Satu Hari Di Hari Raya...

>> Tuesday, December 9, 2008

Salamz Alaik!!

Setelah 2 hari beraya sakan di kampung halaman tercinta, iaitu Kampung Felda Bukit Senggeh, Nyalas, Melaka. Akhirnya aku kembali untuk mem'blog'ing di rumah, maklumlah kat kampung tak de internet, kalau tak memang kat sane pun aku layan blogging jugak la, hekhekhek.. Takpe, okla jugak tak de internet, boleh layan saudara mara yang ada di kampung, iyela nak jumpe dyeorang ramai-ramai pun time raye je la, baru meriah sedikit, lalala~

Apa yang best raya haji kali ini?? Errmm.. Haaa.. Family aku 7 anak beranak melakukan ibadah korban! Dan korban tersebut dilakukan di belakang rumah atuk aku. Alhamdulillah seekor lembu berjaya ditumbangkan ;) Liat jugak lembu seekor nak jatuh, dah la hujat lebat jugak mase tu.. huu~ So di sini aku ada video eksklusif untuk anda semua sewaktu lembu ini dikorbankan, hayatilah ;)



Ape-ape pun segalanya berjalan dengan sempurna tanpa sebarang kecederaan dan cacat cela. Semua orang bergembira pada hari itu kerana berjaya melakukan ibadah yang dituntut oleh Allah. Daging lembu tersebut dibahagi-bahagikan kepada semua orang kampung dan kami sekeluarga hanya boleh mengambil 1/3 bahagian sahaja, tapi besar jugak tuh.. Pada petang tu kitorang semua saudara mara buat barbeque!! Antara menu utamanya adalah ayam, sausage, udang, kentang dan juga daging lembu yang kitorang sembelih, ngee.. Sedap dimakan sehingga menjilat jari!! ;)

Dan dikesempatan ini juga aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha untuk semua pembaca blog aku!! ;) Di sini aku menyediakan gambar sepanjang aku duduk kat kampung selama 2 hari ini untuk tatapan anda semua, enjoy ;)




p/s: jumpe lagi tahun depan!! ;)

2 komentar:

Mardhiah December 9, 2008 at 8:55 PM  

wah~
meriah ye raye dier :)

KhaliFmUjAhiD December 9, 2008 at 9:01 PM  

huhu~ takde la meriah sangat, biase2 jep ;)

Related Posts with Thumbnails

  © Blogger templates Romantico by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP