Aku Lapar!!

>> Monday, November 17, 2008

Salamz Alaik!!

Aku lapar seyh, korang tak rase lapar ke??

Mamat A: Weyh Muizz kalo ko lapar pegi la makan!! Ni pasal lapar pun nak tulis kat blog! Ape daa..


Ok2, sorry.. Aku bukan cakap pasal lapar kat perut tuh, kalau yang tu pun aku takde makne nak tulis kat blog. Tapi ape yang aku maksudkan ialah aku lapar nak makan makanan rohani!! That is why aku tanye kat korang lapar ke tak?? Kite tengok dunia akhir zaman neyh, memang kurang makanan yang sesuai untuk kebaikan rohani. Walaupun memang ada, tapi cukupkah ia untuk kita menampung segala dosa yang kita lakukan sepanjang hari??

Contoh kita tengok televisyen, mule2 alhamdulillah okla bangun pagy ade ceramah motivasi, ceramah agame, yang tu bolehla kite jadikan breakfast rohani kita, dah sampai ke petang tu mule la cerita telenovela, hindustan dan lagu-lagu yang mengkhayalkan. Aku tanye, ramai ke yang nak bangun pagi pukul 6-7 semata-mata nak tengok tv, lebih-lebih lagi ceramah agama? Selalunye yang aku tengok rata-rata bangun lepas solat subuh jep terus lentok balik, pastu telajak bangun sampai tengahari. Betul tak?? Itu okla, gak solat subuh, ni ade yang terus tak solat subuh pastu senang-senang je qada' solat. Jadi terlepas la breakfast rohani kita untuk hari itu... Pastu dah la takde lunch ngan dinner rohani kat tv, ish3... Okla, bagi sesiapa yang tak tidur lepas subuh tu alhamdulillah dan teruskan kayh! ;)

"Wahai orang beriman! (untuk bersyukur kepada Allah) ingat serta sebut nama Allah dengan ingatan serta sebutan yang sebanyak-banyaknya. Bertasbih kamu kepada-Nya pada waktu pagi dan petang." (al-Ahzab, ayat 41-42)

Actually makanan rohani takde la ade kat televisyen semata-mata, itu hanyalah salah satu saje. There is many ways and kinds of 'soul food' yang kita boleh kumpul, dan yang paling senang sekali adalah apa yang kita tuturkan di bibir kita sendiri, iaitu berzikir!! Berzikir bukannya susah sangat pun, sambil berjalan boleh berzikir, sambil duduk boleh berzikir, sebelum tidur pun boleh berzikir, kecuali dalam toilet tu jangan la berzikir jugak, huu~ Jadi siapa cakap zikir ni hanya boleh dibuat lepas solat jep? Grow up la brother!! Cukup je ke santapan rohani kalau hanya sekadar berzikir selepas solat? Kalau confirm masuk syurga takpe, sedarlah bahawa kita ni umat akhir zaman dan kita dikelilingi oleh maksiat setiap masa. Jadi amalkan zikir ini setiap masa setiap tempat, insyaAllah selamat dunia akhirat ;) Ini ada salah satu zikir yang boleh kita ikuti yakni zikir subhanallah :



Subhanallah wabihamdihi, Subhanallah wabihamdihi
A'dada khalqihi waridha nafsihi, A'dada khalqihi waridha nafsihi
Wazinata a'shihi, Wazinata a'shihi
Wamidada kalimatihi, Wamidada kalimatihi
Subhanallah, Subhanallah..

Aku sedar bahawa aku juga bukanlah sempurna mana, kerana aku juga sedang mengumpul seberapa banyak makanan rohani yang mungkin untuk aku dapat menghirup bau-bauan syurga di akhirat kelak insyaAllah, cubalah berusaha untuk mencari sebanyak mungkin santapan rohani di dunia yang makin hari makin diselubungi dengan pelbagai maksiat. Semoga posting aku yang tak seberapa ini dapat menyedarkan kita bahawa betapa kurangnya makanan rohani kita. Tapi jangan lupa makan untuk jasmani jugak, seimbangkan kedua-duanya, insyaAllah kita akan berjaya dunia akhirat ;)

Sabda Baginda SAW yang bermaksud: "Apabila kamu melewati taman syurga, hendak kamu ikut sama menikmatinya. Sahabat bertanya: Apakah itu taman syurga, wahai Rasulullah? Ujar Baginda SAW: Ialah perhimpunan zikir." (Hadis riwayat Tirmizi dan Ahmad)

So, korang lapar ke tak??


p/s: Cakap pasal makanan neyh buatkan aku lapar pulak, huhu~

3 komentar:

Anonymous November 17, 2008 at 10:18 PM  

tiap ari try "mkn" byk2 through iluvislam.com :P

-am ur silent reader

KhaliFmUjAhiD November 17, 2008 at 10:45 PM  

ngehee.. insyaAllah ;) itu memang selalu pun :) dan actually bnyak lagi macam halaqah-online,halaqah.net,weluvislam.com ;) anyway tanx 4 being my loyal silent reader, ngehee.. ;)

anwar azhari December 16, 2008 at 1:20 PM  

aiwah..

mnarik skali blog anta.

teruskan usaha utk menguasai medan da'wah melalui blogging..

Related Posts with Thumbnails

  © Blogger templates Romantico by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP