S.E.P.I
>> Sunday, October 12, 2008
Salamz Alaik!! (Di kala sepi menyelubungi diri, Di kala bibir membisikkan kata-kata kesunyian, Di kala malam menjadi teman) Selalunya mesti korang ada terlihat, tebaca ataupun korang sendiri mengalami suatu fenomena yang sentiasa menjadi igauan setiap manusia di dunia ini iaitu 'kesepian' ataupun bahase orang putehnya 'lonely'. Seringkali kita dengar ungkapan "Hidupku tidak bermakna tanpa kamu!" ataupun "Oh sayang, jangan tinggalkan abang, abang akan hilang segalanya kalau sayang pergi!" dan 1001 macam lagi la ayat-ayat romantika de amour yang korang pernah saksikan bila seseorang itu ditinggalkan kekasih yang diorang sayang gile-gile laa.. Lonely, i am so lonely, i have nobody, nobody have i.. hakhak! tengok aku dah start nyanyi susah nak stop,hekhek.. ok2 kita sambung balik.. dan di waktu itulah saat kesepian akan melanda pastu mulalah start orang 'frust menonggeng', pastu ade yang takde iman di dalam dada tu nak bunuh diri, maklumlah, tak dapat bersama dengan orang yang kita sayang... Ish3, sampai macam tu skali kan manusia sanggup lakukan disebabkan satu perkataan yang bernama cinta... Tetapi ingatlah wahai umat rasulullah s.a.w, bahawa sebenarnya kita tidak pernah sepi sesekalipun dalam hidup kita. So if ade orang itu cakap dia keseorangan, sebenarnya dia silap! Sebab apa? Weyh tak tau ke yang Allah sudah berjanji bahawa Dia tidak akan sesekalipun melupakan makhluknya malah kita sebenarnya yang sentiasa melupakanNya. Yes, Allah Subhanahu Wataala sepatutnya adalah cinta sejati kita dunia dan akhirat, yang kita puji dari semasa ke semasa, malah setiap perlakuan kita perlulah berniatkan kerana Allah, kerana Dialah yang maha mengasihani lagi maha pemurah. Hurmm... cuba korang muhasabah diri, layakkah kita mendapat cinta daripada Allah jika perlakuan kita seperti melepaskan batuk di tangga? Sentiasa mengabaikan perintahNya dan melebihkan segala larangaNya? Astaghfirullah, betapa kerdilnya diri kita ini jika hendak dibandingkan bersama para rasul, tabi' tabi'in dan juga para a'biid ulama'. Sedangkan mereka juga adalah manusia biasa seperti kita, tetapi bagaiman mereka boleh melakukannya? Hurm.. mari kita sama-sama fikirkan.. "Ya Allah ya tuhanku, ampunilah segala dosa hambaMu ini, kurniakanlah kepada kami hidayahMu agar kami dapat mensyukuri segala nikmat yang Kau berikan dan juga mendapat cinta sejati daripadaMu" Sebenarnya wahai para pembaca sekalian, cinta itu adalah satu nikmat yang diberikan oleh Allah kepada makhluk-makhlukNya untuk untuk mereka sayang menyayangi antara satu sama lain. Tetapi ramai yang menyalahgunakan erti cinta untuk melakukan perkara yang haram sehingga dimurkai oleh Allah. Jika kita melakukan sesuatu perkara itu kerana Allah, nescaya Allah akan memberi balasan yang setimpal kepada kita. Sama juga macam cinta, jika kita bercinta kerana Allah, insyaAllah akan dipermudakanNya. Ini ape, bercinta untuk memuaskan nafsu serakah saje, balik-balik nanti mulalah kes anak haram, pastu buang bayi la.. sedangkan anak-anak yang suci itu tidaklah bersalah sama sekali... Okla, nak bagi satu la tips untuk mereka yang tengah dalam proses mencari jodoh... ambil kata-kata ini, "kita janganlah berusaha untuk mencari pasangan yang terbaik, tetapi kita berusaha untuk menjadi yang terbaik". InsyaAllah muncullah pasangan yang baik untuk kita. Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, itulah janji Allah kepada makhluk-makhlukNya. Oleh itu to all readers, janganlah biarkan kesepian itu melanda diri anda kerana duduk di dalam kesepian itu amatlah tidak best. huhu~ Lagi satu Allah is always be by our side setiap kali kita keseorangan and He is our true love! Banyak-banyakkanlah berzikir memuji namaNya. InsyaAllah kita akan sentiasa diberkati dan diberkati oleh Allah. Sekian sahaja coretanku di pagi hari, salamz alaik... ;) p/s: actually tak dapat tidur, so tulis blog ni untuk menghilangkan kebosanan.. huhu~ |
5 komentar:
yup..
sgt menarik..
"cinta itu bukan suatu permintaan tetapi suatu pemberian"
cinta itu suatu yg tulus dan suci,
diberi hanya pada yg berhak..
namun cinta hakiki hanya pada yang satu..
SubhanAllah..
cinta Allah cinta hakiki.. ;)
"kita janganlah berusaha untuk mencari pasangan yang terbaik, tetapi kita berusaha untuk menjadi yang terbaik".
agree wit da second half, disagree wit da first half.
apa salahnya mencari pasangan yang terbaik? bukankah itu salah satu bentuk usaha juga?
kalau kita tak perlu cari pasangan yg terbaik, kenapa diwujudkan guideline untuk orang islam supaya memilih pasangan berdasarkan rupa, harta, keturunan dan agama? bukankah itu semua adalah untuk mencari yang 'terbaik'?
bukankah bagus jika kita dpt menjadi yg terbaik, dan dlm masa yg sama juga mencari pasangan yg terbaik utk diri kita?
berusaha dulu, kemudian tawakal =)
wallahualam
uhuu~ btol tu wahai saudara shairah.. tetapi maksud ana dari statement itu adalah kerana sesetengah orang terlalu pasrah untuk mencari pasangan yang sempurna sedangkan diri sendiri tidak ada keinginan untuk berubah,so dari statement itu jika kita berusaha untuk menjadi yang terbaik, insyaAllah Allah akan pertemukan kita dengan jodoh yang baik untuk kita di samping itu kita berusaha dan tawakal ;) "lelaki yang baik untuk perempuan yang baik"
"kita janganlah berusaha untuk mencari pasangan yang terbaik, tetapi kita berusaha untuk menjadi yang terbaik"
hey2,dis quote,same dgn my thought.
huhuuh...
u'r r8 moez.
suke la bc ur post!!!
Post a Comment