Yoga: Hujah Pengharaman

>> Monday, December 1, 2008

Seperti yang kita tahu Yoga merupakan anatara salah satu senaman yang telah menjadi rutin harian bagi penduduk kita kat Malaysia. Pastu tetiba tap tup tap majlis fatwa telah memutuskan untuk mengharamkan senaman yoga. Aku pun dulu ada jugak sangsi pasal yoga neyh, tapi just rilek-rilek je la sebab aku pun takde follow senaman tu. So di sini aku ada sedikit sebanyak info about senaman yang dinamakan yoga neyh, ia merupakan hujah pengharaman yoga oleh salah seorang pegawai cawangan Aqidah Bahagian Penyelidikan JAKIM, Mohd. Aizam bin Mas'od. Jom kita hayati ;)

Definisi Yoga
Yoga ialah perkataan Sanskrit yang mempunyai banyak makna. Ia berasal daripada bahasa Sanskrit yuj, bermaksud mengawal, menyambung atau menyatu. Yoga dari segi istilah ialah “union; kesatuan; ‘sambungan atau ‘kuk’ roh individu dengan roh alam semesta; penyatuan dengan roh Ilahi

Sumber Ilmu Yoga
Pengajaran Yoga terdapat di dalam kitab suci agama Hindu ‘Bhagavad Gita’. Nama 'Bhagavad Gita' bermaksud "lagu tuhan", dan Bhagavat merupakan gelaran Krishna. Dalam konteks Bhagavad Gita, perkataan ‘Yoga’ memerihalkan satu pandangan bersatu, ketenangan fikiran, kemahiran bertindak, serta keupayaan untuk mengekalkan penyesuaian dengan kemuliaan Diri (Atman), dan yang mempunyai intipati yang sama dengan asas Kewujudan (Brahman). Menurut Bhagavad Gita, tujuan hidup adalah untuk membebaskan fikiran dan intelek daripada kerumitan masing-masing, dan untuk menumpukan kedua-duaini kepada kemuliaan diri melalui penujuan tindakan kepada Tuhan. Tujuan ini dapat dicapai melalui yoga-yoga tafakur, tindakan, pengabdian, dan pengetahuan.

Gita memerihalkan bahawa Yoga yang terbaik ialah yoga yang sentiasa berfikir dalam-dalam tentang Tuhan. Krishna meringkaskan Yoga dalam lapan belas bab. Terdapat empat jenis Yoga iaitu Raja Yoga atau Tafakur Psikofizikal , Bhakti Yoga atau Pengabdian, Karma Yoga atau Tindakan Tanpa Mementingkan Diri dan Jnana Yoga atau Pengetahuan Mengatasi Diri. Setiap laluan berbeza, tujuan asas masing-masing adalah sama sahaja, iaitu untuk menyedari bahawa: Brahman (Intipati Ketuhanan) merupakan kebenaran tunggal, badan mempunyai batas waktu dan Tuhan Yang Maha Agung (Paramatman) adalah tidak terhad.

Matlamat tertinggi yoga
Matlamat Yoga ialah untuk mencapai nirvana atau moksha iaitu pelepasan diri daripada kitaran penjelmaan semula melalui kesedaran perpaduan dengan kebenaran muktamad. Terdapat tiga peringkat dalam kesedaran diri yang diberikan dalam Bhagavad Gita iaitu; Brahman: tenaga sejagat yang tidak bersifat peribadi, Paramatman: Tuhan yang berada di pusat setiap hidupan,
Bhagavan: Tuhan sebagai satu personaliti, dengan bentuk transendental

Falsafah yoga menurut agama bukan Islam

Falsafah yoga hampir diterima oleh semua agama, namun Islam tidak pernah menerima falsafah yoga memandangkan Islam merupakan agama yang amat mementingkan eksklusivisme iaitu perbezaan yang mendasar dalam soal-soal yang berkaitan ketuhanan. Antaranya contoh penerimaan agama lain terhadap yoga ialah seperti berikut:-

a) Yoga Hindu: Mengatakan bahawa kita boleh bersatu dengan Tuhan semasa Roh masih ada dalam badan, semasa seseorang itu masih hidup di dunia ini. Selepas matinya seseorang itu dia akan hidup semula ke dalam jasad lain. Keadaan ini berterusan sehingga sampai ke tahap suci yang layak bersatu dengan Tuhan - Brahma). Jalan keluar daripada dukkha dan samsara yang berterusan ini hendaklah belajar cara-cara mengamalkan Yoga yang betul.

b) Yoga Buddha: Hasil daripada pertapaannya, Gautama Buddha mendapat Kegemilangan Rohaniah ( Enlightened ). Hasil daripada terlepas dirinya daripada kenyataan hidup di dunia ini yang tidak lain daripada dukkha dan samsara.

c) Yoga Yahudi: Yahudi juga menerima Yoga. Mereka menggunakan cara yang sama seperti lahihan bernafas, membaca mantra dan melakukan kedudukan badan yang berbagai digelar Asana demi hendak mencapai sejenis keadaan kesedaran ( consciousness).

d) Yoga Kristian: Matlamat Yoga Kristian ialah “Kesatuan Roh dengan Tuhan”, bererti Yoga sesuai dengan Kristian. Yoga Kristian mengatakan bahawa kita bersatu dengan Allah selepas mati. Manakala Yoga Hindu mengatakan bahawa kita boleh bersatu dengan Allah semasa Roh masih ada dalam badan, semasa seseorang itu masih hidup di dunia ini.

So itulah sedikit sebanyak info tentang YOGA neyh, mungkin ada jugak yang mempertikaikan tentang fatwa tersebut, tetapi bagi aku pengharaman ini adalah untuk memberi amaran sahaja, ia bergantung pada seseorang untuk ikut ke tak, btowl tak??

p/s: Judi, zina, minum arak, riba' pun haram, tapi masih lagi umat Islam melakukannya..

5 komentar:

ilmu December 2, 2008 at 12:35 PM  

ingat ke yoga good for health...bagaimana dgn org yg praktis yoga but nawaitunya for health of mind (cm peace) bukan nawaitunya utk praktis ajrn agama?

KhaliFmUjAhiD December 3, 2008 at 12:15 AM  

uhuu~ itula sye pn ade terfikir jugak, tapy baek awak bertanyakan pada org yg lebih berilmu ;)

Mukmin bin Mohd Khairi December 3, 2008 at 5:14 AM  

yoga yg kita fahami adalah dari sudut pergerakan2 yang boleh mnenangkan fikiran dan menyihatkan tubuh badan.. tetapi yang hendak disampaikan dari yoga itu yang sebenarnya adalah dakyah2 musuh islam.. sampai satu tahap kita sudah tak sedar akan cara mereka menombrosi minda kita.. apa-apa pn selagi mana ia tak disertakan dengan apa2 bentuk pemujaan dan 'kesatuan dengan benda-benda ghaib', dibolehkan

Sebenarnya 'yoga' yang kita pahami ini ada dalam islam itu sendiri yakni SOLAT..
jika kita amati,, amalkan solat dengan sekusyuk mungkin. maka, kesihatan dan ketenangan yang diimpikan amatlah dijanjikan

ilmu December 3, 2008 at 11:40 PM  

guess kalo de gharar baik kite elak kn je kn...btul gak ckp saudara khairi...

KhaliFmUjAhiD December 4, 2008 at 8:22 PM  

yep.. solat itu sudah meliputi semua aspek kesihatan.. if nak tau lebih lanjut bace post saye yang bertajuk "komposisi tubuh dalam solat" ;)

Related Posts with Thumbnails

  © Blogger templates Romantico by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP