COMRADE: Saat-Saat Indah Di Pos Sg. Pelantok

>> Thursday, April 30, 2009

Salamz Alaik!!


Kepada semua pembaca setia blog aku, dan jugak kepada sesape yang baru singgah pun bleyh, ngee~ Pasti ramai tertanye-tanye ke mane la aku menghilang seminggu yang lepas en, bukan maksud aku nak tinggalkan korang kayh, tapy aku ada kerja yang perlu dilakukan, kerja apa?? haa.. itu yang korang semua tak tau kan, hekhek..

Excely aku bersama-sama 2 orang lagy pelajar UNITEN iaitu Qusyairy & Abang Tajul menjadi sukarelawan untuk join program persatuan COMRADE UIA. Program apakah itu?? Macam korang tengok gambar kat atas, kitorang telah menetap selama seminggu di Perkampungan Orang Asli Pos Sungai Pelantok, Sungai Siput, Perak. Panjang betowl namenye, ngee~ Maka bermulalah perjalanan hidup bersama orang-orang kampung di sana, kat situ takde line tenet, kalo ade leyh gak aku update blog, hehe..

Disebabkan aku suke main dengan budak-budak, so secara kebetulan aku ditugaskan menjadi 'biro module' mase seminggu kat sane. Ape yang aku buat?? Kene jady cekgu seyh! Layak ke aku nak jady cekgu, ngee~ Aku memegang kelas pelajar darjah 1 selama 3 hari je pown, tapi setelah mengajar punya mengajar, ku rasa seperti 3 tahun.. Rupa-rupanya menjadi seorang pendidik bukanlah sesuatu yang mudah+senang seperti yang diidamkan, dengan nak layan kerenah setiap murid lagy, pastu perlu kawal emosi, dah la aku cepat jep ngantok cepat mase kat sane, anak murid aku tengok pelik jep, pastu dyeorang plak still hyper aktif lagy, hehe..

Baru aku sedar, eyh korang pun kene sedar sekaly, bahawa pengorbanan setiap cikgu yang mendidik kita itu tidak ternilai harganya, mungkin dari zahirnya kita lihat macam takde ape-ape, tapy dari batin & rohani, kita dapat lihat segala penat lelah mereka untuk menjadikan kita sebagai orang yang berjaya dunia dan akhirat. Thank You Teachers!! dan kepada mereka yang berangan-angan nak jadi cekgu tu, bawak la ubat tahan tidur banyak-banyak eyp, hekhekhek.. ;D

Selain itu gaks, aku bersama-sama due orang adeq beradeq angkat aku, Taufiq & Aisyah telah dikurniakan 3 buah keluarga angkat sepanjang seminggu kat sana. Memang aku kasi 5 bintang la layanan dyeorang kat kteorang yang baru saje menjady family baru, setiap kali datang jep mesty ade hidangan yang terlalu sedap sampei perut pun kembung tau, paling tak bleyh lupe sup ayam masak lemak yang dyeorang buat, terbaik punye!! ngee~ Tapi kalau boleh nak lbeyh dari seminggu jep dengan family angkat kteorang masing-masing. Sebab kteorang juga ditugaskan untuk mengajar fardhu ain kat dyeorang, tapy apakan daya, kteorang lakukan apa yang termampu ajep...

Katakanlah (Wahai Muhammad) “Ini dia jalan aku. Aku menyeru kepada Allah berdasarkan bukti-bukti yang nyata. Aku dan mereka-mereka yang mengikut aku..” (Yusuf : 108)

family amek mona

family apak jefry

family amek rohayu

Banyak jugak bahase orang asli yang aku dapat belajar dengan dyeorang, tapy antara bahase-bahase dyeorang yang aku sempat belajar & ingat sampei sekarang ialah (tenx to kak pijan sebagai pakar translator orang asli, ngee~)
apak = ayah
amek = ibu
jajak = pakcik
ye' = saya
ha' = awak
chen = suka/cinta
cak = makan
se'ek = busuk
cacoh = buang air besar
nanom = buang air kecil
mehmoh = mandi
madoh = meh sini
nak = nasi
syarak = hantu

Pengalaman yang dapat kat sane?? Sungguh tidak ternilai!! Jujur kalau ade program macam neyh lagy, aku jadi orang pertama yang setuju nak join! Tapi ikut kalau tak clash dengan perkara penting yang laen la, ngee~ Dari sini kita dapat belajar erti bersahabat, menjadi sebuah keluarga, dan yang paling penting sekali adalah usaha & ikhtiar bagaimana untuk mengembangkan dakwah tidak kira di kawasan perkampungan orang asli atau di mana jua..

Rasenye tak payah pergy jauh mane pown, kalo buat kat orang-orang KL pun dah cukup, kat situ lagy ramei orang asli, dengan yang dengan laki pakei subang kat hidung, pastu dengan bertatu, geng-geng pengkid & maknyah, mat-mat rempit, itu bagy aku dah cukup orang asli tu, ngee~

Sebelum aku mengakhiri satu post aku neyh, macam biase la en kawan-kawan, aku persembahkan koleksi gambar kenangan untuk korang tatapi sepanjang program aku kat sane, enjoy!! ;D



“Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah (kebijaksanaan) dan nasihat pengajaran yang baik dan berbahaslah dengan mereka dengan cara yang terbaik. Sesungguhnya Tuhanmu DIAlah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat daripada jalanNya dan DIAlah jua yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah” (An-Nahl : 125)

p/s: terima kasih kerana d'SEMPURNA Cafe kerana menjamu selera perut-perut kami sepanjang program, bak kate kak engku ngan kak pijan, sedapnye!! ngee~

Read more...

Anda Bosan Di Dalam Lif??

>> Wednesday, April 29, 2009

Bila kaki korang bertapak jep dalam lif, mesty korang rase borink sebab tak tau buat ape-ape ryte.. lagy-lagy kalau lif tu lembab semacam jep.. takpe, pakcik ade tips agar korang tak bosan semasa di dalam lif, pasty korang rase cam nak tidur jep dalam lif tu nanty, hekhek.. ;D

1. Ketika anda hanya berdua dengan orang tak dikenali, cuit bahunya! Kemudian anda pura-pura melihat ke tempat lain..

2. Buat muka menyeringai kesakitan sambil pegang kepala anda dan menjerit "Diam, semuanya diam!".

3. Bawalah kamera dan ambillah gambar semua orang yang ada di dalam lif.

4. Pindahkan meja kerja anda ke dalam lif. Jika ada yang masuk, tanyakan apakah mereka sudah membuat temujanji?

5. Letakkan sebuah bungkusan di sudut lif, jika ada yang masuk, tanyakan apakah mereka mendengar bunyi tik...tik...tik...

6. Anda pura-pura jadi pramugari! Tunjukkan prosedur keselamatan penerbangan seperti di dalam kapalterbang.

7. Ketika pintu menutup, beri pengumuman kepada semua orang. "Bertenang, jangan panik, nanti pasti terbuka lagi!".

8. Bukalah beg tangan anda, sambil melihat ke dalam beg tangan, tanyalah "Udaranya cukup tidak disitu?"

9. Diam dan jangan bergerak sama sekali di sudut lif, menghadap dinding, jangan sesekali keluar.

10. Dengarkan suara di dinding lift dengan stetoskop.

11. Buatlah garis di lantai sekeliling anda menggunakan kapur, lalu beritahu "Ini adalah wilayah SAYA"


p/s: silalah apply kan tips-tips tu kayh, berguna untuk masa hadapan, ngee~ ;D

Read more...

Kesejukan Ais & Hikmahnya


* Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa.

* Orang yang tidur dalam udara yang sejuk & berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang.

* Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bakteria lebih agresif dan cepat membiak dalam cuaca begini.

* Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti & pergerakan bumi pada paksinya.

* Ais @ air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan.

* Benarkan anak anda mengunyah ais kerana ini akan menguatkan giginya dan benarkan anak anda memakan ais krim secara perlahan-lahan & berterusan sehingga batuknya hilang dalam masa beberapa jam kerana mengambil ubat batuk biasanya akan mengambil masa satu minggu untuk melegakan batuk secara total.

* Membiasakan diri mengunyah ais akan meningkatkan kecerdasan fikiran & kepantasan pergerakan.

* Ais amat diperlukan oleh mana-mana atlit sukan dalam kecederaan yang tidak disangka-sangkakan.

* Liputan ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub Utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas.


* Air sejuk @ ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi oleh bayi yang mempunyai potensi menghidapi penyakit sawan.

* Air sejuk adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang telah patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam.

* Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat.

* Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan & mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh.

* Adalah makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi atau yang telah terkena panas cahaya matahari yang pastinya akan mengganggu sistem deria pada kulit.

* Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti oleh pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai oleh unsur-unsur spiritual yang jahat.

* Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan.

* Air sejuk akan menguatkan tulang bayi.

* Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat orang yang telah hilang seperti pengsan, gila dan koma kembali sedar.

* Air kelapa muda bersifat sejuk dan amat baik untuk kesihatan kerana ia amat berkesan meneutralkan kesan keracunan & keasidan yang berlebihan di dalam aliran darah. Tubuh secara semulajadi bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk.


p/s: sesungguhnya Allah mengetahui setiap perkara yang dilakukanNya..

Read more...

>> Saturday, April 18, 2009

PERHATIAN!!

Khalifmujahid sudah kembali!!
please enjoy all my post & semoga mendapat manfaat
insyaAllah akan kembali aktif ;)
teruskan menyokong Khalifmujahid!

Read more...

Melayu Oh Melayu

Di mana boleh cari ramai Melayu?
Di mana boleh cari ramai Melayu
Pastinya di Kelantan dan Terengganu
Dan juga di pasar malam dan pasar minggu

Di Akademi Fantasia dan Pesta Lagu
Di Jom Heboh orang Melayu berpusu-pusu
Di Sungai Buloh, pusat pemulihan, dulu di Pudu
Dan di jalan, lumba haram, rempit tak berlampu

Dan di selekoh duit rasuah depa pun sapu
Di pusat serenti akibat ketagih dadah dan chandu
Di malam kemerdekaan dan malam tahun baru
Terkinja-kinja best giler menari macam hantu

Apa hobi orang Melayu
Terkenal dengan budaya malas dan lesu
Berlepak buang masa tak jemu-jemu

Atau baca majalah Mastika, Metro pasal cerita hantu
Tengok telenovela dari Filipina dan Peru
Berpusu-pusu pergi tengok hantu
Sambil makan junk food, kuaci dan muruku

Sibuk bercerita tentang Datuk K dapat bini baru
Apa pakaian Siti nak pakai itu yang nak tahu
Mana tak gendut berpenyakit selalu
Kalau nak berlagak melayu masih nombor satu
Asal bergaya sanggup makan nasi dan toyu

Boleh tak jumpa mereka di kedai buku
Atau di perpustakaan dan majlis ilmu
Atau ambil kelas kemahiran di hujung minggu
Ada tapi kurang sangat mereka di situ

Kenapa melayu jadi begitu
Nak salahkan siapa ibubapa atau guru
Pemimpin negara atau raja dulu-dulu
Ayat lazim di mulut ialah Melayu malas selalu

Nak harap Kerajaan saja membantu

Terutama sekali kontraktor kelas satu
Tak habis-habis gaduh nak jatuh siapa dulu

pasal jambatan senggek atau siapa dia penghulu
Dan suka sangat dengan budaya ampu mengampu

Sampai bila kita nak tunggu
Bangsa Melayu jadi bangsa yang maju
Boleh! dengan beberapa syarat tertentu
Pertama dengan banyak menguasai ilmu
Kata nabi ikutlah Quran & sunnah ku
AlQuran yang diturunkan 1400 tahun dahulu
tapi apa yang kita tahu, cuma baca bila nak halau hantu

p/s: Menjadi melayu sahaja tidak mencukupi, jadilah seorang Melayu Islam Sejati! InsyaAllah kita sama-sama doakan agar diberkati & diredhai Allah dunia akhirat ;)

credit to: saiful amir ramali

Read more...

Jawatan Kosong Untuk Semua!!

>> Wednesday, April 15, 2009

SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN!!


KEKOSONGAN JAWATAN:
A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A)
:
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN:

Anda tidak perlu bawa siji-sijil,termasuk sijil saham termasuk saham Internet.
Anda tidak perlu bawa pingat , Mercedes mata belalang atau kad kredit.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul.
Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.
Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.

PANEL/PENEMUDUGA:

Mungkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR:

1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON:
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu.

Ia diberi nama Izrail.

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:
Hadis Hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

'Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara (terompah kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan disebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekah jariah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya.'

Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat: dari arasku tidak ada jalan masuk.

Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya: dari arasku tidak ada jalan masuk.

Kemudian malaikat berpindah kesebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya: dari arasku tidak ada jalan masuk.

Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan: di bahagianku tidak ada jalan masuk.

Maka malaikat berkata kepadanya: Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam..

Lalu malaikat bertanya,
Malaikat: Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya?

Mayat:
Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang.

Malaikat: Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya dan bagaimana penyaksian kamu kepada nya?

Mayat:
Laki-laki itu ialah Nabi Muhammad S.A.W dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala.

Malaikat:
Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula di akhirat insya'Allah. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya'.

Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat.


p/s: Wallahu-a'lam. Semoga berjaya dalam temuduga ini.. Siapa beramal soleh, mereka akan mendapat ganjarannya ;)

Read more...

Kuasa Seorang Perempuan

>> Friday, April 10, 2009

KUASA LAYANAN PEREMPUAN
* Kaum lelaki mudah goyah dan alah dengan layanan yang baik, apa lagi dari perempuan yang sangat dikasihi seperti isteri dan ibu. Layanan baik yang disalurkan kepada orang yang berhak menerimanya, bukan sahaja mendatangkan keredhaan Allah tetapi memungkinkan apa yang diminta akan dipenuhi dengan mudah.


KUASA DOA PEREMPUAN
* Doa perempuan lebih makbul dari lelaki kerana sifat penyayangnya lebih kuat dari lelaki. Sebagaimana hadis Rasulullah saw: "Doa ibu itu lebih cepat makbul." Orang bertanya:"Kenapa ya Rasulllah?" Jawab baginda : "Ibu lebih penyayang dari bapa dan doa dari orang yang penyayang tidak akan sia-sia."


KUASA TAQWA PEREMPUAN

* Ketaqwaan adalah kuasa paling sempurna dan terbaik dalam menangani apa jua masalah. Orang yang paling bertaqwa adalah orang yang paling dikasihi Allah. Allah tidak akan membiarkan orang yang dikasihiNya melainkan dipelihara serta sentiasa dirahmatiNya.

* Kuasa taqwa lebih mudah diperolehi oleh perempuan berbanding lelaki kerana kehalusan budi yang ada pada perempuan adalah merupakan penjara daripada melakukan hal-hal yang mendatangkan dosa. Berbanding lelaki yang sebahagian hidupnya berada di luar rumah serta terdedah kepada pelbagai godaan, cubaan dan ujian.

* Kekuasaan taqwa ini pula adalah kemuliaan yang diberikan oleh Allah swt sehingga setiap lelaki pasti memerlukan perempuan untuk menghirupkan udara ini atau dalam perkataan lain setiap lelaki pasti dilahirkan oleh perempuan kecuali Nabi Adam a.s. Sekuat-kuat lelaki, kuat lagi perempuan kerana lelaki itu sendirinya datang dari perut perempuan yang menghamilkannya dan melahirkannya ke dunia, kemudian melatih, mendidik, memelihara dari kecil hingga dewasa.

* Kemuliaan perempuan akan lebih nyata, jika ditambah dengan ketaatan kepada kaum lelaki yang berhak atasnya sebagaimana maksud hadis Rasulullah saw: "Perempuan yang taat kepada suaminya, semua burung di udara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan : semuanya beristighfar baginya (isteri) selagi mana ia masih taat kepada suaminya dan diredhainya (serta menjaga solat dan puasannya.

“Dan orang-orang yang beriman, laki-laki dan perempuan, sebagian mereka (adalah) penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang ma’ruf dan mencegah yang munkar” (At-Taubah: 71)


p/s: macam drgon ball pulak ade kuasa-kuasa neyh, naseb bek takleyh buat kame hame ha.. ngehee~

Read more...

Internet: Maklumat, Dakwah, Hiburan @ Maksiat??

>> Thursday, April 9, 2009

Salamz Alaik!!


Suatu fenomena yang aku rasenye mak ayah korang pun tak pernah merasa time zaman muda-mudi dyeorang. Apakah fenomena tersebut?? Adakah Akademi Fantasia, suatu transformasi akan berlaku, eceyh, hekhek.. ek, salah... Tapi itu pun mase time zaman dyeorang remaja belia pun takde lagy astro ryte...

Tapi bukan itu yang nak ditekankan.. So apakah dia? Yep, macam tajuk posting aku kat atas tu, fenomena tersebut tak lain dan tak bukan adalah penggunaan internet di serata dunia! Macam tak percaya ryte.. Betapa pesatnya teknologi masa kini. Bukan sahaja terkenal dari golongan belia, sedangkan budak kecik 5 tahun pun da pandei nak gune internet tau, pergi kat youtube, cari lagu wonderpets, ape yang penting?? Kerjasama!! lalala~ ;)

Sekarang nak dapat connection internet tak macam dulu dah, cucuk wayar kat tempat telefon, then tunggu la dye tit tot tit tot... Sekarang ambik ko, macam-macam ado! wayarless, gune iphone, blackberry, pastu broadband maxis, celcom lagy tu. Selagy korang ade line telefon kat satu kawasan, selagy tu korang leyh access internet tak kira tempat, di mana jua. Pada asalnya, internet neyh dyeorang nak buat just untuk cari-cari maklumat, dan juga paling basic skali adalah emel, sekarang neyh tak maen-maen la surat menyurat gune pos laju, emel jep, nak bayar bil pun sekarang da bleyh pakei internet tau, perghh.. Aku rase pasneyh pejabat pos kompom bankrupt, hekhek..

Another part of this cool technology adalah hadirnya chit chatting yang menghubungkan antara korang bukan saje dengan orang yang tersayang, tapy dengan orang yang kite tak knal pown leyh sembang, pastu cintan cintun last skali kawen.. sape-sape yang termakan cili tu bersyukur la eyp coz how great is it Allah pertemukan jodoh antara sesama insan di internet, ngee~ But seriously, kehadiran internet dalam hidup kita sekarang banyak membantu dalam pelbagai aspek termasuklah untuk mengembangkan dakwah islamiyyah di mata dunia... Subhanallah..

Pautan blog & artikel seperti iluvislam.com, weluvislam.com, halaqah-online, saifulislam.com, dan macam-macam lagy sumber yang kite leyh dapat sekarang menerusi internet yang boleh membuatkan kita sedar & muhasabah diri dalam arus kehidupan sekarang neyh, termasuklah video-video yang kite leyh tengok kat youtube. Korang pun leyh search sendiri ryte...

Tapi korang perlu berhati-hati terhadap punca sumber sesuatu artikel dakwah jugak tu kayh, takut-takut terdapat unsur untuk memesongkan aqidah umat Islam, yang itu pakcik taknak kayh, ngee~ Sebaiknya if korang tak pasty dalam sesuatu perkara tu, rujuklah pada yang pakar seperti ustaz @ para a'lim ulama', sebab dyeorang lebih arif & pakar dalam bab-bab agama & dakwah neyh. Mungkin ada rezeky korang boleh berguru dengan dyeorang, mane tau ryte.. ;)

Dari Sahl bin Saad as-Saaidi r.a. berkata: Rasulullah s.a.w bersabda; "Ya Allah! Jangan kau temukan aku dan mudah-­mudahan kamu (sahabat) tidak bertemu dengan suatu masa di mana para ulama sudah tidak diikut lagi, dan orang yang penyantun sudah tidak disegani lagi. Hati mereka seperti hati orang Ajam (pada fasiqnya), lidah mereka seperti lidah orang Arab (pada fasihnya)" (H.R Ahmad)

Nasyid, nak lagu ape? Aiman - Dusta Berkalang? Sekarang senang ajep, leyh download mp3 kat internet, takyah la nak beli-beli cd dah kan (sian artis yang jual cd eyp), ngee~ Kalo bagi pak-pak ustaz @ writer yang nak promosikan buku ilmiah pun, sekarang mane ade gune katalog sangat dah, semua pun gune internet jep, cepat pantas dan tuntas, hekhek~

Apa pulak akan berlaku jika seseorang itu tersalah @ menyalahgunakan internet?? Rasenye korang pun ade pernah buat karangan kat sekolah kan, so mesty lagy pakar, hekhek.. Hiburan keterlaluan (hedonisme), website lucah (lucahnisme), serta pelbagai cara dan unsur maksiat lain yang berlaku disebabkan internet jahanam neyh!

Pastu ape lagy, mula la buat koleksi download lagu-lagu dangdut, pastu download cerita ape sekarang yang tengah hot? Desperate housewive? ape mende tah nak desperate tak tau la.. then mula start nafsu terangsang, orang yang tengok cerita tu pun desperate, masuklah surat khabar muka depan, tajuknye perogol bersiri! MasyaAllah.. Itu terjadi apabila dunia diutamakan, akhirat dipinggirkan..

Apa-apa pun, kita sepatutnya memberi tanda syukur & terima kasih kepada Allah s.w.t kerana masih memberikan hidayah & ilham kepada kita untuk sentiasa meneruskan penyebaran dakwah menerusi alam maya. Secara jujurnye, internet jugak banyak memberikan manfaat & pedoman kat aku sendiri. Walaupun ia kelihatan seperti suatu perkara yang kecil pada mulanya, tapi jika kita ikhlas & istiqamah dalam melakukan sesuatu kebaikan, insyaAllah akan mendapat pertolongan daripada Yang Maha Esa ;)

Daripada Anas r.a. bekata, Rasulullah saw. bersabda: "Akan datang kepada umat ku suatu zaman di mana orang yang berpegang kepada agamanya laksana menggenggam bara api” (H.R. Tirmizi)


p/s: Internet memberikan keburukan atau kebaikan kepada anda?? Lu pikir la sdiri.. Assalamualaikum! ;)

Read more...

786 feat Aman - Doa'

>> Wednesday, April 8, 2009

Selamat pagy tawan-tawan (kawan-kawan)... ngee~ lets hear one of my favourite nasyeed song performed by 786 featuring aman, tajuk lagunye?? doa'... so hayati da lyrics btowl2 kayh, kompom best punye!! layan... ;)



it's hard to think
brothers and sisters around the world are suffering
sometimes i dream
that life's a little better than it seems

every night, close my eyes
dream of a brighter day
every day, sunrise
singing my troubles away
sit alone and i cry
everybody pray
ya Allah i make du'a
please show us the right way

when it feels like you can't go on - make du'a
when it feels like you can't be strong - make du'a
when it feels like there's something wrong - everybody make du'a

you're looking good and you're feeling fine - make du'a
and everything is going right - make du'a
for everything that we have in life - everybody make du'a

don't forget about the times
when everything seems alright
with Allah by our side
we can keep our spirits high

every night, close my eyes
and thank Allah for the day
every day, sunrise
i'm singing out my praise
spending time with the guys
everybody pray
ya Allah i make du'a
please show me the right way

when it feels like you can't go on - make du'a
when it feels like you can't be strong - make du'a
when it feels like there's something wrong - everybody make du'a

you're looking good and you're feeling fine - make du'a
and everything is going right - make du'a
for everything that we have in life - everybody make du'a

(Aman)
i pray for a brighter day
to fight the night away
by the way i lie awake
waiting for the light of day

in the face of the beast
turn to east for answers
palms to the sky
i make du'a to my Master

the most high Allah
subhanu watu'Allah
can ease any struggle or pain
and if the struggle remains

alhumdulillah
He's testing my faith
i'll continue to pray
until i'm resting in peace
[ www.thenasheedlyrics.com ]

i walk the streets
in search for answers
face away from the west
so i can face my Master

keep my hands together
to make du'a
pray to the one and only
ain't nothing reala

when you feelin like there's no hope
it's no joke
make salat for my peoples overseas
i know

filistine stay strong
one day insha'Allah
the occupation will end
praise be to Allah

everybody make du'a

p/s: doa adalah senjata orang-orang mukmin ;)

Read more...

Tak Mahu Solat? No Excuses!!

>> Monday, April 6, 2009

Kalau tiada kesedaran mengenai kewajipan solat bagi Islam, macam-macam alasan boleh diberi.

Tak sempatlah, karang aku solat tak siap pula kerja aku (pentingkan fardhu kifayah dari fardhu ain)

Takde tempat bersih

Terperangkap dalam jem ni - kalau solat mesti sampai rumah pukul 9 malam...

seluar kotor la (dah tau kotor apasal pakai?)...

Kalau solat, tak sempat pasal kena pakai mekap lagi.. (sapa suruh mekap tebal-tebal?)

Serta beribu alasan yang boleh diberi kepada sesama manusia. Tapi apakah Allah akan menerima alasan kita nanti? Bolehkah kita menjawabnya dengan ular besar di alam kubur?

Peringatan untuk diri aku sendiri yang selalu lalai juga. Masing-masing kena ingat lah ok.

Lihat gambar-gambar di bawah ni terasa berdosanya kita semua meremehkan suruhan Allah..







































p/s: terasa kecil dan hina diri ini di sisi Allah jika nak dibandingkan dengan mereka... Insaf?? Maka laksanakanlah perintah Allah..

Read more...

Wedding: 2 Dalam 1

>> Sunday, April 5, 2009

Salamz Alaik!!


Maka terbinalah sebuah masjid, eh bukan sebuah ajep, kali neyh dua buah masjid sekali dalam satu majlis perkahwinan, hee~ Mereka adalah abang-abang saudara aku iaitu pasangan Abang Jiji feat Kak Nurul dan juga desertai oleh pasangan Abang Hafizal feat Kak Zatul. Tanggal 4 April 2009 menjadi saksi tanda percintaan dyeorang di atas jinjang pelamin Dewan Besar Majlis Perbandaran Selayang. Perghh memang grand betul la majlisnye pastu majlis neyh kirenye antara aktiviti terbesar jugak la dalam family Mailjah, ngee~

Kedua-dua pasangannya
sama cantik sama padan, sama besar sama kecik, sama tinggi sama rendah.. hehe~ Dan yang paling penting mari kita sama-sama doakan agar pasangan mereka berkekalan hingga ke anak cucu, insyaAllah.. Antara keluarga Mailjah yang dapat menghadirkan diri adalah:-

Family Madakhiah Ismail

  • Tuan Haji Ishak Haji Ibrahim
  • Puan Hajjah Madakhiah Ismail
  • Fauzul Na’im Ishak
  • Nurulhilyati Abdul Halim
  • Faridul Fikri Ishak
  • Hasminoor Zulkafli
  • Muhammad Iqbal Nu’aim Fauzul Na’im
  • Muhammad Isyraf Idraki Fauzul Na’im
  • Muhammad Qaid Darwish Faridul Fikri
Family Hamidah Ismail(tuan rumah)
  • Tuan Haji Ahmad Shanusi Che Mat
  • Puan Hajjah Hamidah Ismail
  • Ahmad Tarmizi Ahmad Shanusi
  • Nurul Hafizah Mokhtar
  • Ahmad Hafizal Ahmad Shanusi
  • Zatul Akma
  • Ahmad Afiq Ahmad Shanusi
Family Fadhilah Ismail
  • Tuan Haji Jamaluddin Yusof
  • Puan Hajjah Fadhilah Ismail
  • Fadhlil Azim Jamaluddin
  • Ezan Zarina
  • Azizul Hafiz Jamaludin
  • Aizat Syukri Jamaluddin
  • Amiratul Husna Jamaluddin
Family Fariyatul Adilah Ismail
  • En. Jalal Jurai
  • Puan Fariyatul Adilah Ismail
Family Hasbullah Helmi
  • Tuan Haji Hasbullah Helmi Ismail
  • Puan Hajjah Mazni
  • Muhamad Syamin Hasbolleh Helmi
Family Bahiyatul Nazarah Ismail
  • Tuan Haji Abdul Ghani Hasan
  • Puan Hajjah Bahiyatul Nazarah Ismail
  • Abdul Muizz Abdul Ghani
  • Athiyatul Shakirah Abdul Ghani
  • Izzatul Syafikah Abdul Ghani
  • Abdul Hafizz Abdul Ghani
  • Abdul Qayyum Abdul Ghani
Ahli Sokongan
  • Lidia Supriani (pembantu rumah keluarga Madakhiah Ismail)
So when it comes to marriage, it was one of the biggest decision in your life sebab kita bukan sahaja akan membina satu rumahtangga, tapi juga akan menggalas tanggungjawab yang amat berat. Tidak kira korang sebagai suami ataupun sebagai isteri. Maybe it is a happy beginning for early time, but hopely it will become a happy ending too..

Walaupun aku tak kawen agy, tapy buat-buat pandai macam orang expert laks kan, hekhekhek.. Takde la, itu yang aku salu dengar dari orang-orang tue la, dyeorang cakap if nak kawen, kawenlah dengan seseorang yang kita senang nak berbual & bergurau senda, sebab kita akan bersama dengan dye sampai ke hujung nyawa, bersama menjadi suami & isteri dunia akhirat insyaAllah.. Binalah sebuah keluarga yang menjadi pemangkin dalam mendirikan dunia Islam di mata dunia dan sentiasa diredhai oleh Allah ;)

Tahniah aku ucapkan kepada kedua-dua mempelai!! Lepas neyh dapat anak buah baru lagy la aku, ngehee~ Sebelum aku nak blah, menjadi kelaziman aku menghadiahkan korang slideshow gambar-gambar, so enjoy da pics kayh! ;)



Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Kahwinilah wanita itu kerana empat perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikan dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, engkau akan selamat"

who is my lucky one? ngee~

p/s: Kawenlah satu dulu sebelum fikir nak kawen empat, ngee~

Read more...

Surat Cinta Untuk Jiwa

>> Saturday, April 4, 2009

Surat ini kutujukan untuk diriku sendiri serta sahabat-sahabat tercintaku yang insyaAllah tetap mencintai Allah dan RasulNya di atas segalanya, kerana hanya cinta itu yang dapat mengalahkan segalanya, cinta hakiki yang membuat manusia melihat segalanya dari sudut pandangan yang berbeza, lebih bermakna dan indah.

Surat ini kutujukan untuk hatiku dan hati sahabat-sahabat tercintaku yang kerap kali terisi oleh cinta selain dariNya, yang mudah sekali terlena oleh indahnya dunia, yang terkadang melakukan segalanya bukan keranaNya, lalu di ruang hatinya yang kelam merasa senang jika dilihat dan dipuji orang, entah di mana keikhlasannya. Maka saat merasakan kekecewaan dan kelelahan kerana perkara yang dilakukan tidak sepenuhnya berlandaskan keikhlasan, padahal Allah tidak pernah menanyakan hasil. Dia akan melihat kesungguhan dalam berproses.

Surat ini kutujukan pula untuk jiwaku serta jiwa sahabat-sahabat tercintaku yang mulai lelah menapaki jalanNya ketika seringkali mengeluh, merasa dibebani bahkan terpaksa untuk menjalankan tugas yang sangat mulia. Padahal tiada kesakitan, kelelahan serta kepayahan yang dirasakan oleh seorang hamba melainkan Allah akan mengampuni dosa-dosanya.


Surat ini kutujukan untuk ruh-ku dan ruh sahabat-sahabat tercintaku yang mulai terkikis oleh dunia yang menipu, serta membiarkan fitrahnya tertutup oleh maksiat yang dinikmati, lalu di manakah kejujuran diletakkan? Dan kini terabailah sudah nurani yang bersih, saat ibadah hanyalah sebagai rutin belaka, saat jasmani dan fikiran disibukkan oleh dunia, saat wajah menampakkan kebahagiaan yang penuh kepalsuan. Cuba lihat disana! Hatimu menangis dan meranakah?

Surat ini kutujukan untuk diriku dan diri sahabat-sahabat tercintaku yang sombong, yang terkadang bangga pada dirinya sendiri. Sungguh tiada satupun yang membuat kita lebih di hadapanNya selain ketakwaan. Padahal kita menyedari bahawa tiap-tiap jiwa akan merasakan mati, namun kita masih bergulat terus dengan kefanaan.

Surat ini kutujukan untuk hatiku dan hati sahabat-sahabat tercintaku yang mulai mati, saat tiada getar ketika asma Allah disebut, saat tiada sesal ketika kebaikan berlalu begitu sahaja, saat tiada rasa takut padaNya ketika maksiat dilakukan, dan tiada merasa berdosa ketika menzalimi diri sendiri dan orang lain.

Akhirnya surat ini kutujukan untuk jiwa yang masih memiliki cahaya meskipun sedikit, jangan biarkan cahaya itu padam. Maka terus kumpulkan cahaya itu hingga ia dapat menerangi wajah-wajah di sekeliling, memberikan keindahan Islam yang sesungguhnya hanya dengan kekuatan dariNya " Ya..Allah yang maha membolak-balikkan hati, tetapkan hati ini pada agamaMU, pada taat kepadaMu dan dakwah di jalanMu "

Hakikat iman (nur iman) adalah Cahaya Allah yang memancar di hati orang yang dikehendaki Allah bersih dari segala sesuatu yang tidak disukai-Nya. (Al Baqarah: 257)


p/s: jika baik hatimu, maka baiklah seluruh anggota badanmu, jika buruk hatimu, lekas-lekaslah menambahkan amal ibadat kayh ;)

Read more...

(Promosi) Benarkah Iskandar Bukan Zulqarnain

>> Thursday, April 2, 2009

MEMBONGKAR KEWUJUDAN
DAN RAHSIA SEBENAR
PEJUANG AGUNG


Sejak sekian lama, kita mempercayai Iskandar Zulkarnain adalah individu hebat dalam sejrah. Beliaulah yang digelar Alexander The Great. Namun tahukah anda, sebenarnya Raja Iskandar atau Alexander The Great tidak sesuai disandarkan dengan gelaran Zulkarkain, satu gelaran yang diberikan oleh Quran. Bahkan ada tokoh lain yang lebih layak disandarkan dengan
gelaran itu.

Berbekalkan kajian mendalam melibatkan pandangan dan kajian tokoh-tokoh agama, pakar sejarah & para intelektual, buku ini memuatkan perbincangan lengkap disertai dengan hujah-hujah bernas bagi menjelaskan tokoh yang paling sesuai disandarkan dengan gelaran Zulkarnain.

Jangan lepaskan peluang bag memahami sejarah dengan perspektif yang lebih baik!


Sesi penyerahan buku daripada penulis . " Afareez Abd Razak Al-Hafiz"
kepada member aku Sepul Amer ;)

Buku ini TOP SALES in Malaysia. Jualan no.1 paling laris dekat MPH & POPULAR Bookstore. Jika anda berminat & ingin memiliki buku ini, boleh dapatkan dari member aku 'signiture series' punye dengan harga pasaran RM17.50 shj.
Sila hubungi :-

Izat: 0136336200
Saiful: 0133605800


p/s: aku dah beli dah, best gaks la! Jom same-same tegakkan Islam di mata dunia! InsyaAllah ;)

Read more...

Pelawat Kematian

“Dari bumilah Kami ciptakan kamu, dan ke dalamnya Kami akan menggembalikan kamu dan daripadanya pula Kami akan mengeluarkan kamu sekali lagi” (Thaahaa: 55)

Ketika engkau memiliki tujuan utk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi, Allah sudah membuka matamu dan memanggil dengan namamu.. Ingat bahawa dimanapun engkau atau kemanapun engkau mengadap.. ALLAH TAHU! Sebuah hadis Nabi Muhammad s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:

"Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang gelak ketawa. Maka berkata Izrail:

Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa."

Manusia tidak akan sedar bahawa dirinya sentiasa diperhati oleh malaikat maut, kecuali orang-orang soleh yang sentiasa mengingati mati. Golongan ini tidak lalai dan sentiasa sedar terhadap kehadiran malaikat maut, kerana mereka sentiasa meneliti hadis-hadis Nabi s.a.w yang menjelaskan mengenai perkara-perkara ghaib, terutama mengenai hal ehwal mati dan hubungannya dengan malaikat maut.

1 hari = 24 jam = 1440 minit 1440 minit / 70 = 20.571 minit
Ini bermakna malaikat maut menziarahi kita setiap 21 minit.


p/s: sedar atau tidak, kita sentiasa mempunyai pelawat pada setiap hari, maka mari kita sama-sama persiapkanlah diri, dan tingkatkan amal, insyaAllah berjaya di akhirat kelak ;)

Read more...
Related Posts with Thumbnails

  © Blogger templates Romantico by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP