Pantun Aurat

>> Wednesday, November 12, 2008

Baju nipis nampak bayang
Peha gebu saja ditayang
Lebih baik tak pakai baju senang
Dah tentu boleh tunjuk terang-terang

Baju ketat seluar sendat
Pakai tudung just buat syarat
Depan nampak pusat
Dari belakang nampak underwear warna dasat

Lengan pendek blaus gantung
Jeans ketat melekat dipunggung
Jadi orang Islam ni sebenarnya beruntung
Agama tak suruh berbungkus macam pocong

Tudung jarang baju nipis
Pakai sikit boleh nampak ‘garis’
Mata orang terbeliak, kita membengis
Bila kena kutuk, kenapa menangis

Kebaya ketat, kain terbelah
Ikat tudung macam tak sudah
Nak ikut suruhan agama memang tak mudah
Tapi Islam sebenarnya indah

Menutup aurat satu syariat
Kepada agama kita taat
Hidup berkat pahala berlipat-lipat
Didunia selamat, di akhirat hebat

p/s: Sedarlah dunia hampir kiamat..

1 komentar:

annur huda November 13, 2008 at 10:16 AM  

Setiap wanita wajib menutup auratnya dengan sempurna kerana itu adalah perintah ALLAH. Aurat yang ditutup dengan baik akan menyelamatkan dirinya daripada dosa dan niat jahat orang yang mempunyai penyakit hati. Tetapi, solat, puasa dan amal ibadah yang lain, tetap akan diterima jika ia dilakukan dengan sempurna. Namun, dia berdosa kerana tidak melakukan suruhan agama. Berhubung dengan memakai jeans, jika ia menutup aurat dengan sempurna, dibolehkan.

Related Posts with Thumbnails

  © Blogger templates Romantico by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP