Jom Balik Kampung!!
>> Monday, September 29, 2008
Salamz Alaik!
Bukan ape, nak cakap hari ni aku nak balek kampung, jadi selama beberapa hari ni takde la orang nak tengok-tengokkan blog aku neyh. Takpe jangan risau nanti lepas balek dari kampung aku post banyak-banyak lagi eyh. Jadi di kesempatan yang mulia ini aku nak meminta maaf sejuta lemon kali maaf jika ada terbuat salah dan silap, terkasar atau terhalus bahasa kan.. Semoga kejayaan kita kali ini membawa seribu satu makna dalam diri kita dan juga saudara-saudara kita yang lain.
Diriwayatkan Anas bin Malik bahawa Rasulullah bersabda bermaksud: "Janganlah kamu saling marah, dengki dan tidak menegur antara satu sama lain. Tetapi jadilah kamu semua bersaudara." (Hadis riwayat Muslim)
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda bermaksud: "Seseorang yang pemaaf, Allah menambahkan kemuliaan baginya." (Hadis riwayat Muslim).
Jangan kita lupa bahawa kita yang stay kat Malaysia neyh kenalah banyak kali melafazkan kata-kata syukur kepada Allah yang Maha Esa kerana dapat melaungkan takbir raya di masjid, dapat makan kuih raya pagi-pagi, ziarah sanak saudara yang jauh mahupun dekat. Cuba kita bayangkan jika kita berada dalam negara peperangan seperti Afghanistan ataupun negara Islam yang sering ditindas seperti Palestin, bukan je tak sempat nak beli baju raye, tapi nak memikirkan untuk beli baju raya pun belum tentu lagi, setiap hari sentiasa memikirkan bila waktu ajal mereka dek kerana tentera-tentera US yang berperangai seperti binatang. hurmm.. sungguh bertuah rupanya kita di Malaysia ini.. Mari kita sama-sama doakan agar hari raya mereka dapat disambut dengan aman, insyaAllah..
Mungkin kita tidak sedar, tapi rasenye ada sesetengah orang di antara mereka sedar, aku pun baru sedar malam semalam orang bagi tazkirah.. bahawa bermulanya selepas orang kat tv ataupun radio cakap "Denga ini saya mengumumkan esok hari raya" puff!! malam tu mula-mula okla takbir raya, pastu.... terus ada rancangan nyanyi-nyanyi oleh artis-artis tanah air yang terkenal, filem-filem mesti tonton.. box office Malaysia la katakan.. dan dari malam raya hinggalah raya ke-7, dah tersusun program-program untuk aidilfitri, maksudnya di sini, hiburan telah menjadi priority sepanjang hari raya di Malaysia ni, dan ini adalah hakikat! Bukankah sepatutnya bulan Syawal merupakan bulan kemenangan umat Islam setelah sebulan kita berperang melawan hawa nafsu ini dan sebetulnya kita perlulah menyambut bulan kemenangan ini dengan melebihkan zikir serta tahmid kepada Allah.
Nabi Muhammad bersabda bermaksud: “Hiasilah hari raya (Aildilfitri dan Aldiladha) kamu dengan takbir, tahlil, tahmid dan taqdis (mengingati dan mengagungkan Allah)." (Hadis riwayat al-Thabrani).
Kita juga perlulah ingat yang bukan kita sahaja yang akan bergembira, tetapi Syaitan juga amatlah happy sebab mereka sudah keluar daripada 'jail' yang membelenggu mereka selama 30 hari, maka berhati-hatilah wahai umat akhir zaman, kerana sesungguhnya makhluk yang bernama Iblis dan Syaitan ini tidak pernah berputus asa untuk menyesatkan kita dan membawa kita ke kancah kemaksiatan supaya dapat menemani mereka di akhirat kelak.
“Awas, jangan kamu mengikut langkah-langkah syaitan, sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu. Sesungguhnya syaitan itu menyuruh kamu berbuat buruk dan keji (zina), dan supaya kamu mengatakan terhadap Allah sesuatu yang kamu sendiri tiada mengetahui.” (Surah al-Baqarah: 168-169).
Oleh itu, dalam musim raya neyh, janganlah kita sesekali melakukan perkara-perkara yang melampaui batas kerana sepatutnya kita sudah menjadi seorang yang baru kerana dapat mengawal hawa nafsu dengan sebaiknya. Maka sampai di sini amanat aku sebelum nak balik kampung neyh, doakan keselamatan kami sekeluarga kayh, dan juga ingatlah orang yang tersayang.. ;)
Sebelum aku nak blah, ada sedikit video iklan untuk anda semua, kira bagi aku tahun ni iklan raya ni yang paling best, terima kasih kasih kepada TM! kalah iklan raya petronas taun ni tau.. (sorry petronas,huu~) enjoy.. ;)
0 komentar:
Post a Comment