Raya Oh Raya.. Menangkah kita??

>> Thursday, September 25, 2008

Salamz Alaik!!

Tinggal beberapa hari lagi untuk kita menamatkan dan meninggalkan bulan yang paling disayangi oleh umat Muhammad s.a.w iaitu bulan Ramadhan dan....

Tibalah hari yang paling dinanti-nantikan oleh kanak-kanak seluruh dunia, bulan apa lagi kalo bukan bulan Syawal ataupun dalam istilah yang lagi mudah Hari Raya!! yaaay!! dapat duet raye!! aku pulak yang terlebih excited ek.. ngehehe~

Sepertimana yang korang sume tau yang bulan Syawal merupakan kemenangan kepada seluruh umat Islam kerana telah berjaya melakukan ibadah puasa selamat 30 hari, memang betul kita dah puasa penuh, tetapi adakah kita menang sepenuhnya?? Menang daripada melawan hawa nafsu yang sebenar?? hurmm.. kita fikir-fikirkanlah..





Sabda Rasulullah s.a.w :

"(Allah s.w.t berfirman) : Sesungguhnya dia (hamba) meninggalkan makan dan minum serta syahwatnya kerana-KU. Puasa (yang dia kerjakan adalah) kerana-KU. Puasa adalah untuk-KU. Sedangkan, AKU memberi balasan setiap kebaikan itu dengan sepuluh kali ganda sehingga 700 kali ganda kecuali ibadah puasa. Ini kerana, ia (puasa) adalah untuk-KU dan (sudah tentu) AKU sendiri yang akan memberi balasannya"

(Diriwayatkan oleh Imam Malik dalam al-Muwaththa')


Sesungguhnya untuk mendapat kemanisan Ramadhan itu amatlah sukar bagi mereka yang tidak berusaha, aku pun secara jujurnya masih lagi mencari-cari kemanisan Ramadhan itu dan kepada yang berjaya mendapatkannya pada tahun ini alhamdulillah dan tahniah! Semoga kemanisan itu berterusan sehingga ke bulan-bulan yang lain. InsyaAllah dalam baki Ramadhan yang tinggal ini mari kita sama-sama cuba untuk meningkatkan amalan yang sedia kurang ini dan menyambut kemenangan di bulan Syawal dengan penuh rasa kesyukuran, InsyaAllah...

Di kesempatan ini juga aku ingin memohon maaf sejuta kali maaf zahir dan batin jikalau ada membuat salah dan silap kepada anda semua yang membaca ini, 0-0 kayh.. semoga kita bertemu kembali di Ramadhan yang akan datang dengan kesihatan yang kita ada sekarang ini.

SELAMAT HARI RAYA!!!





p/s: sedeyh Ramadhan nak meninggalkan kita... ;(

0 komentar:

Related Posts with Thumbnails

  © Blogger templates Romantico by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP