Kisah Di Sebalik Sambutan Tahun Baru

>> Sunday, January 4, 2009

5 orang adik beradik Palestin sedang tidur ketika itu ketika mana tentera udara Israel sedang melakukan serangan ke atas masjid berhampiran dan dan salah satu dinding runtuh ke atas bumbung rumah mereka terus menghempap kelima2 beradik yang sedang tidur di dalam bilik itu ketika itu,Mereka semua mati serta merta di situ. Yang paling tua antara mereka berumur 17 tahun dan yang paling muda berusia 4 tahun.

"Mereka membesar hari demi hari,malam demi malam,dan hanya tempoh sesaat sahaja,mereka diambil daripada saya"

ujar ayah kepada 5 mangsa itu-Tahrir, 17; Ikram, 15; Samar, 12; Dina eight; dan Jawaher,4,- yang turut cedera bersama 3 lagi anaknya lain yang terselamat.

Upacara pengebumian mereka pada hari itu di hadiri oleh ratusan orang dan ahli keluarga. Berikutan ruang kubur yang tidak mencukupi,mereka terpaksa berkongsi liang lahad. Di mana kakak sulung mereka di tempatkan dalam satu liang lahad, manakala 4 yang lain terpaksa berkongsi satu liang lahad.

"Ini semua adalah kehendak dan ketentuan Allah, saya percaya kepada Allah." tambahnya lagi ketika berucap semasa pengebumian anak-anaknya.


Askar Israel ketika menjawab kejadian itu berkata"Kami ingin menyerang masjid yang berhampiran situ kerana tempat itu dipercayai menjadi tempat perkumpulan pejuang Hamas. Dan ketika itu, kami dapati ada seorang lelaki bersenjata di dalam masjid itu.

Pak cik kepada 5 kanak-kanak malang itu menjawab respon askar Israel itu dengan mengatakan mereka adalah mangsa yang tidak bersalah,

"kami bukanlah orangnya yang melakukan serangan roket kepada Israel.Kami hanya manusia biasa,bukan binatang!"

Sebelum kejadian, mereka sekeluarga dikatakan telah berpindah keluar daripada rumah mereka setelah serangan Israel semakin menjadi, tetapi malam itu mereka semua pulang semula untuk adik-beradik malang itu bertemu "takdir" mereka disitu.

Kakak kepada 5 beradik yang terkorban itu yang terselamat walaupun telah tertimbus ketika rumah mereka runtuh akibat serangan udara Israel itu berkata" saya katakan kepada adik2 saya yang telah terkorban, kamu semua adalah Syuhada', inilah pengakhirannya."

"Dan berperanglah di jalan Allah terhadap orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu mencabuli; sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang mencabul."
(Al-Baqarah:190)


p/s: Semoga mereka berada bersama-sama dengan roh orang yang beriman, Al-Fatihah...

6 komentar:

Anonymous January 4, 2009 at 12:24 PM  

PakLah juga yang tersenyum2 seronok melihat bunga api pada malam tahun baru. apa nk kisah, bukan hal dia

Anonymous January 4, 2009 at 7:59 PM  

subhanallah..

annur huda January 5, 2009 at 8:52 AM  

israel semakin kejam..ada sahaja alasan yang diberi bg menunjukkan yang mereka sebenarnya tidak bersalah melakaukan serangan...

Anonymous January 5, 2009 at 12:17 PM  

semoga mereka berada dalam kalangan para syuhada'..ameen...

Anonymous January 7, 2009 at 10:06 PM  

damn israel!!! ops sori, geram sgt dh nih...

Anonymous January 11, 2009 at 8:30 PM  

kita di sini seharusnya berdoa untuk mereka.. doa senjata orang mukmin..

Related Posts with Thumbnails

  © Blogger templates Romantico by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP