Ujian Kematian

>> Friday, October 24, 2008

Salamz Alaik!!

"Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahala kamu."
(Ali Imran:3:185)


Selama kita hidup neyh, macam-macam ujian, periksa, dugaan, pastu ape lagi? Haa.. cabaran yang kita lalui sehingga kita sudah lali dengan setiap cubaan yang berlaku. Sehinggakan ade hamba Allah tu berkata "haih, malangnya nasib aku neyh, macam-macam mende jadi kat aku". Ish3, jangan cakap macam tu hamba Allah, sesungguhnya setiap cubaan dan dugaan itu datang daripada Allah and Allah knows what is the best for us! Allah menyayangi semua makhluk ciptaannya dan tiada satu pun yang tertinggal. Macam mak kite la, selalu marah-marah kite, kadang-kadang tu rotan kalau buat salah, tu tandenye mak kite sayang kat kite. Kalau tak sayang mau die tinggalkan kite jep lepas-lepas lahir tuh, nauzubillah...

Tapi pernahkah korang terlintas dalam pemikiran korang, ataupun bertanya kepada diri sendiri, "apakah aku sudah bersedia untuk menghadapi ujian kematian?" Yeps that is right! Ujian untuk menghadapi kematian.

"Uish abang muizz neyh, nak mati pun kene ade ujian ke? Die kene jawab objektif ke subjektif? Nak kene bace buku teks mane?"

Haaa.. Kalau la ade hamba Allah tanye macam tu kat aku, sebelum aku jawab elok-elok aku kasik pelempang siket kat die, pastu baru jawab. Hakhak! Ade ke loyar buruk sampei macam tu sekali, huu~ Jadi dalam menghadapi kematian ini, kita akan melalui tiga fasa iaitu sebelum kematian, semasa kematian dan juga selepas kematian.

Sebelum Kematian
Apa yang dimaksudkan dengan term 'sebelum kematian' adalah ketika kita semua ditarik nyawa di saat kita menghadapi detik-detik nazak. Ini akan dan pasti berlaku tidak kisah disebabkan accident, sakit tua atau apa-apa punca yang menyebabkan jasad itu terkeluar daripada rohnya.

Okeyh, nasihat aku kepada pembaca sekalian, korang hendaklah merasa gerun terhadap kematian, kerana sudah pastinya apabila nyawa kita ditarik oleh malaikat Izrail, memang sakit yang amat! dan setiap kesakitan yang akan dirasa itu bergantung pada amalan kita sepanjang kita hidup di bumi Allah ini. Ya Allah, tempatkanlah kami di kalangan orang yang beriman agar di saat kematian nanti kami dapat melaluinya dengan keadaan yang mudah.

“Mereka yang diambil nyawanya oleh para malaikat dalam keadaan mereka bersih suci (dari kufur, syirik dan maksiat) sambil para malaikat itu berkata kepada mereka, Selamat sejahtera kepadamu ; masuklah ke dalam Syurga disebabkan amal baik yang telah kamu kerjakan,”(Al-Nahl:32)


“Kalaulah engkau melihat ketika para malaikat mencabut nyawa orang-orang yang kafir sambil memukul muka dan belakang mereka dan berkata : Rasakan olehmu seksa neraka yang membakar. Yang demikian itu disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri. Sesungguhnya Allah sekali-kali tidak menzalimi hamba-Nya” (Al-Anfal:50-51)

Semasa Kematian
Itu sebenarnya baru sahaja ujian pertama yang kita lalui di saat-saat kematian, dan daripada ujian pertama itulah akan menentukan seterusnya kita berada di mana. Sama ada di kalangan insan-insan yang beramal soleh ataupun sebaliknya. Jadi apa pulak ujian kedua? Haaa.. itu ketika saat kita semua berada di dalam kubur nanti ataupun nama lainnya alam barzakh. Pada waktu itu, jam itu, saat itu, detik itu malaikat Munkar & Nakir akan datang dan bertanyakan 5 soalan wajib kepada setiap makhluk Allah yang mati. Apa soalannya?

Siapakah Tuhanmu?
Siapakah Rasulmu?
Apakah Agamamu?
Siapakah Imammu?
Siapakah Saudaramu?

Pada waktu itu kita tidak dapat berbohong sama sekali kerana mulut kita akan terkunci dan menjadi tugas anggota badan kita yang lainlah seperti mata, hidung, telinga, tangan, dan kaki untuk menjawab setiap perkara yang mereka pendamkan sewaktu mereka tidak boleh berkata-kata di alam dunia. So, bergantunglah, kalau kita melakukan perkara baik, maka mereka akan menjawab baik, dan kita akan terselamat. Tapi jika sebaliknya, maka terimalah siksaan di dalam kubur yang tidak terperi azabnya. MasyaAllah, bolehkah amalan kita yang sedikit ini dapat menampung kehidupan di alam barzakh ini? Jadi sebelum kita menemui ajal, banyak-banyakkanlah melakukan amalan terutamanya 3 amalan ini:-

  • Selalulah memberi sedekah jariah kerana ia menjadi bekalan kita di dalam kubur kelak.
  • Sebarkanlah setiap ilmu bermanfaat yang kita pelajari, kerana selagi ilmu yang kita ajar itu berterusan, maka amalan kita tidak akan terputus walaupun sudah meninggal.
  • Didiklah anak kita supaya menjadi anak yang soleh kerana doa anak yang soleh itu dapat menjadi bekalan kepada kita sewaktu di dalam kubur.


Selepas Kematian
Maka selepas kita berjaya atau tidak mengharungi kedua-dua ujian yang sebelumnya, kita tetap akan melalui ujian yang terakhir sebelum kita dapat menentukan tempat tetap kita sama ada syurga yang abadi ataupun neraka jahannam iaitu hari kebangkitan serta pengadilan di suatu tempat yang dikenali sebagai padang mahsyar. Ketika itu selepas sahaja malaikat israfil meniup angin sangkakala buat kali kedua, semua akan dibangkitkan dari kubur sendiri. Kita semua tidak akan mengenali satu sama lain walaupun kita bersaudara rapat sekalipun, sebab apa? Sebab masing-masing bimbang dengan amalan yang dilakukan, cukup atau tidak? sempurna atau masih kekurangan? Pada waktu itu bermacam-macam jenis rupa akan terbentuk antaranya:

1. Sesetengah mereka ada yang berupa kera kerana di dunia mereka suka membuat fitnah kepada orang lain.

2. Ada yang berupa khinzir kerana suka makan rasuah ketika menjalankan hukuman.

3. Ada yang buta mata kerana keterlaluan pada menghukum manusia.

4. Ada yang pekak dan bisu kerana mereka hairan dengan amalan yang mereka lakukan.

5. Ada yang mengalir daripadanya nanah dan darah yang amat busuk dan sentiasa menikam-nikam lidah sendiri.Ini adalah kumpulan ULAMA yang bercakap dan mengajar tetapi perbuatannya tidak sama dengan apa yang diucapkan.

6. Ada pula yang luka-luka seluruh badan kerana suka menjadi saksi bohong.

7. Ada yang telapak kaki mereka terletak didahi dan terikat kepada ubun-ubun mereka serta menjadi sangat busuk, lebih busuk daripada bangkai. Mereka adalah orang yang sanggup membeli dunia dengan akhirat (mencari kemewahan dunia dengan memperalatkan agama).

8. Ada seperti orang mabuk, rebah ke kiri, rebah ke kanan terhuyung-hayang. Mereka inilah yang sanggup menyimpan harta dari belanjakan ke jalan Allah.

9. Ada yang berkeadaan benar-benar mabuk,orang ini suka bercerita-cerita dalam masjid akan hal dunia.

10. Ada yang berupa khinzir kerana suka makan harta riba.

11. Ada yang tidak bertangan dan tidak berkaki. Mereka ini suka menyakiti orang-orang sekampungnya.

12. Ada yang berupa khinzir kerana mereka mempermudah-mudahkan sembahyang lalai dalam sembahyang)

13. Ada pula yang bangkit dengan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking yang sentiasa mengigit-gigit dan menyengat-nyengat. Mereka ini di dunia payah hendak mengeluarkan zakat.

14. Ada yang berkeadaan dimana darah yang amat busuk sentiasa keluar dari mulut mereka.Orang ini suka berbohong dalam perniagaan.

15. Ada yang sampai terasing daripada manusia serta badannya sangat busuk dari bangkai. Mereka ini suka menyembunyikan maksiat kerana takutkan manusia,tidak takut pada Allah.

16. Ada yang terpotong halkum,keadaannya tercerai dari leher. Orang ini selalu sanggup untuk bersaksi bohong.

17. Ada yang bangun dari kubur tiada berlidah dan mengali darah busuk dari dalam mulutnya. Orang itu malas mengucap kalimah syahdah.

18. Ada pula yang berjalan dengan kepala di bawah dan kaki di atas langit.Darah dan nanah sentiasa mengalir dari kemaluan mereka.Mereka itu suka berbuat zina semasa hidup.

19. Ada yang berkeadaan muka hitam dan perutnya penuh dengan api neraka.Mereka ini suka memakan harta anak yatim secara zalim.

20. Ada pula yang bangun dengan mengidap penyakit kusta dan sopak. Mereka inilah yang derhaka terhadap kedua ibu bapanya.

21. Ada yang gigi mereka seperti tanduk lembu, lidah mereka terjelir hingga ke perut, najis dan kencing sentiasa keluar dari perut mereka. Mereka adalah orang yang suka meminum arak.
semoga kita tergolong dalam golongan yang segera menginsafi diri dan bertaubat di atas dosa dan pengkhianatan yang dilakukan terhadap sesama manusia.

Ya Allah, sampai begitu sekali rupa-rupa kita bila kat padang mahsyar nanti? Ish, itu belum lagi nak dihisab oleh Allah lagi tentang amalan kita.

So, aku ingin bertanya balik kepada korang semua,

"Sudahkah anda bersedia untuk menghadapi ujian kematian?"

p/s: Dalam preparation untuk menghadapi final exam, huhu~

0 komentar:

Related Posts with Thumbnails

  © Blogger templates Romantico by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP