Jurang Neraka

>> Friday, October 10, 2008

Taman Impian

Taman seperti apakah itu?
Yang begitu harum mewangi, dan aromanya tercium dari jarak 40 tahun perjalanan?(1)
Gerbang seperti apakah itu?
Yang mempunyai delapan pintu, di mana masing-masingnya berjarak 40 tahun perjalanan?(2)
Bangunan seperti apakah itu?
Yang batu batanya dari emas dan perak, lumpurnya kasturi, tanahnya za'faran, serta kerikilnya dari intan dan permata?(3)
Di sana ada mata air yang mengalir
Di sana ada dipan-dipan yang ditinggikan,
Dan gelas-gelas yang tersedia di dekatnya,
Dan bantal-bantal sandaran yang tersusun,
Dan permadani-permadani yang terhampar(4)
Subhanallah, itulah surga. Lalu siapakah para penghuninya? Seperti apakah orang yang menghuni tempat yang sedemikian rupa? Allah azza wa jalla telah menjelaskan kepada kita, bahwa penghuninya adalah orang-orang yang disebut sebagai golongan kanan. Yang berada di antara pohon bidara yang tidak berduri, dan pohon pisang yang bersusun-susun buahnya, dan naungan yang terbentang luas, dan air yang tercurah, dan buah-buahan yang banyak, yang tidak berhenti berbuah dan tidak terlarang mengambilnya, serta kasur-kasur yang tebal lagi empuk(5). Pakaian mereka dari sutera, dan perhiasan mereka adalah emas dan mutiara(6). Adapun kenikmatan terbesar yang dilimpahkan kepada mereka adalah wajah yang berseri-seri, yang kepada Rabb-nyalah mereka melihat(7) . Allahu Akbar.
Abu Hurairah radhiallahu `anhu meriwayatkan sabda Rasulullah shallallahu `alaihi wa sallam, "Allah azza wa jalla berfirman, `Aku siapkan untuk hamba-hamba-Ku yang shalih apa yang tidak dilihat mata, didengar telinga, dan tidak pula terlintas di hati manusia. Bukti mengenai hal itu (terdapat) dalam Kitabullah, `Seorang pun tidak mengetahui apa yang disembunyikan untuk mereka yaitu (bermacam-macam nikmat) yang menyedapkan pandangan mata sebagai balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan (as-Sajadah:17)` " (Hr. Al-Bukhari dan Muslim)

 Jurang Kehinaan
Jurang seperti apakah itu?
Yang apabila batu dilemparkan dari tepinya, maka tidak akan sampai ke dasarnya sebelum 70 tahun?(8)
Lembah seperti apakah itu?
Yang melontarkan bunga api sebesar dan setinggi istana?(9)
Api seperti apakah itu?
Yang telah dinyalakan selama seribu tahun sehingga merah, kemudian ditambah seribu tahun sehingga putih, dan ditambah seribu tahun lagi sehingga hitam?(10)
Di sana berhembus angin yang sangat panas
Di sana terdapat air yang mendidih
Naungan di dalamnya adalah asap yang hitam(11)
Alat-alat pemukul di dalamnya terbuat dari besi(12)
Rantai-rantai di dalamnya memilki panjang 70 hasta(13)
Na`udzubillahi min dzalik, itulah neraka. Lalu siapakah para penghuninya? Seperti apakah orang yang menghuni tempat yang sedemikian rupa? Allah azza wa jalla telah menjelaskan kepada kita, bahwa penghuninya adalah orang-orang yang disebut sebagai golongan kiri. Yang dikalungkan ke leher mereka belenggu dan rantai, seraya mereka diseret ke dalam air yang sangat panas, kemudian mereka dibakar di dalam api(14). Minuman mereka dari mata air yang sangat panas, dan makanan mereka dari pohon yang berduri, yang tidak menggemukkan dan tidak menghilangkan lapar(15) . Bahkan darah dan nanah pun menjadi santapan mereka(16). Adapun sebaik-baik penghuni di dalamnya adalah mereka yang memakai sandal api yang membuat otaknya mendidih karena panasnya(17). Na`udzubillah.
Abu Hurairah radhiallahu `anhu meriwayatkan sabda Nabi shallallahu `alaihi wa sallam, "Ketika Allah menciptakan surga, Dia mengutus Jibril ke surga seraya berfirman, `Lihatlah kepadanya dan apa yang aku janjikan kepada penghuninya di dalamnya`. Lalu Jibril mendatanginya dan melihatnya berikut apa yang disediakan Allah untuk penghuninya. Lalu ia kembali kepada-Nya dan mengatakan, `Demi keperkasaan-Mu, tidaklah seseorang mendengarnya melainkan ia memasukinya`. Kemudian Allah memerintahkan supaya surga dikelilingi dengan hal-hal yang tidak disenangi, lalu Dia memerintahkan (kepada Jibril), `Kembalilah kepadanya lalu lihatlah pada apa yang Aku janjikan bagi penghuninya di dalamnya`. Ia pun kembali kepadanya, ternyata surga telah dikelilingi dengan hal-hal yang tidak menyenangkan. Lalu ia kembali kepada-Nya seraya mengatakan, `Demi keperkasaan-Mu, sungguh aku khawatir tidak ada seorang pun yang akan memasukinya`. Dia berfirman, `Pergilah ke neraka lalu lihatlah kepadanya dan apa yang aku janjikan untuk penghuninyadi dalamnya`. Ternyata neraka bertumpukan satu sama lain. Lalu ia kembali kepada-Nya seraya mengatakan, `Demi keperkasaan-Mu, sungguh aku khawatir bahwa tidaklah seseorang mendengarnya lalu akan memasukinya`. Lalu Dia memerintahkan supaya neraka dikelilingi dengan kesenangan-kesenangan (syahwat), lalu memerintahkan, `Kembalilah ke sana`. Ia pun kembali ke sana, lalu ia mengatakan, `Demi keperkasaan-Mu, sungguh aku khawatir tidak ada seorang pun yang selamat darinya`." (Hr. Abu Dawud, an-Nasa`i, at-Tirmidzi, hadits hasan shahih)
Ya Allah, jadikanlah kami penghuni surga-Mu, dan lindungilah kami dari neraka-Mu.


Read more...

Amazing Text Book Sketches!

>> Thursday, October 9, 2008

Aktiviti insan-insan seni di kala ke'boring'an sampei buku teks pun jadi tempat conteng.. huhu~ tapi stylo jugak kan.. ;) ape-ape pun Enjoy!!

p/s: bukan lukisan aku.. huhu~

Read more...

Syahwat Lelaki Teransang 30 Kali Sehari, Sedarlah Wanita

>> Tuesday, October 7, 2008

Saya tertarik benar dengan khutbah Jumaat di tempat saya (Balai Islam, Flet Pekeliling) 15 Jun lalu. Isunya mengenai kewajipan menutup aurat. Disebabkan semua jemaah lelaki, khatib mengingatkan jemaah supaya memberitahu anak isteri supaya menjaga aurat masing-masing.


1. Ada yang
pakai tudung singkat. Julurnya diikat ke belakang. Atau diikat ke leher. Maka nampaklah 'kegebuan' leher dan dadanya. Sedangkan dalam khutbah tadi, khatib membacakan ayat al-Quran yang meminta wanita melabuhkan tudung, menutup bahagian dada mereka.

2. Ada pakai tudung, tapi pakai T-shirt pendek. Malah ada yang pakai T-shirt tanpa lengan. Sudah tu ketat pula. Bukankah lengan itu aurat. Bahaya mendedahkan lengan yang 'gebu' itu. Yang dahsyatnya, ada pakai T-shirt singkat yang dipadankan dengan jeans terlondeh. Jadi apabila membongkok atau duduk, nampak seluar dalam, malah kadang-kadang alur bontot.

3. Ada pakai tudung, tapi pakai jeans teramat ketat. Alur punggung pun terbelah dua. Bentuk bontot pun terserlah. Apa nak jadi ni?

4. Ada yang pakai tudung, tapi pakai kebaya ketat. Tidak cukup dengan tu pakai 'kain koyak' pula. Apabila berjalan, terserlahlah 'kegebuan' betis malah kadang-kadang paha pun tersembul.

5. Ada yang pakai tudung, tapi pakai kain singkat, macam skirt mini. Kaki bukan auratkah?  Pakailah stokin!!!!!!!

6. Ramai perempuan pakai tudung, tapi bermekap tebal dan berwangi-wangian. Bibir merah menyala. Menunjukkan aksi seksi pula tu.

7. Ada perempuan bertudung, 'merendek' pula dengan pacar di bangku stesen bas dan pusat beli-belah. Ini menjatuhkan imej wanita bertudung.

8. Ramai perempuan suka pakai kasut bertumit tinggi. Apabila berjalan berbunyilah, tang, tang, tang. Dalam khutbah tadi, khatib memberitahu tidak boleh timbul bunyi yang boleh menaikkan syahwat lelaki.


"Di Akhir zaman, wanita berpakaian, tetapi hakikatnya mereka berbogel...."

Berkenaan syahwat lelaki ini, saya berpendapat kebanyakan perempuan tidak memahaminya.

Ini kerana perempuan dan lelaki tidak sama dari segi biologi keinginannya.

Lelaki mudah saja naik syahwatnya sedangkan perempuan tidak. Kebanyakan perempuan ingat lelaki macam dia. Itu tidak benar sama sekali.

Seorang rakan saya memberitahu, satu kajian mendapati lelaki terangsang secara puratanya sebanyak 30 kali sehari. Ini adalah semulajadi. Bukan dibuat-buat. Jadi bukan sesuatu luar biasa jika lelaki naik syahwatnya jika melihat aurat perempuan.

Itu normal. Jadi untuk selamat dunia akhirat, lelaki dan perempuan wajib jaga aurat masing-masing. Ikut saranan al-Quran dan hadis. Tafsiran ajaran al-Quran dan hadis disampaikan oleh ilmuan agama seperti khatib Jumaat itu.

Lelaki dan perempuan ikut saja panduan al-Quran dan hadis jika mahu selamat.

Jangan mahu dibantah hukum-hakam agama.

HENDAK SERIBU DAYA..TAKNAK SERIBU DALIH.....

PANDAI-PANDAI LAH NANTI MENJAWAB DAN BERDALIH DIHADAPAN ALLAH....Tak takut ker???

Saya perhatikan sekarang ini ramai perempuan bertudung. Alhamdulillah. Tetapi yang tidak sedapnya, semakin ramai wanita bertudung tetapi tidak menutup bahagian sensitif.

Lepas tu, disalahkan pula lelaki mata keranjang...Lelaki buaya darat...Lelaki mengganggu..Lelaki sexual harashment.....Sape suruh buat-buat suara manja??  Sape suruh ??? Sapa suruh telanjang dikhalayak ramai??? Sama-sama kita fikirkan..
wallahua'lam

credit to Bekas Budak UKM

Read more...
Related Posts with Thumbnails

  © Blogger templates Romantico by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP