Pesan Opah

>> Saturday, April 17, 2010

Betul maksud bidalan orang-orang tua..

Sebab pulut santan binasa,
Sebab mulut badan binasa..

Teringat pesan opah,
pesannya pada kami anak-anaknya,
menganga dulu sebelum berkata-kata,
Rasionalnya cuba anda nganga dulu sebelum bercakap,
Anda akan terasa ada gerakan dari kiri dan kanan kepala,
Iaitu berhampiran dengan cuping telinga,
Secara automatiknya otak akan digerakkan untuk berfikir,
Oleh itu,
BERFIKIR DULU SEBELUM BERCAKAP~

Tambah pesan opah lagi,
Mulut kamu harimau kamu,
Maksudnya setiap kata-kat yang keluar dari mulut anda,
akan digunakan kembali oleh musuh-musuh anda,
untuk membinasakan anda kembali~

Pesan opah pula,
Jangan tinggalkan solat 5 waktu dengan sengaja,
Hanya orang-orang yang sujud sahaja,
mendapat bekalan darah yang mencukupi,
untuk masuk ke dalam otaknya~

Oleh itu hati-hati dalam berkata-kata,
gunakan otak serta nikmat akal fikiran dengan sebaiknya,
InsyaAllah akan menjadi insan yang lebih berakhlak mulia~

p/s: Akal membezakan manusia dengan haiwan ;)

Read more...

10 Laptop Tercanggih!


10. The Million Dollars Laptop
Luvaglio pencipta barang barang mewah yang bertapak di UK telah mencipta laptop pertama bernilai jutaan dolar. Keterangan lengkap tentang spesifikasi laptop belum direlease pada saat ini, tetapi diketahui bahawa ia memasukkan 17 “lebar skrin LED yang direka khas anti-glare coating reflektif untuk gambar yang jelas dan terang. 128GB Solid State Disk dan slot loading Blue-Ray drive. Ada sebuah peranti pembersih layar yang berintegrasi dan berlian berwarna yang jarang ditemui yang juga berfungsi sebagai butang power ketika ditempatkan ke dalam laptop, dan juga bertindak sebagai pengenalan keselamatan.



9. Orkin’s Rolltop


Orkin’s Rolltop ialah “Notebook” yang mempunyai dengan skrin LED yang fleksibel yang juga multitouch bagi mereka yang gila dengan iPhone. Apabila dibuka, Notebook ini akan menjadi sebuah 17 ” flatscreen. Tetapi juga dapat dilipat menjadi 13″ jika diperlukan. Yang pasti ianya portable giler yang senang di bawa untuk melepak di kedai mamak :)




8. Datamancer’s Steampunk Laptop


Mungkin seperti kotak musik dari zaman dulu, tapi didalamnya sebenarnya adalah Hewlett-Packard ZT1000 yang dibuat dari kerangka kayu ukir yang dapat mengoperasikan Windows XP dan Ubuntu Linux. Memberikan ciri-ciri yang rumit di bawah clockworks skrin kaca, kunci , kaki kayu, sebuah keyboard antik tembaga dan disesuaikan dengan network card. Laptop ini di ‘on’kan dengan menggunakan kunci antik . Di buat dari bahagian-bahagian jam antik. Sesuai untuk pencinta barangan antik dan klasik. Retro habis ni beb..




7. Thinkpad Reserve Edition


Untuk sesiapa yang suka dengan touchscreen. canggih kan?




6. Ergonomic Dual Screen Split Keyboard Notebook


Apa yang luar biasa dari laptop ini tidak hanya keyboard ‘erpecah dua untuk memberikan ruang lebih pengguna komputer untuk menyesuaikan tangan mereka, tetapi ia memiliki LCD kedua tersembunyi di bawahnya. Sebuah idea yang fantastik. Skrin kedua bekerja dengan skrin pertama – yang memberi pengguna fitur “drag and send” untuk membuka window atau program. Dapat bertindak secara independen sebagai input dari stylus untuk mencatat, melukis, dan hal-hal lain. Hal ini membuat EDSSKN yang luar biasa tidak hanya bermanfaat bagi penulis dan blogger, tapi seniman dan designer juga bro!




5. Girly Laptop


Sebut betul-betul, bukannya 'geli' laptop. Dari design dan warnanya kita tahu laptop khas ini untuk wanita tetapi lelaki yang suka warna pink pun boleh juga kalau nak pakai. Sesuai untuk wanita yang suka kelihatan feminin , mungkin HP akan mula menjual laptop ini pada tahun ini. Sesuai juga untuk si macho hahaha




4. Canova’s Dual Screen Laptop


Dual Touch Screen Laptop dari Canova ini adalah design notebook yang sangat sangat kreatif. Ciri-ciri notebook ini adalah dual display dengan layar sentuh yang sensitif, buku gambar, musik , kertas grafik, pena elektronik dan perangkat keras khusus untuk melancarkan fungsinya. Malangnya, ini hanya dijual di Itali dan Australia jer. Macam ebook jer aku tengok, sesuai untuk IM.




3. Fujitsu’s DJ Laptop


Fujitsu’s DJ Laptop, memiliki layar LCD 20-inch utama dengan mudah dilipat ditutup untuk mengaktifkan fungsi turntable, yang dapat diakses melalui layar sentuh yang sensitif di bahagian luar. Laptop ini memungkinkan Anda memilih semua trek kegemaran anda. Glamer beb kalau DJ guna ini termasuk DJ pada majlis kenduri kahwin.




2. TYPE-N01 Emergency Laptop


NEC telah bekerja sama dengan Takara untuk menciptakan laptop yang mana semua token stiker, label, dan bahkan wallpaper yang membuat perangkat ini serupa dengan yang terlihat di makmal filem Duke Nukem. Di kiri dan kanan skrin 15.4 inci ialah “Tombol Darurat”, yang akan men-shutdown laptop apabila di saat kecemasan. Tapi jangan salah guna untuk melayari website porno kemudian tekan tombol apabila hampir nak terkantoi hahaha.




1. 2015 Compenion Laptop


Felix Schmidberger mereka sebuah laptop untuk tahun 2015 dengan layar sentuh OLED. Komputer itu sendiri memiliki OLED touchscreen. Mirip dengan PDA atau iPhone. Skrinya adalah slider,dapat dipindahkan ke depan untuk membuka touchscreen OLED kedua di bawah, yang mana terdapat keyboardnya seakan 2 monitor. Ini jadi juara karena ke’portable-an’nya (haha bahasa aku..)

Read more...

Destinasi Terakhir~

>> Thursday, April 15, 2010

Bismillahirrahmanirrahim~

First of all, let me say this to all my readers, bloggers, fans, followers & all my beloved ones...

I AM SO SORRY GUYS!!

Okayh, da mintak maap, hehehe.. Bukannye ape, sebab aku da lame tak meng'hupdate' blog aku yang sedia berhabuk neyh, sian blog aku.. Mesty dye pun sedeyh kenape la aku da lame tak gune die kan sebagai medium pengantara dakwah & tarbiyyah kepada semua orang, sorry kayh Encik Blog, huhu~

Bercakap mengenai destinasi, mesty korang ada lokasi ataupun tujuan yang nak korang nak pergi untuk merealisasikan impian yang terbuka di hati korang. Tak kisah la sama ada nak melancong, ataupun sambung study kat oversea, or maybe nak pergi melaksanakan hajat kecil & besar kat dalam toilet, hehe.. Dan itulah yang dinamakan destinasi. Tapi tanpa kita sedar, there are more important destination yang patut ada dalam diri setiap mereka yang dinamakan makhluk Allah, iaitu destinasi terakhir yang dinamakan Syurga & Neraka~

Kalau la ade buat survey kepada semua penduduk di merata bumi ini, yang soalannya berbunyi begini:-

Lepas korang mati, korang nak masuk mane?
A) Syurga B) Neraka

Aku pasti kalau ditanya seratus juta orang sekali pun, tak mungkin la dyeorang akan bulatkan jawapan B punye la, kecuali kalau orang tu terlebeyh 'hebat' sampei tak takowt langsung dengan azab api neraka en, huhu~ dan sudah pasti A merupakan pilihan muktamad kepada semua insan tidak kira apa jantina, bangsa ataupun agama yang dianuti.. Sape tak nak masuk Syurga weyh! hoho~

Tapi bila difikirkan kembali, berapa kerat je mereka di sana yang berusaha untuk menuju ke Syurga? Cukupkah amalan kita untuk bergelar penghuni taman-taman syurga? Sedangkan setiap hari kita bergelumang penuh dengan dosa & maksiat dalam kita sedar ataupun tidak. Sesungguhnya tiada istilah free of charge untuk masuk Syurga, tetapi ia perlu dibayar dengan segala amal ibadah kita yang ikhlas hanya untukNya..

So, apa yang penting?? Eyh macam wonderpets la pulak en, hehe.. Banyakkanlah bertaubat & berdoa agar Allah dapat memberi petunjuk & hidayah dalam memudahkan perjalanan ke destinasi terkahir kita kelak~ Peringatan untuk semua dan juga diriku jua ;)

"Tidak akan masuk syurga orang yang didalam hatinya terdapat kesombongan walau hanya sebesar zarah" (Hadis Riwayat Muslim)


p/s: Setiap makhluk Allah pasti ada destinasi mereka, dan pastikan destinasi terakhir kita itu adalah Syurga yang kekal abadi, insyaAllah ;)

Read more...

Pengorbanan Pejuang-Pejuang Allah


Inilah jalan yang ditempuh oleh Ulama'-Ulama' sebenar dalam menegakkan agama Islam~


Imam Syafie
Tangan dan kakinya dirantai lalu dibawa menghadap pemerintah dan hampir-hampir dipancung kerana dituduh Syiah dan pemecah belah masyarakat

Imam Hanafi
Ditangkap, dipenjara, disebat, diseksa dan dipaksa minum racun oleh pemerintah lalu meninggal dunia kerana tidak bersetuju dengan dasar-dasar pemerintah

Imam Maliki
Disebat dengan cemeti lebih kurang 70 kali sepanjang hayatnya oleh pemerintah kerana sering mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan kehendak pemerintah

Imam Hambali
Dipenjara oleh pemerintah dan dirotan belakangnya hingga hampir terlucut kainnya kerana mengeluarkan fatwa yang bertetangan dengan kehendak pemerintah. Pemerintah menganggap diri mereka lebih betul daripada Ulama'

Sufyan At-Thauri
Seorang wali Allah yang termahsyur. Ditangkap tanpa bicara kerana berani menegur kesalahan khalifah dan dihukum gantung tetapi sewaktu hukuman dijalankan kilat & petir menyambar pemerintah dan menteri-menterinya lalu mereka mati tertimbus tanah.

Said b. Jubair
Seorang wali Allah yang dikasihi harimau. Dibunuh kerana didakwa memecah belahkan masyarakat, menentang kerajaan dan berkomplot untuk menjatuhkan pemerintah

Abu Yazid Al-Bustami
Wali Allah yang terkenal dengan pelbagai karamah. Dituduh sesat kerana ilmu agamnya lebih tinggi daripada pemerintah. Dihukum pancung oleh pemerintah tetapi tiada siapa berjaya memancungnya

Abul Husin An-Nuri
Wali Allah yang mampu menundukkan api. Ditangkap dan hampir dihukum kerana dia menentang tidakan pemerintah yang membenarkan minuman arak berleluasa dalam negara.

Imam Nawawi
Hampir-hampir dipukul dan telah dibuang negara oleh pemerintah kerana menegur tindakan pemerintah menyalahgunakn wang rakyat. Juga seorang wali Allah yang terkenal sepanjang zaman.

Hadis Abu Hurairah r.a katanya:Rasulullah s.a.w. bersabda: "Allah akan memberi jaminan kepada orang-orang yang keluar (berjuang) di jalan-Nya"

p/s: Hebat kan perjuangan dyeorang, so dapatkah kita mencontohi sifat & pengorbanan pejuang-pejuang terdahulu?? Fikir-fikirkanlah~

Read more...

Real Punye Sakit~ Adoii!!



p/s: Hargailah masa sihatmu sebelum kamu sakit~ ;)

Read more...

Al-Quran feat Math!

Dr. Tariq Al Swaidan menemukan beberapa ayat dalam Al-Quran yang menyebutkan satu hal yang sama dengan yang lain, iaitu jumlah kata-kata untuk laki-laki & perempuan adalah equal. Although ini masuk akal secara matematik, fakta mengejutkan adalah jumlah kali kata orang muncul dalam Al-Quran adalah 24 dan berapa kali muncul kata wanita juga 24, oleh kerana itu tidak hanya ini ungkapan yang benar dalam pengertian gramatikal tetapi juga benar secara matematik: 24 = 24.


Setelah analisis lanjut berbagai ayat, ia menemukan bahawa ini adalah konsisten sepanjang turunya Al-Quran, di mana ia mengatakan satu hal seperti yang lain. Lihat di bawah untuk mendapatkan hasil menakjubkan:-

Jumlah perkataan di dalam Al-Quran:
Dunia 115 = Akhirat 115
Malaikat 88 = Syaitan 88
Hidup 145 = Mati 145
Manfaat 50 = Korupsi 50
Manusia 50 = Rasul 50
Iblis 11 = Cara perlindungan dari Iblis 11
Musibah 75 = Terima Kasih 75
Sedeqah 73 = Kepuasan 73
Oranga yang disesatkan 17 = Orang Mati 17
Muslimin 41 = Jihad 41
Emas 8 = Kehidupan senang 8
Magik 60 = Fitnah 60
Zakat 32 = Barakah 32
Fikiran 49 = Cahaya 49
Tongue 25 = Sermon 25
Berani 8 = Takut 8
Public Speaking 18 = Publicising 18
Hidup susah 114 = Bersabar 114
Lelaki 24 = Perempuan 24

Dan yang lebih luar biasa!!
Laut = 32 perkataan, Tanah = 13 perkataan
Jika dicampur kedua-dua nombor tersebut 32+13 = 45
32/45 x 100 = 71.1111%
Tanah 13/45 x 100 = 28.8889%

Jika dikaitkan dengan ilmu sains & matematik moden, membuktikan air meliputi 71.111111% dari muka bumi, sedangkan tanah meliputi 28.8889%. Adakah suatu kebetulan? Tidak sama sekali wahai sahabat-sahabat. Siapa yang mengajar Rasulullah s.a.w. semua ini? Semestinya Yang Maha Pencipta kita yakni Allah s.w.t.

“ Suatu kitab yang ayat-ayatnya disusun dengan rapi serta dijelaskan secara teperinci yang diturunkan di sisi Allah Yang Maha Bijaksana lagi maha Mengetahui.” (Hud, ayat 1)


p/s: indahnya Al-Quran itu sendiri, tetapi lebih indah jika kita membaca serta menafsir apakah rahsia di sebalik setiap ayat Allah itu, sama-sama kita muhasabah diri agar menjadi insan yang sempurna di sisiNya, insyaAllah ^__^

Read more...

Pemuda Yang Jujur

Suatu malam, seorang pemuda datang ke sebuah restoran dan membeli beberapa ketul ayam goreng. Ia membawa ayam gorengnya ke taman, untuk dinikmati bersama kekasihnya di bawah sinar rembulan yang romantis. Ketika membuka bungkusan ayam goreng itu, pemuda itu terkejut. Bukan ayam yang didapatinya, melainkan wang hasil penjualan restoran itu sebanyak RM1000. Pemuda itu kemudian mengembalikan wang itu dan meminta ayam goreng sebagai gantinya.

Pemilik restoran, merasa kagum atas kejujuran si pemuda, menanyakan namanya dan mengatakan hendak menelefon wartawan Metro & TV3 agar membuat cerita tentang si pemuda. Ia akan menjadi pahlawan, sebuah contoh nilai kejujuran & moral yang akan menjadi contoh kepada yang lain!

Namun pemuda yang sedang lapar itu menolaknya.


Pemuda: Kekasihku sedang menunggu. Aku hanya inginkan ayam gorengku.

Pemilik restoran menjadi semakin kagum atas sikap si pemuda yang begitu rendah hati. Ia terus memohon agar diizinkan menceritakan kejadian itu kepada wartawan. Pada saat itulah si pemuda jujur menjadi marah dan meminta ayam gorengnya.

Pemilik Restoran: Aku tidak mengerti. Anda adalah satu-satunya pemuda jujur di tengah dunia yang tidak jujur! Ini merupakan suatu kesempatan yang baik untuk mengatakan kepada dunia bahawa masih ada orang-orang jujur yang mau bertindak benar. Saya mohon, beritahukan
nama anda dan juga nama wanita itu. Apakah ia isterimu?

Pemuda: Itulah masalahnya, isteriku ada di rumah dan wanita di dalam kereta itu adalah kekasihku. Sekarang berikan ayamku agar aku dapat pergi dari sini.



p/s: pada semua orang kat luar sane, jujur biar kene pade tempatnye, dan jujurlah pada isteri dan bakal-bakal isteri anda, terima kasih, ngee.. ;D

Read more...
Related Posts with Thumbnails

  © Blogger templates Romantico by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP