Money Is Not Everything

>> Friday, November 21, 2008

Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan (di jalan Allah), maka pahalanya itu untuk kamu sendiri. Dan janganlah kamu membelanjakan sesuatu melainkan kerana mencari keredaan Allah. Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan, nescaya kamu akan diberi pahalanya dengan cukup, sedangkan kamu sedikit pun tidak akan dianiaya.” (Surah al-Baqarah, ayat 272)

Dengan wang anda hanya boleh membeli tilam yang tebal, Belum tentu kenyenyakan tidur

Dengan wang anda hanya boleh membeli buku, Belum tentu kebijaksanaan

Dengan wang anda hanya boleh membeli makanan, Belum tentu kepuasan selera

Dengan wang anda hanya boleh membeli ubat, Belum tentu kesihatan

Dengan wang anda hanya boleh membeli rumah, Belum tentu kekeluargaan

Dengan wang anda hanya boleh membeli tubuh badan, Belum tentu cinta

Dengan wang anda hanya boleh membeli perhiasaan, Belum tentu kecantikan

Dengan wang anda hanya boleh membeli pangkat, Belum tentu kehormatan

Dengan wang anda hanya boleh membeli hiburan, Belum tentu kegembiraan

Dengan wang anda hanya boleh membeli harta, Belum tentu kebahagiaan

Dengan wang anda hanya boleh membeli populariti, Belum tentu kaliber

Dengan wang anda hanya boleh membeli kekuasaan, Belum tentu kebenaran

Dengan wang anda hanya boleh membeli agama, Belum tentu keimanan

"Dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang"

p/s: Banyakkanlah sedekah dan amal jariah sementara wang masih ada, jangan sampai suatu masa kita pula yang menjadi peminta sedekah.

1 komentar:

Humayra' November 26, 2008 at 7:34 PM  

nice post...
an apt comparision indeed!
teringat plak nasyid hakikat bahagia..

Related Posts with Thumbnails

  © Blogger templates Romantico by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP