Syukurlah Mereka Yang Masih Perawan
>> Monday, January 12, 2009
Salamz Alaik!!
Keperawanan, harap korang yang membaca neyh still perawan lagi kayh, ngee.. exceli dah lame aku nak membincangkan pasal topik neyh, tapy maklumlah dah start sem neyh, perlu dahulukan mana yang penting dulu. So pada Ahad 2 minggu lepas la tak silap, aku tertarik dengan keratan muka depan akhbar Metro Ahad yang bertajuk 'Bangga Tidak Perawan', sape yang ade bace ingatlah. Ia kenyataan mengenai remaja zaman sekarang yang bangga hilang perawan dyeorang mase muda-muda lagi sebelum khawin. Jadi aku bace punye bace, aku terfikir sejenak apa yang sudah terjadi terhadap keadaan dunia zaman sekarang yang penuh pancaroba neyh.
Ya Allah, sampai begitu sekali budak muda zaman sekarang neyh, terlalu bangga dengan kemaksiatan yang dyeorang lakukan. Pastu siap cemuh lagi sape yang masih mempunyai dara & teruna. Memang betul la antara tanda kiamat iaitu "kejahatan diagung-agungkan dan kebaikan itu mendapat kejian". Tetapi kepada semua yang masih mempunyai keperawanan korang, syukurlah kerana berjaya menundukkan hawa nafsu itu, dan ingatlah bahawa Allah sentiasa menyayangi kita. Patutnya mereka yang tiada perawan tu patut malu dengan perbuatan dyeorang!
Bila kita cakap about perawan neyh, ia mesti dikaitkan dengan maruah yang ada dalam setiap diri mereka yang bernama manusia. Jadi kalo seseorang itu bangga apabila hilang perawan, maka secara kesimpulannya mereka juga bangga sebab sudah hilang maruah! Hilang iman dari dalam diri! Astaghfirullahalazim... Sungguh betul jihad yang paling besar sekali adalah jihad untuk melawan hawa nafsu, kerana apabila nafsu tidak terkawal, maka terciptalah binatang-binatang dari kalangan manusia yang bangga dengan kehilangan maruahnya. Sebab itulah Allah menyarankan untuk manusia berkhawin supaya dapat mencegah sebelum berlakunya sesuatu yang haram yakni berzina!
Mungkin disebabkan pengaruh & budaya barat yang berleluasa di seluruh pelusuk Malaysia yang membuatkan mereka tanpa tanpa segan silu mengeluarkan statement "Aku berbangga sudah hilang perawan!". Iye la cube tengok setiap filem & drama orang putih sekarang neyh, kalau takde adengan aksi di ranjang memang tak dapat block office la filem tuh! Sampai bangsa kita Melayu pun dah terikut-ikut nak buat jugak, ade sampai latest filem aku dengar dah berani nak buat aksi kissing lesbian! Takde adengan lain ke nak buat?? Ya Allah, sungguhlah iman di dalam diri umat Islam ini semakin pudar dari hari ke hari. Sehingga perkara yang patut dijadikan 'nahi mungkar' dah menjadi 'amal munkar' di kalangan mereka yang hilang iman di dalam diri.
Jadi kepada mereka yang still perawan, jangan risau ada masanya kita akan hilang perawan kita, iaitu kepada suami atau isteri yang sah untuk diri kita. Bukanlah kepada laki atau perempuan yang kita jumpa tepi jalan jep, tu yang boleh bikin merebak HIV! Kalau tak pun anak luar nikah, nak ke?? Mesti kalau aku tanye seribu orang, confirm jawapannya adalah tak nak! Tetapi apasal la nak buat jugak kan. Ingatlah wahai saudara saudari sekalian bahawa berzina itu nikmatnya hanyalah untuk seketika tetapi sengsara adalah untuk selamanya. Salurkanlah keperawanan anda bagi yang halal untukmu, insyaAllah akan diberkati oleh Allah ;)
p/s: Bila la aku nak kawen neyh, huu~
9 komentar:
W'salam...
Hebat blog saudara...
mesti selalu update ni kan?
Apa pendapat saudara ttg saudara kita di Palestine?
salam...
abdul muiz, bile dh smpi seru ko utk kahwin, jodoh xakn ke mana...semoga ko dipertemukan dgn wanita yg solehah k...nnt walimah jgn lupe jemput aku...huhuhu
batik biru: semua ilham itu datang dr Allah,sye just menyampaikan sahaja idea yg sye dpat curahkan ;) kalau about palestin sye dah ad dlam thread yg sebelum neyh,suadara leyh la cari kayh ;) tajuknye 'andainya terjadi kepada aku' & 'di sebalik sambutan tahun baru'
nur: insyaAllah,tp spe yep nur? nk kasi kad jemputan nnt tatau camne,hekhek..
salam...teruskan berkarya!
waa~ sgt x suka pade yg x perawan, (blom kahwen, dan disengajakan ) ! haha tp, i still lagi, tao.. hahaha jk! jk!
p/s: semoga cepat bertemu jodoh anda ;)
salam abdul muiz ghani.ala relek ar.. kwen 2 bnda lmbt agi.hahhaa.ko neh cool la.hehhe. pe2 pown gud post.i like it! huuu @-@
weyh muiz.. nk kwen je tau ko neh.. hahaha.. tp pe2 pown bgs la post ni.. sbb disertakan ngan hadis2 nabi.. mn ko dpt ha?? hehe..
dzulagil: insyaAllah dzul,slagi mane mampu ;)
anonymous 1: insyaAllah,tanx ;)
pah gebu:itula masih mude lagy deyh,study first,ngehee..
anonymous 2:hehe.. cari,mencari dan mencari,insyaAlah jumpe hadis2 tu ;)
banyak ibu muda yang tidak bersuami akhirnya buang begitu sahaja anaknya..sedihnya hakikat di depan mata bila menyaksikan bayi2 yang tak berdosa tu..
Post a Comment