8 Anugerah!

>> Friday, December 19, 2008

1. Siapa yang meninggalkan cakap yang berlebihan, dianugerahi kepadanya kebijaksanaan.

2. Siapa yang meninggalkan pandangan yang berlebihan, dianugerahi kepadanya kekhusyukan hati.

3. Siapa yang meninggalkan makan yang berlebihan, dianugerahi kepadanya kelazatan ibadah.

4. Siapa yang meninggalkan ketawa yang berlebihan, dianugerahi kepadanya kehebatan (dalam dirinya).

5. Siapa yang meninggalkan gurauan yang berlebihan, dianugerahi kepadanya keindahan (budi bahasanya).

6. Siapa yang meninggalkan cinta kepada dunia, ia dianugerahi rasa cinta kepada akhirat.

7. Siapa yang meninggalkan kesibukan (menghitung) keaiban orang lain, ia di anugerahi (kesempatan) untuk memperbaiki aib dirinya sendiri.

8. Siapa yang meninggalkan perbuatan menyelidiki tentang bagaimana keadaan Allah swt, maka ia dianugerahi keselamatan dari iktikad orang munafik.

“Hendaklah kamu menjadi manusia-manusia rabbani”.
(ali-Imran: 79)

p/s: Anugerah Allah tiada tandingnya...

Read more...

Hari-Hariku Di Langkawi

>> Wednesday, December 17, 2008

Salamz Alaik!!


Minggu lepas aku dengan family aku ambik kesempatan cuti sekolah neyh untuk pegi cuti-cuti Malaysia ke salah satu tempat tumpuan pelancongan iaitu Langkawi!! Sebuah pulau yang bebas cukai dan juga menjual coklat yang murah! hekhekhek.. Percutian yang memang gempak sekali, kitorang book kat hotel Pelangi Beach Resort selama 3 hari 2 malam bermula pada Khamis (11/12/08) untill Sabtu (13/12/08). Actually dah lama aku ngan family aku tak kuar cuty same-same, maklumlah masing-masing mempunyai agenda yang perlu dilaksanakan, yang kerja kene kerja, yang belajar kena belajar, huu~ So masa ini sajelah yang boleh kami satu family berkumpul dan bercuty sambil menikmati keindahan alam ciptaan Allah s.w.t. Alhamdulillah ;)

Antara tempat yang jady tumpuan kitorang adalah Gunung Mat Cincang, iaitu tempat yang best kalau naek kereta kabel, sampai boleh tengok sempadan Thailand tu kalau kat atas puncak gunung tu! After that kitorang mengambil package Island Hopping yang membawa kami sekeluarga ke Tasik Dayang Bunting, tasik yang masih bersih, boleh naik bot, dan menjadi tumpuan mat-mat salleh nak buat sunbathing, hekhek. Lawatan kitorang tak berkahir kat situ jep, lagi satu tempat yang tak boleh miss ialah Waterworld Langkawi! Tempat semua penguin Malaya berkumpul,huahua. Last skali mak aku ajak pegi shopping-shopping kat pekan Kuah. So, ape lagy, aku pun memborong coklat la, macam-macam jenis coklat yang sodap jady habuan aku, hekhek.. MasyaAllah nafsu-nafsu, huu~

Kalau hendak dilihat dari segi pekhidmatan pelancongan, eveything was great! Aku kasik 5 bintang la, tapi yang paling aku tak berkenan adalah penjualan arak yang berleluasa di kawasan Langkawi tu, actually sekarang semua tempat jual arak macam tempat kedai runcit jep, tapi kat hotel tempat aku duduk tu, dalam peti ais dah siap ada tersedia tin-tin Carlsberg. Kalau aku hati syaitan memang dah teguk dah, tapi alhamdulillah Allah menguatkan iman aku untuk mengelakkan dari perkara-perkara sebegitu. Memang aku tahu mat salleh memang ramai datang melancong kat situ, dan minuman harian diorang arak. Tapi perlu ke kita menggadaikan Islam semata-mata untuk mengikut kemahuan mereka? Bak kata Pak Lah "Malaysia adalah negara Islam contoh!" tapi kat mana contoh yang kita boleh nampak kat situ??

"Wahai orang-orang Yang beriman! Bahawa Sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib Dengan batang-batang anak panah, adalah (Semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya" (Al-Maidah:90)

Another story bila aku dengan family aku makan kat salah satu restoran kat sane, memang kat situ bebas la dari penjualan arak, tetapi aku ada nampak ade mat salleh neyh oder Carlsberg, ingatkan pelayan tu nak cakap la "Sorry, we dont serve that drink". Rupa-rupanya pemikiran mereka memang meleset, sebab apa?? Iyela, apa yang aku nampak dyeorang sanggup pergi kat kedai seberang jalan pastu beli tin Carslberg untuk mat-mat salleh tu, ade tak ke otak terencat macam tu? Sanggup menggadaikan maruah Islam semata-mata untuk melariskan jualan, sungguh tak patut sekali.

Sungguh lemah diri aku ini kerana tidak ada kekuatan untuk menegur mereka, takpe tunggu aku jady PM, tengok la macam mane aku buat, hekhek. Apa-apa pun kami sekeluarga mengabiskan holiday dengan jayanya. Bak kata Nora Danish, "Yang penting kita enjoy!" Sila nikmati gambar-gambar sepanjang kitorang ade kat langkawi, sorry lambat upload, huu~



p/s: Nanty aku lawat lagy ekh Langkawi ;)

Read more...

Sudikah awak menjadi isteri kedua saya??

>> Monday, December 15, 2008

"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Fikri tegas dan yakin. Tiba-tiba mata Fatimah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah.

"Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!" pekik Fatimah dengan suara tersekat-sekat.


Mata Fikri liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang perlakuan dia dan Fatimah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Fatimah langsung tidak selari dengan penampilannya.


"Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-rupanya. .." Fatimah mula sebak.
"Tak. Maksud saya....."

"Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!" potong Fatimah dengan kasar.


"Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup melamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa?" suara Fatimah semakin tinggi, setinggi egonya.


Fikri diam seribu bahasa. Dia sudah tahu `Fatimah' di sebalik Fatimah yang dia kenal selama ini.

Fatimah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung labuhnya berwarna kuning. Dalam hatinya, Fikri seolah-olah menghinanya apabila memujuknya untuk bermadu. Fikri muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya.

"Ada hikmah," bisik hati kecil Fikri, sekecil pandangannya terhadap Fatimah.


Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkan jadual Fikri sebagai seorang muslim yang beramal dengan apa yang diyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yang membawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di hari kelak.


Keyakinan serta keaktifan Fikri berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis-gadis dalam jemaahnya. Malah, Fikri dilihat sebagai calon suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agama yang dianutinya sejak sekian lama. Sudah terlalu ramai muslimah yang menaruh hati padanya, namun, Fatimah terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Fikri. Bagi Fatimah, Fikri seperti pelengkap kepada dirinya. Namun, hanya sehingga saat Fikri melamarnya menjadi isteri kedua.


Fikri masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan Fatimah nampak seperti tiada jalan penyelesaian. Dia mahu berbaik dengan Fatimah, namun sikap Fatimah yang keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha Fikri tersebut. Bagi Fatimah, Fikri tak ubah seperti lelaki lain.


Gerak kerja dakwah Fikri berjalan seperti biasa. Siangnya ke hulu ke hilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnya sibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya. Fikri semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun. Dia terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yang semudanya.


Namun, Allah s.w.t. Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Fikri sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Fikri.



Suatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Fikri dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. Fikri sekali lagi gusar takut-takut Nusaibah tidak dapat menjadi sayap kiri perjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah pasti membawa Fikri menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yang kurang dikenalinya adakah sama seperti Fatimah atau tidak?


Fikri bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak. Dia meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut.


Setelah merisik pemikiran Nusaibah daripada beberapa sahabat terdekatnya, Fikri berjumpa dengan Nusaibah bertemankan sahabat baiknya. Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Fikri mengulangi soalan yang pernah ditanya kepada Fatimah.


"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Fikri tanpa segan silu.

"Sudi," jawab Nusaibah ringkas.
"Er, betul ke ni?" tergagap Fikri menerima jawapan Nusaibah yang tenang dan yakin.


Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh Fikri.


"Kenapa saya?" tanya Fikri ingin tahu.

"Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak," jawab Nusaibah yakin tetapi sedikit malu.
"Baiklah," jawab Fikri tersenyum.

Akhirnya, Fikri dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam gerak kerja dakwahnya selama ini.
Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Fikri terasa dakwahnya semakin laju. Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia. Malah, Nusaibah sangat membantu gerak kerja Fikri semampu mungkin. Setiap kali turun ke lapangan untuk berdakwah, Fikri membawa Nusaibah untuk membantu kerja dakwah seadanya.
Kadang-kala letih menyinggah Nusaibah. Suaminya terlalu kerap keluar berdakwah, seperti mesin yang tiada hayat. Namun, inilah yang dia yakini sebelum berkahwin dengan Fikri. Membantu suami melancarkan gerak kerja dakwah. Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yang menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya.

"Abang, saya nak tanya boleh?" sapa Nusaibah dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke sebuah program dakwah.


"Ya sayang?" jawab Fikri sambil memandu.


"Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang," luah Nusaibah yang sangat teringin berjumpa dengan madunya.


"Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa," Fikri menoleh sedikit ke arah Nusaibah, sambil tersenyum.


"Yeke? Dia datang program tu rupanya," jawab Nusaibah riang.


Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu Fikri dalam gerak kerja dakwah. Di sudut kecil Nusaibah, dia merendah diri kerana usahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dengan isteri pertama Fikri yang banyak membantu selama ini. Tidak hairanlah Fikri aktif dalam dakwah sebelum ini.


"Kita dah sampai," Fikri membuka pintu keretanya sambil memegang beg berisi fail ditangannya. Fikri berdiri, mengadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu menoleh ke arah Nusaibah yang berdiri di sebelah kiri kereta.


"Itu isteri pertama abang," Fikri menuding jari ke arah khemah tersebut.


"Mana bang?" Nusaibah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah jari Fikri. "Tak nampak pun," Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya.


"Siapa nama isteri pertama abang?"Nusaibah sangat berdebar.


Fikri tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh tenang.


"PERJUANGAN"
jawab Fikri.


*** "Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasul-Nya dan (daripada) berjihad untuk agama-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya (azab seksa-Nya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka)." [QS al-Taubah
9:24]

p/s: sudikah anda??

Read more...

Jom Menari! ;D

>> Sunday, December 14, 2008

Kepada abang kakak yang tengah stress-stress blajar atau kerje tu, cube ambil masa 5 minit jep tengok video neyh. InsyaAllah hilang la stress tu. Mungkin ada di antara mereka yang sudah pernah menyaksikan video ini, tapi kepada yang belum, rugi kalau tak tonton lagi... Tarian daripada group Signature dalan rancangan Britain's Got Talent. Enjoy da watching.. ;)



p/s: Satu je aku boleh cakap, gempak seyh!! ngee.. ;D

Read more...

Kiamat Semakin Hampir!!

Kiamat semakin hampir!! Itu yang aku boleh katakan sekarang. So di sini terdapat 22 tanda-tanda kiamat untuk memberi kesedaran kepada kita agar dapat menjadi seorang insan yang berguna serta bersedia dengan menambahkan amal ibadah untuk menghadapi hari yang paling getir, Hari Kiamat!

1. Sembahyang diabaikan (diringan - ringankan).

2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui internet, iklan, buku, gambar, risalah atau filem.

3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.

4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.

5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.

6. Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.

7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.

8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.

9. Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.

10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.

11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).

12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.


13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.

14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.

15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,

16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.

17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.

18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.

19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.

20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.

21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).

22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah.

“Hai manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu, sesungguhnya kegoncangan hari kiamat itu adalah suatu kejadian yang besar dan dasyat. Ingatlah pada hari ketika kamu melihat kegoncangan itu, lalailah semua wanita yang menyusui anaknya. Dan gugurlah kandungan semua wanita yang hamil, dan kamu lihat manusia dalam keadaan mabuk, padahal sebenarnya mereka tidak mabuk akan tetapi azab Allah s.w.t. itu sangat kerasnya.” (Al-Hajj : 1-2)

p/s: wallahualam..

Read more...

Tanah Runtuh Berpunca Daripada Keruntuhan Akhlak??

>> Thursday, December 11, 2008

Salamz Alaik!!

Tak silap aku sudah hampir seminggu kita mendengar berita yang telah menggemparkan seluruh rakyat Malaysia, iaitu kejadian tanah runtuh Bukit Antarabangsa yang terletak di Kuala Lumpur. Takziah buat mangsa yang terkorban dan juga mereka yang hilang tempat pergantungan buat sementara waktu. Rasenye dah banyak kali kan kite dengar kejadian tanah runtuh kat sane, bermula daripada kisah tragis kat Highland Tower sampailah kejadian tanah yang berlaku baru-baru ini. Dan aku sebagai rakyat Malaysia yang (bajet) prihatin terfikir, berani lagi yep dyeorang buat projek perumahan kat kawasan lerang bukit tu sedangkan macam-macam musibah yang berlaku. Yang jadi mangsa nanty pun penduduk kat situ la, sedangakan apa yang mereka mahukan setelah memiliki rumah adalah keselamatan & keselesaan bukanlah ancaman bahaya tanah runtuh!!

Persoalannya sekarang, adakah kejadian bencana alam kali ini hendak menunjukkan bahawa ia berpunca daripada keruntuhan akhlak umat Islam di negara ini?? Walaupun Pak Lah sentiasa mengatakan bahawa "Negara kita aman, makmur, dan sejahtera!" tetapi itu adalah secara zahirnya sahaja. Secara spiritual dan rohani?? Pembangunan akhlak dan sahsiah?? Runtuh sama sekali!! Sama runtuhnya macam kejadian tanah runtuh kat Bukit Antarabangsa!! Bagi aku negara kita ini sama sahaja dengan negara-negara lain yang menyelitkan amalan budaya barat dalam kehidupan. Sedar atau tidak?? Pemikiran kita sebenarnya sudah dijajahi dengan Yahudi laknatullah!!

pakai tudung tapi minum arak, ape kes??

Allah hendak menguji umat Islam dengan hanya mencelit saja tanah kat Bukit Antarabangsa tu, dan akhirnya terjadilah satu lagi tragedi besar yang menjadi sejarah bagi seluruh rakyat Malaysia. Banyak sebenarnya peristiwa yang boleh dikaitkan dengan keruntuhan akhlak neyh. salah satu contohnya adalah tragedi tsunami yang berlaku pada 26/12/2004, ingatkah lagi wahai rakyat Malaysia?? Kejadian itu telah mengorbankan ramai di antara rakyat kita kat Penang dan juga negara jiran di Acheh. Tau tak ape yang diorang buat masa malam sebelum kejadian tsunami tu?? Pesta seks secara besar-besaran!! MasyaAllah.. Sungguhlah Allah itu Maha Berkuasa. dan yang paling menggemparkan adalah setiap masjid tak terkena apa-apa effect pun mase kejadian tsunami itu. So, boleh ke kita mengaitkan kejadian tanah runtuh itu berpunca daripada keruntuhan akhlak?? Fikirkanlah...

"Alif Laam Mim. Apakah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata kami beriman, sedangkan mereka belum diuji dengan sesuatu percubaan. Dan demi sesungguhnya kami telah menguji orang yang terdahulu daripada mereka, maka dengan ujian yang demikian nyatalah apa yang diketahui oleh Allah terhadap orang yang beriman dan nyata pula apa yang diketahui terhadap orang yang berdusta?" (al-Ankabut : 1-3)

Memang tidak dapat dinafikan bahawa ada di antara kita yang memperjuangkan Islam sebenar di dunia zaman sekarang yang penuh dengan pancaroba. Banyak cara yang boleh dilakukan pada zaman sekarang neyh, dan paling famous sekarang adalah melalui internet. Antara laman web yang memperjuangkannya adalah iluvislam.com, saifulislam.com, dan bermacam-macam lagi laman web dan blog yang kita boleh lawat. Alhamdulillah buat mereka yang berfikiran sedemikian. Tetapi apa yang kita lihat majoriti di antara kita masih lagi tidak sedar dan bermimpi di siang hari akan keadaan dunia zaman sekarang. So, apa lagi!! Bangunlah weyh!! Kita ni adalah umat akhir zaman kalau nak tau!!

Secara terus terang hendak aku mengatakan, negara kita, eyh silap, bukan hanya sekadar negara kita saje, malah seluruh dunia sekarang ni sedang sakit. Bukan sahaja sakit disebabkan ekonomi, tetapi sakit daripada akhlak dan sahsiah yang begitu teruk sekali. Sakit tenat la senang cakap. Semoga kejadian tanah runtuh ini dapat memberi iktibar terhadap segolongan di antara kita, jangan disebabkan runtuhnya akhlak yang dilakukan oleh kita menyebabkan bencana alam kepada orang-orang yang tidak berdosa. Hayati diri dan insafi peribadi, semoga kita berada di kalangan orang-orang yang beriman, insyaAllah ;)

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum (bangsa) melainkan kaum itu sendiri mengubah nasibnya” (Ar-Ra’d:11)


p/s: Ubah negara atau ubah kerajaan?? hekhek.. ;p

Read more...

Rasulullah & Pengemis Buta

>> Wednesday, December 10, 2008


Di sudut pasar Madinah ada seorang pengemis Yahudi buta yang setiap harinya selalu berkata kepada setiap orang yang mendekatinya. "Wahai saudaraku, jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya maka kalian akan dipengaruhinya"

Namun, setiap pagi Muhammad Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawakan makanan dan tanpa berucap sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis sedangkan pengemis itu tidak mengetahui bahawa yang menyuapinya tu adalah Rasulullah SAW. Rasulullah SAW melakukan hal ini setiap hari sampai beliau wafat.

Setelah wafatnya Rasulullah SAW, tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari sahabat terdekat Rasulullah SAW yakni Abu Bakar R.A. berkunjung ke rumah anaknya Aisyah R.A. yang tidak lain tidak bukan merupakan isteri Rasulullah SAW dan beliau bertanya kepada anaknya itu.

"Anakku, adakah kebiasaan kekasihku yang belum aku kerjakan?"

Aisyah RA menjawab, "Wahai ayah, engkau adalah seorang ahli sunnah dan hampir tidak ada satu kebiasaannya pun yang belum ayah lakukan kecuali satu saja"

"Apakah Itu?" tanya Abu Bakar RA.

"Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke hujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang ada disana" kata Aisyah RA.

Keesokan harinya Abu Bakar RA pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikan kepada pengemis itu. Abu Bakar RA mendatangi pengemis itu lalu memberikan makanan itu kepadanya.

Ketika Abubakar RA mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil menghardik, "Siapakah kamu?"

Abu Bakar RA menjawab, "Aku orang yang biasa (mendatangi engkau)"

"Bukan! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku" bantah si pengemis buta itu

"Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut,setelah itu ia berikan padaku" pengemis itu melanjutkan perkataannya.

Abubakar RA tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu "Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu. Aku adalah salah seorang dari sahabatnya,orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW"
Seketika itu juga pengemis itu pun menangis mendengar penjelasan AbubakarRA, dan kemudian berkata "Benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia"

Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat di hadapan Abubakar RA. Saat itu juga dan sejak hari itu menjadi Muslim.

“Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu terdapat contoh ikutan yang baik bagi kamu, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah s.w.t. dan (balasan baik) hari akhirat serta dia pula menyebut dan mengingati Allah s.w.t. banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).” (Surah al-Ahzab, ayat 21)

p/s: Sungguh mulia apa yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.

Read more...

Jokes Of The Day ;D

>> Tuesday, December 9, 2008

1)Satu hari Pak Pandir dipanggil ke sekolah kerana anaknye telah didapati meniru di dalam peperiksaan..

Cikgu: Anak pakcik telah didapati meniru seorang murid yang bernama Faizal sewaktu menjawab kertas pepriksaan tadi..
Pak Pandir: Apa buktinya Cikgu kata anak saya meniru?
Cikgu: Ok, untuk soalan 15, Faizal telah menjawab "saya tak tahu"
Pak Pandir: Oh! tapi itu belum cukup bukti mengatakan anak saya meniru, cikgu..
Cikgu: Betul tu pakcik, tapi anak pakcik telah menjawab "kalau Faizal tak tahu, saya lagi tak tahu"

2)Alkisah seorg anak pompuan yang baru masuk tadika bertanya kepada mummynya..

"Mummy, mummy? sex tu apa Mi?" Terkedulah si ibu

Terasalah akan kemodenan zaman skrg yg berjaya membuatkan manusia berfikiran lebih terbuka. Sesuai dgn konsep pendidikan seks yg sedang hangat diperkatakan, mulalah si ibu mencari jawapan yg sesuai utk anaknya dengan harapan anaknya takkan tertinggal dlm arus pendidikan sejagat.

Maka si ibu pun mula memberikan jawapan mengenai apa itu sex dengan perumpamaan antara kumbang dan bunga, diikuti dengan pembentukkan bayi dalam kandungan? dan diselitkan juga dengan kisah percintaan antara mummy dan daddynya dari zaman universiti lagi sehinggalah dgn kehadiran si comel iaitu anak gadisnya yg bertanya itu.. Tiba-tiba si anak menangis teresak2.. Si ibu kehairanan dan bertanya. Si anak menjawab dlm tangisan..

"Jawapan mummy tu panjang, ruangan jawabannya pendek saja ni..." seraya meyerahkan buku latihan yang tertulis kat depannya (cover)..

NAME:...........
SEX:............
Class:..........
Subject:.....

3)seorang lelaki yang kudung kakinya,tangannya bercangkuk dan bermata satu hadir dalam temuduga untuk menjadi lanun.

Penemuduga: Bagaimana kaki kamu boleh kudung?
Lelaki: Cedera ketika perang dunia kedua.
Penemuduga: Kenapa tangan kamu bercangkuk?
Lelaki: Terpotong dengan pisau besar!
Penemuduga: Mata kamu pula?
Lelaki: Suatu hari ketika hujan saya mendongak kelangit, lalu ada seekor burung menjatuhkan tahinya ke mata saya.
Penemuduga: Adakah kerana itu mata kamu rosak dan hanya tinggal sebelah?
Lelaki: Bukan itu sebabnya, mata saya terkeluar selepas menggunakan cangkuk untuk menyapu najis burung itu.

4)Suatu hari...seorang suami baru pulang dari meeting (sebenarnyer dating) dan melihat isterinya menangis teresak2...

Suami: Nape ni yang?
Isteri: Sudahla bang, lepaskan saje saya ni!!
Suami: Eh, nape awak cakap camtu lak??
Isteri: Saya tahu, awak ade jumpe pompuan len kan?
Suami: Eh, apa awak ckp ni??
Isteri: Sudahla bang, sumenye da tebukti. Ade pompuan yang jawab tepon mase saya call awak, dah banyak kali..
Suami: Eerr.. aaa... ba.. baik la.. abang mengaku, abang ade pompuan len, tapi ape yg pompuan tu cakap kt awak?
Isteri: Huh! nyampah! mentang-mentang saya tak tau omputeh, tapi saya ade hafal ape yg dier cakap..
Suami: Dier cakap ape?
Isteri: Dier cakap "The number u have call cannot be reached at this moment, please try again" asal saya tepon je, dier ckp camtu, da tak reti cakap melayu.

5)When RM1 meets RM50..

Duit seringgit telah bertemu dengan lima puluh ringgit dan bertanya:
"Oit,lama tak nampak, mana ko pergi?"

Lima puluh ringgit menjawab "Aku pergi merata tempat. Pergi stadium tgk bola, Naik STAR Cruise, gi KK naik AirAsia, lepak One Utama, konsert AF, Malaysian Idol.. tempat2 cam tuh lah. Eh, ko camner lak?"

Duit seringit menjawab perlahan seraya menunduk, "Hmm..biasa lah.. Balik-balik tempat sama.. surau, masjid, surau.."

Moral: Dermalah banyok skit.. tapi biar ikhlas..hehehe ;p

"Laughter Is The Best Medicine"


p/s: hakhakhak!! ;D

Read more...

Bila Kita Sayang Orang Tu

Bila kita sayang orang tu
Kita terima je apa yg orang tu kata
Tapi bila dia kata kat kita?
Hati kata takpe manusia tak perfect..

Bila kita sayang orang tu

Kita tunggu dia lame pun takpe
Tapi bila dia tunggu kita dia marah-marah,
Hati kata ala adatlah,
ada yang menununggu & ditunggu..

Bila kita sayang orang tu

Kita tak tidor pun takpe,
Layan dia yg tengah bosan,
Tapi bila kita bosan ada dia layan kita?
Hati kata takpe dia busy kot..

Bila kita sayang orang tu

Kita gadoh dengan dia, kita diam je
Tapi dia heboh 1 dunia
Hati kata takpe, dia tension tu..

Bila kita sayang orang tu

Kita call nak cakap ngan dia
Tapi dia bagi phone kat orang laen
Bila jadi camtu, takpe
Hati kata, takpe, layan je, kawan dia, kawan kita gak..

Bila kita sayang orang tu

Kita bercerita dgn dia
, ibarat cerita ngan tunggul lagi baik
Tapi bila dia bercerita ngan kita
Kita dengar, sepatah-sepatah kite ingat
Hati kata takpe sayang la katakan..

Bila kita sayang orang tu

Kita dan dia lapar
Tapi kita bagi sume roti kita kat dia
Hati kata, ala jagalah hati dia, sian dia..

Bila kita sayang orang tu

Kita sanggup bagi dia rest bila dia letih,
Tapi bila kita letih, dia suruh jugak kita layan dia bila dia bosan
Adil ker macam tu?
Hati kata, ala bukan selalu pun..

Bila kita sayang orang tu

Kita jadi cam orang gila apabila dengar dia sakit,
Tp bila kita tengah sakit,
Dia siap kuar ngan kawan-kawan dia meraikan hari kesakitan kita,
Hati kata, ala takpe, tak kn dia nak berkepit ngan kita 24 jam..

Bila kita sayang orang tu

Kita tak pernah pentingkan diri sendiri
Tapi dia hipokrit tahap gaban
Hati kata takpe, dia memang camtu kene lah terima..

Bila kita sayang orang tu

Kita tak sanggup tengok dia derita
Tapi dia tak pernah hargai diri kita,
Hati kata, tau tak betapa kita sayangkan dia??

Bila kita sayang orang tu

Kita sanggup tinggalkan dia selama-lamanya
Untuk dia bahagia
Tapi adakah dia tahu pengorbanan yang kita lakukan itu??

p/s: credit to saiful amir ;)

Read more...

Satu Hari Di Hari Raya...

Salamz Alaik!!

Setelah 2 hari beraya sakan di kampung halaman tercinta, iaitu Kampung Felda Bukit Senggeh, Nyalas, Melaka. Akhirnya aku kembali untuk mem'blog'ing di rumah, maklumlah kat kampung tak de internet, kalau tak memang kat sane pun aku layan blogging jugak la, hekhekhek.. Takpe, okla jugak tak de internet, boleh layan saudara mara yang ada di kampung, iyela nak jumpe dyeorang ramai-ramai pun time raye je la, baru meriah sedikit, lalala~

Apa yang best raya haji kali ini?? Errmm.. Haaa.. Family aku 7 anak beranak melakukan ibadah korban! Dan korban tersebut dilakukan di belakang rumah atuk aku. Alhamdulillah seekor lembu berjaya ditumbangkan ;) Liat jugak lembu seekor nak jatuh, dah la hujat lebat jugak mase tu.. huu~ So di sini aku ada video eksklusif untuk anda semua sewaktu lembu ini dikorbankan, hayatilah ;)



Ape-ape pun segalanya berjalan dengan sempurna tanpa sebarang kecederaan dan cacat cela. Semua orang bergembira pada hari itu kerana berjaya melakukan ibadah yang dituntut oleh Allah. Daging lembu tersebut dibahagi-bahagikan kepada semua orang kampung dan kami sekeluarga hanya boleh mengambil 1/3 bahagian sahaja, tapi besar jugak tuh.. Pada petang tu kitorang semua saudara mara buat barbeque!! Antara menu utamanya adalah ayam, sausage, udang, kentang dan juga daging lembu yang kitorang sembelih, ngee.. Sedap dimakan sehingga menjilat jari!! ;)

Dan dikesempatan ini juga aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha untuk semua pembaca blog aku!! ;) Di sini aku menyediakan gambar sepanjang aku duduk kat kampung selama 2 hari ini untuk tatapan anda semua, enjoy ;)




p/s: jumpe lagi tahun depan!! ;)

Read more...

Erti Sebuah Pengorbanan

>> Saturday, December 6, 2008

Salamz Alaik!!

Setelah setahun ia meninggalkan kita, maka tirai aidiladha akhirnya muncul semula. Dengan tarikh yang sama yakni 10 Zulhijjah pada tiap-tiap tahun hijrah, cuma hari dan juga pengalaman sahaja yang akan menjadi berlainan pada setiap tahun. InsyaAllah pada hari Isnin ini, umat Islam di seluruh Malaysia akan menyambut salah satu hari yang paling besar, keberkatannya sebenar lebih besar daripada aidilfitri, nak tau ape hari tu?? sudah semestinya Hari Raya Aidiladha!! Alhamdulillah, dapat juga aku bertemu kembali dengan hari yang penuh dengan makna sejarah dan pengorbanan ini...

Seperti yang kita sedia maklum, kedatangan aidiladha ini bukanlah disengajakan, lebih-lebih lagi menyimpang daripada kebetulan semata-mata, sebab ia mempunyai peristiwa sejarah pengorbanan yang teramat penting dalam sejarah Islam. Selalunya apabila dikatakan tentang aidiladha, mesti ia sinonim dengan peristiwa Nabi Ibrahim a.s. dan juga anaknya Nabi Ismail a.s. Betul tak?? Tetapi sebenarnya ia lebih daripada itu, kerana aidiladha ini merupakan gambaran simbol kasih sayang yang kukuh antara seorang nabi kepada Tuhannya, seorang ayah kepada anaknya, seorang suami kepada isterinya dan juga seorang ibu kepada anaknya.

Peristiwa yang pertama kita dapat lihat adalah apabila Nabi Ibrahim a.s. diperintahkan oleh Allah agar meninggalkan isterinya Siti Hajar dan anaknya Nabi Ismail a.s. di padang pasir yang tandus. Dan dari situ Siti Hajar terpaksa berlari dari gunung Safa ke Marwah untuk mendapatkan bekalan air untuk anaknya Ismail yang kehausan, dan dengan mukjizat daripada Allah, akhirnya Nabi Ismail menghentakkan kakinya ke tanah dan terhasilnya air zam-zam. Padang pasir yang tandus itu juga telah menjadi tumpuan buat umat Islam zaman sekarang untuk menunaikan haji yakni Makkatul Mukarramah atau nama dahulunya Bakkah.

Peristiwa kedua ni pulak sudah biasa kita dengar, tetapi ia amat penting dalam sejarah kerana bermulanya ibadah korban bagi umat Islam, yakni ujian Allah kepada Nabi Ibrahim a.s. kepada agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Tanpa ragu-ragu lagi Nabi Ibrahim menyahut seruan Allah walaupun masyarakat pada waktu itu mengatakan bahawa baginda gila. Dengan rahmat Allah yang Maha Kuasa, maka akhirnya Allah gantikan anaknya dengan kibash untuk dijadikan sembelihan. Ya Allah, kalau aku yang diberi ujian sebegitu pun aku tak sanggup melakukannya. Sungguhlah benar bahawa Allah tahu setiap perkara yang dilakukanNya.

Nabi Ismail a.s. berkata: "Hai bapaku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu, insya-Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar.'' (Ash-Shafaat:102)

Kita perlu tahu dan sedar bahawa erti sebuah pengorbanan pada hari aidiladha bukanlah hanya sekadar sembelih lembu ataupun dapat mengerjakan haji di Baitullah sahaja. Banyak lagi yang kita dapat ambil iktibar lebih-lebih lagi daripada peristiwa yang aku ceritakan sebentar tadi. Dalam setiap pengorbanan itu perlulah ada usaha, doa dan tawakal. Dalam setiap pengorbanan itu memerlukan kecekalan dari segi mental dan fizikal. Dan dalam setiap pengorbanan itu juga tiada kenal erti putus asa dalam kamus hidupnya. Apabila kita melakukan suatu pengorbanan tidak kiralah untuk diri sendiri, keluarga, pakwe awek, ataupun sesiapa, kita haruslah terima segala keputusannya dengan tabah. Life is not an adventure without taking any risk!


Lagi satu perkara, macam yang aku cakap pada awal artikel aku tadi, pengertian sambutan aidiladha ini adalah lebih bermakna daripada sambutan aidilfitri. Tetapi yang kita boleh nampak kita terlalu ghairah dalam persiapan sambutan aidilfitri tetapi untuk aidiladha neyh buat rilek2 jep, macam tak ada apa-apa yang berlaku langsung. Aku tertarik dengan temuramah Jimmy Shanley dengan Ustaz Akhil Hayy dalam rancangan Trek Selebriti masa raya hari tu, tak silap perbualan diorang berbunyi begini:

Jimmy: So ustaz, apakah persiapan untuk menyambut aidilfitri yang bakal menjelang tiba ini??

Akhil Hayy: Saya sebenarnya tidak melakukan banyak sangat persiapan kerana saya melebihkan aidiladha daripada aidilfitri. Seperti yang kita tahu keberkatan aidiladha itu lebih luas, tetapi saya tetap menyambut aidilfitri ini dengan sesederhana yang mungkin.

Aku yang tengok tu tergelak je lepas Jimmy kene ceramah balik dengan Ustaz Akhil Hayy, hekhek. Tetapi memang betul bahawa kita sebenarnya tersilap kerana melebihkan aidilfitri daripada aidiladha. Cuba kita lihat perbandingannya:

Pertama: Kita dituntut bertakbir membesarkan Allah hanya dalam lingkungan 12-14 jam sahaja pada hari Raya Aidilfitri sedangkan tempoh takbir Hari Raya Korban ialah 4 hari lamanya.

Kedua: Kita diharamkan berpuasa 1 hari sahaja (I Syawal) pada Aidilfiri tetapi kita diharamkan berpuasa selama 4 hari lamanya (10 Zulhijjah dan 3 Hari Tasyriq iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah)pada hari raya Korban.

“Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah s.w.t. pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah s.w.t. sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan.” (Hadis riwayat At-Tirmizi)


Oleh itu, kepada semua pembaca yang aku amat hargai sekalian, jadikanlah aidiladha pada tahun ini sebagai titik permulaan untuk kita mengambil iktibar dan keberkatan daripada Allah s.w.t. Semoga kita semua dapat menikmati apa yang dinamakan erti sebuah pengorbanan...

p/s: tak sabar nak balik kampung, ngehee.. ;)

Read more...

Tag Your It : 2

Apabila kita sudah di tag, maka kita sebagai blogger haruslah melaksanakan tanggungjawab untuk menjawab kembali tagnye,makaseh kepada sepupuku ainil nazmin yang tag aku, huu~


1. If your love betrayed you, what will your reaction be?
Jodoh pertemuan di tangan Allah ;)

2. If you can have a dream come true, what would it be?
Menjadi penghuni di syurga Allah ;) tapi masih banyak lagi amalan yang perlu ditambah..

3. Whose butt would you like to kick?
tak baek sepak-sepak orang.. hekhek.. ;D


4. What would do with a billion of dollars?
Menunaikan haji di Mekah, eceyh.. ;) pastu selebihnya buat la ape yang patut.. beli kete ke.. huu~


5. Will you fall in love with your bestfriend?
Macam aku cakap, jodoh pertemuan di tangan Allah ;)


6. Which is more blessed, loving someone or being loved by someone?
Menyayangi dan disayangi merupakan satu kenikmatan ;)


7. How long do you intend to wait for someone you really love?
Sampai habes blajar, ngehehe.. ;)


8. If the person you secretly like is already attached? What will you do?
Rilek-rilek sudeyh.. Bunga bukan sekuntum, huu~


9. If you like to act with someone, who will it be? Your gf/bf or an actor/actress?

Nak ngan heliza bereh boleh? huahuahua..

10. What takes you down the fastest?

Foods!!

11. How would you yourself in ten years?

Seorang yang berjaya dunia an akhirat, insyaAllah ;)

12. What is your fear??
My fear is only One, Allah subhanahu wataala..

13. What kind of person do you think the person who tagged you is?

Sepupu aku neyh adalah seorang yang kepoh, hakhak!

14. Would you be single and rich or married but poor?
Married and rich ;)


15. What's the first thing you do when you wake up?
Bace doa bangun tidur, ngehee.. ;)


16. Would you give all in a relationship?

Kalau dah kawen insyaAllah i will give all that i have got ;)

17. If you fall in love with two people simultaneously, who would you pick?

hakhakhak...

18. Would you forgive and forget no matter how terrible a thing the someone has done?
Memberi kemaafan adalah yang terbaik walaupun sukar dilakukan, tapi hendak melupakannya adalah sukar..

19. Do you prefer being single or having a relationship?

Nak kawen!! tapy kene habes blajar dulu.. huu~

20. List 5 people to tag
Aisya Azam
My Farish
Nanee
Hidayah Idris
Tnoe

p/s: Selesai sudah lagi satu tag.. ;) ngarut2 jep.. huahuahua..

Read more...

Jom Promote!!

Salamz Alaik!!


Alhamdulillah, semakin hari semakin ramai pengunjung yang bertandang ke blog aku yang tak seberapa ini, ngee~ terima kasih kepada semua yang menjadi pengunjung setia blog aku!! Aku amat menghargainya.. Dan juga terima kasih kerana menjadi sahabat setia khalifmujahid ;)

So, di sini aku hendak melebarkan sayap blog aku neyh agar lebih ramai lagi pengunjung yang dapat hadir ke blog aku. Secara officialnya gambar di atas merupakan banner untuk blog aku!! Tepuk tangan!! ngee.. Design yang simple ini adalah hasil daripada tuan punye blog sendiri dan terima kasih kepada saudara my farish kerana membantu aku untuk membuat linknye ;)

Untuk mendapatkan link untuk mempromote blog aku anda semua boleh ambil di ruangan jom promote! yang terletak di sebelah kanan page aku kayh. Jadi jika anda rasa blog aku neyh bagus untuk tatapan masyarakat, janganlah segan2 untuk mempromote kayh!! Segala kerjasama anda amat dihargai ;)

"Kejayaan adalah milik insan biasa yang berusaha secara luar biasa!"

p/s: kejarlah akhirat maka dunia akan mengikutmu jua.. ;)

Read more...

Ketika Kita Membuat Dosa

>> Friday, December 5, 2008

Salamz Alaik!!

"Allah hendak memberikan keringanan kepadamu dan manusia dijadikan bersifat lemah" (An-Nisa':28)

Ketika kita membuat dosa, tidak kira dosa itu sebesar cakerawala ataupun sekecil zarah. Adakah kita sedar akan segala perlakuan kita ini?? Kadangkala mungkin kita tidak tahu pun bahawa apa yang kita tengah lakukan itu dosa atau tak, taram aje kan... Itulah apa yang akan terjadi apabila nafsu telah menyelubungi diri ditambah pula dengan acuan bisikan syaitan, maka sebab itulah kadang-kadang kita tidak sedar bahawa sesetengah aktiviti yang kita lakukan itu sebenarnya berdosa di sisi Allah walaupun di mata masyarakat nampak macam tak ada apa-apa pun. Ya Allah! Sungguh hinanya hambaMu yang seorang ini, sering kali melakukan dosa tidak kira masa dan tempat, walaupun sudah beribu kali mengucapkan kata taubat, tetapi masih lagi diselubungi dengan dosa-dosa..

Memang tidak dapat dinafikan bahawa semua di antara kita pernah melakukan dosa, kerana Allah sudah menyatakan di dalam Al-Quran yang kita manusia ini diciptakan lemah dan tidak sempurna kecuali Rasul Junjungan Mulia, Nabi Muhammad S.A.W yang memang maksum dari segala dosa. Itupun setelah dicuci hatinya beberapa kali baru hatinya bersih dari segala dosa. Kalau nak dibandingkan dengan diri kita ini, yang hati tidak pernah dicuci langsung, mesti lagi berlambak dosa yang kita lakukan sepanjang hayat kita ini.


Sebenarnya kalau nak diikutkan, setiap malam kita perlu melakukan solat taubat, kerana apa?? Sebab setiap hari kita sudah bergelumang dengan dosa-dosa walaupun kita tidak mahu ataupun tidak sedar yang kita telah melakukannya. Itulah termasuklah zina mata dan yang paling kita tidak sedar adalah zina hati. Contohnya, apabila kita melihat atau terlihat wanita yang tidak bertudung, itu adalah zina mata. Apabila terdetik ataupun memang niat di hati kita untuk melakukan perkara yang tidak elok, itu adalah zina hati. Nampak tak apa yang aku cakap?? Setiap hari kita membuat dosa!!

Oleh itu janganlah terlalu taksub dan mengatakan bahawa kita ini tidak pernah sesekali pun melakukan dosa. Pastu nak menyibuk dan mengumpat terhadap perlakuan dosa orang lain, tengok tu, mengumpat ataupun bercakap belakang itu dosa, tapi berapa ramai di antara kita yang melakukannya. Fikir terhadap dosa dalam diri dulu sebelum kita melihat dosa orang lain. Biarlah Allah sahaja yang mengadili setiap dosa-dosa yang kita lakukan. Apa yang kita perlu buat adalah taat akan perintahNya dan meninggalkan laranganNya serta menjadi khalifah Allah di muka bumi! Itu adalah tugas kita!

Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi." Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui."
( al baqarah : 30)


p/s: banyakkan berdoa agar kita terhindar dari segala kemaksiatan dan tergolong dalam orang-orang yang beriman, insyaAllah..

Read more...

Cool Street Art!!

>> Wednesday, December 3, 2008








p/s: Ini baru namanye vandalisme bermaruah.. hekhek.. ;D

Read more...
Related Posts with Thumbnails

  © Blogger templates Romantico by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP