Lagu Hari Ini ;)
>> Tuesday, September 23, 2008
Insan Bernama Kekasih
UNIC
Debar hatiku, Membisik rindu
Ingin aku katakan, Kau gadis idaman
Adakah mungkin, Kau kumiliki
Untuk aku jadikan, Insan bernama kekasih
Keayuan yang tergambar
Lukisan nur iman
Bersulamkan keindahan satu perkataan
Bagai putih salju mendinginkan hangat perasaan
Mengusir segala rasa di jiwa
Ku sampaikan salam ucapan mesra
Dan merisik khabar berita
Masihkah ada peluang
Untukku melafazkan cinta
Umpama rembulan jatuh ke riba
Mendengar khabaran darinya
Padaku kau memendam rasa
PadaMu oh Tuhan,
Ku mohonkan keredaan
Nur kasih yang kudamba,
Kekal hingga ke syurga
Hanya satu yang ku pinta
Kebaikan darinya
Moga dipeliharakan tulus cinta kita
Agar kukuh ikatan yang murni bahgia selamanya
Dengan lafaz pernikahan yang mulia
Datanglah kasihmu dalam diriku
Menghiasi ruang hatiku
Akan ku sambutnya dengan
Sujud penuh kesyukuran
Kuharap jalinan kan berpanjangan
Selagi kasih yang terbina
Kerana cinta kepadaNya
Ku sampaikan salam ucapan mesra
Dan merisik khabar berita
Masihkah ada peluang
Untukku melafazkan cinta
Umpama rembulan jatuh ke riba
Mendengar khabaran darinya
Padaku kau memendam rasa
Kau ku sayangi, Teman sejati
Dikaulah sesungguhnya
Insan bernama kekasih
0 komentar:
Post a Comment