Mama Hot vs Mama Solehah

>> Thursday, November 20, 2008

Salamz Alaik!!


Ketika aku membelek-belek suratkhabar Berita Harian semalam (Rabu 19 November), aku ade tertarik dengan satu tajuk akhbar dalam sisipan muka depan HIP yang bertajuk Mama Hot!! Perghh memang hot betul la pelakon kita yang jady model tu!! Tapi mereka perlu sedar bahawa mereka juga merangkap sebagai seorang mama kepada anak-anaknya. Aku bukannya terkilan atau apa, tapi adakah ini idola mama pada zaman sekarang?? Walaupun hot-hot tapy dapat mendidik anak?? Memang aku tak nafikan bahawa mereka buat anak mereka bahagia, but adakah dengan memperagakan hot-hot macam tu dapat membantu untuk mendidik sahsiah anak-anak mereka?? Bukankah lebih elok untuk menjadi seorang mama solehah??

”Jika seorang isteri itu telah menunaikan solat lima waktu dan berpuasa pada bulan ramadhan dan menjaga kemaluannya daripada yang haram serta taat kepada suaminya, maka dipersilakanlah masuk ke syurga dari pintu mana sahaja kamu suka.” (Hadith Riwayat Ahmad dan Thabrani

Seorang mama yang solehah adalah wanita yang diidam-idamkan bukan sahaja oleh anak, tetapi juga oleh suaminya itu sendiri, dan mungkin juga kepada semua lelaki di seluruh dunia. Siapa yang tak nak isteri yang baik serta solehah kan. Apabila seorang wanita itu menjadi mama yang solehah, secara automatik beliau akan mendidik anak-anaknya untuk menjadi seorang insan yang sempurna dari segi akhlak dan sahsiah kerana mereka tahu apa tanggungjawab yang mereka perlu lakukan terhadap diri mereka. Kita hayati lrik lagu yang menyatakan tentang indahnya menjadi seorang isteri yang solehah ;)



Isteri cerdik yang solehah
Penyejuk mata, penawar hati, penajam fikiran
Di rumah dia isteri, di jalanan kawan
Di waktu kita buntu, dia penunjuk jalan

Pandangan kita diperteguhkan
Menjadikan kita tetap pendirian
Ilmu yang diberi dapat disimpan
Kita lupa, dia mengingatkan

Nasihat kita dijadikan pakaian
Silap kita, dia betulkan
Penghibur di waktu kesunyian
Terasa ramai bila bersamanya

Dia umpama tongkat si buta
Bila tiada satu kehilangan
Dia ibarat simpanan ilmu
Semoga kekal untuk diwariskan


Lagi satu perkara yang aku tak berkenan la sekarang adalah salah satu rancangan televisyen kat Astro Ria neyh, dah masuk musim ke-2 dah ni, iaitu Sehati Berdansa. Bukan maksud aku untuk memboikot Astro, dan aku tau di sebalik mereka berjoget-joget tu mereka membuat derma amal jariah dengan membantu badan-badan kebajikan dan rumah anak-anak yatim. Tapi yang aku tak berkenannya adalah sanggup ke kita tengok pasangan suami isteri berjoget-joget tak tentu hala dengan pakaian yang kita sedia maklum tak cukup kain semata-mata nak membuat amal kebajikan?? Cuba bayangkan jika mak dengan ayah kita buat begitu?? Best tak?? Terhibur tak?? So, mungkin itulah yang dimaksudkan dengan definisi mama dengan papa hot zaman sekarang rupanya.

Bagi aku untuk menjadi mama hot boleh, tapi hanyalah untuk suami sendiri sudeyh, buat ape nak tayang-tayang kat orang lain, betul tak?? Mungkin disebabkan ini la kowt zaman sekarang neyh kerap berlakunya penceraian tak kira la artis ataupun orang awam, sedangkan perkara yang paling Allah tidak suka sekali dalam sesuatu perkhawinan adalah penceraian!! Macam cerai-cerai neyh jadi macam satu permainan saje, i like u i khawin, i dont like u i cerai. Pastu yang jadi mangsa anak dyeorang jugak.. Haru~ Kita juga harus ingat apabila sesuatu perkara yang kita lakukan bukan kerana Allah tetapi kerana nafsu, maka kita tidak akan mendapat keberkatan daripada Allah.


”hak suami terhadap isterinya adalah isteri tidak menghalangi permintaan suaminya sekalipun semasa berada di atas punggung unta tidak berpuasa walaupun sehari kecuali dengan izinnya, kecuali puasa wajib. Jika dia tetap berbuat demikian, dia berdosa dan tidak diterima puasanya. Dia tidak boleh memberi, maka pahalanya terhadap suaminya dan dosanya untuk dirinya sendiri. Dia tidak boleh keluar dari rumahnya kecuali dengan izin suaminya. Jika dia berbuat demikian, maka Allah akan melaknatnya dan para malaikat memarahinya kembali dan bertaubat, sekalipun suaminya itu adalah orang yang alim.” (Hadith riwayat Abu Daud Ath-Thayalisi daripada Abdullah Umar)

Sebab itu dalam islam kita hendaklah pastikan siapa pasangan untuk kita sehidup semati agar tak berlaku perkara seperti ini. Apabila kita ditakdirkan berjumpa pasangan yang sesuai, lakukan solat istikharah dahulu, kerana pilihan Allah itu yang sebaiknya. Jadilah seperti Fatimah binti Muhammad, yakni anak kepada junjungan mulia Rasulullah s.a.w. Simbol seorang anak yang patuh pada perintah ayahnya, isteri yang setia kepada suaminya dan juga ibu yang bijaksana dalam mendidik anak-anaknya. Malah, dialah panduan segala wanita dan juga seorang wanita yang mithali yang harus diikuti oleh setiap muslimah, terutama sekali dalam menjadi seorang mama yang solehah.

Jadi kepada wanita anda ingin memilih untuk menjadi mama hot?? Atau mama solehah?? Dan kepada lelaki, anda ingin mencari mana satu?? Fikirkanlah ;)

p/s: Kalau nak due-due boleh?? hekhek.. ;p

3 komentar:

ain fathihah fhm November 20, 2008 at 12:06 PM  

betullah.
aku yang perempuan ni rasa sangat malu tgk artis2 merangkap isteri2 dan mak2 orang tu menari.
dengan liuk tubuh yang menghairahkan. isk!
malu sangat..

n sang suami plak sangguo je dia biarkan satu malaysia tgk bentuk tubuh dan keseksian isterinya. huh!!

KhaliFmUjAhiD November 20, 2008 at 9:56 PM  

perangai-perangai umat akhir zaman ;)

.Cik Nana. November 20, 2008 at 11:28 PM  

"i like u i khawin, i dont like u i cerai"

statement yg menarik :)
bgitulah org zaman skrg..

btw,nice artikel muizz!

Related Posts with Thumbnails

  © Blogger templates Romantico by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP