Al-Fatihah...

>> Tuesday, November 4, 2008

Salamz Alaik

Suatu berita yang mengejutkan kepada aku dan juga rakan seperjuangan aku satu sekolah dengan aku dulu. Bapa kepada sahabatku Luqman bin Hasan telah disahkan meninggal dunia lepas isya' tadi (4 November 2008) disebabkan oleh sakit jantung dan paru-paru. Ya Allah, sedangkan tadi baru je aku lepas menunaikan solat isya', pastu sembang2 ngan senior jap pasal dunia zaman sekarang neyh, tiba-tiba balek dari surau dapat satu berita yang menyedihkan ini.

Aku ingat lagi dulu mase sekolah ade jugak la aku jumpe dengan arwah ayah member aku tu, sekarang neyh sudah kembali menyambut seruan pada Ilahi, cepat sungguh masa berlalu.

Hurm... kita tidak tahu bila mana saat kita akan ditarik nyawa, sebab mati itu boleh datang pada bila-bila masa sahaja. Pada saat itu tiba, adakah kita sudah bersedia??? Ya Allah, sesungguhnya hamba ini tergolong dalam golongan yang lemah, kuatkanlah iman hambaMu ini!

Oleh itu mari kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah ayah beliau dan doakan agar roh beliau dicucuri rahmat.. Al-Fatihah...

p/s: hidup mati itu di tangan Allah

0 komentar:

Related Posts with Thumbnails

  © Blogger templates Romantico by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP