"Hero Kehidupan"

>> Monday, February 9, 2009

Salamz Alaik!


Menaip keyboard di komputer dah menjadi trend anak-anak muda zaman sekarang neyh, tak kisah la nak buat assignment, or atas urusan kerja, dan juga tulis artikel blog, termasuk la yang tengah menaip sekarang neyh,(bajet anak muda gaks la tu) ngehee.. Tapi btowl la, rasenye kalau hidup kalau tanpa menaip tak sah, tengok la kalo tak menaip keyboard pun, kite mesty menaip butang-butang punat yang terdapat kat enset or remote control. Senang kata hidup kita secara tak langsung dipengaruhi oleh butang punat, sounds wierd kan? Tapi bak kate orang, hakikat kehidupan,huu~

Ok cukup untuk selingan kali ini, excely ape yang aku cakap tady takde kaitan langsung pun dengan tajuk yang nak aku bincangkan. Jadi if korang membacanye sampei habes kire tahniah la dapat move ke 2nd perenggan, hekhek.. So back to da main topic, aku yakin mesty time korang kecik-kecik dulu pernah tengok citer kartun power rangers, ultraman, transformers, atau citer kartun yang paling hot sekarang ben 10 (sebab aku pun tengok, ngehee~). Pastu lepas korang tengok citer tu kan, mesty korang berangan-angan nak jadi macam hero kat dalam kartun tu ryte? Then mule la korang lompat sane sini, bajet cam tengah tembak raksasa, hekhek.. Aaah, i miss the old time... ;)

Tapi ingatlah wahai abang kakak adik sekalian, kembalilah ke alam realiti kerana sesungguhnya dunia kartun tu semestinya bukanlah kehidupan korang yang sebenar. Ok, kalau kita lihat dalam konteks 'dunia' sekarang pulak, kadang-kadang korang mesti jumpe ade mamat or minah kat sekolah, universiti ataupun tempat kerja korang sendiri yang menyerlah dan memang hebat la, kire menjadi pujaan setiap makhluk kat muka bumi neyh, then korang mula terfikir alangkah baik jika korang berada di tempat mamat or minah tu, btowl tak?? Alah mesty ade punye kan, jangan nak menipu diri sendiri..


"Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada rupa paras dan harta benda kamu tetapi Allah hanya memandang kepada niat hati dan amalan kamu." (Hadis riwayat Muslim)

Sebenarnya dalam sedar atau tidak, bermulanya sejak lahir lagi korang sudah menjadi seorang 'hero' dalam cerita kehidupan korang sendiri, you have your own story line, and you also are the director of your life story, so buat ape nak pergi kat cerita hidup orang lain untuk menjadi seorang 'sidekick' ryte? Ok, maksud aku kat sini adalah kita mempunyai life kita sendiri, dan bergantung pada diri kita untuk mencorak warna kehidupan sama untuk menjadikan filem hitam putih sepanjang masa atau jadikan filem hidup kita ini penuh dengan warna-warni keceriaan & ketenangan.

Kalau korang tengok dalam movie, there is a certain time that hero also have their hard time, jadi sama macam kehidupan seharian kita juga, memerlukan kekuatan & ketabahan untuk menempuhi segala halangan hidup yang datang secara bertimbun-timbun. Ingatlah macam mana sulit pun masalah tersebut pasti ada jalan penyelesaiannye. Macam hero yang lain yang ade power macam-macam, kita juga ade power jugak, dat is Al-Quran & As-Sunnah, rujukan untuk seluruh umat sepanjang hayat. Tapi realiti zaman sekarang kedua-dua perkara itu sering dilupakan oleh kita, pastu mule la nanti ade masalah sikit jumpe bomoh la, puja kubur la, puja pantai la, mende apetah ngarut lagi, pelik-pelik...

Sebab itu kita sebagai hero dalam kehidupan yang penuh pancaroba ini, perlu mencari jalan untuk meningkatkan amal ibadah kita supaya naik ke satu level lain iaitu menjadi seorang 'hero sejati'! Hero yang sentiasa penuh dengan ilmu, iman, amal di dalam hati sanubari kita sebagai seorang umat Islam. InsyaAllah.. Menjadi hero bukanlah suatu kerja yang mudah, tetapi pabila kita berjaya mencapainya, insyaAllah matlamat kita untuk menuju ke syurga firdausi semakin hampir dalam diri kita. So, ciptalah suatu kisah hidup kita sendiri yang penuh dengan keamanan & kebahagiaan, hasilkan satu matlamat yang positif, yakin pada diri sendiri, agar kita dapat menjadi seorang hero yang disegani oleh orang ramai, dan diberkati oleh Allah, insyaAllah.. Sape kate kita tak boleh jadi hero?? Ngee~


"Dan janganlah engkau berjalan di muka bumi ini dengan bongkak. Sebab engkau tidak akan mampu menembus bumi, dan tidak pula akan dapat menjulang setinggi gunung." (Surah al-Isra, ayat 37)

p/s: Hero aku sepanjang zaman, Nabi Muhammad S.A.W ;)

4 komentar:

Unknown February 9, 2009 at 1:04 PM  

rase mcm nak jdik power rangers kaler merah tu plak. haha t'ingt zaman skolah rendah~ huhu

Anonymous February 9, 2009 at 1:42 PM  

cute nyer la haiii power puff girls 2.hahaa

Anonymous February 10, 2009 at 12:09 AM  

aku pon prnah tdetik dlm hati
nk jadi mcm org ni la, org tu la...

harap2 aku pon bleh jadi `somebody`
yg jadi contoh teladan kat org len..
biar org len plak yg nk jadi mcm aku....

hehe.....aci x ade hasrat cam tu??

KhaliFmUjAhiD February 10, 2009 at 1:18 AM  

miss crappy: okla sye jd power rangers hitam, stylo sket, hekhek..

aisye: tau takp.. ;)

mj: insyaAllah mj, we can be a hero in our life ;) janjy kene yakin pada diri, dan juga sentiasa istiqamah dalam melakukan sesuatu, another thing,respect others, definitely they will respect you ;)

Related Posts with Thumbnails

  © Blogger templates Romantico by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP