Apa Kejadahnya Artis Boleh Lepas PLKN??

>> Saturday, January 3, 2009

"Untungnya menjadi artis....PLKN pun boleh dikecualikan. Jika anak saya atau anak anda ponteng PLKN...siaplah masuk lokap!!"

Pagi tadi (27.12.2008) selepas joging bersama isteri dan anak perempuan saya di Taman Rimba, seperti biasa saya akan ke Pasar Tani berdekatan Stadium Darulaman, Alor Star. Ketika itu saya melihat banyak deretan bas memenuhi tempat lapang di luar stadium. Jalan yang biasanya tidak banyak kenderaan tiba-tiba menjadi sesak. Apabila mendekati deretan bas di situ, barulah saya tahu rupanya bas yang disediakan itu adalah untuk mengangkut peserta PLKN ke kem latihan masing-masing.

Ketika sedang minum sambil menjamah nasi kerabu di salah sebuah gerai berhampiran Pasar Tani saya mendengar celoteh seorang ibu yang turut menghantar anaknya untuk menghadiri PLKN:

Ibu: Anak saya pun ada tanggung jawab juga. Anak sulung lagi, kena sara 5 adik, suami saya dah meninggal. Tapi anak saya yang sulung tu pi juga PLKN. Tak pi takut kena tangkap polis. Tapi saya dengar ada artis kita dikecualikan dari PLKN!

Rakan: Artis mana, kak dengar dari sapa?

tanya seorang wanita yang minum di sebelah kakak itu.

Ibu:
Namanya Diana ....Diana Danielle. Tu la, artis yang dulu berkawan dengan anak Yusof Haslam tu! Dia pun patutnya hari ni pi PLKN juga, tapi dikecualikan, artis la katakan...

Rakan:
Sapa bagitau kakak dia dikecualikan dari PLKN?"

Ibu: Kakak baca dalam surat khabar, Surat khabar kata dia sedang menjalani penggambaran filem, sebab itu dapat pengecualian. Yang anak kak tu pun kerja juga, dia tempat kami bergantung hidup, tapi pi juga dia. Yang kak tak puas hati ni, apa istimewanya artis kita ni hingga dikecualikan pula? Apa depa kentut tak busuk ka?

Bukti surat tawaran. Klik untuk dibesarkan..

Saya hampir tersedak teh tarik yang sedang diminum mendengar marah+lawak wanita itu. Tapi dalam hati saya, saya bersetuju (jika berita yang didengari itu benar), apa istimewanya sangat Diana itu hingga dikecualikan dari menghadiri PLKN? Adakah kerana artis terkenal yang kebetulan sedang menjalani penggambaran filem, dia boleh dikecualikan? Apa bezanya Diana dengan anak kakak itu dan mungkin juga ramai lagi remaja di luar sana yang walaupun ada tanggung jawab lain tetapi terpaksa juga menjalani PLKN? Adakah mungkin kerana Diana itu artis yang kebetulan ada 'kabel' yang kuat dia boleh dikecualikan?

Setahu saya semua remaja yang terpilih perlu menghadiri PLKN, kecuali atas faktor-faktor berikut mereka boleh dipertimbangkan untuk dikecualikan:

i) Seseorang yang akan menduduki suatu peperiksaan penting dalam tahun yang mana dia dikehendaki menjalani PLKN;
ii) Seseorang yang sedang meneruskan pengajiannya dalam tempoh yang dia dikehendaki menjalani PLKN; dan
iii) Apa-apa keadaan lain yang boleh menimbulkan kesusahan yang luar biasa kepada orang tersebut jika dia menjalani PLKN.

Soalnya apakah artis yang dikecualikan itu termasuk dalam syarat pengecualian ketiga iaitu kehadirannya ke PLKN boleh menimbulkan "kesusahan luar biasa" kepadanya. Tetapi "kesusahan luar biasa" yang bagaimana yang dimaksudkan, adakah dia takut kulit kemerah-merahannya itu menjadi gelap dibakar cahaya matahari atau "kesusahan luar biasa" kepada syarikat perfilemannya yang mungkin kerugian tanpa kehadirannnya?

Tiba-tiba hati saya teringat kepada seorang pemuda miskin dari Perlis yang terpaksa meringkuk dalam lokap polis kerana gagal mendaftarkan diri sebagai pelatih PLKN beberapa tahun dahulu yang ceritanya ada tersiar dalam akhbar kita. Ketika itu baru saya sedar bahawa dalam hidup ini memang ada perbedaan darjat, seperti cerita P.Ramlee, "Antara Dua Darjat". Walaupun kakak tadi ada menyatakan kita sama-sama manusia yang kentut sama busuk baunya, tetapi belum tentu nasib kita sama. Ini kerana anak kakak tersebut dan pemuda dari Perlis yang pernah merengkok dalam lokap itu adalah anak orang biasa, manakala Diana adalah seorang artis terkenal!

p/s: Credit to mimiemiloes ;)

9 komentar:

Anonymous January 3, 2009 at 8:41 AM  

dlm byk2 budk remaja kt malaysia ni...
nape DIANA tu jugak yg terpilih?
nape DIA yg dkecualikn?
nape DIA xnk g..best apa?
ngade tul ar...(maap, sy mmg x suka die...hahaha)

manusia skg ni pk psl duet n harta n maruah n keturunan n juga darjat...
so...adakah patut jka sy katakn ianya...
LUMRAH HIDUP??

^o^...(sy pun x tau)

Mukmin bin Mohd Khairi January 3, 2009 at 8:31 PM  

pabila artis yang disanjung tinggi.. masyarakat mengalami kemunduran...

ayuh kita bangkit,, umat memerlukan kita sebagai RIJAL!! yg bakal menggempur si zionis laknatullah!!!

hologramisfera January 3, 2009 at 11:03 PM  

artis memang mengada...benci gile.hehe

khairun January 4, 2009 at 12:27 PM  

xadil!!
mentang2 artis..bleh plak nk dkecualikan..huh
tah2..die da bg rasuah kt phak plkn..
byk duet la ktekn..artis..
arghh..!benci!

Ateika January 4, 2009 at 5:12 PM  

salam,
didnt i ever told you? this is the-almost-end-world.

erm,Ya Allah..sedarkanlah hamba2 mu ini Ya Allah.. x_x

Anonymous January 13, 2009 at 2:22 AM  

salam ziarah,,
mmg kita semua xbersetuju atau marah..
tp jgn pula tuduh org rasuah,,
baik org lain punye pasal kite masuk neraka..
takut oo..

KhaliFmUjAhiD January 13, 2009 at 8:20 AM  

syaza:negara tidak akan maju jika pemimpin tidak maju

mukmin:yep btowl ;)

fateen:tak semua artis camtu ;)

azie:ish azie neyh,tak bek tuduh2 org,mgkn ad sbab gaks,we wait and see ;)

atieqa:yep dunia akhir zaman..

ibnutoha:itula ap2 pn kte kne sentiasa bersangka baik dalam apa jua keadaan..

cik violet April 30, 2009 at 1:06 AM  

memang xsetuju diana tu dpt pelepasn ke abp sedangkan parent saya nak bawak adik saya keluar makan area kem kuala kangsar pon xley...

memg tidak adil untuk semua....

kemboja July 9, 2009 at 12:14 PM  

salam.
pelepasan diana dengan surat yang telah di sah kan. so, mane2 pemuda yang menjadi tunggak keluarga or ada sebab yang munasabah boleh minta pengecualian dengan jalan yang betul. ni xbuat langkah ape2 then marah2 lak sebab org lain dapat pengecualian. mane boleh mcm tu.

Related Posts with Thumbnails

  © Blogger templates Romantico by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP