Jokes Of The Day ;D

>> Tuesday, December 9, 2008

1)Satu hari Pak Pandir dipanggil ke sekolah kerana anaknye telah didapati meniru di dalam peperiksaan..

Cikgu: Anak pakcik telah didapati meniru seorang murid yang bernama Faizal sewaktu menjawab kertas pepriksaan tadi..
Pak Pandir: Apa buktinya Cikgu kata anak saya meniru?
Cikgu: Ok, untuk soalan 15, Faizal telah menjawab "saya tak tahu"
Pak Pandir: Oh! tapi itu belum cukup bukti mengatakan anak saya meniru, cikgu..
Cikgu: Betul tu pakcik, tapi anak pakcik telah menjawab "kalau Faizal tak tahu, saya lagi tak tahu"

2)Alkisah seorg anak pompuan yang baru masuk tadika bertanya kepada mummynya..

"Mummy, mummy? sex tu apa Mi?" Terkedulah si ibu

Terasalah akan kemodenan zaman skrg yg berjaya membuatkan manusia berfikiran lebih terbuka. Sesuai dgn konsep pendidikan seks yg sedang hangat diperkatakan, mulalah si ibu mencari jawapan yg sesuai utk anaknya dengan harapan anaknya takkan tertinggal dlm arus pendidikan sejagat.

Maka si ibu pun mula memberikan jawapan mengenai apa itu sex dengan perumpamaan antara kumbang dan bunga, diikuti dengan pembentukkan bayi dalam kandungan? dan diselitkan juga dengan kisah percintaan antara mummy dan daddynya dari zaman universiti lagi sehinggalah dgn kehadiran si comel iaitu anak gadisnya yg bertanya itu.. Tiba-tiba si anak menangis teresak2.. Si ibu kehairanan dan bertanya. Si anak menjawab dlm tangisan..

"Jawapan mummy tu panjang, ruangan jawabannya pendek saja ni..." seraya meyerahkan buku latihan yang tertulis kat depannya (cover)..

NAME:...........
SEX:............
Class:..........
Subject:.....

3)seorang lelaki yang kudung kakinya,tangannya bercangkuk dan bermata satu hadir dalam temuduga untuk menjadi lanun.

Penemuduga: Bagaimana kaki kamu boleh kudung?
Lelaki: Cedera ketika perang dunia kedua.
Penemuduga: Kenapa tangan kamu bercangkuk?
Lelaki: Terpotong dengan pisau besar!
Penemuduga: Mata kamu pula?
Lelaki: Suatu hari ketika hujan saya mendongak kelangit, lalu ada seekor burung menjatuhkan tahinya ke mata saya.
Penemuduga: Adakah kerana itu mata kamu rosak dan hanya tinggal sebelah?
Lelaki: Bukan itu sebabnya, mata saya terkeluar selepas menggunakan cangkuk untuk menyapu najis burung itu.

4)Suatu hari...seorang suami baru pulang dari meeting (sebenarnyer dating) dan melihat isterinya menangis teresak2...

Suami: Nape ni yang?
Isteri: Sudahla bang, lepaskan saje saya ni!!
Suami: Eh, nape awak cakap camtu lak??
Isteri: Saya tahu, awak ade jumpe pompuan len kan?
Suami: Eh, apa awak ckp ni??
Isteri: Sudahla bang, sumenye da tebukti. Ade pompuan yang jawab tepon mase saya call awak, dah banyak kali..
Suami: Eerr.. aaa... ba.. baik la.. abang mengaku, abang ade pompuan len, tapi ape yg pompuan tu cakap kt awak?
Isteri: Huh! nyampah! mentang-mentang saya tak tau omputeh, tapi saya ade hafal ape yg dier cakap..
Suami: Dier cakap ape?
Isteri: Dier cakap "The number u have call cannot be reached at this moment, please try again" asal saya tepon je, dier ckp camtu, da tak reti cakap melayu.

5)When RM1 meets RM50..

Duit seringgit telah bertemu dengan lima puluh ringgit dan bertanya:
"Oit,lama tak nampak, mana ko pergi?"

Lima puluh ringgit menjawab "Aku pergi merata tempat. Pergi stadium tgk bola, Naik STAR Cruise, gi KK naik AirAsia, lepak One Utama, konsert AF, Malaysian Idol.. tempat2 cam tuh lah. Eh, ko camner lak?"

Duit seringit menjawab perlahan seraya menunduk, "Hmm..biasa lah.. Balik-balik tempat sama.. surau, masjid, surau.."

Moral: Dermalah banyok skit.. tapi biar ikhlas..hehehe ;p

"Laughter Is The Best Medicine"


p/s: hakhakhak!! ;D

0 komentar:

Related Posts with Thumbnails

  © Blogger templates Romantico by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP