Erti Sebuah Pengorbanan
>> Saturday, December 6, 2008
Salamz Alaik!!
Setelah setahun ia meninggalkan kita, maka tirai aidiladha akhirnya muncul semula. Dengan tarikh yang sama yakni 10 Zulhijjah pada tiap-tiap tahun hijrah, cuma hari dan juga pengalaman sahaja yang akan menjadi berlainan pada setiap tahun. InsyaAllah pada hari Isnin ini, umat Islam di seluruh Malaysia akan menyambut salah satu hari yang paling besar, keberkatannya sebenar lebih besar daripada aidilfitri, nak tau ape hari tu?? sudah semestinya Hari Raya Aidiladha!! Alhamdulillah, dapat juga aku bertemu kembali dengan hari yang penuh dengan makna sejarah dan pengorbanan ini...
Seperti yang kita sedia maklum, kedatangan aidiladha ini bukanlah disengajakan, lebih-lebih lagi menyimpang daripada kebetulan semata-mata, sebab ia mempunyai peristiwa sejarah pengorbanan yang teramat penting dalam sejarah Islam. Selalunya apabila dikatakan tentang aidiladha, mesti ia sinonim dengan peristiwa Nabi Ibrahim a.s. dan juga anaknya Nabi Ismail a.s. Betul tak?? Tetapi sebenarnya ia lebih daripada itu, kerana aidiladha ini merupakan gambaran simbol kasih sayang yang kukuh antara seorang nabi kepada Tuhannya, seorang ayah kepada anaknya, seorang suami kepada isterinya dan juga seorang ibu kepada anaknya.
Peristiwa yang pertama kita dapat lihat adalah apabila Nabi Ibrahim a.s. diperintahkan oleh Allah agar meninggalkan isterinya Siti Hajar dan anaknya Nabi Ismail a.s. di padang pasir yang tandus. Dan dari situ Siti Hajar terpaksa berlari dari gunung Safa ke Marwah untuk mendapatkan bekalan air untuk anaknya Ismail yang kehausan, dan dengan mukjizat daripada Allah, akhirnya Nabi Ismail menghentakkan kakinya ke tanah dan terhasilnya air zam-zam. Padang pasir yang tandus itu juga telah menjadi tumpuan buat umat Islam zaman sekarang untuk menunaikan haji yakni Makkatul Mukarramah atau nama dahulunya Bakkah.
Peristiwa kedua ni pulak sudah biasa kita dengar, tetapi ia amat penting dalam sejarah kerana bermulanya ibadah korban bagi umat Islam, yakni ujian Allah kepada Nabi Ibrahim a.s. kepada agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Tanpa ragu-ragu lagi Nabi Ibrahim menyahut seruan Allah walaupun masyarakat pada waktu itu mengatakan bahawa baginda gila. Dengan rahmat Allah yang Maha Kuasa, maka akhirnya Allah gantikan anaknya dengan kibash untuk dijadikan sembelihan. Ya Allah, kalau aku yang diberi ujian sebegitu pun aku tak sanggup melakukannya. Sungguhlah benar bahawa Allah tahu setiap perkara yang dilakukanNya.
Kita perlu tahu dan sedar bahawa erti sebuah pengorbanan pada hari aidiladha bukanlah hanya sekadar sembelih lembu ataupun dapat mengerjakan haji di Baitullah sahaja. Banyak lagi yang kita dapat ambil iktibar lebih-lebih lagi daripada peristiwa yang aku ceritakan sebentar tadi. Dalam setiap pengorbanan itu perlulah ada usaha, doa dan tawakal. Dalam setiap pengorbanan itu memerlukan kecekalan dari segi mental dan fizikal. Dan dalam setiap pengorbanan itu juga tiada kenal erti putus asa dalam kamus hidupnya. Apabila kita melakukan suatu pengorbanan tidak kiralah untuk diri sendiri, keluarga, pakwe awek, ataupun sesiapa, kita haruslah terima segala keputusannya dengan tabah. Life is not an adventure without taking any risk!
Lagi satu perkara, macam yang aku cakap pada awal artikel aku tadi, pengertian sambutan aidiladha ini adalah lebih bermakna daripada sambutan aidilfitri. Tetapi yang kita boleh nampak kita terlalu ghairah dalam persiapan sambutan aidilfitri tetapi untuk aidiladha neyh buat rilek2 jep, macam tak ada apa-apa yang berlaku langsung. Aku tertarik dengan temuramah Jimmy Shanley dengan Ustaz Akhil Hayy dalam rancangan Trek Selebriti masa raya hari tu, tak silap perbualan diorang berbunyi begini:
Jimmy: So ustaz, apakah persiapan untuk menyambut aidilfitri yang bakal menjelang tiba ini??
Akhil Hayy: Saya sebenarnya tidak melakukan banyak sangat persiapan kerana saya melebihkan aidiladha daripada aidilfitri. Seperti yang kita tahu keberkatan aidiladha itu lebih luas, tetapi saya tetap menyambut aidilfitri ini dengan sesederhana yang mungkin.
Aku yang tengok tu tergelak je lepas Jimmy kene ceramah balik dengan Ustaz Akhil Hayy, hekhek. Tetapi memang betul bahawa kita sebenarnya tersilap kerana melebihkan aidilfitri daripada aidiladha. Cuba kita lihat perbandingannya:
Pertama: Kita dituntut bertakbir membesarkan Allah hanya dalam lingkungan 12-14 jam sahaja pada hari Raya Aidilfitri sedangkan tempoh takbir Hari Raya Korban ialah 4 hari lamanya.
Kedua: Kita diharamkan berpuasa 1 hari sahaja (I Syawal) pada Aidilfiri tetapi kita diharamkan berpuasa selama 4 hari lamanya (10 Zulhijjah dan 3 Hari Tasyriq iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah)pada hari raya Korban.
Oleh itu, kepada semua pembaca yang aku amat hargai sekalian, jadikanlah aidiladha pada tahun ini sebagai titik permulaan untuk kita mengambil iktibar dan keberkatan daripada Allah s.w.t. Semoga kita semua dapat menikmati apa yang dinamakan erti sebuah pengorbanan...
p/s: tak sabar nak balik kampung, ngehee.. ;)
3 komentar:
salam ziarah =) nice post.. smoga kter menghayati erti pengorbanan sbnr..
nice entry la wak.
cumel nyep~!
camat arep rayep aidiladha.
jemput la ke umah.
:DDDDDDDDD
salam..
alhamdulillah,
post ni mengingtkn org ttg pe y specialnyer hari raye haji selain public holiday dn berjmpe ngn keluarge tersayang.
hm2
^_^
Post a Comment