Sebentar Lagi...

>> Friday, November 14, 2008

Salamz Alaik!!

Hurmm... ape yang hendak aku tulis sebenarnya? Rase-rasenye korang tau tak sebentar lagi aku nak tulis pasal ape?? Mesty tak tau kan, sebab semua perkara yang aku nak tulis ada dalam akal fikiran aku, bukannya dari pemikiran korang. Huahuahua... Jangan mareh ya cik abang cik akak oii.. Nanty cepat berkedut muke tuh, hekhek.. ;p

Okla, aku nak tanye la kat korang semua la, sebentar lagi rase-rasenye korang nak buat ape?? Kalau yang ade plan tu mesty sebentar lagi korang akan teruskan dengan plan korang kan, pastu yang tengah borink tu mesty sebentar lagi korang melanguk tak buat ape-ape ataupun membaca blog aku yang tak seberapa neyh kan, hakhak!! Ataupun, mungkin sebentar lagi dengan tidak disangka-sangka ajal maut menemui kita, siapa tahu kan..

Asalnya ayat 'sebentar lagi' itu merupakan perancangan kita, tetapi walaubagaimana sempurnanya perancangan kita itu jika tanpa izin Allah, maka sebentar lagi kene tukar plan lain la jawabnye, hekhek.. Oleh itu janganlah kita terlalu yakin dengan setiap perancangan yang kita lakukan kerana setiap kerja amal yang kita lakukan adalah atas kehendak Allah, dan Dia maha mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Untuk mendapat keberkatan dalam setiap perkara yang kita buat, walaupun sekecil zarah sekalipun niatlah kerana Allah dan sertakan setiap perancangan itu dengan 'insyaAllah' yakni dengan izin Allah sebab itulah yang disarankan oleh junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w.

Seringkali kita melihat atau mungkin terjadi pada diri kita sendiri, iaitu mengeluh terhadap setiap perancangan yang tidak dapat dilaksanakan. Adakah perlu kita mengeluh?? Kalau mengeluh tu dapat menyelesaikan masalah takpe, ni lagy menambahkan masalah ade la... Jadi ape yang perlu kita lakukan adalah accept the fact kerana dalam setiap kegagalan itu pasti ada hikmahnya. Sebab itu dalam setiap planning mesty ade contingency plan. Kalau orang yang belajar bisnes faham la maksud contingency plan tu ape, maksudnya 'back up plan'. Apabila kita sudah ade perancangan tambahan, maka kita tidaklah terlalu 'down' atau risau sangat, dan hendaklah kita lakukan dengan tenang agar tidak berlaku sebarang kecacatan dalam perancangan kita.

"Jika dia berserah diri semata-mata kepada Allah dan bukan berserah diri kepada seseorang makhluk, nescaya dia akan berjaya mendapatkan sebaik-baik apa yang dicita-citakannya"


Sebentar Tadi
Apabila kita mengatakan 'sebentar tadi' maka maksudnya kita sudah melaksanakan perancangan kita dan ia sudah menjadi perkara lepas yang kita tidak boleh 'rewind' balik. Pada kebiasaanya 'sebentar tadi' akan terjadi dalam dua situasi. Ape dye ekss?? iaitu kita puas hati dengan perlaksanaan kita ataupun menyesal dengan apa yang kita lakukan. Membuat keputusan memang merupakan salah satu perkara yang amat sukar untuk kita lakukan kerana ia akan menentukan arah hidup kita sebentar lagi. Dan aku pasti mesty korang semua pernah melalui keadaan ini kan, terasa 'tension' dan 'confuse' sebab perlu membuat pilihan, bak kate macam lagu Farah AF2 feat Adam, 'Tak Tahu Antara Dua', huhu~

Jadi apa yang perlu kita buat jika kita menemui jalan buntu untuk pastikan 'sebentar tadi' kita nanty ok?? Haa.. dari sini bermulalah orang meminta pandangan dari orang lain, ataupun lagy teruk cari bomoh, ataupun yang paling teruk sekali memuja kubur, ish3.. macam tu ke umat Islam, kalau minta pendapat kawan tu okla, tapy if sampei memuja kubur wat ape?? Puja orang mati pulak tu. Weyh!! Kita terlupa ke bahawa Allah berjanji untuk membantu makhluknya yang berada di dalam kesusahan??

Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar: (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: (Innalillahi wainna ilahirajiun) "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali." Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya. – [al-Baqarah (2) : 157]

"Hanya Engkau sahaja (Tuhan) yang kami sembah, dan hanya kepada Mu sahaja kami pohon pertolongan". Perasan atau tidak, dalam solat ataupun luar solat, selalu kita baca ayat ini dalam surah al-Fatihah, tapi adakah apa yang kita ucapkan itu selaras dengan apa yang kita lakukan?? Kita selalu ke meminta pertolongan daripada Allah?? Ataupun time susah-susah jep baru la nak sibuk banyakkan amalan, tapy mase Allah sudah bagi rezeki mula kita lupa siapa kita dan siapa Tuhan kita.

Apa yang boleh kita dapat dari surah al-baqarah di atas, jika kita berada dalam sesuatu masalah seperti tak tahu hendak buat keputusan, perlulah kita bersabar dan ucapkan kalimah 'innalilahi wainna ilahirajiuun'. Lagi satu perkara yang terbaik jika kita berada dalam kebuntuan ialah lakukan solat sunat istikharah agar Allah memberi petunjuk kepada kita hamba-hambaNya, insyaAllah.

"Semalam adalah sejarah yang tidak boleh dipinda, Esok merupakan khayalan yang belum nyata, Hari ini adalah penentu siapa kita"


Jadi, apa yang ingin korang lakukan sebentar lagi?? Pastikan ia adalah sesuatu aktiviti yang berfaedah agar kita semua dapat manfaat di dunia dan di akhirat. Lakukan setiap amalan itu dengan penuh keikhlasan dan janganlah sesekali kita mudah berputus asa jika perkara yang kita lakukan sebentar tadi merupakan sesuatu kegagalan. Jadikan hari ini sebagai titik permulaan untuk korang mulakan hidup baru agar masa depan depan korang menjadi cerah dan mudah-muadahan kita mendapat keberkatan Allah s.w.t, insyaAllah. ;)

p/s: sebentar lagi aku nak pegy makan!! huahuahua..

0 komentar:

Related Posts with Thumbnails

  © Blogger templates Romantico by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP