Aku Membazir?? Tak Sedar Seyh...
>> Thursday, May 14, 2009
Sebenarnye kalo korang nak tau, sepanjang hidup korang neyh dah banyak mende korang membazir tau.. Membazir ape?? Itu kite akan tau pasneyh,ngee~ Menurut Ibnu Qayyim al-Jauziyah mengatakan ada sembilan pembaziran yang sering dilakukan manusia iaitu:
Ilmu pengetahuan - Membazir jika tidak diamalkan untuk jalan kebaikan.
Amalan - Membazir jika dilakukan tidak dengan hati yang ikhlas.
Kekayaan - Membazir jika dibelanjakan pada perkara yang tidak bermanfaat dan tidak diredai Allah.
Hati - Membazir jika kosong daripada kasih kepada Allah.
Tubuh badan - Membazir jika tidak digunakan untuk beribadah kepada Allah.
Cinta - Membazir jika dicurahkan kepada selain Allah atau melebihi cinta kepada-Nya.
Masa - Membazir jika tidak diurus sebaiknya.
Akal - Membazir jika tidak memikirkan sesuatu yang bermakna kepada agama.
Zikir - Membazir jika tidak memberi kesan kepada hati.
p/s: Peringatan untuk diri sendiri dan juga anda semua, so pasneyh kalo makan tak habes tu, janganla membazir eyp, hulur-hulur la kat meber yang tengah kelaparan tu,ngee~ ;D
0 komentar:
Post a Comment