The 2nd Uzlah - Ukhwah Terjalin Asas Silaturrahim
>> Tuesday, November 11, 2008
Salamz Alaik!!!
Wah2, exam sudah habes!!! dan sudah lama ku menghilang dari blog ini.. do you all miss me?? kompirm tak kan.. hakhak!! Pemergian aku itu ade sebabnya. So what is the reason?? It is because i have programme to attend. Eceyh speaking omputih plak ak neyh, huahuahua.. Yepz btowl, aku ade program uzlah yang kedua dengan kelab aku yang tercinta iaitu Persatuan Pengajian Islam Uniten. ;)
Ok2, habes pada mukaddimah kita, seperti 1st uzlah sebelum neyh, program kali ini juga bermatlamatkan perkara yang sama iaitu merangka segala aktiviti yang hendak dilakukan untuk sem hadapan, so its again work time!! Program yang berlangsung selama 2 hari [Ahad (9/11) - Isnin (10/11)] telah berjalan dengan begitu lancar malah ia dapat lebih merapatkan hubungan ukhwah sesama kami saf-saf kepimpinan PPI.
Apabila dikatakan tentang ukhwah, baru aku sedar bahawa jalinan ukhwah itu amatlah penting sekali. Sebab ia menjadikan kita kuat dan bersemangat kerana ada seseorang yang bersama kita dalam setiap perkara yang kita lalui. Cuba kita bayangkan seperti ini, ukhwah itu seperti tali dan organisasi sebagai benda yang hendak diikat. Jika sesuatu tali ukhwah itu tidak diikat dengan ketat, maka pautan silaturrahim itu menjadi longgar dan akan mengakibatkan perpecahan di dalam susunan sesuatu organisasi ataupun kumpulan. Tetapi jika kita mengikat tali ukhwah itu dengan ketat, maka tentulah susunan organisasi itu menjadi kuat dan tidak akan senang untuk dirobohkan. Ukhwah terjalin asas silaturrahim!
“seseorang di antara kamu tidak beriman dengan sempurna kecuali setelah mencintai saudaranya seperti mencintai dirinya.”
Cara untuk merapatkan ukhwah
Actually there are many methods yang kita boleh lakukan untuk merapatkan ukhwah itu, tetapi caranya mestilah tepat sesuai mengikut keadaannya.
Seperti dalam program ini, kami melakukan semua perkara dalam berjamaah, solat berjamaah, makan berjamaah, main-main pun berjamaah juga. Apabila kita melakukan sesuatu perkara itu bersama-sama, maka dari situ kita dapat mengetahui dan mengenali seseorang itu dengan lebih baik, dan ini akan menjadikan sesuatu kerja itu mudah untuk dilakukan.
Di dalam satu organisasi juga, kita janganlah mengumpat ataupun berkata belakang tentang seseorang itu, kerana ia akan menimbulkan syak wasangka di antara ahli-ahli yang lain. Ia juga merupakan salah satu virus ukhwah yang akan meruntuhkan hubungan silaturrahim sesama ahli. Oleh itu perkara yang terbaik jika kita tidak puas hati dengan seseorang itu ialah bercakap terus dengan orang itu, jangan simpan dendam di dalam hati. Selepas itu selesaikan dengan cara yang terbaik, dari situ insyaAllah kita dapat menyelamatkan sesuatu ukhwah itu daripada roboh akibat daripada mengumpat.
“jika kamu bertiga, maka janganlah dua di antara kamu membuat perbicaraan rahsia tanpa melibatkan yg lain, kerana perbuatan itu dapat membuatnya sedih.”
Merapatkan ukhwah adalah sesuatu perkara yang mudah, tetapi untuk mencipta sesuatu ukhwah itu memerlukan cabaran serta pengorbanan. InsyaAllah jika ikhlas dan berniat kerana Allah dalam melakukan sesuatu perkara itu, ukhwah itu akan datang dengan sendirinya dan apabila terciptanya ukhwah maka lahirlah generasi Islam yang kuat dan teguh dalam mengharungi liku-liku kehidupan dunia ini.
Jadi di sini ada sedikit sebanyak gambar rentetan perjalanan program uzlah yang kami jalankan sepanjang dua hari ini :)
Alhamdulillah apa yang aku lihat bahawa keluarga PPI kami masih lagi kuat dan utuh dalam mengekalkan ikatan ukhwah di antara kami. Semoga jalinan ini berkekalan sehingga ke akhir hayat, insyaAllah ;)
p/s: Jumpe lagi next sem guys! ;)
3 komentar:
best giler exam ko dah habes..chayyokk!!
uhuu~ tapy banyak keje menanti.. hadapi dengan tabah,huahuahua..
teringat knangan lama...
camne akak bole termiss awak pnye n3 yang nie.. haishh
Post a Comment