Bidadari Untuk Umar R.A.
>> Monday, July 20, 2009
Umar r.a. adalah salah satu dari sahabat Rasulullah s.a.w. Semenjak ia memeluk Islam kaum muslimin seakan memperoleh suatu kekuatan yang sangat besar. Sejak itulah mereka berani solat & tawaf dikaabah secara terang-terangan. Umar r.a. adalah seorang yang wara', ia sangat teliti dalam mengamalkan Islam. Umar r.a. mempelajari surah Al-Baqarah selama 10 tahun, ia kemudian melapor kepada Rasulullah s.a.w..
Umar r.a: Wahai Rasulullah s.a.w. apakah kehidupanku telah mencerminkan surah Al-Baqoroh, apabila belum maka aku tidak akan melanjutkan ke surah berikutnya?
Rasulullah s.a.w: Sudah!
Umar r.a. mengamalkan agama sesuai dengan kehendak Allah s.w.t. Kerana kesungguhannya inilah maka banyak ayat Al-Quran yang diturunkan Allah s.w.t. berdasarkan kehendak yang ada pada hatinya, seperti mengenai pengharaman arak, ayat mengenai hijab, dan beberapa ayat Al-Quran lainnya.
Rasulullah s.a.w. seringkali menceritakan kepada para sahabatnya mengenai perjalanan mi'raj menghadap Allah subhanahu wataala. Rasulullah s.a.w. sering pula menceritakan bagaimana keadaan syurga yang dijanjikan Allah s.w.t. kepada sahabat-sahabatnya.
Suatu hari ketika Rasulullah s.a.w. dimi'rajkan menghadap Allah, malaikat Jibril a.s. memperlihatkan kepada Rasulullah s.a.w. taman-taman syurga. Rasulullah s.a.w. melihat ada sekumpulan bidadari yang sedang bercengkrama. Ada seorang bidadari yang begitu berbeza dari yang lainnya. Bidadari itu menyendiri & kelihatan sangat pemalu. Rasulullah s.a.w. bertanya kepada Jibril a.s..
Rasulullah s.a.w: Wahai Jibril, bidadari siapakah itu?. Malaikat Jibril a.s. menjawab,
Jibril: Bidadari itu adalah diperuntukkan bagi sahabatmu Umar r.a. Pernah suatu hari ia membayangkan tentang surga yang engkau ceritakan keindahannya. Ia menginginkan untuknya seorang bidadari yang berbeda dari bidadari yang lainnya. Bidadari yang diinginkannya itu berkulit hitam manis, dahinya tinggi, bagian atas matanya berwarna merah, dan bagian bawah matanya berwarna biru serta memiliki sifat yang sangat pemalu. Kerana sahabat-mu itu selalu memenuhi kehendak Allah s.w.t. maka saat itu juga Allah s.w.t. menjadikan seorang bidadari untuknya sesuai dengan apa yang dikehendaki hatinya"
p/s: sama-sama kita muhasabah diri agar memperolehi bidadari yang diimpikan, insyaAllah ;)
1 komentar:
salam..nice post..:) keep it up..
Post a Comment