Aku Melayu?

>> Saturday, July 25, 2009

Aku Melayu?
Mak aku kasi nama Ayu
Aku rasa malu
Aku tukar jadi Jen
Sebab, lebih glamour
Tak macam Ayu
nama Melayu, aku tak sebulu

Aku Melayu?
Cakap aku pakai; I-you, I-you
Saya-Awak, macam kampung gitu
Sori, not for me, I tak mahu
Kalau you hendak, up to you

Aku Melayu?

Makan dengan tangan gelilah...
I suka pakai sudu garpu
Dekat rumah bolehlah
Tapi kalau kat restoran, malu
Nanti semua orang tengok aku
Silap-silap diaorang kata,
I ni, gelojoh you...

Aku Melayu?
Orang Melayu, mata cokelat gelap...
I suka mata biru
I pakai kontak lens
Sekarang mata I dah jadi biru
Otak I pun terikut, ada sikit blue
Kalau ada orang ajak,
Anytime I mau

Aku Melayu?

Of course!, I'm a Melayu.
I masih makan belacan
Walaupun I prefer keju
I masih pakai kain sarong
Walaupun I prefer tak pakai baju
I masih sambut Hari Raya
(But that's because I don't know what else to do!)

Sekali lagi, I nak kasi you all tahu
I ni masih Melayu
Tapi bukan sebarang Melayu..

p/s: Pendapat korang?? ngeh3.. Aku melayu dan aku juga Islam, fikir-fikirkan dan selamat menjadi Islam sejati ;D

6 komentar:

erie July 25, 2009 at 9:04 AM  

orang macam ni elok rejam pakai batu
baru dia tahu dia org melayu
perangai buruk macam hantu
sampai otak jadi kelabu

jangan dok bangga ngan mat salleh nu
sbb depa x tahu malu
reti wat kacau sana situ
elok potong ja dia punya anu
baru dia tahu kita org melayu...

ok tak balasan dari aku
jangan marah wahai org melayu
aku cakap ikut nawaitu...
hehehe

Anonymous July 25, 2009 at 10:37 AM  

mane ko dapat ni muizz?

KhaliFmUjAhiD July 25, 2009 at 12:36 PM  

erie: ececeyh, kite ad pemuitis terbaru,hehe~

anonymous: ado la, ngeh3..

Unknown July 26, 2009 at 9:35 AM  

berbeza menjadi melayu dan menjadi islam....
melayu tak semestinya islam kan...
tapi sebagai melayu...ke mana hilangnya ada2 ketimuran kita...kan?

Anonymous July 30, 2009 at 9:27 AM  

saya bukan melayu tapi saya beragama Islam. dan saya menyenangi budaya melayu.

blog anda bagus... teruskan berkarya/menulis.

Anonymous August 15, 2009 at 8:07 PM  

pergghhh..
hasil nukilan yang bagus..

Related Posts with Thumbnails

  © Blogger templates Romantico by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP