Rasulullah s.a.w: Pendapat Cendekiawan
>> Wednesday, February 18, 2009
Sebahagian dari apa yang dikatakan oleh cendekiawan bukan Islam mengenai junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W dan Islam.
Pendapat 1: Empat tahun selepas kematian Justanian, beliau (Rasulullah) telah dilahirkan di Mekah, seorang manusia yang akan membawa pengaruh terbesar kepada semua umat manusia - John William Draper:A History of the Intellectual Development of Europe (1875)
Pendapat 2: Cara beliau (Rasulullah) memberi layanan kepada musuhnya adalah contoh seorang manusia yang agung. Apabila mengalahkan musuhnya di Mekah, beliau adalah seorang yang paling berkuasa. Bandar yang pernah memekakkan telinga kepada seruannya, yang telah menghina dan menyeksanya sehingga terpaksa melarikan diri, kini berada dalam genggamannya. Menurut undang undang perang, beliau kini berkuasa untuk membalas apa yang pernah dilakukan kepada beliau dan pengikutnya. Tetapi apakah layanan yang beliau berikan kepada mereka? Hati beliau penuh dengan kasih sayang dan beliau mengumumkan bahawa, "dari hari ini anda semua adalah bebas." Beliau tidak membezakan sesama manusia begitu juga tiada sifat membenci antara manusia - Prof K.S Ramakrishnan Rao
Pendapat 3: Saya berpendapat bahawa wanita dalam Islam adalah jauh lebih bebas dari Kristian. Wanita dilindungi sepenuhnya dalam Islam berbanding dengan ugama (Kristian) yang menganjurkan monogami. Undang undang mengenai wanita dalam Al-Quran adalah adil dan saksama. Hanya dalam masa 20 tahun yang lepas di England, hak wanita terhadap harta diperkenalkan, sedangkan dalam Islam ianya telah wujud sekian lama. Adalah tidak adil untuk mengatakan bahawa dalam Islam wanita tidak mempunyai sebarang hak - Annie Besant:The Life and Teachings Of Muhammad (1932)
Pendapat 4: Undang Undang Muhammad (undang undang Islam) yang menguasai semua, dari yang berkedudukan paling tinggi sehingga yang rendah, adalah satu bentuk undang undang yang paling bijak, paling berkesan dan yang paling objektif dalam sejarah dunia - Edmund Burke:Impeachment of Warren Hastings
Pendapat 5: Sekiranya tujuan, kebolehan dan keputusan menjadi kriteria untuk mengatakan seorang itu adalah seorang yang bijaksana, maka tiada seorang pun manusia pun yang boleh menandingi Muhammad (S.A.W). Manusia yang paling agung hanya mampu mencipta senjata, undang undang dan empayar. Mereka hanya mampu mendapatkan kekuasaan sementara yang seringkali tumbang di depan mata mereka. Manusia ini (Rasulullah) bukan sahaja memberi kesan kepada tentera, empayar, manusia dan dinasti, tetapi juga memberi kesan kepada berjuta manusia di dunia ini. Berdasarkan sebuah kitab (Al-Quran) setiap ayat menjadi perundangan, beliau telah menyatukan semua manusia tanpa mengira bahasa mereka atau bangsa mereka - Lamartine:Historie del la Turquie (1854)
Pendapat 6: Penyebaran agama Islam adalah satu yang amat menakjubkan dalam sejarah peradaban manusia. Bermula dari sebuah negara yang tidak dikenali, Islam berkembang sehingga setengah dunia dalam hanya satu abad. Ianya telah menumbangkan banyak empayar agung, ugama lain yang telah lama bertapak, membina semula jiwa setiap bangsa dan membina sebuah dunia baru - dunia Islam - A.M Lothrop Stoddard:The New World Of Islam (1932)
Pendapat 7: Eropah bergelap semasa matahari terbenam, Cordova terang benderang dengan lampu jalanan; Eropah kotor, Cordova membina seribu rumah mandi; Eropah penuh dengan serangga pengotor, Cordova menukar pakaian mereka setiap hari; Eropah dipenuhi dengan lumpur, jalan di Cordova indah; istana Eropah mempunyai lubang di bumbungnya, istana di Cordova penuh kemewahan; kaum bangsawan Eropah tidak mampu menulis nama mereka sendiri, budak budak di Cordova pergi ke sekolah; paderi Eropah tidak boleh membaca tulisan mereka sendiri, guru guru di Cordova membina ratusan perpustakaan yang tiada bandingannya - Victor Robinson:Islamic Contribution To Civilization
p/s: MasyaAllah, sampai begitu sekali pandangan mereka terhadapat Rasulullah, manusia paling hebat sepanjang zaman! sampai orang puteh pun tabik spring seyh ;)
3 komentar:
Thanks for sharing dik.This is so nice.Have a pleasant evening.
ssungguhny, tiada mnusia yg mmpu mnidakkn kehbtn Nabi Muhammad SAW. mntk izin di copy ye. :)
mariafaizal: its my pleasure.. teruskan menyokong kayh! ;)
samoe1secret89: yeps, btowl.. rasulullah s.a.w. adalah insan paling agung sepanjang zaman! silekan copy ;)
Post a Comment