aA+bB: Sebuah Karya Sempoi

>> Friday, November 28, 2008

Salamz Alaik!!


Alhamdulillah, akhirnya aku telah menamatkan lagi riwayat sebuah buku novel hasil karya daripada penulis yang agak masyhur, Hlovate! Tapi bukanlah aku bakar buku tu ape, just dah habes bace bukunye je pun, ngehee~ aA+bB, sebuah tajuk yang simple, tapi mempunyai makna yang mendalam jika kita menghayati dengan penuh perasaan jika kita telah membacanya. Berkisarkan mengenai hidup dua orang insan, A = Addin dan B = Benz, yang dari zaman persekolahan lagi sudah menimbulkan masalah, tak kira sesama mereka ataupun pada sekolah. Kire dua-dua orang neyh memang nakal tak sudah la sampai dewasa, huu~ Dat is why the book titled aA+bB, huruf kecil itu bermaksud semasa zaman persekolahan dan huruf besar itu memberi maksud semasa mereka sudah mencapai usia dewasa ;)

Alkisahnya, ditakdirkan kedua-dua mereka ini pernah bermusuhan apabila Benz memalukan Addin di depan orang ramai, dan ini membuatkan Addin menyimpan dendam yang amat mendalam pada si Benz neyh, lagi dalam la daripada gaung yang terdalam kat dunia neyh, perghh.. cuba bayangkan... Selepas itu jatuh lagi satu malapetaka buat si Addin Shah apabila dia terpaksa berkhawin dengan musuh no. 1 dia, siapa lagi kalau bukan Benz Aliff! Lagi bertambah ribut keadaan dibuatnya, tapi rupa-rupanya Addin tidak sedar bahawa Benz menyimpan perasaan sayang terhadap Addin, cuma kedua-duanya sekarang ni bersikap 'cold hearted' tahap maksimum! So, kedua-duanya tidak pernah meluahkan isi hati masing-masing, asyik bergaduh je sepanjang cerita. Jadi adakah Benz dapat memikat hati Addin kembali setelah peristiwa yang Benz lakukan terhadap terhadap Addin?? Adakah ada happy ending untuk kedua-duanya?? Kalau nak tau bace la.. ngehee..

Sebuah karya yang sempoi, santai, serta menggunakan gaya bahasa basah dan rileks. Itu yang aku boleh katakan mengenai penulisan Hlovate. Apa-apa pun it is great to read, sebab ia mengandungi mesej yang pelbagai, dan sesuai dengan pembahasaan remaja zaman sekarang, tak terlalu sastera, tapi ia tetap sebuah karya yang best lagi mantap! Jadi kepada semua peminat-peminat novel, jangan terlepas menghayati aA+bB kerana confirm anda tak rugi masa dan wang ringgit!

"Siapa aku pada dia? A pal? A room-mate? A brother?
Never a husband?"
Benz

p/s: kalau nak pinjam kat aku pun boleh ;)

3 komentar:

Anonymous December 3, 2008 at 1:03 PM  

serius ke best?nk try bc..:)

KhaliFmUjAhiD December 4, 2008 at 8:33 PM  

best seyh.. cpat pg beli sementara stok masih ada.. ngee.. ;)

aisyahfoot November 19, 2010 at 11:48 PM  

besh kew?
nk try jugak la..dat day adew jugak nmpk kt kdai buku..

Related Posts with Thumbnails

  © Blogger templates Romantico by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP