2nd Gathering : Riadhah Membawa Muhibbah
>> Wednesday, January 21, 2009
Salamz Alaik!!
Alhamdulillah, maka selesailah sudah program pertama bagi semester kedua untuk kelab kesayangan aku, iaitu Persatuan Pengajian Islam. Nama program diberi adalah Gathering:The 2nd, itu yang aku cadangkan la sebab aku pengarah program, tapi orang maleyh nak sebut jadi la name program tu 2nd Gathering,ngee.. Ia menggunakan objektif yang sama seperti 1st Gathering lepas, iaitu merapatkan kembali ukhwah sesama ahli Smart Group atau dengan nama yang lebih senang orang nak tau ialah ahli Usrah (kat UNITEN ni tak boleh gune perkataan usrah, bak kate admin ayat tu ekstrem, tah papo!). Apa yang kitorang ubah adalah dari segi konsep, sebab dalam program ini kitorang menekankan unsur 'riadhah' iaitu bersukan dalam setiap aktiviti. So, the main activity adalah bermain futsal!! Mantap tak?? Tapi yang penting main kene tutup aurat la, ngee~
So berlangsunglah program ini selama 2 hari, start malam Jumaat, habes tengah hari Sabtu. Actually takde ape yang hendak diceritakan sepanjang program sebab kalau korang nak tau betapa bestnye program neyh, join la laen kali! hekhek... Apa yang aku hendak tekankan dalam post kali neyh adalah betapa pentingnya kesihatan itu dalam diri kita sebagai seorang muslim yang sejati.
Sekarang neyh kebanyakan daripada kita mengaitkan bahawa Islam ini hanyalah sekadar beribadah & ceramah or so whatever yang dikaitkan dengan 'ilmu rohaniah'. Tetapi kita lupa bahawa 'ilmu jasmaniah' itu juga penting dalam menyeimbangkan kehidupan kita sebagai umat Islam. Fikir balik, kalau kita kurang sehat, macam mane kita nak melakukan ibadah dengan sempurna ryte? Maka rohani + jasmani akan menjadikan seseorang itu aktif dalam melakukan setiap ibadah dengan lebih mantap, insyaAllah ;)
Kalau korang nak tau, solat 5 kali sehari yang korang dok buat tiap-tiap hari tu pun adalah salah satu daripada senaman yang boleh dikatakan merangkumi semua aspek, dari kepala sampai ke kaki. Ini pun sudah dibuktikan oleh doktor saintis pakar sendiri. Contohnya kalau nak kurangkan pening & sakit kepala, banyak-banyakkan bersujud sebab pengaliran darah akan mengalir dengan lancar lagi, insyaAllah. Macam-macam lagi la seperti rukuk boleh mengurangkan sakit di bahagian tulang belakang, dan kalau korang nak tau lagi, banyakkan membaca kayh! Sesungguhnya membaca itu amalan mulia, lalala~
Rasenya korang pun dah tau kan pasal komposisi tubuh dalam solat, saje jep aku nak mengingatkan kembali ;) Tapi itula, yoga yang berasal dari agama hindu tu jugak yang korang nak buat, sedangkan Islam itu sendiri amatlah syumul serta mudah untuk dipratikkan. Tengok senang jep dapat senaman 'free of charge' 5 kali sehari, dan sudah tentulah solat itu juga dapat mengukur sejauh mana iman seseorang itu terhadap Allah yang satu.
Jadi secara overall program ini bagi aku adalah suatu permulaan untuk kitorang sesama ahli Smart Group untuk merapatkan hubungan ukhwah silaturrahim. Tapi itula, di samping kita riadhah, niatlah kerana Allah sebab dari situ ia juga boleh dijadikan suatu ibadah kepada kita, insyaAllah.. Gambar-gambar sudah ada dalam koleksi aku, so enjoy! ;)
p/s: Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, matiku hanya kerana Allah ;)
0 komentar:
Post a Comment