Beware Guys!
>> Wednesday, November 5, 2008
Lelaki, sepertimana yang kita tahu, kita dilahirkan sebagai seorang pemimpin, untuk memimpin kaum wanita yang pada asalnya dicipta daripada tulang rusuk kita juga. Tetapi, jikalau kita salah memimpin mereka, maka kaum wanita itulah penyebab mengapa kita diheret ke neraka! Jadi jenis lelaki yang macam manakah akan diheret ke neraka disebabkan oleh wanita?
Pertama:- Ayahnya
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.
Kedua:- Suaminya
Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat,
memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram,
apabila suami mendiam diri. Walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak
tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.
Ketiga:- Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pula abang-
abangnya, jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adik perempuannya
dibiar melencong dari ajaran ISLAM. Malah bukan sahaja tidak ambil peduli tetapi mungkin sampai menganiaya adiknya sendiri sehingga terhasilnya sumbang mahram. MasyaAllah.. Tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.
Keempat:- Anak Lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari islam, sama ada dari segi menutup aurat ataupun segala amalan yang tidak berlandaskan Islam, maka anak itu juga akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Nantikan tarikan ibunya.
Maka kita lihat bertapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tidak kurang hebatnya. Maka kaum lelaki sama ada mempunyai gelaran ayah, suami, abang atau anak harus memainkan peranan dan tanggungjawab yang besar dalam mendidik wanita, silap didik maka bersedialah anda semua untuk diheret ke neraka bersama wanita-wanita yang anda sayangi itu, tetapi jika kita didik dengan penuh hikmah, insyaAllah kita akan terselamat dari segala azab api neraka.
p/s: Peringatan untuk diri sendiri juga... ;(
0 komentar:
Post a Comment