UPSR - Memori Indah Zaman Persekolahan

>> Thursday, November 13, 2008

Salamz Alaik!!

Bukan sekolah aku, sekolah adeq aku, huu~

Di saat pensel menghitamkan jawapan-jawapan dalam subjek BM (Pemahaman), Matematik, BI, dan Sains. Di kala pen menari-nari untuk mencurahkan idea dalam BM (Penulisan). Itulah UPSR, iaitu salah satu periksa yang paling getir dalam hidup aku ketika di bangku sekolah rendah, kerana ia akan menentukan arah hidup aku untuk ke sekolah menengah berasrama. Aku amek periksa neyh kat S.K. Seafield USJ 6. Mase nak jawab tu memang tak boleh cakap la tahap kegerunannye, kalau boleh nak suroh orang laen jawab jep, huhu~ Tapi alhamdulillah, keputusan yang aku dapat mase sekolah rendah itu (5A beb!) melayakkan aku untuk meneruskan pembelajaran ke SMKA Maahad Hamidiah, salah satu sekolah agama yang mantap lagi best, seterusnya sampailah aku sekarang di UNITEN Muadzam Shah ;)

Apa yang membuatkan aku terdetik untuk mengenang kembali zaman UPSR aku ialah sebab pagi tadi (13/11/08) around pukul 11 macam tu aku pegi ke sekolah adeq aku, iaitu Sekolah Kebangsaan Kota Warisan sebab nak tengok adeq aku (Abdul Hafizz) punye result UPSR, dan alhamdulillah dye berjaya mendapat keputusan cemerlang iaitu 4A 1B. Subjek B tu sains, walaupun tak sehebat abangnye (agak riak di situ, insaf2), tapi takpe la nak buat macam mane kan, dah rezeki macam tu, takpe-takpe nanty mase PMR ade lagi kayh. Ape-ape pun congratulations my lil bro! ;)

Kegembiraan terlakar di wajah mereka ;)

Bila teringatkan kembali time aku mude-mude dulu (sekarang pun mude lagi), lebih-lebih lagi mase aku kat sekolah rendah, banyak pengalaman yang manis, pahit, masam, masin, senang kate semua jenis rase la yang aku lalui sehingga aku menjadi seorang manusia yang penuh dengan matlamat dan harapan.

Mungkin tidak banyak yang dapat aku kongsikan cerita aku mase aku sekolah rendah dulu, tapi i have one story in my mind yang aku tak pernah cerita dekat orang laen dan insyaAllah dapat memberi pengajaran dan semangat pada korang semua ;)

Gambar kelas mase aku darjah 5, cubelah cari mane satu aku, hekhek ;D

Mase tu aku darjah 2, so ade satu hari tu budak sekelas aku ade la bawak game tetris, alah yang maen susun-susun blok tu, game tu memang famous la time tu (biase la budak-budak), sekarang ape, kalo paling koman pun psp, hakhak!! Kirenye mase budak tu bawak memang menjadi rebutan semua orang la termasuk aku, tapy memang takde peluang la aku nak maen sebab aku kurang rapat dengan dye, so aku pun pasrah la.

Nak dijadikan cerita, petang tu jugak game tetris dye hilang, so memang panik la satu kelas, aku rileks je la sebab takde kaitan dengan aku, jadi aku balik la rumah macam biase, tapi yang terkejutnya aku bukak beg aku jep tengok-tengok game tu ade dalam beg aku. Aku pun ape lagy la, kelam kabut tak tentu pasal. Then pagy tu aku datang sekolah awal-awal letak balek game tetris tu bawah meja dye. Budak tu happy la lepas dapat jumpe balek, tetapi kehilangannya masih menjadi misteri dan aku jugak tak tahu sape la yang buat dajal kat aku tu, eceyh macam misteri nusantara pulak, hakhak!!

Dalam beberape minggu kemudian, kejadian itu berlaku kembali dan kali ini ia melibatkan duet yuran pulak. Mase tu minggu nak kene bayar yuran-yuran sekolah. So aku pun awal-awal memang dah bayar la. Nak dijadikan cerita sekali lagi, mase aku balik sekolah tengok-tengok ade sampul dalamnye RM150(harge duet yuran sekolah tu), aku pun siap boleh berseloroh cakap "eyh, duet yuran ni datang balik kat aku", hakhak! Esok harinye datanglah guru besar sekolah masuk kelas aku dan buat pengumuman yang duet yurang salah seorang pelajar hilang. Aku pun pelik, dan dengan beraninya aku cakap

Aku: Cikgu! ni duet yurannya!

Cikgu tu dalam hati mesty da target aku la pencurinye, tapi dye terfikir gaks, kalau aku curi takkan aku mengaku, so dye tanye

Guru Besar: Mane kamu dapat duet yuran tu?

Aku: Ntahla cikgu, tibe-tibe je ade dalam beg saya

Tibe-tibe budak sekelas aku bangun dan mem'back up' aku mengatakan bahawa memang aku tak curi duet itu. So, siapa menjadi dalang pencurian itu?? Jeng jeng jeng... Setelah disiasat, rupa-rupanya yang menjadi kejutan buat aku adalah member baek aku sendiri yang selalu bersama dengan aku yang buat kerja-kerja tak berfaedah itu. Memang la member aku tu terkenal dengan kenakalan dye, tapy tak sangke pulak sampai sanggup buat perkara macam ni, ish3.. Jadi terungkailah segala misteri yang menjadi tanda tanya selama ini. Apakah hukuman yang member aku dapat tu?? Ntahla, aku pun dah lupe, dah lame sangat la, tapy ape-ape pun aku still be his best friend walaupun aku dikhianati, sebab dye adelah member pertama aku sejak tadika lagy ;)

"Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran, jikalau kamu tidak terkena pada jelaganya, sudah pasti terkena pada asapnya"


So dari sini mungkin aku nak kongsikan jugak la pengajaran yang aku dapat daripada kisah yang aku alami ini sendiri :-

1. Berani Kerana Benar

Ya betul jika kita berada di pihak yang betul, janganlah sesekali untuk kita ragu-ragu untuk menyatakan kebenaran walaupun kadangkala ia mendatangkan kepahitan pada diri kita sendiri. Jika kita berada di jalan yang benar, Allah akan sentiasa membantu kita.Anggaplah jika korang semua berada dalam situasi aku tadi. Adakah korang berani untuk menyatakan barang itu bukan korang yang curi, sedangkan ia berada di tangan korang sendiri? Sanggupkah korang simpan sahaja duet tu sebab takut korang akan dituduh mencuri? Memang risikonya agak tinggi untuk menegakkan kebenaran, tapi ingatlah bahawa setiap kejayaan itu memerlukan pengorbanan yang tinggi. Jika korang pegang konsep berani kerana benar takut kerana salah, insyaAllah kita akan sentiasa mendapat kemenengan dengan izin Allah.

"Orang yang arif itu berani, Kerana Cintanya akan kebenaran telah menyebabkan diri tidak takut mati"Ibnu Sina

2. Bersangka Baik
Kita kenalah sentiasa bersangka baik, sama ada perkara itu kita tahu buruknya. Kerana dari bersangka baik itulah timbulnya pemikiran positif. Apabila segala tanggapan buruk kita terhadap seseorang itu hilang maka dari situ kita akan dapat berfikir dengan lebih tenang dan akan membawa kita kepada jalan penyelesaian. Bersangka baik juga akan membuatkan kita sentiasa ceria dalam menghadapi hari-hari yang mendatang kerana kita menjauhkan segala pemikiran negatif dalam diri kita. Oleh itu janganlah kita bersangka buruk terhadap seseorang itu walaupun orang itu pernah melakukan kejahatan, kerana seburuk-buruk seseorang itu pasti ada juga secebis kebaikan di hati mereka. Sebab kita pada asalnya berada dalam satu fitrah yang sama, cuma hati dan iman yang menentukan sama ada baik buruknya kita. Apa yang boleh kita lakukan adalah berdoa agar satu hari Allah bukakan hati mereka untuk jumpa pada jalan kebenaran.

Menyelidiki dengan tenang adalah dari ALLAH dan tergopoh-gopoh itu adalah dari Syaitan."

3. Janganlah Membenci

Apabila kita dikhianati oleh rakan-rakan kita, janganlah terus membenci mereka kerana kebencian itu datangnya dari syaitan, dan syaitan suka terhadap anak-anak Adam yang bertelagah antara satu sama lain. Dari bencilah datangnya balas dendam, dengki , malah yang paling teruk berlakunya pembunuhan. Korang nak ke semua ini berlaku? Memang betul kita tidak akan rasa puas hati disebabkan pengkhianatan tersebut, tapi percayalah bahawa Allah akan sentiasa bersama-sama dengan orang yang dianiaya. Yakinlah setiap musibah itu pasti ada hikmahnya.



Itulah sedikit sebanyak perkongsian ilmu yang mungkin dapat aku curahkan bersama-sama sahabat sekalian. Ia tidaklah sesempurna mana, tapi mungkin memberi pengajaran untuk kita renungi bersama. Ape-ape pun zaman persekolahan aku amatlah best!! Dan aku pasti zaman persekolahan korang pun mesty best kan, ape-ape must life must go on walaupun kite nak sangat kegembiraan di waktu persekolahan itu berterusan sehingga akhir hayat. Enjoy your life while it last, banyak-banyakkan amalan, dan hadapi setiap perkara dengan tabah ;)

p/s: Rindu nak jumpe balek member-member lame..

1 komentar:

.Cik Nana. November 15, 2008 at 5:16 PM  

congratz to ur bro kayh!
:D

Related Posts with Thumbnails

  © Blogger templates Romantico by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP