Andainya Terjadi Kepada Aku?
>> Friday, January 2, 2009
Salamz Alaik!!
Tanggal 1 Januari 2009, di saat semua rakyat Malaysia gembira berhibur, bepesta, dan bershopping ke hulu ke hilir, ke sana ke mari pada hari New Year ni, aku dikejutkan dengan satu kisah yang memilukan. Iaitu salah seekor daripada 5 anak kucing kat rumah aku mati dalam keadaan yang tragis sekali, dye kene gilis dengan tayar kereta... (Sob3) Nama diberi adalah 'hyper', sebab dye hyperaktif sangat, huu~ Walaupun baru sebulan sahaja anak-anak kucing tu muncul dalam hidup kitorang sekeluarga, tapi mereka tu ibarat macam ahli keluarga kitorang gaks. Sekarang ni tinggal empat ekor jep, mak kucing (Cik Teh) tu pun muke cam sdeyh lepas seekor dah takde. Tapi itulah yang kita namakan perancangan yang dibuat oleh Allah, mungkin ada hikmah di sebalik itu. Iyela, kowt2 kucing tu besar-besar nanty jady kucing jahat ke, mane tau kan, jadi sebab itu Allah tarik nyawanya awal-awal agar tidak berlaku sebarang musibah. Semoga roh kucing itu dicucuri rahmat, insyaAllah...
Walaupun yang matinya hanya seekor kucing, tapi ia membuatkan aku sebagai manusia yang lemah ini berasa sebak & sedih terhadapa kehilangannya. Tragedi tersebut memberikan aku ruang untuk berfikir sejenak, kalaulah perkara sebegitu terjadi kepada keluarga aku sendiri, ataupun kepada diri aku sendiri, adakah aku dapat menerimanya?? Sedangkan kematian seekor kucing yang tak berakal pun aku bleyh sebak, apatah lagi jika yang dicabut nyawa itu adalah seorang manusia. Memang betul mati itu adalah pasti bagi semua makhluk Allah di muka bumi ini, tetapi untuk menerima kematian itu adalah payah sekali, lagi-lagi dengan diri yang setiap hari bergelumang dengan dosa & maksiat. Astaghfirullahalazim...
Katakanlah: “Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.” (Al-Jumu’ah:8)
Mungkin ada di antara korang yang sedang membaca ini artikel pernah menghadapi saat-saat tersebut, di mana ketika orang kesayangan pergi ke rahmatullah. Macam mane perasaan?? Sedih ryte?? Begitu jugalah perasaan bagi saudara-saudara seislam kita yang berada di Timur Tengah. Lebih-lebih lagi apabila Israel yang tak berhati perut tu dah start balek aktiviti dyeorang dalam menghancurkan umat Islam. Cuba bayangkan sejenak, lepas ni korang keluar jalan-jalan shopping kat Mid Valey, Alamanda, KLCC, ataupun baru keluar habes solat jumaat kat masjid, tiba-tiba.. Pom!!! Badabom!!! Satu letupan yang tidak disangka berlaku di depan mata korang sendiri, lepas tu orang yang berada di sebelah korang ditembak tanpa belas kasihan. Apakah reaksi korang? Bersembunyi? Berlari? ataupun melawan kembali??
Rasenye korang mesti dah banyak kali bace artikel pasal perjuangan Palestine ni ryte, dah bermacam-macam jenis artikel diterokai, berjuta-juta gambar dah menjadi tatapan untuk korang semua menginsafkan diri, tetapi adakah matlamat mereka itu tercapai?? Insafkah kita?? Jikalau kita diberi peluang untuk berperang bersama-sama orang palestine, sudahkah kita bersedia menerimanya wahai rakyat Malasysia?? Ataupun takut dan still mahu bersuka-ria di dunia yang hanya sementara ini?? Fikirkanlah wahai umat Islam, jikalau perkara tersebut berlaku pada diri korang sendiri... What Will You Do???
Nanty bile-bile time korang free, ameklah mase 5-10 minit untuk melakukan solat hajat dan berdoa agar Palestin dan negara-negara Islam yang lain dilindungi oleh Allah. Ape yang dapat belajar mase khutbah jumaat tadi adalah doa sahaja tidak mencukupi, tetapi perlu tanamkan semangat jihad di dalam doa kita itu. Sebelum aku mengakhiri artikel aku kali ini, di sini aku ingin kongsikan satu klip video untuk tatapan korang semua, jeritan & rintihan seorang anak palestin terhadap peperangan yang berlaku, hayatilah & insafilah diri, kita doakan agar Islam akan bertapak di dunia ini sekali lagi, Allahuakbar!!!
"Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan carilah jalan yang mendekatkan diri kepada-Nya, dan berjihadlah pada jalan-Nya, supaya kamu mendapat keberuntungan" (Al-Maidah:35)
p/s: teringat kat lagu nowseeheart, damai yang hilang...
3 komentar:
sungguh sedyh bile bayangkan..
:'( tp, pape pon, redha sajeh di ats qada' dn qadar nya.. semua ketentuan-Nya ade hikmah disebaliknye..
anynomous: banyakkan berdoa & solat hajat kayh ;)
hmm.. betul 2.. yg lg menyedihkan dari kucing saudara yg mati 2, ade ummat Islam di Malaysia buat x endah je dgn nasib rakyat Palestin.. seolah2 takde kaitan.. takkan nak tggu Malaysia kena serang kot..nauzubillah.. ape2 pon, syukran.. sama2 kita doakan kesejahteraan rakyat Malaysia dan moga dibukakan hati utk menerima hidayah Allah.. (^_^)
Post a Comment