Misteri Cinta
>> Thursday, February 12, 2009
Cinta memang sentiasa muda, tidak pernah selari dengan usia yang kian bertambah, sentiasa wujud bersama denyutan nadi. Misteri tersendiri, rasa cinta tetap wujud tanpa sempadan, tua ataupun yang muda. Jangan di sangka yang sudah bongkok tiga, yang sudah setengah abad kadang kala masih tidak memiliki apa yang dinamakan cinta. Cinta adalah untuk semua, tetapi bukan semua dapat merasai nikmat cinta.
Jauh di dalam hati, cinta terus segar & mewangi. Walau sudah dibungkus kebahagiaan, tapi ada kalanya masih teringatkan cinta yang hilang. Walaupun semuanya itu sudah bertahun berlalu, tetapi terasa begitu dekat. Masih ingatkan suaranya, masih ternampak senyum tawanya. Rasanya baru semalam berlalu.. tidak terasa. Sudah bertahun-tahun rupanya sejarah cinta meninggalkan kita. Selagi ada kejujuran, ia tetap mekar. Terkadang terasa sunyi dan mahu mendengar kembali semua yang pernah di dengari dari mulutnya, mahu ia mengulanginya.
Namun tidak mungkin, lantaran kita sekarang sudah hidup dalam persekitaran yang tersendiri. Wahai insan yang pernah bertakhta di hati, di manakah sekarang? Apakah masih teringatkan kisah lama. Sering kali memujuk hati supaya menerima hakikat bahawa dia ‘telah tiada’. Tapi hati kita sukar hendak percaya. Itulah cinta namanya.
Misteri sungguh perasaan ini. Ia datang dan terus datang tanpa mempedulikan hakikat siapa kita lagi, dan siapa dia sekarang ini. Kita terus teringat dan terus teringat. Segalanya tersimpan jauh di sudut hati. Itulah cinta. Satu misteri yang tidak pernah berjaya diberikan jawapan oleh manusia sejak dulu hingga kini. Allah menciptakan manusia bersama cinta & kasih sayang. Tapi janganlah lupa pada cinta pada Yang Maha Agung.
Andainya kita diberi kesempatan untuk mengulangi semua kehidupan, ingin kita lakukan yang terbaik. Namun, kehidupan yang telah pergi tidak mungkin berulang. Usia yang telah terguna tidak mungkin kembali. Urat telah timbul, kedut-medut di wajah telah jelas, tenaga semakin berkurangan, mata kian kabur, langkah semakin terhenti-henti, tapi hati masih mekar & segar. Biarpun kita cuba menghilangkan cinta, ia tetap datang dan datang tanpa henti sehingga ke penghujung hayat.
~Penulis asal tidak diketahui~
p/s: Alamak terlebeyh jiwang la plaks, hakhak.. ape2 pun tiada kaitan antara yang hidup dan yang mati kayh, ngee~ ;)
1 komentar:
haah neh,
terlebih jiwang
lak dia...ekekeke
(gurau2) oke lah tu...
tak jiwang per pun!
Post a Comment