Syahwat Lelaki Teransang 30 Kali Sehari, Sedarlah Wanita

>> Tuesday, October 7, 2008

Saya tertarik benar dengan khutbah Jumaat di tempat saya (Balai Islam, Flet Pekeliling) 15 Jun lalu. Isunya mengenai kewajipan menutup aurat. Disebabkan semua jemaah lelaki, khatib mengingatkan jemaah supaya memberitahu anak isteri supaya menjaga aurat masing-masing.


1. Ada yang
pakai tudung singkat. Julurnya diikat ke belakang. Atau diikat ke leher. Maka nampaklah 'kegebuan' leher dan dadanya. Sedangkan dalam khutbah tadi, khatib membacakan ayat al-Quran yang meminta wanita melabuhkan tudung, menutup bahagian dada mereka.

2. Ada pakai tudung, tapi pakai T-shirt pendek. Malah ada yang pakai T-shirt tanpa lengan. Sudah tu ketat pula. Bukankah lengan itu aurat. Bahaya mendedahkan lengan yang 'gebu' itu. Yang dahsyatnya, ada pakai T-shirt singkat yang dipadankan dengan jeans terlondeh. Jadi apabila membongkok atau duduk, nampak seluar dalam, malah kadang-kadang alur bontot.

3. Ada pakai tudung, tapi pakai jeans teramat ketat. Alur punggung pun terbelah dua. Bentuk bontot pun terserlah. Apa nak jadi ni?

4. Ada yang pakai tudung, tapi pakai kebaya ketat. Tidak cukup dengan tu pakai 'kain koyak' pula. Apabila berjalan, terserlahlah 'kegebuan' betis malah kadang-kadang paha pun tersembul.

5. Ada yang pakai tudung, tapi pakai kain singkat, macam skirt mini. Kaki bukan auratkah?  Pakailah stokin!!!!!!!

6. Ramai perempuan pakai tudung, tapi bermekap tebal dan berwangi-wangian. Bibir merah menyala. Menunjukkan aksi seksi pula tu.

7. Ada perempuan bertudung, 'merendek' pula dengan pacar di bangku stesen bas dan pusat beli-belah. Ini menjatuhkan imej wanita bertudung.

8. Ramai perempuan suka pakai kasut bertumit tinggi. Apabila berjalan berbunyilah, tang, tang, tang. Dalam khutbah tadi, khatib memberitahu tidak boleh timbul bunyi yang boleh menaikkan syahwat lelaki.


"Di Akhir zaman, wanita berpakaian, tetapi hakikatnya mereka berbogel...."

Berkenaan syahwat lelaki ini, saya berpendapat kebanyakan perempuan tidak memahaminya.

Ini kerana perempuan dan lelaki tidak sama dari segi biologi keinginannya.

Lelaki mudah saja naik syahwatnya sedangkan perempuan tidak. Kebanyakan perempuan ingat lelaki macam dia. Itu tidak benar sama sekali.

Seorang rakan saya memberitahu, satu kajian mendapati lelaki terangsang secara puratanya sebanyak 30 kali sehari. Ini adalah semulajadi. Bukan dibuat-buat. Jadi bukan sesuatu luar biasa jika lelaki naik syahwatnya jika melihat aurat perempuan.

Itu normal. Jadi untuk selamat dunia akhirat, lelaki dan perempuan wajib jaga aurat masing-masing. Ikut saranan al-Quran dan hadis. Tafsiran ajaran al-Quran dan hadis disampaikan oleh ilmuan agama seperti khatib Jumaat itu.

Lelaki dan perempuan ikut saja panduan al-Quran dan hadis jika mahu selamat.

Jangan mahu dibantah hukum-hakam agama.

HENDAK SERIBU DAYA..TAKNAK SERIBU DALIH.....

PANDAI-PANDAI LAH NANTI MENJAWAB DAN BERDALIH DIHADAPAN ALLAH....Tak takut ker???

Saya perhatikan sekarang ini ramai perempuan bertudung. Alhamdulillah. Tetapi yang tidak sedapnya, semakin ramai wanita bertudung tetapi tidak menutup bahagian sensitif.

Lepas tu, disalahkan pula lelaki mata keranjang...Lelaki buaya darat...Lelaki mengganggu..Lelaki sexual harashment.....Sape suruh buat-buat suara manja??  Sape suruh ??? Sapa suruh telanjang dikhalayak ramai??? Sama-sama kita fikirkan..
wallahua'lam

credit to Bekas Budak UKM

11 komentar:

. October 8, 2008 at 11:56 AM  

insaf...insaf...insaf..
aku malu jd pompuan bile tgk pompuan2 kt keliling aku sndiri mcm..
fuh..ssh nk ckp..speechless..hakhak..

KhaliFmUjAhiD October 8, 2008 at 5:24 PM  

huhu~ ap2 pun2 kita sendiri kena beringat2 jgak.. cuma doakan yang terbaik saje untuk mereka dan agar Allah bukakan hati mereka.. insyaAllah.. ;)

Anonymous October 8, 2008 at 11:41 PM  

huhuh... mantap la.. memang btol pn.. laki terangsang banyak kali.. paham2 la pihak pompuan yeh? huhu
-bajets-

KhaliFmUjAhiD October 9, 2008 at 12:27 AM  

to anonymous,kita hanya merancang dan Allah yang menentukan.. ubah diri kita sebelum ubah orang laen.. saya akan cuba yang terbaik untuk kebaikan semua orang.. siapalah saya jikalau hanya sekadar hamba Allah yang hina..

Anonymous October 9, 2008 at 2:20 AM  

sb tu la, kamu sbg yg b'ilmu, tgur la mn kwn2 kamu yg kamu rs perlu d tegur. jgn nk bseronok bcnta je dik...

KhaliFmUjAhiD October 9, 2008 at 9:08 AM  

uhuu~ insyaAllah.. kita sama-sama buat ap yang terbaik.. ;) dan lagy satu satu anonymous, jangan main tuduh seseorang kalau tak knal seseorang itu..

abdul aziz muhammad October 9, 2008 at 5:03 PM  

alahamdulilah..sahabat ku..engkau selalu mmbri peringtn~

KhaliFmUjAhiD October 9, 2008 at 5:09 PM  

peringatan untuk diri sendiri dan orang lain.. kerana sesungguhnya kita ini memang seorang yang lemah imannya..

Ahmad Syafiq October 15, 2008 at 1:08 AM  

Walau macam mana pun, kita tak boleh nak blame wanita 100% dalam hal ni. Kadang2 sesetengah lelaki pun susah nak kawal diri. Bila berlaku kes rogol, wanita dipersalahkan. Adilkah begitu? The society must protect the raped (victim), not the predator. Dalam Islam pun wanita mendapat kedudukan yang tinggi dan mempunyai keistimewaanya yang tersendiri. Jadi, dunia ni macam2 cabaran. Kita cuma kena berhati-hati sahaja. Betul tak?

KhaliFmUjAhiD October 15, 2008 at 1:27 AM  

to syafiq: tanx 4 da opinion, yeps btowl.. ;) so ap2 pn mari kita sama2 muhasabah diri dan berusaha untuk menjadi yang insan yang lebih baik daripada semalam,insyaAllah..

Unknown April 28, 2009 at 2:05 PM  

yup...ku setuju...ku juga perempuan..n keep on trying to b muslimah sejati.....nice article...aurat is da most important subject dat i've discuss with my frenz....quite hard to jg aurat n cukup senang tuk dpt dosa..insaf2

Related Posts with Thumbnails

  © Blogger templates Romantico by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP