Pesan Opah
>> Saturday, April 17, 2010
Betul maksud bidalan orang-orang tua..
Sebab pulut santan binasa,
Sebab mulut badan binasa..
Teringat pesan opah,
pesannya pada kami anak-anaknya,
menganga dulu sebelum berkata-kata,
Rasionalnya cuba anda nganga dulu sebelum bercakap,
Anda akan terasa ada gerakan dari kiri dan kanan kepala,
Iaitu berhampiran dengan cuping telinga,
Secara automatiknya otak akan digerakkan untuk berfikir,
Oleh itu,
BERFIKIR DULU SEBELUM BERCAKAP~
Tambah pesan opah lagi,
Mulut kamu harimau kamu,
Maksudnya setiap kata-kat yang keluar dari mulut anda,
akan digunakan kembali oleh musuh-musuh anda,
untuk membinasakan anda kembali~
Pesan opah pula,
Jangan tinggalkan solat 5 waktu dengan sengaja,
Hanya orang-orang yang sujud sahaja,
mendapat bekalan darah yang mencukupi,
untuk masuk ke dalam otaknya~
Oleh itu hati-hati dalam berkata-kata,
gunakan otak serta nikmat akal fikiran dengan sebaiknya,
InsyaAllah akan menjadi insan yang lebih berakhlak mulia~
p/s: Akal membezakan manusia dengan haiwan ;)
0 komentar:
Post a Comment