Allah: 24 Jam 7 Hari

>> Friday, January 16, 2009

Pernahkah anda bayangkan bila pada saat kita berdoa, kita mendengar ini:
"Terima kasih, Anda telah menghubungi Baitullah"
Tekan 1 untuk 'meminta'.
Tekan 2 untuk 'mengucap syukur'.
Tekan 3 untuk 'mengeluh'.
Tekan 4 untuk 'permintaan lainnya'."

Atau....
Bagaimana jika Malaikat memohon maaf seperti ini:
"Saat ini semua malaikat sedang membantu pelanggan lain. Tetaplah sabar menunggu. Panggilan anda akan dijawab berdasarkan urutannya"

Atau...
Pernahkah anda bayangkan bila pada saat berdoa, anda mendapat respons seperti ini:
"Jika Anda ingin berbicara dengan Malaikat"
Tekan 1. Dengan Malaikat Mikail,
Tekan 2. Dengan malaikat lainnya,
Tekan 3. Jika Anda ingin mendengar sari tilawah saat Anda menunggu,
Tekan 4. Untuk jawapan pertanyaan tentang hakikat syurga & neraka,sila tunggu sampai anda tiba di sini!!

Atau...
Mungkin juga Anda mendengar ini :
"Sistem kami menunjukkan bahawa Anda telah satu kali menelefon hari ini. Silakan cuba lagi esok"

Atau...

"Pejabat ini ditutup pada hujung minggu. Sila hubungi semula pada hari Isnin selepas pukul 9 pagi."

Alhamdulillah... Allah SWT mengasihi kita, Anda dapat menelefon-Nya setiap saat!!! Anda hanya perlu untuk memanggilNya bila-bila saja dan Dia mendengar anda. Kerana bila memanggil Allah,tidak akan pernah mendapat talian sibuk. Allah menerima setiap panggilan dan mengetahui siapa pemanggilnya secara peribadi.

Ketika Anda memanggil-Nya, sila gunakan nombor utama ini: 24434
2 : solat Subuh
4 : solat Zuhur
4 : solat Asar
3 : solat Maghrib
4 : solat Isya

Atau untuk lebih sempurna dan lebih banyak afdhalnya, gunakan nombor ini : 28443483
2 : solat Subuh
8 : solat Dhuha
4 : solat Zuhur
4 : solat Asar
3 : solat Maghrib
4 : solat Isya
8 : Solat Tahajjud atau lainnya
3 : Solat Witir

Maklumat terperinci terdapat di Buku Telefon berjudul "Al Qur'anul Karim & Hadis Rasul"

Talian terus , tanpa Operator, tanpa Perantara, tanpa bil.. Nombor 24434 dan 28443483 ini memiliki jumlah talian hunting yang tak terhingga dan dibuka 24 jam sehari 7 hari seminggu 365 hari setahun!!! Sebarkan maklumat ini kepada orang-orang di sekeliling kita. Mana tahu mungkin mereka sedang memerlukannya.

Firman Allah bermaksud: "Dan mereka tidak mengagungkan Allah dengan pengagungan yang semestinya, padahal bumi seluruhnya dalam genggaman-Nya pada hari kiamat dan langit digulung dengan tangan kanan-Nya. Maha Suci Allah dan Maha Tinggi Dia dari apa yang mereka persekutukan." (Az-Zumar: 62)


p/s: Tiada Tuhan selain Allah, Nabi Muhammad pesuruh Allah..

4 komentar:

Anonymous January 16, 2009 at 1:41 PM  

haha.seriously dis s da best post i hve ever read from u!keep it up..

-am ur silent reader-

KhaliFmUjAhiD January 16, 2009 at 6:45 PM  

anonymous: teruskan menyokong! ;)

Jalan Menuju Kesejahteraan January 17, 2009 at 5:56 AM  

2 kalimah Syahadah itu lafaz.
Amalannya telah ditinggalkan oleh orang islam kini...

Sama seperti solat tetapi tidak menghadap diri kepada Allah..rosak binasa.Jadilah solat orang munafiq/fasiq yang Allah janjikan neraka.

Firman Allah ;
“ Wahai orang-orang Yang beriman ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan sebutan Yang sebanyak-banyaknya. dan bertasbihlah kamu kepadanya pada waktu pagi dan petang.”(al-Ahzab:41-42)

Hukum mengingati Allah setiap saat dihati adalah WAJIB. Hukum melupakan Allah walau satu saat adalah HARAM. Tanyalah diri kamu sendiri adakah kamu menghalalkan iblis mengotori hati mu walau sesaat?

"Celakalah orang-orang yang dihatinya tidak berzikir kepada Allah. Mereka itu dalam keadaan sesat yang nyata"(Al-Zumar:22)
- Sila baca didalam bahasa arab dan fahamkan maksudnya.

Inilah yang diminta didalam Al-Quran. Diulangi ayat tersebut berkali-kali didalam Al-Quran supaya kita sentiasa sebut nama Allah dan bertasbih kepadanya pagi petang siang malam, ketika duduk, berdiri berbaring malah ketika tidur tanpa lupa walau satu saat kepadanya. Tujuannya ialah supaya kita tidak lalai bila beribadah kepada Allah.

Rasullullah bersabda: " Mata ku tidur tetapi hati ku berjaga"

Bagaimana cara menyebut nama Allah sebanyak-banyaknya? Firman Allah ;

“Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu, Dengan merendah diri serta Dengan perasaan takut, dan Dengan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang dan janganlah Engkau menjadi dari orang-orang Yang lalai. (al-A`raaf : 205)

Iaitu dengan berzikir didalam hati dengan perasaan merendah dan takut. Bukan dimulut, kerana mulut itu untuk bertasbih mengingati Allah. Bertasbih dengan nama-nama Allah, puji-pujian dan selawat.

Tetapi menyebut nama Allah didalam hati itu adalah dengan menyebut Allah. Bukan lailhaillalah,
subhanallah atau Ar-Rahman. Kerana Kalimah Allah itu adalah kalimah keagungan lengkap dengan segala sifat, asma dan afal telah terkandung didalam satu kalimah.

Ingatlah..arak itu haram kerana membuatkan sipeminum itu lalai dari mengingati Allah. Bagaimana kita yang tidak mabuk tetapi lalai dari mengingati Allah?

Luruskan kembali jalan kita selama ini..insyaallah.

Lagi mengenai Rukun dan amalan syahadah di mukminblog.blogspot.com

Marilah ktia sama-sama menjadi orang beriman..bukan islam semata-mata.

darah satria January 17, 2009 at 6:35 AM  

mcm ni la, bole tak kita jumpa. kita leh bincangkan dgn lebih lanjut pasal isu ini.

bukan apa, takut org lain tak faham dan tak bole menyebarkan saja.

lagi pun takut Allah tak pandang kita ni beragama Islam jer.

bole?

Related Posts with Thumbnails

  © Blogger templates Romantico by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP